Sunday, 31 August 2014

Jom Terjah: Proton Baru





Melalui laman Micro Proton, http://www.betulbetulonz.com.mymendedahkan beberapa gambar model terbaru dalam dan luar rekabentuk proton Iriz, kereta kompak pertama syarikat itu. Melalui laman tersebut jelas menunjukkan Proton Iris menekankan 2 aspek utama iaitu tahap keselamatan terbaik dan ekonomi bahan api, namun ditawarkan pada harga mampu milik.

Proton Iriz akan dikuasakan dua jenis enjin terbaharu dengan teknologi VVT dalam sesaran 1.3 dan 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork 148Nm, selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 km/j. Proton Iriz juga akan dipadankan transmisi manual dan automatik, serta ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.

Seperti dalam gambar yang didedahkan, Proton Iriz dilengkapi dengan enam beg udara dan sistem ABS, EPS dan Hill Hold Assist, serta telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) dan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP).






Awas: "Isteri Sewa" Agama baru?

Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri rumah.
Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.
'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak sindiket.
Kosmo

Friday, 29 August 2014

Pejuang Melayu Sebelum UMNo

Al-Imam sebagai perintis 
Al-Imam telah membawa satu wadah perjuangan gerakan reformis Islam di negeri-negeri Melayu. Ramai sejarawan bersetuju bahawa gerakan Islah Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu pada tahun 1906 adalah melalui penerbitan majalah Al-Imam.
Al-Imam bukan satu majalah biasa yang mengutarakan isu-isu yang remeh- temeh, tetapi merupakan satu alat untuk menyedarkan masyarakat Melayu yang alpa ketika itu.
Justeru Al-Imam selayaknya digelar sebagai perintis persuratkhabaran Melayu. Untuk melihat sejauh mana Al-Imam memainkan peranan sebagai perintis, kita perlu melihat 2 perkara yang penting.
Pertama ialah bagaimana Al-Imam memanipulasi isu yang diutarakan iaitu sejauh mana isu yang diutarakan mempengaruhi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat dan sejauh mana Al-Imam memberi kesedaran masyarakat tentang masalah mereka. 
Pada dasarnya perhatian Al-Imam adalah pada masalah agama. Namun seperti halnya pemikiran Jamaluddin Afgani dan Muhammad Abduh jurnal ini juga menyinggung masalah politik.
Al-Imam dalam setiap terbitannya sentiasa menyebutkan sebab-sebab kemunduran umat Islam terutamanya bangsa Melayu, dan mengecam sifat-sifat bangsa Melayu yang terkebelakang, dijajah bangsa lain, pemalas, puas dengan dirinya sendiri dan suka berselisih.
Menurut Abd. Aziz Mat Ton, Al-Imam memang menitikberatkan masalah sosial, ekonomi dan politik.
Disini dapat disimpulkan bahawa perkara pokok yang cuba diketengahkan adalah mengenai kemunduran orang Melayu ketika itu dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. 
Berdasarkan artikel dalam Al-Imam aspek utama kemunduran orang Melayu ialah ekonomi. Orang melayu memang amat tertinggal dalam bidang ekonomi walaupun tinggal dalam negeri sendiri.
