Thursday, 30 October 2014

Budak Diikat Kakitangan Oleh Pengasuh

KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di  Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat.

Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang.

Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu.

Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu.

“Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya.

“Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.

Wednesday, 29 October 2014

Najib Pembohong!!!

MP Petaling Jaya Utama Tony Pua mempersoalkan penjelasan perdana menteri berhubung tanggungjawab kerajaan ke atas jaminan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Pua, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab sepenuhnya persoalan sama ada hutang 1MDB, yang kini mencecah hampir RM37 bilion ditanggung oleh pembayar cukai.
Beliau membangkitkan persoalan itu dengan merujuk kepada isu surat sokongan yang dikeluarkan kerajaan bagi mendapatkan dana 1MDB.
Menurutnya, Najib hari ini menjelaskan bahawa kerajaan hanya menjamin sejumlah RM5.8 billion dari hutang 1MDB.
"(Jawapan itu) tidak melibatkan satu surat sokongan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada 1MDB Global Investment untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM9.5 bilion, Mac tahun lalu," katanya.
Kenyataannya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini merujuk kepada jawapan bertulis Najib, yang juga menteri kewangan kepada MP Bagan, Lim Guan Eng.
Perbezaan semantik
Pua berkata surat itu didedahkan dalam satu laporan akhbar mingguan bisnes The Edge pada hari Sabtu lalu.
Menurut laporan itu, surat berkenaan menjelaskan bahawa kerajaan akan membayar sekiranya 1MDB gagal memenuhi tuntutan kewangannya.
"Surat sokongan itu secara jelas menjamin pinjaman itu. Perbezaan antara jaminan dan surat sokongan hanyalah semantik semata," kata beliau.
Beliau menambah bahawa walaupun jaminan kerajaan direkodkan dan diletakkan dalam laporan, surat sokongan tidak akan dimasukkan dalam rekod.
Pua seterusnya membandingkan isu berkenaan dengan skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Katanya, kenyataan oleh peguam negara dalam siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesahkan surat sokongan menteri dan kerajaan adalah sama seperti jaminan.
"Dalam kes ini, kita tahu dari kira-kira RM 37 bilion hutang 1MDB, sekurang-kurangnya RM15.4 bilion telah dijamin kerajaan," kata beliau.
Justeru, beliau menuntut agar Najib menyatakan dengan jelas sekiranya kerajaan tidak akan membayar kembali hutang 1MDB itu.
Dalam jawapannya hari ini, Najib antara lainnyna mempertahankan kedudukan kewangan 1MDB dan kedudukan kewangan syarikat itu juga didakwa masih kukuh.
Najib juga berkata, sebagai syarikat liabiliti terhad, hal kewangan 1MDB tidak dimasukkan dalam kiraan liabiliti kerajaan, sebaliknya tanggungjawab syarikat itu sendiri.

Monday, 27 October 2014

Kerajaan habiskan lebih RM300j insuran BR1M

Rafizi Ramli berkata kerajaan menghabiskan RM350 juta dari wang subsidi kepada rakyat untuk membayar syarikat insurans bagi pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Beliau berkata kutipan itu adalah berdasarkan jawapan bertulis di mana setiap penerima BR1M membayar RM50 untuk bayaran Takaful.

Bagaimanapun jawapan sama daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak 9 Oktober lalu mengesahkan setakat September lalu hanya RM42 juta dituntut daripada RM350 juta yang dibayar.

Ini bermakna, menurut Rafizi, kerajaan memberi untung bersih lebih RM300 juta kepada syarikat konsortium insurans ini.

"Duit yang dibayar adalah termasuk duit bantuan. Jadi bantuan tidak sampai kepada rakyat sebaliknya kepada syarikat besar dan ejen yang mendapat untung dari perkara ini," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Saturday, 25 October 2014

Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?

Dari Fatwa Muasyirah
Oleh Dr Yusuf Qardhawi
Mazhab-mazhab feqah di dalam Islam tidaklah terbatas kepada empat sahaja, sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tidak berilmu. 
Imam-imam juga bukanlah sekadar Maalik, Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad sahaja. Bahkan telah hidup sezaman dengan mereka, imam-imam yang sama martabatnya dengan mereka di dalam ilmu dan ijtihad meskipun mungkin kefakihan dan kealiman mereka tidak melebihi imam-imam ini.
Imam al-Laith bin Sa'ad adalah sezaman dengan Imam Maalik. Imam as-Syafie telah berkata mengenainya: "AI-Laith lebih fakih daripada Maalik, tetapi pengikut dam muridnya (al-Laith) tidak menyebarkan pendapat-pendapatnya."
Di Iraq pula terdapat Sufyan al-Thauri yang tidak kurang martabat kefakihannya daripada Imam Abu Hanifah. Imam al Ghazali telah menganggapnya sebagai salah seorang Imam, daripada lima orang Imam-imam di dalam feqah. Ini ditambah pula dengan penguasaannya yang mendalam di dalam ilmu hadis sehingga dia digelar `Amirul Mukminin di dalam hadis.
Imam al-Auza'ie pula adalah Imam di Syam, yang tiada tandingannya. Mazhabnya telah digunakan di sana lebih daripada dua ratus tahun.
Di kalangan keluarga Rasulullah pula terdapat Imam Zaid bin Ali dan saudaranya Imam, Abu Ja'far bin Ali al-Baqir serta anaknya Imam Ja'far as-Sadiq. Kesemua mereka ini adalah mujtahid mutlak serta diiktiraf oleh semua ahli sunnah.
Begitulah juga dengan Imam at-Tabari yang datang selepas daripada mereka, adalah seorang mujtahid mutlak. Beliau adalah Imam di dalam feqah, tafsir, hadis dan tarikh. Mazhabnya mempunyai pengikut yang kemudian nya pupus.
Sebelum imam yang empat ini pula terdapat imam-imam, ustaz-ustaz bahkan sheikh-sheikh mereka serta guru-guru kepada sheikh-sheikh ini. Merekalah yang mendapat tempat di kalangan masyarakat sebagai lautan ilmu dan pelita hidayah. 
Penuntut ilmu manakah yang tidak mengenali Said bin al-Musaiyib, tujuh orang fuqahak Madinah, Towuus, `Athaa', Said bin Jubair, `lkrimah, alHasan, Ibnu Shin, as-Sha'bi, al-Aswad, `Algomah, Ibrahim, Masruq, Makhuul, az-Zuhri dan lain-lain fuqahak tabi'en yang dikeluarkan oleh madrasah para sahabat ridhwanulLahi `alaihim? Mereka menjadi tempat pergantungan imam-imam selepas mereka.
Sebelum mereka pula terdapat fuqahak sahabat yang dikeluarkan oleh madrasah ar-Rasul. Mereka menyaksikan sebab-sebab turunnya al-Quran dan datangnya sesuatu hadis. Mereka adalah orang yang paling suci kefahamannya terhadap agama, paling alim tentang makna al-Quran, paling tahu tentang maksud-maksud bahasa dan lafaznya. Siapakah yang tidak mengetahui kefaqihan Abu Bakar, Omar, Ali, Osman, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, lbnu Omar, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Mu'az bin Jabal, `Aisyah dan lain-lain Imam lagi dari kalangan sahabat? Merekalah yang diikuti lalu mendapat hidayat Ilahi.
Imam Yang Empat Tidak Pernah Mendakwa Diri Mereka Maksum.
Sesungguhnya Imam yang empat (begitu juga mujtahid-mujtahid lain) tidak pernah mendakwa diri mereka maksum. Bahkan tiada seorang ulama pun yang pernah beranggapan begitu terhadap mereka. Hakikatnya, mereka hanyalah mujtahid yang mencari kebenaran sekadar kemampuan tenaga manusia yang ada pada mereka. Sekiranya mereka betul, bagi mereka dua ganjaran dan sekiranya mereka tersilap, bagi mereka satu ganjaran. Oleh itu ramai dari mereka yang berpatah balik dari pandangan-pandangan mereka dan memilih pandangan yang lain apabila jelas dan nyata kepada mereka dalil yang lain. 
Inilah rahsia kepada wujudnya lebih dari satu riwayat dalam satu masalah dari satu Imam. Telah diketahui bahawa Imam as-Syafie mempunyai dua mazhab: `Qadim' (lama) di Iraq dan `Jadid' (baru) di Mesir. Hampir-hampir tiada di sana satu masalah yang penting di dalam feqah, melainkan Imam Malik dan Imam Ahmad akan mempunyai lebih dan satu riwayat mengenainya. Begitulah juga dengan Imam Abu Hanifah. Beliau telah berpatah balik dari sebahagian pandangannya beberapa hari sebelum kematiannya.
Orang-orang yang sebelum mereka juga begitu. Saidina Omar telah berfatwa dengan satu pandangan. Setahun kemudiannya beliau berfatwa dengan apa yang menyanggahi fatwanya di tahun sebelum itu. Apabila ditanya mengenai hal itu beliau berkata: "Itu berdasarkan apa yang kita telah ketahui dan ini adalah berdasarkan kepada apa yang sedang kita tahu."
Sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah (iaitu murid atau orang yang mengikuti usul dan kaedah yang dibuat oleh imam Abu Hanifah dalam mengistinbat hukum) juga telah menyanggahi pendapatnya di dalam beratus-ratus masalah apabila jelas kepada mereka dalil-dalil, sampai kepada mereka hadis-hadis atau mereka mengetahui maslahah (kepentingan) dan keperluan manusia yang tidak ada pada zaman imam mereka atau tidak diketahui olehnya. Oleh itu sebahagian ulama-ulama Hanafiah di dalam masalah khilafiah banyak berkata: "Ini adalah perselisihan masa dan zaman, bukannya perselisihan hujah dan dalil."
Imam Abu Yusuf (sahabat besar Imam Abu Hanifah dan yang paling afdhal dan kalangan mereka) telah berbincang dengan Imam negeri hijrah (Madinah) iaitu Imam Malik bin Anas lalu bertanya kepadanya tentang kadar gantang, masalah `al-albbas' (waqaf) dan zakat sayuran. Imam Malik telah menjawabnya berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh hadis di dalam masalah itu. Imam Abu Yusuf lantas berkata: "Aku menarik balik (pendapatku) kerana kata-katamu wahai Abu Abdullah (Imam Malik bin Anas). Sekiranya sahabatku (Imam Abu Hanifah) melihat apa yang aku lihat, nescaya dia akan menarik balik (pandapatnya) sebagaimana aku." 
Inilah keinsafan yang merupakan hasil dari ilmu yang tinggi dan ijtihad yang sahih. Sesungguhnya semua yang datang daripada imam-imam rahimahumalLah menegaskan hakikat ini.
Abu Hanifah telah berkata: 
"Inilah pandanganku. Ianya adalah pandangan yang terbaik padaku. Sesiapa yang membawa pandangan yang lebih baik, maka kami akan menerimanya." 
Imam Malik juga pemah berkata: 
"Sesungguhnya aku adalah manusia yang betul dan silap. Oleh itu periksalah kata-kataku dengan al-Quran dan sunnah." 
Imam as-Syafie juga telah berkata: 
"Apabila satu hadis yang sahih bercanggah dengan pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu ke dinding. Jika aku melihat hujah terbentang di hadapanku, maka itulah pendapatku."
Antara kata-katanya yang menarik ialah: "Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan orang yang selainku silap tetapi ada kemungkinan betul."
Tiada Dalil Yang Menunjukkan Wajib Taqlid Mazhab Tertentu.
Sesungguhnya ikut dan taqlid salah satu daripada mazhab-mazhab ini dan imamnya di dalam semua pendapatnya, tidaklah wajib dan tidak pula sunat. Manakala kata sesetengah pengarang: "Taklid Imam yang tertentu adalah wajib", ditolak.
1: Telah sabit di dalam al-Quran, sunnah dan ijmak bahawa Allah Taala hanya mewajibkan ke atas hamba--Nya mentaati Nya dan Rasul-Nya. Allah tidak mewajibkan ke atas umat ini mentaati seseorang yang tertentu di dalam semua yang disuruh dan dilarang oleh orang itu kecuali RasululLah (s.a.w). Semua ulama telah bersepakat bahawa tiada seorang pun yang maksum di dalam semua perkara yang disuruhnya atau dilarang olehnya melainkan ar-Rasul.
Oleh itu Ibnu 'Abbas, `Athaa', Mujahid dan Malik bin Anas telahpun berkata: "Tiada seorang pun melainkan diambil kata-katanya atau ditolak melainkan RasululLah (saw)."
Jadi, mengikut orang yang tidak maksum di dalam semua yang dikatanya (pendapatnya) adalah sesat yang nyata kerana ia menjadikan kedudukan imam di kalangan pengikutnya seperti kedudukan nabi di kalangan ummatnya. Ini adalah penukaran agama dan sama seperti celaan Allah terhadap kaum Nasrani di dalam firman-Nya:
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah..." At-Taubah: 31.
Celaan oleh Allah itu adalah kerana. mereka mentaati paderi di dalam perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh paderi mereka, seperti mana yang diberitahu oleh Rasulullah (s.a.w).
2- Imam-imam juga telah melarang orang daripada mentaqlid kepada mereka. Mereka tidak pemah mendakwa sama sekali bahawa mereka mensyariatkan kepada manusia satu agama yang mesti diikuti. Mereka juga memberi amaran supaya jangan mengambil kata-kata mereka tanpa hujah. Imam as-Syafie telah berkata: "Orang yang menuntut ilmu tanpa hujah adalah seperti pemotong kayu api pada waktu malam. Dia membawa seikat kayu api yang di dalamnya ada seekor ular. Ular itu mematuknya sedangkan dia tidak mengetahui."
AI-Muzani telah berkata di awal kitab ringkasannya: "Aku meringkaskan ini daripada ilmu as-Syafie dan makna kata-katanya untuk memudahkan pemahamannya kepada sesiapa yang menghendakinya (dengan catatan bahawa as-Syafie melarang mentaqlidnya dan orang lainnya) supaya dia melihatnya untuk agamanya dan untuk menjaga dirinya."
Imam Ahmad juga telah berkata: "Jangan mentaqlidku dan jangan mentaqlid Malik, as-Shauri atau Auza'ie. Ambillah dari mana mereka ambil." Beliau juga berkata: "Seseorang itu dianggap kurang faqih apabila ramai orang mentaqlidnya."
Imam AbuYusuf juga telah berkata: "Tidak halal bagi seseorang menggunakan kata-kata kami sehinggalah dia mengetahui dari mana kami mengambilnya (dalil yang kami gunakan)."
3- Taqlid dan taksub kepada satu-satu mazhab adalah perkara yang direka (bidaah) di dalam umat ini. Ianya menyanggahi petunjuk para salaf dan tiga kurun pertama selepas ar-Rasul. Pengarang kitab `Taqwiimul Adillah' telah berkata:
