Thursday, 9 January 2014

Tuanku Sultan Noor Jan Shah Cabar Kerajaan Menangkap dan Mendakwa Baginda

Bagus betol respond orang orang politik dalam akhbar ni .. moga isu ini di bawa cepat cepat ke Parlimen dan moga Majlis Raja Raja dapat bertindak dengan lebih cepat untuk selesaikan konflik ini . Beta hanya tersenyum sahaja membaca laporan di dada dada akhbar dan tv mutakhir ini yang ternyata dimonopoli oleh orang orang politik yang memerintah hari ini . Ternyata mereka menyalahgunakan kuasa yang ada . Isu nak dakwa dan tangkap Beta ni dari tahun 2005 lagi ..bukan baru hari ini .. tapi sampai sekarang tak tangkap tangkap lagi pon..gebang je semua tu.. apa hak mereka orang politik nak campur tangan urusan Majlis Raja Raja ? . Orang Politik hanya layak untuk bercakap pasal rakyat , bukan raja ..jika benar bagai dikata , silalah dakwa dan tahan Beta secepat mungkin mengikut undang undang.. jangan tau nak ugut sahaja wahai orang politik yang cuba menidakkan kebenaran . Lawan tetap lawan ! Sedikit pon Beta takkan gentar dengan ugutan orang orang politik ini .

Petikan dari status fb Raja Noor Jan Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka.

GEMPAR!!! AMERIKA MEMBEKU

Angin sejuk di Minnesota mencapai -50 darjah Fahrenheit cukup sejuk kepada kulit yang terdedah untuk terkena radang dingin dalam masa 5 minit.

Banyak tempat-tempat lain menyaksikan suhu terlalu sejuk. Pihak berkuasa menutup sekolah-sekolah, lebuh raya dan pusat tarikan pelancong sebagai satu cara untuk cuba memastikan orang ramai tidak keluar dari rumah.

Adakah kitaran dunia sudah hampir kembali kepada era ais yang memusnahkan kehidupan kuno seperti dinosour?

Lagi gambar gambar klik sini


Kakitangan DBKL Mati Dipukul Geng Nigeria

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mati dipukul oleh sekumpulan warga Nigeria setelah mangsa bersama dua rakannya menyamar sebagai polis serta bertindak memecah masuk ke rumah warga asing itu di Kepong di sini malam tadi.



Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa, Sazali Mokhtar, 52, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala kira-kira pukul 5 pagi ini di Hospital Selayang. - UTUSAN ONLINE