Kemunduran dalam ekonomi inilah telah meyebabkan mereka mundur dalam semua hal. Orang melayu mundur dalam bidang sosial, mereka juga mundur dalam bidang politik.
Mengapa kemunduran ekonomi telah mempengaruhi kesemua aspek lain?
Hal ini kerana kuasa ekonomi itu telah menjadi satu senjata yang cukup ampuh.
Orang yang menguasai ekonomi adalah orang yang kuat seperti kaum penjajah dan kaum imigran. Tetapi orang Melayu boleh dikatakan menumpang ekonomi orang luar ini. Mereka menumpang kerana bergantung kepada golongan ini.
Keruntuhan dalam bidang ini telah menyebabkan minda orang melayu tertutup, seterusnya mereka terus tertinggal dalam semua bidang. Al-Imam cuba mengupas semua masalah ini supaya dapat diatasi.
Perkara sosial yang disentuh ialah pendidikan orang Melayu, kemajuan madrasah-madrasah, emansipasi wanita dan perpaduan orang Melayu.
Dari awal lagi Al-Imam telah menekankan akan pentingnya pelajaran terutamanya pengetahuan mengenai ilmu sejarah yang menurutnya merupakan sebagai kunci untuk kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa.
Al-Imam memberikan banyak cadangan untuk memajukan pendidikan orang Melayu.
Antaranya meminta kerajaan membina sebuah atau lebih sekolah pada tiap-tiap negeri untuk kegunaan anak negeri sahaja. Kerajaan juga mestilah membiayai sekolah-sekolah itu sepenuhnya iaitu gaji gurunya, belanja buku-buku dan keperluan sekolah yang lain.
Al-Imam juga mencadangkan sistem sekolah ditukar kepada sistem yang lebih baik iaitu terdapat peringkat-peringkat sekolah yang memudahkan sistem pengajian. 
Al-Imam juga menegur bangsa Melayu yang tidak mahu bersatu padu. Menurut Al-Imam apa yang menyebabkan mereka tidak bersatu padu ialah kejahilan mereka dalam memahami kehendak agama Islam yang sebenarnya, dan juga sikap orang Melayu sendiri yang suka sentiasa bergantung kepada usaha-usaha bangsa lain dalam kebanyakkan hal terutamanya mengenai ekonomi. Ini merupakan penyakit bangsa Melayu yang telah menyebabkan mereka tidak bersatu, hasad dengki, dan tamak. 
Dari aspek politik pula, Al-Imam memang menyindir pihak penjajah British serta raja-raja dan pembesar Melayu. Mereka diingatkan untuk memelihara kepentingan orang Melayu. Hal ini berkaitan dengan masalah-masalah orang Melayu yang disebutkan tadi.
Faktor lain yang menyebabkan melayu mundur ialah sikap raja dan pembesar Melayu yang tidak bertanggungjawab. Mereka hanya mementingkan pangkat dan wang sahaja sehinggakan mereka sanggup menjadi hamba penjajah.
Al-Imam menegaskan bahawa, oleh kerana mereka meninggalkan tanggungjawab yang sebenarnya maka telah meninggalkan balak yang menimpa diatas kita dan mendatangkan beberapa tuduhan orang diatas umat kita. 
Al-Imam dilihat menyalahkan kedua-dua pihak.
Penjajah dikatakan salah kerana mereka hanya menjajah dan mengaut kesemua hasil negeri-negeri Melayu.
Manakala raja-raja Melayu disalahkan kerana mereka ini bodoh. Mereka tidak mampu berfikir lebih tinggi sedikit pun daripada kanak-kanak kecil.
Mengapa boleh berkata demikian?
Hal ini mereka hanya mementingkan kesenangan mereka tanpa memikirkan keadaan rakyat.
Mereka sanggup menggadai negeri sendiri seolah-oleh mereka ini tidak tahu membezakan buruk dan baik sesuatu perkara itu.
Satu lagi saya ingin tambah ialah sikap raja Melayu yang dikatakan ’berjiwa rakyat’ itu tidak pernah tahu berkorban untuk negara. Yang mereka tahu ialah rakyat yang perlu berkorban untuk negara. 
Al-Imam telah mengecam sikap raja Melayu yang begitu suka menggunakan kedudukannya.
Menteri telah menggunakan kuasa mereka, kedudukan mereka dan kemudahan yang ada pada mereka dengan sewenang-wenangnya sehingga menganiayai rakyat sendiri.
Rasuah pula sudah menjadi perkara biasa dan mereka tidak memikirkan akan akibatnya asalkan wang ringgit banyak saja jadinya.
Kecaman Al-Imam mengenai rasuah ini walaupun nampaknya disampaikan secara lembut, sebenarnya kecaman itu adalah merupakan kritikan yang tajam lagi pedas keatas pemerintah Melayu dan secaratidak langsung kepada pihak British. 
Seterusnya dalam kecaman-kecaman itu Al-Imam telah menyoal adakah raja-raja Melayu tidak sedar akan apa yang dilakukan oleh orang besar-besarnya serta menteri-menterinya yang semata-mata zalim dan kebanyakkannya a Moncery of Justice. Al-Imam menjelaskan bahawa oleh kerana raja-raja terlalu mewah hidupnya maka tidak sedar akan hal rakyat mereka sendiri, seolah-olah rakyat itu dianggap sebagai orang yang senang seperti mereka juga, padahal yang sebenar-benarnya adalah tidak sekali-kali.
Tambahan pula tidak ada sungutan atau aduan daripada rakyat yang secara terus terang dan secara langsung.
Lagipun mereka sengaja tidak mahu memahami keadaan sebenar hidup rakyat. Begitulah Al-Imam menggambarkan keadaan raja Melayu dan masyarakat Melayu ketika itu. 
Semua yang dihuraikan diatas ialah antara perkara yang diutarakan oleh Al-Imam. Secara kritis, Al-Imam telah mengupas mengenai masalah orang Melayu.
Akhbar ini merupakan akhbar melayu pertama yang mengandungi pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan unsur-unsur politik dalam tulisan yang diterbitkan.
Keberanian Al-Imam juga terserlah apabila berani mempertikaikan peranan raja yang hanya pada nama itu sahaja.
Berbeza dengan majalah Melayu yang terbit sebelum ini, tidak ada satu asas yang kukuh untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Terdapat banyak majalah dan surat khabar Melayu ang terbit sebelum Al-Imam.
Dalam tempoh 30 ahun selepas 1876, terdapat tidak kurang daripada 16 buah surat khabar dan majalah dalam bahasa Melayu yang diterbitkan, tujuh buah di Singapura, lima buah di Pulai Pinang dan empat buah di Perak.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa akhbar lain sebelum Al-Imam memberi sumbangan, tetapi akhbar ini tidak boleh dikatakan perintis.
Hal ini kerana isu yang diutarakan tidak memberi kesan yang mendalam kepada masyarakatnya. Al-Imam itu boleh diibaratkan cahaya.
Dalam tahun 1906 apabila Al-Imam menuliskan 26 macam faedahnya surat khabar termasuk diantaranya: 
Cahaya akal dan gemala fikiran...
cermin bagi yang berlaku...
dan
Pelayan segala hikmah dan
pengingat bagi yang lalai...
dan petunjuk bagi yang sesat...
dan penolong orang yang lemah dan penjaga segala umat...
dan permedanan bagi segala perbahasan.
Al-Imam dikatakan perintis kerana mempunyai pengaruh yang kuat kepada masyarakat. Dalam kontek ini pengaruh Al-Imam bukan sahaja terdapat di negeri-negeri Melayu, malah telah tersebar keseluruh Nusantara.
Sambutan kepada seruan Al-Imam itu jelas dapat dilihat dari banyaknya wakil pengedar untuk menjadi langganan majalah tersebut. Malah sambutan tersebut memungkinkan Al-Imam di cetak di mabtaahnya sendiri iaitu tiga bulan selepas muncul jilid yang pertama. Melalui mabtaah ini juga Haji Abbas Mohd Taha menerbitkan bukunya yang pertama pada tahun 1906 yang berjudul Kitab Sempurnaan Pelajaran.
Begitu juga dengan Syed Sheikh al-Hadi, bukunya Pemeliharaan dan Pelajaran diterbitkan melalui Al-Imam Printing Co. Ltd. Pada tahun 1908. Kesan daripada penerbitan Al-Imam adalah amat besar.
Al-Imam mendorong kepada penulisan buku oleh pengarang Melayu. Sambutan hangat juga menunjukkan Al-Imam telah berjaya menyebarkan kritikan dan saranan kaum muda terhadap masyarakat Melayu. 
Selain itu majalah atau akhbar sebelum Al-Imam tidak membincangkan masalah orang Melayu secara menyeluruh. Maknanya, masalah mengenai orang Melayu hanyalah dibicarakan secara luaran.
Tetapi dalam Al-Imam masalah yang diutarakan ini meliputi semua aspek kehidupan masyarakat. Masyarakat perlu sedar tentang keadaan mereka sebenar. Mereka tidak boleh bergantung kepada orang lain semata-mata. Al-Imam berjaya menyampaikan mesej ini kepada masyarakat Melayu.
Jadi inilah perintis yang dimaksudkan. Perintis yang memberikan sumbangan yang besar. Sumbangan yang terkesan dalam masyarakat. 
Al-Imam terpaksa diberhentikan selepas 3 tahun iaitu Disember 1908. Tetapi semangat yang dibawakan oleh Al-Imam tidak padam begitu sahaja. Semangat yang dibawakan oleh Al-Imam diteruskan oleh pelopornya dalam beberapa akhbar lain seperti Neraca (1911-1915), al-Ikhwan (1926-1928), dan Saudara (1928-1940).
Akhbar Neraca juga diterbitkan di Singapura dan Saudara diterbitkan di Pulau Pinang setelah Syed Sheikh berpindah kesana. Ketiadaan konkongan ketat daripada ulama tua yang wujud di negeri-negeri beraja membolehkan Kaum Muda bergerak bebas di jajahan selat. Walaupun nama Al-Imam telah mati, tetapi al-Imam tetap wujud.
Apa yang dibawakan oleh Al-Imam diteruskan oleh akhbar yang terbit selepasnya. Al-Imam juga mempengaruhi tokoh pemikir Melayu seperti Za’ba. Za’ba mula terlibat secara serius dalam penulisan majalah mulai awal 1917.
Melalui penulisanya Za’ba juga menggesa orang Melayu mengubah sikap dan tidak mempercayai tafsiran ulama-ulama tua yang menyatakan bahawa meniru orang kafir itu berdosa. 
Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah Al-Imam adalah merupakan anak tangga pertama dalam gerakan nasionalis Melayu di negeri-negeri Melayu. Dan adalah kurang tepat kalau kita katakan bahawa skop perjuangannya hanya semata-mata terhad dalam bidang agama sahaja.
Sebagai lidah rasmi gerakan nasionalis yang pertama, Al-Imam telah berjasa kerana memberi kesan yang besar dalam perkembangan pemikiran masyarakat Melayu. Al-Imam menjadi perintis kepada persuratkhabaran Melayu kerana Al-Imamlah majalah yang mengerakkan semangat perjuangan orang Melayu. 