"Para sahabat, tabien dan solihin menyandarkan urusan mereka kepada hujah. Mereka menggunakan al-Quran kemudiannya sunnah dan seterusnya kata-kata orang-orang yang selepas Rasulullah apabila ianya bertepatan dengan hujah. Contohnya, seorang lelaki telah mengambil kata-kata Omar di dalam satu masalah kemudiannya dia mengambil kata-kata Ali pula di dalam masalah lain (yang bertentangan dengan kata-kata Omar). Tidak pemah wujud mazhab Omar atau pun mazhab Ali di dalam syariat. Bahkan mereka menyandarkannya terus kepada Rasulullah. Mereka hidup di kurun yang dipuji oleh Rasulullah. Mereka berpegang kepada hujah dan tidak kepada ulama-ulama ataupun diri mereka. Ulama hanyalah dijadikan hujah yang diikuti pada kurun ke empat apabila umat telah kehilangan taqwa serta malas mencari hujah dan dalil. Jadilah sebahagian daripada mereka Hanafi, sebahagian yang lain pula Maliki dan sebahagian yang lain pula Syafie. Mereka menjadikan peribadi sebagai hujah serta menggunakan mazhab sebagai neraca untuk menilai kebenaran."
Imam Sheikh Izzuddin bin Abdul Salam telah berkata: "Orang ramai sentiasa bertanya siapakah ulama yang disepakati tanpa mengira mazhabnya. Tiada seorang pula yang mengengkarinya. Hal ini berterusan sehinggalah lahimya mazhab dan golongan taksub mazhab yang bertaqlid dengan imamnya. Mereka mengikut apa yang dikatakan oleh imam mereka meskipun mazhabnya jauh daripada dalil dan bukti. Jadilah imam mereka itu seolah-olah nabi. Ini adalah jauh dan terseleweng daripada kebenaran. Tiada seorang yang berakal pun akan meredhainya."
Jelaslah di sini bahawa kewajipan seorang muslim adalah bertanya kepada ahli ilmu apabila dia tidak mampu mengetahui hukum-hakam daripada dalil-dalil. Tidak wajib dia mengikut satu mazhab yang tertentu kerana kewajipannya hanyalah apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan seseorang itu menjadi Hanafiah, Syafieyah, atau lainnya. Pembentang (pensyarah) kitab `Musallamuth Thubut' telah berkata: "Mewajibkannya (taklid kepada mazhab tertentu) adalah seperti mengadakan syariat baru."
Menyanggahi Imam Tidaklah Menjejaskan Kewibawaannya.
Menyanggahi keempat-empat imam semuanya, atau sebahagiannya, tidaklah menjejaskan kewibawaan mereka. Ianya tidaklah mengurangkan kedudukan mereka atau menimbulkan tanda tanya mengenai ketinggian ilmu mereka, kesahihan ijtihad atau kejujuran mereka di dalam mencari kebenaran. Sesiapa yang menyangka begitu adalah jahil tentang hakikat dan sejarah umat ini. Bahkan mengasihi, menghormati dan memuji mereka adalah daripada, ajaran agama. 
Sheikhul Islam Ibnu Taimiah telah menyebut di dalam muqaddimah kitabnya, (Raf ul Malaa" `anil Aimmatil A'laam): "Kewajipan seorang muslim selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya ialah mentaati orang yang beriman, sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran. Ketaatan ini khususnya kepada ulamak yang merupakan pewaris nabi. Mereka telah dijadikan oleh Allah seperti bintang-bintang yang menjadi pedoman di dalam gelap di daratan dan di lautan. Kaum Muslimin telah sepakat mengenai petunjuk dan ilmu mereka. Mereka adalah pengganti Rasul di dalam umatnya dan menghidupkan sunnahnya yang dilupakan. Mereka menegakkan al-Quran dan al-Quran menegakkan mereka. Al-Quran bercerita tentang mereka dan mereka bertutur dengannya."
Ibnu al-Qasim telah berkata: "Aku mendengar Malik dan alLaith bercakap mengenai perselisihan sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w): Ianya bukanlah seperti yang dikata orang, bahawa ia adalah masalah yang terdapat kebebasan di dalamnya. Tetapi ia adalah masalah silap atau betul. Malik juga telah berkata mengenai perselisihan mereka (sahabat): Ianya adalah masalah silap atau betul. Oleh itu kamu wajib berijtihad."
Jika pada pandangan Malik dan al-Laith, para sahabat juga ada yang tersilap dan ada yang betul, maka apatah lagi dengan mereka yang lain?
Ibnu Hazmin Mengharamkan Taqlid.
Sebelum ini saya telah menggunakan lafaz-lafaz yang lembut di dalam masalah taqlid. Saya menyatakannya tidak wajib dan tidak juga sunat. Tetapi sebagai menunaikan amanah ilmu, saya mesti memberitahu kepada pembaca mengenai apa yang dinyatakan oleh Ibnu Hazmin seorang faqih yang mempunyai hujah yang kuat. Beliau telah berkata: "Sesungguhnya taqlid adalah haram. Tidak boleh mengambil kata-kata sesiapapun tanpa mengetahui dalilnya melainkan kata-kata Rasulullah (s.a.w)."Hujah Ibnu Hazmin adalah:
1- Firman Allah:
Maksudnya: "Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu dan janganlah kamu menuruti pemimpin-pemimpin selain dari Allah ". AI-'Araf: 3.
Firmannya lagi:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah ", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya ". Al-Baqarah: 170.
Allah juga telah memuji orang yang tidak bertaqlid di dalam firman-Nya:
"Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. �Az-Zumar: 17-18.
2- Firman Allah:
"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (AI-Quran) dan (Sunnah) RasuINya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat... �An-Nisa': 59
Allah melarang kita merujuk kepada selain daripada al-Quran dan sunnah apabila berlaku perselisihan. Begitulah juga Allah melarang kita merujuk kepada kata-kata orang kerana ianya bukan al-Quran dan sunnah.
3-Semua para sahabat, tabi'en dan tabi' tabi'en telah bersepakat bahawa adalah ditegah dan mesti dihindari dari mengambil semua fatwa seseorang yang sezaman atau sebelum mereka. 
Dengan itu sesiapa yang mengambil semua fatwa Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad (r.a) atau sesiapa sahaja secara khusus tanpa meninggalkan satu fatwa pun, maka tidak syak lagi beliau telah menyanggahi ijmak umat seluruhnya dari awal hinggalah akhir. 
Percanggahan ini betul-betul berlaku dan tidak dapat diragukan lagi. Dia juga tidak mendapati seorang pun daripada generasi tiga kurun pertama yang dipuji (oleh Rasulullah selepas kewafatan baginda) yang boleh dijadikan ikutan. Sesungguhnya dia tidak mengikut jalan orang-orang yang beriman. Semoga Allah melindungi kita daripada termasuk dalam golongan ini.
4- Kesemua fuqahak ini telah melarang daripada bertaqlid dengan mereka. Sesungguhnya orang yang bertaqlid dengan mereka telah menyanggahi mereka.
5- Apakah kelebihan imam-imam ini sehingga mereka ini lebih utama untuk ditaqlid jika dibandingkan dengan Omar bin al-Khattab, Ali bin Abi Tholib, Ibnu Mas'ud, Ibnu Omar, Ibnu Abbas atau Aisyah Ummul Mukminin? 
Sekiranya taqlid adalah suatu yang dibolehkan nescaya mereka adalah lebih berhak untuk diikuti daripada orang yang selain daripada mereka.
Pandangan Ibnu Hazmin ini adalah ditujukan kepada golongan ulama yang mengetahui al-Quran, hadis, fekah dan usul serta mempelajari bahasa dan uslub-uslubnya tetapi malas untuk memikul beban kajian dan berusaha untuk sampai kepada kebenaran. 
Apabila seorang ulama yang sebenar bangun untuk menunaikan tanggungjawab ini mereka (ulama-ulama yang malas) akan berkata: "Berhenti! Siapalah engkau? Biarkanlah manusia seperti mana sekarang." Mereka menentangnya (ulama yang sebenar) seolah-olah beliau menyeru kepada kemungkaran.
Manakala orang awam pula, kita tidak menerima pendapat Ibnu Hazmin yang mengatakan bahawa taqlid juga haram bagi mereka. Kita akan bahaskan pendapatnya itu dalam sempena yang lain, ianya Allah.
Keganjilan Hukum Adalah Suatu Yang Berubah (Relatif).
Keganjilan sesuatu hukum adalah perkara yang boleh berubah (relatif). Mungkin hukum itu ganjil di satu tempat, tetapi di tempat yang lain ianya adalah masyhur dan dipelajari. Mungkin juga hukum itu pelik dan ganjil di satu zaman, tetapi kemudiannya diterima di zaman lain. Hukum yang menyanggahinya pula dianggap pelik. 
Keganjilan sesuatu hukum ini bukanlah total dan tetap (mutlaq). la boleh berubah mengikut perkembangan tempat dan masa.
Contohnya di sini: Masyarakat yang bermazhab Syafie akan merasa ganjil jika bersembahyang Jumaat tanpa sembahyang sunat sebelumnya. Di ketika yang sama, masyarakat yang bermazhab Maliki akan merasa ganjil jika sembahyang sunat dilakukan sebelum sembahyang Jumaat.
Suasana dalam masyarakat Syafie akan melahirkan rasa amat ganjil apabila, seorang yang bersembahyang tidak membaca `Basmalah' sebelum membaca fatihah. 
Ini berbeza dengan suasana masyarakat Maliki yang memang tidak membacanya dan suasana masyarakat Hanafi yang membacanya perlahan. 
Suasana masyarakat Syafie juga akan merasa pelik apabila seorang yang menyentuh perempuan (bukan muhrimnya) bersembahyang tanpa memperbaharui wudhu'nya. 
Begitulah juga apabila mereka melihat seorang yang terkena air kencing atau tahi unta, lembu atau ternakan bersembahyang tanpa membasuhnya. Ini berbeza dengan suasana masyarakat Maliki dan lainnya yang berpandangan air kencing dan tahi binatang yang dimakan dagingnya adalah suci. 
Bahkan masyarakat Syafie akan merasa amat pelik dan ganjil melihatkan seorang bersembahyang dan sebelum itu dia telah tersentuh anjing yang basah. Suasana ini adalah berlawanan dengan masyarakat Maliki yang berpandangan anjing adalah tidak najis.
Pada zaman ini juga, kita dapat melihat hukum-hukum yang dikeluarkan oleh sebahagian Imam telah membuahkan keganjilan bahkan penentangan dan kejian. Namun, setelah difikir dan diteliti nyatalah hujah, haluan dan ketepatannya dengan hikmah syara' yang didatangkan untuk membawa kemaslahatan dan mencegah keburukan. Ia seterusnya diterima setelah ditolak dan dikenali setelah ditentang.
Sebagai contohnya ialah: 
Perubahan-perubahan besar yang dimasukkan ke dalam perundangan kekeluargaan yang dinamakan `undang-undang kekeluargaan'. 
Antaranya ialah tidak gugur talak yang diikat dengan sesuatu jika tujuannya ialah untuk memaksa melakukan atau meninggalkan perkara yang diikat itu (contohnya: Jika kamu pulang ke rumah orang tuamu, saya ceraikan kamu), gugur talak tiga dengan satu lafaz, undang-undang wasiat wajib yang menyelamatkan zuriat bapa daripada kezaliman bapa-bapa saudara dan mengabaikan datuk dalam pusaka. Kesemua ini dianggap ganjil pada mulanya, tetapi kemudiannya telah diterima oleh umat. Tiada sebab ia tidak boleh diterima, apatah lagi dalilnya diambil daripada al-Quran.
Perkataan `ganjil' sendiri tidak mempunyai maksud yang tertentu, meskipun ia digunakan bagi menggambarkan pandangan yang bercanggah dengan pandangan Jumhur Ulama. 
Ibnu Hazmin telah berkata: "Saya telah meriwayatkan pendapat-pendapat Abu Hanifah, Syafie dan Malik dalam beratus-ratus masalah. Terdapat dari kalangan mereka yang memberi pandangan yang tidak pemah diberi oleh orang sebelumnya. Oleh itu hairankah kamu!"
Pandangan Yang Masyhur Tidak Semestinya Betul.
Pandangan yang masyhur tidak semestinya betul, sebagai mana juga pandangan yang ganjil (gharib) tidak semestinya silap. Betul dan silap bukanlah perkara yang ditentukan oleh masyhur atau ganjilnya sesuatu di sisi ulama yang mencari kebenaran. Banyak hukum yang masyhur, apabila dikaji dalilnya didapati goyah dan lemah. Banyak juga hukum yang ganjil, didapati dalilnya terang seterang matahari yang tidak dilindungi awan.
Setiap Muslim yang mencari kebenaran mestilah meletakkan kekuatan hujah dan kejelasan dalil sebagai neraca, bukannya kemasyhuran sesuatu pandangan dan kuantiti orang yang berpegang kepadanya.
Sekiranya neraca kebenaran berdasarkan kepada majoriti dan kepercayaan ramai, nescaya Islam akan dikira batil di tengah agama dan kepercayaan sesat yang mempunyai ratusan juta pengikut. Allah telah berfirman:
"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat-sangat ingin (sampai mereka beriman).� Yusoff 103
Firman Allah (s.w.t):
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah... �Al-Anaam: 116.
Firman Allah (s.w.t):
"Tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.� Ar-Ra'd: 1
Firman Allah (s.w.t):
"Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan yang akan menimpa mereka kalau mereka tidak menerimanya).� Al-An am: 37
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud; 
"Mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib)." AI-Hujurat: 4
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;
"Mereka tidak bersyukur."
Abdullah bin Mas'ud telah menyanggahi jumhur manusia di dalam sebahagian pendirian dan pandangan. Sebahagian sahabatnya telah bertanya "Bukankah dia mengikut jamaah?" Beliau menjawab:
"Jamaah ialah apa yang menepati kebenaran meskipun engkau keseorangan."
Ibnu Mas'ud telah memberi amaran mengenai satu zaman di mana neraca berubah. Kebatilan akan diikuti oleh manusia dan kebenaran akan dianggap ganjil. Mereka menjadi biasa dengan kemungkaran dan menentang kebaikan. Beliau berkata: "Bagaimana jika anda hidup di zaman berlaku fitnah yang merangkumi seorang kanak-kanak sejak kecilnya dan orang dewasa hingga ke hari tuanya. Hinggalah fitnah itu dianggap oleh mereka sebagai satu kebiasaan. Apabila ia diubah, mereka akan berkata: "Anda mengubah kebiasaan atau ini adalah kemungkaran."
Cukuplah bagi membuktikan bahawa keganjilan hukum bukanlah bukti bahawa ianya adalah silap, sesetengah ayat hukum di dalam al-Quran yang amalannya telah ditinggalkan, hinggakan di zaman sahabat juga. Akhimya hukum ayat ini menjadi ganjil pada manusia. 
Contohnya firman Allah:
"Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.� An-Nisaa': 8
Sebahagian ulama menyangka ia telah dimansukhkan. Oleh itu mereka tidak beramal dengannya. 
Begitulah juga dengan firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu)... "An-Nur: 58
Ibnu 'Abbas telah berkata: "Syaitan telah melupakan manusia dan ayat ini hinggakan mereka tidak beramal dengannya."
Perselisihan Dalam Perkara `Furu' (Cabang) Tidak Membawa Kepada Perpecahan.
Perselisihan dalam perkara ijtihad yang tidak mempunyai dalil yang qat'ie dari segi kewujudan (thubut) dan dalalahnya (petunjuknya kepada sesuatu hukum), tidak seharusnya boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan. Para sahabat telah berselisih sesama mereka, namun tidak pernah berlaku perpecahan atau permusuhan di antara mereka.
Terdapat di kalangan sahabat, tabi'en dan orang yang selepas dari mereka orang yang membaca bismillah dan yang tidak membacanya. Ada yang membacanya kuat dan ada yang membacanya perlahan. Ada yang membaca qunut dalam sembahyang subuh dan ada yang tidak membacanya. Ada yang berwudhu' kerana berbekam, keluar darah dari hidung, muntah, memakan makanan yang terkena api (dimasak) atau memakan daging unta dan ada yang tidak berwudhu' kerana sebab-sebab tersebut. 
Walaupun begitu mereka tetap menjadi makmum kepada yang lain. Abu Hanifah, Syafie dan lain-lain lagi (RidhwanulLahi `Alaihim) juga menjadi makmum kepada imam-imam Madinah yang bermazhab Maliki dan lainnya meskipun mereka tidak membaca bismillah sama ada perlahan atau kuat.
Harun ar-Rasyid telah bersembahyang menjadi imam selepas berbekam. Imam Abu Yusuf telah menjadi makmumnya dan dia tidak mengulangi sembahyang itu. Imam Malik telah memberi fatwa kepadanya bahawa tidak wajib wudhu' ke atasnya.
Imam Ahmad telah berpandangan, orang yang keluar darah dari hidungnya dan berbekam mesti memperbaharui wudhu'nya. Kemudian dia telah ditanya adakah dia akan mengikut sembahyang imam yang terkeluar darah dan tidak memperbaharui wudhu'. Beliau menjawab: "Kenapakah aku tidak bersembahyang di belakang Malik dan Sa'id bin Musayyib?"
Imam Syafie juga telah sembahyang berdekatan kubur Abu Hanifah. Beliau tidak membaca qunut kerana beradab dengan Abu Hanifah.
Kata beliau: "Kita mungkin condong kepada mazhab penduduk Iraq."
Kitab `al-Bazaziah', sebuah kitab mazhab Hanafi telah menceritakan tentang imam Abu Yusuf. Beliau telah mandi di sebuah bilik mandi pada hari Jumaat dan kemudiannya bersembahyang mengimami orang ramai. Setelah mereka bersurai, beliau telah diberitahu, terdapat bangkai tikus di dalam telaga bilik mandi itu. Beliau telah berkata: "Kalau begitu kita ambil pandangan saudara-saudara kita, penduduk Madinah: Air yang melebihi dua kolah tidak berubah hukumnya bila dimasuki najis."
Kesemua yang berlaku adalah kerana masalah ini dan yang serupa dengannya merupakan perkara yang boleh menerima banyak pandangan. Kerap kali kedua-dua pandangan di dalam sesuatu masalah disyariatkan. Jika tidak begitupun, kebenaran tidak dapat diputuskan dan mereka yang tersilap diampuni dan diganjari. 
Oleh kerana itulah, para Imam di dalam masalah ini membenarkan satu pandangan dan mengiyakan juga pandangan yang menyanggahinya. Mereka berkata: "Ini lebih selamat", "Inilah yang dipilih", "Pandangan ini yang palingku sukai" atau "Saya tidak mengetahui selain darinya." Perkara-perkara sebegini banyak terdapat di dalam kitab ' alMabsuth', hadis Nabi dan kata-kata Syafie RahimahumulLah.
Semoga Allah meredhai Imam Malik yang amat memahami tentang masalah ini. As-Sayuti telah menceritakan tentang arRashid yang berbincang dengan Imam Malik untuk menggantung kitab al-Muwattha' di Ka'bah dan memaksa orang ramai mengikutnya. 
Imam Malik telah berkata: 
"Jangan berbuat begitu. Sesungguhnya sahabat Rasulullah telah berselisih dalam perkara furuu' (cabang) dan mereka bertebaran di seluruh tempat. Sesungguhnya semua itu adalah sunnah yang telah terjadi. ArRashid kemudiannya berkata: "Semoga Allah memberikanmu taufik wahai Abu Abdullah!" Kisah yang sama juga telah diceritakan berlaku semasa pemerintahan al-Mansur.
Kesimpulannya, apa yang saya tuliskan ini bukanlah bertujuan untuk mempertahankan pengarang `hukum-hukum yang ganjil'. Saya juga tidak menyokongnya di dalam semua bahagian yang dibentang. Apa yang saya sokong ialah bentuk kajian, perbandingan dan penelitian pandangan. 
Setiap Muslim hendaklah menjadikan dalil dan hujah sebagai pemandunya. Mana-mana hukum yang mempunyai dalil yang kuat, dipercayai akal dan menenangkan hati di sisinya, mestilah diamalkannya. Tiada salahnya jika hukum ini tergolong di dalam hukum-hukum yang ganjil. Dia juga tidak perlu bimbang jika hukum itu mengandungi kemudahan untuk manusia. Sememangnya agama kita tidak didatangkan melainkan untuk memudah, meringan dan memberi rahmat. 
Rasulullah telah bersabda:
"Sesungguhnya aku dibangkitkan dengan agama yang mudah... "
"Permudahkan dan jangan menyusahkan.... "
"Sesungguhnya kamu dibangkitkan sebagai pemudah dan kamu tidak dibangkitkan sebagai penyusah.... " 
Firman Allah:
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.� Al-Baqarah: 185
Firman Allah
"Allah (sentiasa) hendak meringankan (bebanan hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.� An-Nisa': 28 
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud; 
"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatnya kepadakamu, supaya kamu bersyukur." Al-Maidah: 6.

Friday, 24 October 2014

Akhirnya Zizan Bergabung Dengan Jambu

Pelawak Zizan Razak meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung dengan dua pelawak daripada kumpulan Jambu bagi membentuk sebuah kumpulan baru iaitu Virus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) akan datang.

Salah seorang anggota Jambu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri berkata, syarat-syarat adalah nama kumpulan baharu mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat susunan strategi.

Sebenarnya sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM.

Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma, apabila sudah bertiga, persefahaman itu sangat penting, katanya.

Tambah Tauke, pada mulanya, mereka ingin meletakkan nama JambuZ kerana gabungan nama Jambu dan Zizan tetapi selepas dikaji semula, nama Virus menjadi pilihan kerana mereka ingin dilihat sebuah kumpulan yang tidak membawakan lawak slapstik.

Dalam pada itu, menerusi nama Virus juga, mereka akan menyampaikan persembahan yang berbeza dengan idea yang lebih segar.

Saya percaya ramai yang tidak yakin dengan gabungan Jambu dan Zizan. Tetapi sebenarnya keserasian kami sudah lama wujud.

Dan saya mengakui pengambil Zizan juga kerana kami ingin menggabungkan peminat-peminat Zizan dengan peminat kami, tuturnya.

Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Thursday, 23 October 2014

Asal usul dan Apa itu Syiah

Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud :
Pengikut dan pembela seseorang.

Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.

Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij
namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala
pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.

Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangan) dan pelbagai masalah fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.

Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).

Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.

Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut

Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah

Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengataka
n mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama’ yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan (ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain.

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain

Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada had ghulahmaka mereka masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.

Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan Sunni.

Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.
1. Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan Imamiah kerana menjadikan persoalan Imamah (melantik dan beriman kepada mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib dipercayai. Ianya merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.

Dinamakan juga sebagai al-Rafidah (الرافضة) kerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Ianya dipanggil juga dengan nama Isna ‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada imam-imam mereka maksum sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. (dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun tidak sengaja).

12 IMAM MEREKA ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT :

1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)

[13] SYIAH IMAMIAH INI TERBAHAGI PULA KEPADA 15 KELOMPOK :
Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.

2. Zaidiah (الزيدية): Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Thalib. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas fahaman Muktazilah) dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan yang mu’tadil kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat.

Pendapatnya tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar.

Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok :
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.

3. Kaisaniah (الكيسانية): Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada M
uhammad bin Ali bin Abu Thalib (anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya).

Adapun Kaisan merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah kewafatan Ali, dia lalu menjadi khadam kepada Muhammad al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh mempertahankan Hasan dan Husin dalam mendapatkan hak kekhalifahan.

Selepas kematian keduanya, mereka pula mempertahankan hak terhadap Muhammad bin al-Hanafiah. Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw (melampau) lalu menjadi buruan pemerintah ketika itu.

Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah:

1. Yang mendakwa bahawa Muhammad al-hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi.

2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad al-Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.

4. Ghulah (الغلاة) : Mereka yang melampaui had dalam persoalan aqidah. Bukan sahaja berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat lain dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung daripada Rasulullahs.a.w.

Mereka juga berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya dengan Ali, oleh sebab itu malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan asalnya disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga yang menyatakan Jibril sengaja melakukan sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.

Mereka percaya kepada konsep perpindahan ruh (tanasukh al-arwah) dari satu jasad kepada jasad yang lain,apabila sesorang melakukan kejahatan maka pada kebangkitan lain ruh mereka akan menjelma dalam keadaan yang menghinakan, jika mereka melakukan kebaikan maka ruh tersebut akan menjelma dalam keadaan yang mulia dan dihormati.

Kerana itulah golongan ini menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar akan dibangkitkan pada dekatnya Kiamat dalam rupa keldai dan baghal dan imam-imam mereka akan menjadi pengembala serta memukul-hinakan Abu Bakar dan Umar ketika itu dalam keadaan keldai dan baghal.

Mereka sampai kepada batas ketaasuban dan kelampauan sehingga mengatakan Saidina Ali bin Abi Thalib dan imam-imam mereka sebagai Tuhan. Samada Tuhan hulul (menjelma masuk) dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.

Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan mereka daripada agama Islam namun jumhur ulama’ berpendapat mereka telah terkeluar daripada acuan Islam.

Syiah Ghulah ini terbahagi kepada Saba’iah, Bayaniah, Mughiriah, Mansuriah, Ghurabiah, Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syari’iah, Numairiah.

GERAKAN KEBATINAN

Banyak daripada kumpulan dan agen parasit daripada luar yang ingin merosakkan Islam. Mereka mula menyerang agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi berbentuk harakah batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam dengan menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman kebatinan ini.

Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah (الباطنية)                                kerana mereka berkata :

“Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”

Mereka menggunakan kaedah takwil
sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman ini.

Sebagai contoh :

“Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman Allah dalam Surah al-Hijr, ayat 99 berbunyi :“Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”

Mereka bergerak samada dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam mana-mana kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh para ulama iaitu gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha’iah, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.

Pengasas awalnya adalah Maimun bin al-Ahwazi, Muhammad bin Hussin (al-Dandan) bersama satu kumpulan yang dinamakan al-Jarabijah yang pernah berkumpul sekali dalam penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan gerakan kebatinan. Selepas bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan fahaman dan doktrin-doktrin tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi, Nasrani, Mesir Kuno, Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.

Gerakan mereka ini terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan Dahriah kerana mereka bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka secara halus dan dengan penggunaan nama Islam sebagai tipu muslihat.

Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa peringkat dalam meniupkan ruh tipu daya mereka :

1. Al-Tafarras : Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islamdaripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.

FAHAMAN NUSAIRIAH (النصيرية)
(GERAKAN KEBATINAN)

Salah satu daripada ideologi sesat yang dicipta untuk memesongkan ajaran Islam yang tulen. Mereka adalah pengikut kepada Muhammad bin Nusair al-Basri al-Namiri.

Selepas kematian Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair menyatakan bahawa Hassan al-Askari ada menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad al-Mahdi) didalam sebuah bilik bawah tanah.

Tujuannya adalah mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada orang ramai sebagai pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang tersembunyi itu.

Dia menggunakan hujjah البابية dengan menggelarkan dirinya sebagai PINTU atau sebagai orang tengah untuk menyampaikan sesuatu pemberitaan dan menyampaikan sesuatu hajat yang diinginkan oleh masyarakat. Kerana hasratnya ingin menjadi penguasa dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut, dia akhirnya menggelarkan dirinyasebagai Tuhan.

Kelompok ini juga dinamakan dengan Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan lain-lain. Tersebarnya Nusairiah hari ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan, Iraq dan lain-lain.

Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai penjualan arak.

1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan kerana Allah taala telah hulul (menjelma masuk) ke dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali sudah wujud sebelum bumi dan langit belum dicipta.

2. Mereka berpegang dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1) sebagaimana Kristian. Kristian beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul Quds (Jibril).

Bagi Nusairiah, mereka beranggapan bahawa adanya tiga gabungan daripada المعنى (Saidina Ali) sebagai Yang Paling Agung dan Berkuasa, الإسم (Rasulullah s.a.w.) sebagai hijab Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan kepada hijab Nurani.

2. Menganggap bahawa imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan Tuhan. Bahkan mengetahui akan setiap perkara-perkara yang ghaib dan terzahir mukjizat disisinya.

Begitulah juga yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan hanya khususkan kepada mereka dengan mengetahui setiap maksud batin (tersirat) daripada al-Quran dan Hadith.

Mereka tidak memakai-guna ayat al-Quran secara zahir dan mengubah makna tersebut kepada makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.

3. Berpegang dengan konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang akan ada perpindahan ruh serta pembalasan amalan dimuka dunia. Ketika itu berpindahnya ruh kepada jasad-jasad manusia lain sebagai balasan baik ataupun buruk. Bahkan ada juga ruh yang berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan haiwan-haiwan.

4. Mengecam bagi sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman bin Maljam (pembunuh Saidina Ali) kerana beranggapan telah melakukan kebaikan. Mereka beanggapan, telah menjelma sepenuhnya ruh Allah daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan) kepada العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku dikalangan sahabat Nabi ketika itu.

5. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah mencipta Salman al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang lain iaitu :

- al-Miqdad bin Aswad :
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka
– Abu Dzar al-Ghifari :
menjadi pemantau pered
aran falak, planet-planet dan bintang dilangit
– Abdullah bin Rawahah:
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
– Uthman bin Maz’un:
mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
– Qinbar bin Kadan :
sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan

6. Beranggapan Saidina Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu bersemayam di bulan, matahari, awan dan lain-lain.Kerana itulah mereka menyembah benda-benda tersebut kerana Ali ada disana.

7. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji kerana pada pandangan mereka, menunaikan Haji ke Mekah merupakan perbuatan kufur dan melakukan penyembahan berhala (dinisbahkan kepada Kaabah).

8. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci dengan wudhu’, mengangkat janabah (hadas besar) sebelum menunaikan solat lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu berwudu’ dan tidak ada sujud kerana ianya termasuk dalam rukun Rukuk dalam solat.Solat mereka berbeda dengan rakaat yang diamalkan oleh Sunni.

9. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat tetapi mereka mengeluarkan wang saku mereka (untuk menggantikan zakat) dengan memberi cukai kepada Syeikh-syeikh mereka.

10. Melakukan upacara-upacara kemenyan dan membakar wangi-wangian ketika melakukan upacara sebagaimana yang dilakukan Kristian dan Buddha.

11. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.

Para ulama telah bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini diharamkan berkahwin dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang daripada mengkafan, solat jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kubur-kubur orang Islam.

Namun apa yang kita dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah Imamiah Isna ‘Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama Syiah Imamiah Isna ‘Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.

Mungkin disana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni serta para ulama’ yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok Sunni.

Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di Iran secara revolusioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah sebuah “kebangkitan Islam” النهضة الإسلامية di akhir zaman.

Wallahu a’lam

Sumbar Rujukkan

[1] Kamus Lisanul Arab karangan ibn Manzur

[2] Kitab al-Milal wal Nihal karangan Imam al-Syahrastani : m/s 146

[3] Khawarij adalah firqah yang pertama keluar daripada Islam pada tahun 36 Hijrah selepas peristiwa peperangan Siffin antara Saidina Ali bin Abi Thalib dengan Saidina Mu’awiah.

[4] Peristiwa ini terjadi pada 10 Muharram 61 Hijrah di Karbala, Iraq. Setiap tahun mereka akan mengadakan perayaan bagi memperingati kematiannya dengan memukul-mukul anggota tubuh dengan benda tajam.

[5] Abdullah bin Saba’ adalah seorang Yahudi Yaman. Dikenali ketika itu dengan panggilan Ibn Sauda’.

[6] Kitab Mujmal ‘Aqaiedul Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : ms 12

[7] Kitab al-Farqu bainal Firaq karangan Syeikh Abdul Qahir al-Baghdadi : m/s 25

[8] Disisi pendapat jumhur ulama’ mengatakan mereka dikalangan yang mu’tadil.

[9] Kitab Mujmal Aqa’ied al-Syiah karangan Syeikh Mamduh al-Harabi : m/s 173

[10] Akan disebut pegangan Syiah Ghulah dihadapan nanti.

[11] Kitab Al-Syiah bainal I’tidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 51

[12] Maksum : Allah taala menjaga seseorang yang mukallaf (Nabi-nabi dan malaikat) daripada melakukan dosa dan mustahil akan berlaku perbuatan dosa tersebut. Rujuk :Tuhfatul Murid ‘ala Jauharah Tauhid karang
an Syeikh Ibrahim Baijuri m/s 315 .

[13] Lahir pada 256 Hirah. Pengikut Imamiah percaya beliau tidak mati dan akan diturun menjadi Imam Mahdi pada akhir zaman menolong Nabi Isa menegakkan kalimah Allah taala.

[14] Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah dan syahid pada 122 Hijrah.Beliau seorang yang soleh, cerdik, kuat ingatan, berani, amanah, pakar dalam agama.Mempunyai sebuah kitab al-Majmu’ al-Kabir fil Fiqh wal Hadith.

[15] Kitab Mausu’ah al-Muyassarah fil Adyan wal Mazahib wal Ahzab al-Mu’asarah (WAMY)

[16] Kitab al-Syiah bainal I’tidal wal Ghuluw karangan Dr. Anwar Hamid Isa : m/s 191

[17] Takwilyang dimaksudkan adalah mengubah setiap makna asal daripada lafaz-lafaz Al-Quran dan Hadith dengan makna yang tidak sah dan tidak sesuai ditanggung akan maknanya.

[18] Dr. Anwar Hamid Isa menyebut beliau adalah seorang pemeluk agama Majusi. Dia pernah berkata :“Sesungguhnya Sang Pencipta telah menciptakan seorang manusia, lalu mereka berdua bergandingan bahu menjadi pentadbir alam”.Ini samalah dengan aqidah yang dipegang Majusi bahawa Azdan (Tuhan Cahaya) telah menciptakan Ahraman (Tuhan Kegelapan) lalu bergandingan mentadbir alam sejagat.

[19] Dalam kitab al-Fahrasat ibn Nadim ada menyatakan bahawa beliau adalah seorang lelaki yang mempunyai keintelektualan tinggi (ahli falsafah), sangat mahir dalam bidang ilmu astronomi dan amat memusuhi Daulah Islamiah ketika itu.

[20] Disebut oleh Imam Abdul Qahir al-Baghdadi, mereka adalah satu kumpulan yang beragama Majusi. Mereka cuba menyelewengkan intipati ajaran Islam dengan menta’wilkan Al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. supaya selari dengan agama mereka melalui cara kebatinan.

[21] Beliau wafat pada tahun 270 Hijrah ketika zaman Imam Hassan al-Askari (imam ke-11 Syiah).

[22]Kitab al-Bidayah wal Nihayah karangan Imam ibn Kathir : jilid 14 m/s 73

[23] Kitab al-Syiah bainal Mu’tadil wal Ghuluw karangan Dr. Muhammad Anwar Hamid isa : m/s 243

[24] Kitab al-Harakat al-Batinah fil Islam karangan Dr. Mustafa Ghalib : m/s 289

Wednesday, 22 October 2014

Hukum Umat Islam Meraikan Deepavali

Memandangkan masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka ada orang bertanya tentang keharusan umat Islam menyambut Deepavali. Persoalannya ialah adakah umat Islam dibenarkan untuk turut sama merayakan perayaan bukan Islam?. Perayaan yang berbentuk budaya tidaklah menjadi suatu masalah, akan tetapi bagaimanakah pula sambutan perayaan yang berbentuk agama, adakah ia wajar disambut oleh masyarakat Islam? Setiap individu muslim sepatutnya meneliti persoalan ini dengan berhati-hati berlandaskan hukum syara’ agar akidah terpelihara, dan dalam masa yang sama hubungan di antara masyarakat Islam dan bukan Islam tetap menjadi erat.

Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).

Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )

Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.

Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.

Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam
Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!.

Sunday, 19 October 2014

Gempar!!!! Rupa rupanya Kerajaan Tidak Tanggung Subsidi

'Kini rakyat bayar cukai bahan api'
Seorang pemimpin DAP Perak mendakwa rakyat kini bukan sahaja membayar harga RON95 tanpa subsidi tetapi juga harga yang lebih tinggi dari pasaran.
Ketua biro ekonomi, Chong Zhemin berkata harga petrol di pasaran dunia semalam berada pada tahap US$84.47 (RM277).
Beliau memetik satu analisis AmResearch yang menyebut, RON95 sepatutnya pada tahap RM2.30 seliter tanpa sibsidi kerajaan sekiranya harga pasaran dunia pada tahap US$84.80 (RM278).
“Rakyat Malaysia sekarang secara langsung membayar cukai bahan api sebanyak RM95,” katanya yang merujuk kepada penurunan harga pasaran dunia sebanyak US$0.53 (RM1.74) setong.
Chong berkata, AmResearch menganggarkan bahawa harga minyak pasaran dunia akan terus turun sebanyak 10 peratus, yang akan mengecilkan lagi bayaran subsidi kerajaan sebanyak RM35.6 bilion.
“Dengan harga pasaran minyak dunia jatuh lebih 11 peratus, Putrajaya mesti lebih telus mengenai cara untuk membelanjakan subsidi bahan api RM35.6 bilion,” katanya.
Oleh yang demikian, beliau menggesa agar kerajaan mengurangkan harga RON95 dan diesel berkuatkuasa serta merta.
Beliau juga menggesa kerajaan supaya memindahkan jumlah penjimatan subsidi kepada pemilik kenderaan yang sudahpun membayar jumlah yang besar dalam bentuk cukai berkaitan pengangkutan.
Menurut Bajet 2015, kerajaan akan mengutip sejumlah RM17.3 bilion cukai berkaitan pengangkutan melalui duti eksais, cukai jualan kereta, duti import dan lesen kenderaan.
Kerajaan pada awal bulan ini mengurangkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, yang menjadikan harga masing-masing meningkat kepada RM2.30 dan RM2.10.

Saturday, 18 October 2014

Isteri Report Polis Zakar Suami Terlampau Besar

Gambar hiasan

Dah macam tak ada cara paling elok nak diselesaikan. Hal dalam kelambu pun nak diceritakan pada pegawai polis, macam la polis tu tak ada kerja lain.

Itu lah yang dilakukan oleh seorang wanita yang membuat laporan polis berkenaan zakar suaminya yang terlalu besar hingga menyebabkan kesakitan pada ala sulitnya ketika melakukan hubungan seks.

Hisshh..macam-macam..

Blogger Seks Berpisah Kerana Tak Sebulu

VIVIAN: Selamat jalan Alvin Tan, hubungan kita putus di sini - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penulis blog lucah, Vivian Lee 'pasrah' ditinggalkan kekasihnya yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).
Dalam catatan terbaharu di laman Facebook, Vivian turut menyifatkan Alvin sudah melupakannya selain tidak bersimpati terhadap nasib yang menimpanya di sini.
"Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar.
"Kamu menjadi seolah-olah lupa diri dengan dunia baru di sana. Kebimbangan saya sebelum ini seperti sia-sia sahaja kini," katanya.
Jelas Vivian, penderitaan yang dihadapi sejak Alvin meninggalkan negara juga seolah-olah tidak dihargai Alvin sendiri.
"Hubungan kita berakhir kini. Kamu terlalu melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya," jelasnya.
Status terbaharu Vivian Lee yang dilihat melahirkan kekecewaan terhadap Alvin Tan - Gambar Facebook
Polis sebelum ini menyiasatAlvin di bawah Akta Hasutan 1948berikutan kenyataan terhadap beberapa pemimpin negara di Facebook baru-baru ini.
Ini merupakan kali kedua Alvin disiasat di bawah akta yang sama selepas dia dan Vivian mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan tahun lepas.
Alvin kemudian dilapor menghilangkan diri selain difahamkan berada di Singapura sebelum ke AS.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin yakin lelaki itu akan pulang ke Malaysia kerana dia tidak akan membiarkan teman wanitanya berseorangan menghadapi pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.
Alvin sebelum ini dilapor menuduh Vivian, di dalam laman Facebook, terlibat dengan penawaran khidmat seks.
Tuduhan itu mendapat pelbagai maklum balas daripada beberapa pengguna laman sosial itu yang menyifatkan tindakan meninggalkan Alvin adalah yang terbaik buat Vivian.
Antara alasan diberi pengguna Facebook adalah, Vivian tidak harus menghabiskan masa dengan melayan perangai Alvin yang tidak pernah menghargainya.
Vivian turut dinasihat belajar daripada kesalahan dan tidak mengulangi kesilapan pada masa hadapan.
Pada 13 Jun lepas, mahkamah mengeluarkanwaran tangkap terhadap Alvinkerana gagal hadir untuk mengembalikan semula pasport antarabangsanya yang sebelum ini diberikan bagi tujuan melakukan penggambaran di Singapura.
Alvin juga gagal hadir ke mahkamah ketika kesnya disebut pada 18 Julai.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 setelah memuat naik satu penerbitan bersifat kontroversi di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers.

Friday, 17 October 2014

Heboh!!! Wanita Mat Saleh Mandi Telanjang

PORT DICKSON – Tindakan empat wanita warga asing berehat di Pantai Saujana Batu 4, di sini dalam keadaan separuh bogel, tengah hari kelmarin, menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Pengunjung yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan perlakuan melampau wanita terbabit.

"Mereka pada awalnya hanya berbikini dan berenang di pantai. Selepas setengah jam kemudian, mereka naik semula ke pantai dan berjemur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.

"Tiga dari mereka berusia sekitar 20 hingga 30 tahun, sementara seorang lagi lebih berusia sekitar 50-an. Mungkin mereka anak beranak," katanya.

Sementara itu, penjaga tandas awam Pantai Saujana Batu 4, Latif Ahmad, 61, berkata, dia didatangi oleh empat wanita warga Eropah lengkap berpakaian sekitar jam 12 tengah hari yang ingin menyewa payung.

"Mungkin mereka menginap di salah sebuah hotel sekitar Batu 4 berikutan mereka hanya berjalan kaki ke pantai ini.

"Disebabkan saya tidak faham bahasa Inggeris, saya hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan dengan bantuan orang awam lain, dia dimaklumkan wanita berkenaan ingin menyewa payung dan meminjam kerusi," katanya.

Tambah Latif, dia tidak menyedari kejadian berkenaan sehinggalah diberitahu wartawan.

“Jarak antara tandas ini dan lokasi kejadian agak jauh, ditambah pula tempat ini dihalang oleh tandas," katanya.

Katanya, sekitar jam 4 petang, wanita berkenaan memulangkan semula kerusi dan sempat bertanya bagaimana hendak ke restoran segera di Port Dickson," jelasnya.

Latif berkata, sejak dia bertugas sebagai penjaga tandas hampir dua tahun lalu, ini kali pertama dia mendengar berita mengenai kejadian seperti itu.

“Memanglah tidak ramai pengunjung yang datang ke pantai ini semalam (kelmarin) kecuali pada hujung minggu atau cuti umum, memang pantai ini padat dengan pengunjung,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, walaupun kes itu terpencil, namun pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan dan melanggar etika Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Oleh itu, orang ramai diminta bekerjasama dalam hal ini. Sekiranya perkara sama berlaku, orang ramai diminta segera menghubungi MPPD atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkenaan perkara tersebut.

Wednesday, 15 October 2014

Subhanallah!!! Paderi Peluk Islam Setelah Koma


Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan “keindahan langit” (keindahan syurga).
Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014, Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli agama yang sangat dihormati di antara semua kumpulan agama daerah berkenaan.
.
Paderi Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung rumah ibadatnya itu.
Bagaimanapun sangat luar biasa, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. “Beliau seorang yang ajaib kerana tidak mengalami kecederaan tulang belakang dan akan boleh berjalan segera.” Akui seorang doktor yang merawatnya di Metropolitan Medical Centre Jakarta Selatan.
“Ini manusia terkuat berusia 80 tahun yang pernah saya lihat. Sepatutnya tulangnya sudah remuk.” tambah Dr. Jim Won Mei lagi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan selama dua puluh tahun.
Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat kemunculan gerbang syurga yang berwarna keemas-emasan di hadapan saya dan Tuhan memberitahu saya namanya dan ia adalah Allah,” kata bekas paderi tersebut kepada wartawan Kalimantan Press.
.
Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk Islam.
“Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.
.
Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. “Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Gereja Katolik lama, yang sekarang telah dijual.

Tuesday, 14 October 2014

Cerita Rosmah Wanita Hebat

Satu kapal terbang yg dinaiki oleh Rosmah, seorang budak berumur 8 thn, Datuk Lee Chong Wei, seorang pemuda genius 20 thn dan seorng Doktor berumur 55thn mengalami kerosakkan dan akan terhempas ke gunung.

Beg payung terjun keselamatan hanya ada 4.

Kata Lee Chong Wei "Saya seringkali mengharumkan nama negara di mata dunia jad saya tidak boleh mati dahulu. Saya patut mendapat 1 payung terjun."

Kesemua penumpang bersetuju dan Lee Chong Wei pun melompat keluar dgn memakai beg payung terjun tersebut.

Pemuda genius juga memberikan alasan yg sama bahawa dia masih muda dan boleh menyumbangkn sesuatu kepada negara di masa akan datang dan dipersetujui utk mendapat 1 lagi beg payung terjun tersebut.

Rosmah pula tanpa memberikan alasan terus sahaja merampas salah satu beg dan terus memakainya sambil berkata "Saya isteri Pembesar dan Wanita hebat negara. Saya juga seorang yg amat bijak."

Rosmah kemudiannya melompat keluar dari kapal terbang tersebut.

Jadi yang tertinggal hanya doktor tua tersebut dan budak berumur 8 tahun tersebut.

Doktor tersebut terus berkata "Nak, kau sahaja la yang pakai payung terjun itu. Kau masih muda dan mungkin akan menyumbangkn sesuatu kepada negara. Datuk sudah lama hidup dan akan mati juga sebelum kamu. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu pakai la dan selamatkn diri kamu. Datuk redha dgn takdir ini."

Lantas doktor itu pun memakaikan budak tersebut beg payung terjun yang masih tersisa.

Budak 8 thn pun berkata "Doktor tidak perlu berkorban utk saya. Marilah kita sama2 terjun menyelamatkan diri. Di bawah kerusi itu masih ada 1 lagi beg payung terjun. Saya pun tak tau kenapa makcik tadi tu pakai beg sekolah saya dan terjun. Mudah-mudahan dia selamat."

Siapa Idris?

Nabi Idris a.s diutus oleh Allah SWT untuk mengingatkan umat keturunan Qabil yang telah bersikap derhaka. Idris merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s. Dalam kalangan bangsa Ibrani, ia dikenal dengan nama Khunuh. Idris belajar agama sejak kecil daripada Nabi Syits, anak lelaki Nabi Adam.
Idris berdakwah kepada kaumnya dengan gigih sehingga menerima gelaran Asad al-usud, yang bererti “singanya singa”.
Ketika Nabi Muhammad SAW melakukan Israk Mikraj, baginda bertemu dengan Nabi Idris di langit keenam. Ketika itu Nabi Idris tidak banyak diceritakan di dalam al-Quran. Namanya hanya disebut dalam surah Maryam ayat 56-57 dan surah al-Anbiya’ ayat 85-86.
Nabi Idris merupakan manusia pertama yang dapat menulis dengan kalam (alat tulis yang diperbuat daripada buluh). Idris dikurniai Allah SWT dengan beberapa kepandaian dan kemahiran. Ia menguasai ilmu hisab, ilmu haiwan, menunggang kuda, dan menjahit pakaian.
Selain itu, Idris jua amat tekun dalam sesuatu pekerjaan atau usaha yang dilakukannya. Ia belajar membaca dan menulis tanpa mengenal waktu dan tempat. Sejak kecil, Idris telah pandai membaca Sahifat (lembaran/helaian bertulis) yang diajarkan oleh Nabi Syits. Idris menerima wahyu daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril dengan 30 Sahifah. Isinya adalah ajaran agama yang harus disampaikan Idris kepada umatnya.
Dikunjungi Izrail
Malaikat Izrail pula amat mengagumi kepandaian Idris. Ia ingin mengenal Idris dengan lebih dekat. Dengan menyamar sebagai manusia, ia bertandang ke rumah Idris. Setelah berkenalan, Idris mempersilakan tamunya itu menginap di rumahnya. Mereka kemudiannya beribadah dengan tekun.
Idris meminta tamunya itu menikmati semua yang ada di rumahnya, tetapi Izrail menolaknya dan hanya ingin beribadah. Idris berasa hairan dan bertanya siapa sebenarnya tamunya itu. Si tamu menjawab bahawa dia adalah Izrail, malaikat pencabut nyawa.
Ketika umat Nabi Idris derhaka, Allah SWT menurunkan azab kepada mereka. Beberapa waktu negeri mereka dilanda kemarau. Aktiviti pertanian terhenti dan banyak haiwan ternakan yang mati. Untuk memperkukuhkan imannya, Idris memohon kepada Allah SWT agar diizinkan untuk melihat syurga dan neraka. Allah SWT memenuhi permohonan Idris itu.
Bersama Izrail, Idris mengunjungi neraka dan melihat api neraka yang menjulang serta berbagai-bagai bentuk seksaan di dalamnya. Kemudian Izrail membawa Idris ke syurga. Di sana Idris bertemu dengan Malaikat Ridzuan dan melihat nikmat yang diberikan Allah SWT kepada para penghuni syurga.
Oleh kerana sebahagian umatnya kufur, Idris mengajak para pengikutnya yang beriman meninggalkan negeri mereka. Pada awalnya mereka keberatan kerana khuatir negeri baharu yang akan mereka huni tersebut tidak sesubur negeri mereka.
Bagaimanapun, Idris dapat meyakinkan umatnya yang beriman itu sehingga mereka mengikut Idris berhijrah ke Mesir.
Tewaskan iblis
Pada suatu ketika Idris digoda syaitan/iblis. Ketika Idris sedang menjahit baju, tiba-tiba datang syaitan dengan menyamar sebagai seorang lelaki. Iblis itu membawa sebiji telur. Ia mencabar Idris supaya meminta Tuhannya memasukkan dunia ke dalam telur itu. Permintaan tersebut dimaksudkannya untuk membuat Idris berasa ragu-ragu akan ‘kemampuan’ Tuhannya.
Bagaimanapun, dengan tegas Idris menjawab bahawa Tuhannya bukan sahaja mampu memasukkan dunia ke dalam telur, tetapi juga ke lubang jarum. Lalu dengan jarumnya, Idris mencucuk mata Iblis. Iblis mengalah dan terus menghilangkan diri

Sunday, 12 October 2014

Mamat Khalid Halalkan Segala Dakwaan Usop Wilcha

Pengarah filem Mamat Khalid terkejut apabila dikatakan bermasam muka dengan pelakon Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid berkata, jika benar pelakon itu berasa hati, dia seharusnya memaklumkan perkara berkenaan dengan cara bertentang mata daripada bercerita kepada pihak ketiga iaitu media.

"Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi saya untuk meminta penjelasan tentang perkara itu kerana saya tidak ada masalah langsung dengan dia. Baru beberapa hari lepas saya berjumpa dengan dia untuk menyelesaikan proses suntingan filem.

"Pada saya, jika dia ada rasa tidak puas hati seharusnya dia berjumpa dan beritahu sendiri kepada saya berbanding menggunakan media," ujarnya kepada media ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem televisyen Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, di The Garden, di sini.

Mamat berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan Ahad lalu mengenai hubungannya dengan pelakon Usop Wilcha yang dikatakan bermasalah.

Mamat sebagai pengarah filem dikatakan tidak memberi kerjasama dan sering kali mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha.

Dalam pada itu, Mamat berkata, dia tidak mengetahui niat sebenar pelakon itu menceritakan hal dalaman produksi kepada media.

"Kalau ada keluh kesah daripada pihak dia kenapa tidak beritahu sendiri. Sepatutnya saya orang pertama yang tahu perkara ini dan bukan orang terakhir,

"Tentang mengubah skrip itu adalah perkara biasa pada setiap penggambaran, jika saya rasa skrip yang dibuat itu tidak sesuai saya akan minta dia ubah menjadi lebih baik," katanya.

Bagaimanapun, Mamat berkata, dia enggan memanjangkan hal tersebut dan menghalalkan apa juga dakwaan pelakon tersebut terhadap dirinya.

Saturday, 11 October 2014

Wanita Nekad Potong Tangan Sendiri

Wanita potong tangan guna tiga pisau
Kuala Berang: Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya dalam kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan, memotong tangannya dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim, Kamarudin Mamat, 53, berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan emosi dan mengambil tiga pisau pemotong daging sebelum terperap di dalam bilik air bersendirian.
Menurutnya, wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah.
Katanya, adik-beradik mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu.
“Wanita itu berbaju lengan panjang dan keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik mangsa yang kebetulan membaiki kereta di luar rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah di luar rumah dengan tangan kiri terputus.
“Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam bilik air rumah mereka,” katanya, semalam.
Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang bekerja tidak jauh dari rumah mangsa dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat tahu daripada bapa saudara mangsa.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan selanjutnya.
Sementara itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima kes wanita berkenaan jam 11 pagi, semalam.
Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk berjumpa pakar perubatan.

Friday, 10 October 2014

Kerajaan Enggan Dedah Kos Penerbangan Rosmah

Kerajaan hari ini enggan mendedahkan kos khusus satu penerbangan yang membawa isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.
MP Seremban, Anthony Loke sebelum ini menggesa Putrajaya agar mendedahkan tujuan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu.
Beliau yang juga setiausaha organisasi DAP turut menggesa kerajaan agar mendedahkan identiti penumpang lain dan kos penerbangan itu.
Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi.
"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.
"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.
Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali semula ke KLIA pada 27 Ogos.

Thursday, 9 October 2014

Lambat Atau Cepat Najib Akan Berundur Juga Akhirnya

Nada seperti ini adalah antara yang semakin kerap didengari di mana-mana sekarang ini. Dengan menaikkan harga petrol dan diesel yang tidak kena pada masanya kali ini, ia bukan saja umpama memberi peluru tambahan kepada pembangkang untuk terus menghakis kepercayaan terhadap UMNO dan BN, tetapi juga secara automatik menambahkan lagi keraguan rakyat terhadap kemampun pimpinan yang ada mentadbir negara ini.
Walaupun ada yang berkata, kemarahan rakyat itu pasti akan reda apabila menerima BR1M dan pelbagai gula-gula dalam Belanjawan pada 10 Oktober depan, hakikatnya jika berkali-kali terus dibebankan dengan beban sara hidup yang kian meningkat pastilah kepercayaan mereka akan goyang juga. Jika sebahagian penerima BR1M boleh dipujuk semula, tetapi bagaimana pula dengan pengundi muda dan mereka yang semakin terdedah kepada dunia maklumat yang terbuka?
Mahu tidak mahu, kenaikan berterusan petrol dan diesel kali ini terus menyebabkan keyakinan rakyat terhadap BN kian terhakis. Datuk Seri Najib dan pimpinan kerajaan tidak dipercayai lagi mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik. Sudah ramai pula yang ragu sama ada Wawasan 2020 yang tinggal enam tahun lagi akan tercapai dengan jayanya atau hanya tinggal impian saja.
Meskipun kerajaan sering berbangga dengan pelbagai petunjuk dan angka yang menggambarkan keadaan negara bertambah baik, hakikat yang sebenarnya derita rakyat bertambah dalam masa yang sama. Selain ramai yang tidak mempercayai lagi angka-angka yang ditunjukkan itu, ramai juga mengingatkan Perdana Menteri bahawa menjadi CEO negara bukanlah seperti menjadi CEO syarikat-syarikat besar
CEO syarikat besar mungkin dilihat berjaya jika setiap tahun dapat menunjukkan angka pertumbuhan dan keuntungan tetapi kejayaan CEO negara lebih diukur dari segi kemampuan memberi kesejahteraan dan kegembiraan kepada rakyatnya. Memotong subsidi beberapa kali sehingga menyebabkan derita rakyat bertambah tetapi negara tidak juga mempunyai wang yang lebih banyak sehingga perlu menambah hutang setiap adalah kegagalan yang nyata seseorang pemimpin.
Datuk Seri Najib memang diketahui ingin berkuasa lebih lama lagi, tetapi peningkatan kemarahan dan luahan perasaan tidak puas hati yang kian meningkat hari demi hari yang tercipta melalui kegagalannya sendiri, bukan saja dari luar tetapi mula bercambah daripada dalam, adalah batu besar yang bakal menghalang impiannya itu.

Artikel bermula disini