Sunday, 30 November 2014

Saintis Berjaya Cipta Pil Mewangikan Kentut

Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.
Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.
Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.
Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.
Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.
Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.
“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.
“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya

Friday, 28 November 2014

Awas...!!!

KISAH BENAR!

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tanganya melekat pada tubuh mayat wanita tersebut.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya tangan si pemandi mayat terlekat pada badan mayat tersebut sehingga semua yang berada waktu itu mati akal untuk melepaskan tangan itu dari tubuh mayat tersebut. Terdapat berbagai cadangan dan pendapat untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan pemandi mayat itu atau keduanya tanam kedua-duanya iaitu mayat wanita dan pemandi mayat sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa.

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku lalu Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.

"Apa yang kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?".

Perempuan memandikan mayat bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut akan tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata,
"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina". Sambil menampar-nampar dan memukul-mukul berkali-kali pada batang tubuh si mati.

Imam Malik berkata "Kamu telah menjatuhkah qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan empat saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Sewaktu pemandi mayat itu dijatuhkan hukuman, tiba-tiba sebaik masuk sebatan ke 80, maka dengan kekuasaan Allah terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Pengajarannya:-

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah.Jangan bersangka buruk dengn kuasa Allah. Walaupun kita tahu dia itu pelacur, tetapi kalau kita tidak pernah melihat perbuatan zinanya, maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan iktibar.

Jadi beringatlah sekiranya membantu menyebarkan sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari kita akan menerima balasannya.

Begitulah kemudahan teknologi ICT yang ada di tangan kita. Jangan kita mudah benar FOWARD berita yang tidak pasti kebenarannya. Apa lagi jika ianya berkaitan dengan agama dan FITNAH INDIVIDU.

Tuesday, 18 November 2014

Ditangkap Khalwat Didalam Kaunter

Jitra: Sebuah kaunter tiket bas ekspres yang bertutup sejak awal pagi semalam membongkar kegiatan maksiat dilakukan seorang anggota tentera bersama pasangannya sebelum dicekup berkhalwat, semalam.
Mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di kaunter bas Bandar Darulaman, di sini, ketika tidur dalam kaunter terbabit jam 1.30 petang.
Difahamkan, kaunter itu dipercayai beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan kesempatan itu digunakan pasangan terbabit berdua-duaan untuk mengelak dikesan orang ramai.
Anggota tentera terbabit yang bertugas di sebuah kem di negeri ini dikatakan kerap datang ke situ dan mengambil kesempatan pada waktu awal pagi untuk masuk bersama pasangannya yang juga kerani di kaunter terbabit.
Dia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Sabah itu dikatakan sudah beristeri dan mempunyai tiga anak manakala wanita terbabit yang juga penduduk tempatan mempunyai dua anak, tetapi menjanda selepas kematian suaminya.
Ketua Operasi PADKP Muhammad Ihsanuddin Mohd Azhar berkata, berdasarkan maklumat diterima, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan di kaunter tiket bas terbabit.
Beliau berkata, setibanya di situ, didapati pintu di bahagian hadapan dan belakang kaunter itu tertutup dan mengesyaki sesuatu mencurigakan menyebabkan anggotanya mengetuk pintu berkali-kali.
“Kita dapati kaunter tiket bas itu berkembar dengan satu lagi kaunter syarikat bas sama, tetapi satu lagi premis beroperasi seperti biasa.
“Selepas pintu diketuk hampir lima minit, seorang wanita yang berkemeja-T dan berkain batik membuka pintu dalam keadaan terpinga-pinga melihat kehadiran anggota kami.
“Hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berseluar panjang dan berkemeja-T sedang duduk atas tilam dipercayai kedua-duanya baru bangun tidur,” katanya di sini, semalam.
Muhammad Ihsanuddin berkata, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan turut memberi alasan datang ke situ untuk berbincang soal perkahwinan.
Bagaimanapun katanya, pihaknya menerima maklumat pasangan itu kerap berada dalam kaunter itu sebelum ini sehingga menimbulkan syak.
“Mereka dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum ke pejabat agama daerah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Friday, 14 November 2014

BERAKHIRNYA KISAH NARUTO SELEPAS 17 TAHUN

Selepas 17 tahun menabur ‘bakti’ menyelamatkan dunia, siri manga popular Jepun, Naruto hasil karya Masashi Kishimoto dilaporkan berakhir menemui pembacanya semalam menerusi komik siri terakhir diterbitkan di negara Matahari Terbit itu.
Terkenal menerusi beberapa watak pahlawan ninja cilik dari kampung imaginasi bernama Konoha, Naruto mula terbit pada Ogos 1997 melalui majalah komik mingguan Shonen Jump terbitan syarikat Sueisha dan berterusan memaparkan 700 babak dalam 71 volume.
Manakala bagi siri anime menerusi televisyen, adaptasi Naruto itu baharu sahaja mencapai episod ke 385 disiarkan stesen TV Tokyo dan rangkaian sekutunya di seluruh dunia serta mungkin ambil masa lebih setahun lagi untuk selesai keseluruhan 700 babak berbeza.
Naruto merupakan kisah perjuangan ninja muda, Naruto Uzumaki, yang bercita-cita menjadi seorang Hokage, iaitu pemimpin tertinggi Konoha namun perjalanan wira cilik itu tidak mudah kerana tubuhnya dimasuki seekor serigala yang menjadikannya seperti raksasa.
Sehingga 2013 lalu, lebih 130 juta naskhah komik Naruto dicetak di Jepun menjadi antara terlaris di negara itu manakala peminatnya di serata dunia masih boleh ikuti kisah pahlawan fantasi itu sama ada laman internet, cakera video, filem atau novel selain siri TV.
Dalam pada itu, Kishimoto dilaporkan menerima ucapan selamat maju jaya daripada ribuan peminatnya di seluruh dunia dan yang lucunya, walaupun Naruto tidak diterbitkan di luar Jepun, komik ninja itu telah dialih bahasa di banyak negara termasuk Malaysia.–Agensi
Tonton Naruto Anime Online, SINI..

Thursday, 6 November 2014

Tidur ... Tidur... Tidur...

Apakah itu Hailulah, Qoilulah dan A'ilulah ???
1- Hailulah ialah tidur selepas solat subuh (orang yang tidak bangun solat subuh juga termasuk) hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.
2- Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam)     
   
3- A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.
Kongsikan dengan rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan supaya tak lalai.

Sunday, 2 November 2014

SEPULUH CABARAN TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan:
1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST
2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.
3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah.
Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.
4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah kesel
uruhan ekonomi Malaysia (KDN
K) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran.
Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan.
5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia.
6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya.
7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM).
Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura.
Purata pekerja Malaysia me
ncatatkan nilai produktiviti
hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.
8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.
9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37.
Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela.
10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa b
eli individu. Maknanya, setia
p ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.
Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Jika sepuluh isu ini dapat ditangani maka lahirlah negara mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang.