Najib menjadi Perdana Menteri yang paling tidak dihormati rakyat didalam sejarah negara. Disamping dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia kerana kegagalan beliau mengawal kenaikan harga barang, Najib juga dilihat ditolak oleh majoriti ahli ahli partinya sendiri. Yang kelihatan masih bersabar dengan ketidakupayaan Najib dalam memimpin megara hanyalah terdiri daripada pemimpin pemimpin umno diperingkat negeri dan bahagian. Najib dilihat terpaksa menggunakan peruntukan yang agak banyak dalam membaik pulih namanya yang kini semakin menanah. Beberapa blogger upahan terpaksa dibayar untuk memuji muji kehebatannya malah blogger blogger ini juga diarahkan untuk memuji muji Rosmah sebagai "wanita pertama" yang banyak berjasa kepada negara. Isu isu Najib dan keluarganya seolah olah tidak dapat ditutup lagi. Satu persatu Najib dimalukan. Ada juga yang mengatakan isu isu panas ini dibuka oleh orang orang umno sendiri yang telah ditaja oleh seseorang. Nama yang disebut sebut