Wednesday, 1 January 2014

PDRM Kantoi Fitnah Peserta Perhimpunan TURUN

PIHAK Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon maaf di atas kesilapan mereka memuatnaik gambar seorang lelaki yang cedera di kepalanya didakwa akibat dibaling batu ketika perhimpunan haram ketika sambutan Ambang 2014 malam tadi.

Kenyataan memohon maaf itu dibuat melalui laman rasmi Facebook PDRM hari ini.

Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuatnaik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baru.

“PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan,” kata kenyataan itu di Facebook.

Menurut kenyataan itu, PDRM juga merupakan manusia biasa yang juga kerap tersilap.

“Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.

“Sekali lagi kami mohon maaf di atas apa yang berlaku,” katanya.

Malam tadi, tersebar gambar seorang lelaki dengan kepalanya berlumuran darah dan menurut keterangan gambar, lelaki itu merupakan anggota Pasukan Gerakan Am yang cedera ketika bertugas pada malam ambang tahun baru di Jalan Bukit Bintang.

Lelaki sebenar iaitu, Mohd Zulhilmi Mustafar hari ini tampil mengatakan bahawa dia bukan anggota polis yang cedera tetapi kepalanya cedera kerana ditetak seorang lelaki pada 29 Disember lepas.

LaporanPolisHellme

(Salinan laporan polis oleh Mohd Zulhilmi yang dimuatnaik di laman Facebooknya membuktikan bahawa dia ditetak dan dia bukan seorang anggota polis yang cedera ketika bertugas di Ambang 2014 semalam)

Dia yang berang dengan penyebaran gambarnya berkata di laman Facebooknya bahawa dia akan membuat laporan polis ekoran kejadian itu kerana secara tidak langsung dia dilibatkan dalam perhimpunan haram berkenaan. – MYNEWSHUB.MY

Perbankan Islam Seperti Ah Long?

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pengamal sistem perbankan Islam digesa untuk menerangkan sistem kiraan dalam pinjamannya dengan terperinci bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam.

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said berkata, peminjam tidak mempunyai maklumat mengenai cara kiraan dibuat berbanding bank konvensional yang menerangkan dengan terperinci kiraan pembayaran.

Katanya, pihaknya ada membuat kajian mengenai rumah terbengkalai dan banyak peminjam yang membuat mengatakan bahawa pinjaman dari perbankan Islam mengenakan bayaran yang agak melampau.

"Saya ada mengkaji 422 kes rumah terbengkalai sejak dua tahun lalu yang melibatkan perbankan Islam dan ia terdiri daripada kes sejak tahun 2005.

"Banyak yang mengadu mengenai pinjaman dari perbankan Islam yang mengenakan tuntutan yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Kareem mengulas mengenai laporan Bernama semalam yang melaporkan Universiti Global bagi Kewangan Islam (INCEIF) menolak dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa sistem perbankan Islam menawarkan kadar keuntungan mengatasi peminjam wang 'Ah Long.

Abdul Kareem yang bersetuju dengan CAP berharap satu perbincangan dapat diadakan antara INCIEF, pihak bank, Bank Negara Malaysia dan persatuan pengguna supaya isu terbabit dapat dijelaskan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai.






GEMPAR!!! Raja Noor Jan Diiktiraf Sebagai Sultan Melaka

Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.
Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.
Dalam statusnya menyebut;
”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”
Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.
Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.
Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.
Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.
Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.
Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob.--MalaysiaGazette







Carta Top 5 Menteri Paling Popular 2013

Carta ini khusus untuk menteri2 aje. Kalau la Bung Moktar itu menteri (nasib baik bukan, syukur Alhamdullilah) mesti dia menjuarai carta kali neh dengan aksi bangang dia kat parlimen iaitu ketika dia koyakan kertas usul untuk bincang isu bencana alam banjir di Kuantan ketika itu.. tipuuu tipuuuuu harammm harammmmmm tipuuuuu tipuuuuuu harammmmmm


KAH KAH KAH

Baikla. Terus kepada tajuk sebenar. Susunan 1 sampai 5 ini memang ada sebab. Di kedudukan 5 menteri itu masih di anggap bodoh. Cuma di kedudukan no 1 ialah menteri yang paling paling paling paling paling paling paling paling di anggap bodoh oleh rakyat marhaen. Rakyat anggap mereka bodoh adalah disebabkan mereka kerap kali keluarkan kenyataan2 yang sangat2 tidak cerdik di dalam PC. Langsung tidak memahami persoalan yang rakyat timbulkan. Bukan suka2 anggap mereka bodoh hanya disebabkan berbeza pendapat, tidak hormat ataupun kerana tidak meraikan kepelbagaian idelogi politik.

Harap faham.



Oke terus kepada carta. 



5. Ahmad Shabery Cheek

Isu KPOP sudah membuktikan betapa kita tidak mempercayai kata2 menteri ini. Mulanya kerajaan menafikan bahawa dana awam digunakan untuk biayai konsert KPOP selepas invois berkaitan didedahkan di laman blog. Lepas tue audit sebut lain. Eh konsert kpop gunakan dana awam la pula. Lepas tue menteri KBS yang baru pun mengaku. Lepas tue dia cakap konsert KPOP bawa untung juta2 pada negara. 140 juta. Ko boleh percaya tak kalau ko jadi aku? Jangan tipu diri sendiri der. Kalau sungguh ada untung sampai 140juta takan la audit nak tegur konsert kpop tersebut sebagai perbelanjaan yang tidak berhemah. Kenyataan demi kenyataan Shabery Cheek yang dibuat dalam isu neh menjatuhkan imej dan krediblitinya sebagai seorang menteri. Begitu juga bila dia sebut khemah tak berapa sesuai untuk disediakan buat mangsa banjir angkara iklim cuaca yang berbeza. Rakyat hanya mampu tepuk kepala melihat jawapan menteri sedemikian rupa. Kalaula Shabery Cheek tahu..




4. Najib Razak

Ya. PIEM kita hanya mampu menduduki tangga keempat saja tahun neh memandangkan kita ada 3 individu lain yang lebih bodoh dari piem kita. Maaf Najib sebab aku terlalu berterus terang. Aku nak juga tipu2 tapi aku rasa tak guna gak. Kalau aku tipu ko pun bukan ko boleh dengar. Jadi alang2 tak boleh tipu dan bodek ko baik aku jadi jujur dan ikhlas aje. 



Wakaka.. 



Siapa boleh lupakan kenyataan2 yang terbit dari Najib Razak ini?



 Lagi ;




Dan lagi ;



Bayangkan seorang perdana menteri tidak tahu apa perbezaan antara kesan kenaikan gaji dengan kesan kenaikan harga barang terhadap rakyat marhaen. Sejak bila pula kenaikan gaji wakil2 rakyat di Selangor akan menyebabkan petrol, minyak masak, beras, tambang bas, tambang LRT akan turut sama naik? Dan kenapa pula Najib tak sebut begitu bila gaji wakil rakyat di Sarawak, Johor, Kedah dan Perlis dinaikkan? 

Itu belum lagi masuk bab dia asyik sebut2 di tv, di berita bahawa kenaikan harga barang tak berlaku. Pembangkang putar belit. Apa yang berlaku ialah subsidi dikurangkan. Gunakan ayat yang berbelit2 supaya rakyat paksa diri berfikir bahawa kenaikan minyak tak berlaku, kenaikan gula tak berlaku. Macam isu ayat rasionalisasikan subsidi neh la juga kisahnya. Tapi macam mana nak paksa diri untuk fikir begitu kalau dulu ko bayar 1.90 sekarang ko bayar 2.10? Tak berlaku kenaikan ke tue walaupun ko kena keluarkan lebih wang ketika membayar? 



Alasan2 bodoh seringkali dikeluarkan untuk halalkan keputusan2 yang kerajaan buat yang mana keputusan2 tersebut sebenarnya menyusahkan rakyat terbanyak. Sebab tue Najib dengan muka tak malu nya suruh rakyat kurangkan gula atas alasan nak kurangkan stastistik penyakit diabetes. Yelah sangat tue. Rokok boleh pula jual ye walaupun dikatakan punca utama kanser. Baik punya belit piem kita neh kan.  



Begitu juga bila Najib berulang kali memberitahu bahawa kerajaan ada formula yang tepat untuk selesaikan masalah rakyat. Untuk minimakan kesan rantaian kenaikan barang. Tetapi sejak dari PRU lepas, tiada satu pun formula2 Najib itu berkesan. Sembang aje kencang depan tv. Sikit2 ada formula. Sikit2 ada formula. Apa formula hebat dia tue? Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat terpaksa tanggung beban dengan kenaikan demi kenaikan yang berlaku selepas BN berjaya memperolehi mandat pentadbiran dengar? Benar la apa yang dilafazkan melalui gambar kat bawah neh ;




Janji ditepati konon. My foot la. Dulu berjanji akan kurangkan kadar tol. Tetapi sekarang janji ke mana, kadar tol bakal dinaikkan. Sembang je la. Satu Malaysia kena main dengan permainan Najib sudahnya. Padan muka aku dan ko sekarang neh kena tanggung beban. Amek kaw.

3. Ahmad Maslan

Ada banyak. Tapi aku rasa yang paling terkesan sekali di ahti rakyat ialah bila dia sebut begini.




Kadar penggunaan minyak ikut tangga gaji. Kenyataan ini terang terangan bangang. Seolah2 si penutur neh menuturkan kenyataan ini tanpa berfikir lanjut. Bagaimana pula kita boleh tentukan penggunaan minyak sebulan berdasarkan tangga gaji seseorang? Aku tatau. Korang tanyala menteri di atas ye. Formula tue dia yang bagi. 



2. Shahidan Kassim




Sejak2 naik semula. Dulu jatuh sebagai MB Perlis. Lepas tue naik sebagai menteri. Menteri di jabatan perdana menteri. Ketika mula2 dia keluarkan kenyataan demi kenyataan bangang, rakyat memang asyik nak maki hamun. Tetapi sekarang rakyat dah tak mampu nak maki. Rasa kesian. Hanya gelak je la. Sebab dah terlalu banyak sangat kenyataan bangang yang dia keluarkan.



Bayangkan bukan satu dua kenyataan2 bangang yang dia keluarkan. Banyak wooooo. Kenyataan Malaysia terbaik itu jek dah berapa kali dia sebut. Malaysia bebas rasuah la, Malaysia terbaik sistem banjir la. Kenyataan suruh berterima kasih pada Rosmah je dah 2,3 kali dia sebut. Akan tetapi yang mungkin rakyat akan kenang sampai bila2 ialah bila dia sebut ;

"Pembekal syarikat dakwat kekal tidak boleh didedahkan nanti rakyat berlumba2 nak pergi beli"  - Shahidan Kassim.

Sampai sekarang HARAM aku faham kenapa kalau aku tahu apa nama syarikat tersebut aku akan beria2 pergi beli dakwat kekal (of coz, tak kekal oke). Kenyataan yang dikeluarkan tanpa ada penjelasan yang jelas. Sudah tentu menteri tak perlu kan logik akal ketika mengeluarkan statement yang tak berasas. Cukup dengan hanya kehadiran press, ada microfon dan mampu bercakap. Itu je. 

1. Hasan Malek 

Aku percaya majoriti dari BN dan PR bersetuju aku letakkan dia no 1. Mereka takan bekap pun menteri neh. Kalau dia ada facebook atau twitter, nescayalah dia pasti akan teruk diserang bertubi2 oleh rakyat marhaen kerana baru saja sebut begini 2 hari yang lepas ;




Hari2 rakyat pongpang2 bising isu kenaikan harga barang sampai masuk paper sampai bakal buat perhimpunan besar besaran pada malam 31 Dec 2013, dan siap ada page khas di facebook lagi







Menteri kita boleh bercakap bahawa mereka tak terima sebarang aduan kenaikan ini membuktikana rakyat sokong kenaikan harga barang?



WHAT THE HELL IS THAT?



Dalam pada dia pongpang2 cakap tak terima aduan dia boleh pula nak kenakan tindakan keras terhadap mana2 pihak yang naikkan alat tulis. Bayangkan. Ko baru aje sembang pasal nak banteras kegiatan pekedai2 yang bertindak naikkan harga alatan tulis sebab kementerian terima aduan, lepas tue ko cakap kami tak terima pun sebarang aduan kenaikan barang itu bermaksud rakyat terima kenaikan harga barang...

GEMPAR!!! Malaysia Akan Menjadi Kutub Selatan Pada 2015

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.


Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.



Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.



Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.



Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.



Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.



Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.


Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.



Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.



Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.



Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.



Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.



Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.



Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.



Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?



Kiamat menurut Islam



Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:



Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:



1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.



2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.



3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.



4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.



5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.

(Hadis Riwayat Bukhari)



Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?



Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'



(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)



Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.



ALLAH SWT berfirman :

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah Al-A’raf, Ayat 187)



Dan juga pada ayat:

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.

(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)