Friday, 3 January 2014

Blogger Umno Marah Najib Menggunakan Jet Mewah Baru?

Di tengah-tengah langkah penjimatan, penulis-penulis blog pro-Umno tampil mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog, antaranya oleh Big Dog dan RockyBru, mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali "Perdana 2" atau "NR2" – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

Pesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbangan Comlux.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

ACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.


Malaysiakini

Segala Bidang Sudah Diresapi Rasuah

Ipoh: Seorang pensyarah Matematik sebuah institut dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan menerima wang sogokan sebanyak RM690 bagi menaikkan markah dua pelajarnya, tiga tahun lalu.