Jin, Iblis Dan Syaitan

Mungkin ada di antara kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin. Walhal para ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia.
Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Jin
Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya.
Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
Iblis
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin.
Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.
Syaitan
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.
Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. Menurut Ibn Qayyim maksud “jalan yang lurus” di dalam ayat di atas ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.
Ibn Qayyim menyatakan lagi: “Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya“.
Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.

Wednesday, 27 August 2014

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL
HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR.
(tidak ada sembahan kecuali
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah
segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)
Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah
diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA

Assalamualaikum

Disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. 

Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. 

Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.

Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.

sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.

1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.

PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah

Tuesday, 26 August 2014

Saman Kerana Edar Gambar Bogelnya

New York – Sanggup menyertai program realiti Dating Naked, iaitu sebuah rancangan berdating sambil bogel, namun kemudian menyaman penerbit rancangan kerana didakwa melepaskan adegan bergusti hingga menampakkan alat sulitnya.
Itu yang berlaku kepada salah seorang peserta program tidak bermaruah itu, Jessi Ninewitz, yang marahkan penerbit dan mendakwa penerbit rancangan itu, Viacom telah memanupulasi dan mempergunakannya hinggakan gambar alat sulitnya terlepas untuk tayangan.
Dia mendakwa penerbit berjanji akan mengaburkan alat sulitnya dalam adegan bergusti, tetapi dia tidak kisah berbogel dalam program itu. Dalam adegan itu, Jessi dan pasangannya sedang bermain baling bola dalam keadaan bogel dan kedua-duanya kemudian bergusti di atas pasir di pantai.
Bahagian belakang punggungnya betul-betul mengadap kamera ketika aksi gusti itu dirakamkan.
Jelasnya, selepas sahaja adegan itu disiarkan di TV, dia mendapat banyak komen malah ada gambar itu dimuat naik dalam media sosial.
Selepas rakaman itu tersebar, Jessi berkata, lelaki yang berpacaran dengannya tidak lagi menghubunginya. Dia kini menuntut saman sebanyak $10 juta dolar.   (http://mynewshub.my)
Gambar hiasan

Sunday, 24 August 2014

Ditangkap Selepas Mengadu Tak Dapat Seks

Montana (Amerika Syarikat): Seorang lelaki, William McDaniel, 53, ditangkap kelmarin selepas didakwa memanggil polis untuk mengadu berkenaan seorang pelacur enggan mengadakan seks dengannya.
Menurut polis, McDaniel mengunjungi pusat pelacuran di Butte, Montana dan memberikan seorang wanita wang AS$350 (RM1,120) supaya menari untuknya.
Bagaimanapun, tarian itu dihentikan tiba-tiba apabila McDaniel menjadi agresif cuba memeluk wanita itu.
Marah kerana penari itu menolak kehendaknya, lelaki berkenaan menelefon 911 untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa wanita itu tidak mahu mengadakan seks dengannya.
Polis yang tiba di tempat kejadian menahan McDaniel atas tuduhan melanggan pelacur. - Agensi 

Saturday, 23 August 2014

Petua belajar Matematik

Seorang cikgu wanita yang tengah asyik mengajar mata pelajaran matematik di kelas 2 berlian terhenti setelah melihat telatah seorang anak muridnya.
Dia melihat budak tu meludah atas tangan dan gosok2 kat kepala dia.
Disebabkan perasaan yg penuh curiga dan pelik, cikgu itu terus pergi ke muridnya dan bertanya.
cikgu : ahmad, kamu ni dari tadi cikgu tgk kamu meludah atas tangan dan kamu sapukan ke kepala!! kenapa?
murid: ermm.. Matematik nih susah sangat la cikgu
cikgu: Dah tu, kenapa kamu buat macam tu pulak?
murid : senang sikit nak masuk cikgu..
cikgu: apa maksud kamu? cikgu xpaham
murid : camni cikgu, semalam sy terbangun dari tidur sebab nak pergi minum, saya lalu kat bilik parents saya.
Saya terdengar suara mak saya time lalu tu.
cikgu: mak awak cakap ape
murid: mak cakap... "ABG KALO SUSAH NAK MASUK SAPU LA SKET AIR LIUR KAT KEPALA TU, BARU SENANG MASUK".
Haaa... tu sebab la saya sapu air liur kat kepala saya cikgu.
moral of story...keep ur children sleep tight.

Friday, 22 August 2014

9 Mimpi Nabi

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.
7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

Thursday, 21 August 2014

15 Cara Menghilangkan Sakit Senggugut

Senggugut pastinya menjadi kerunsingan buat wanita yang sudah matang kerana dikatakan senggugut merupakan sakit ketika period atau haid yang amat menyakitkan. Jadi di sini Dr fuh kongsikan 15 tips / cara / petua untuk menghilangkan penyakit senggugut. Semoga ianya berkesan dan berguna buat kaum hawa di luar sana.
Pilihan 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Pilihan 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
Pilihan 3 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Pilihan 4 : Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Pilihan 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Pilihan 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Pilihan 7 : Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
Pilihan 8 : Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.
Pilihan 9 : Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 10 : Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 11 : Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
Pilihan 12 : Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
Pilihan 13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.
Pilihan 14 : Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.
Pilihan 15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

Wednesday, 20 August 2014

MUBARAK Mahu Mahathir Hentikan Mengkritik Najib

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan ‘perang dingin’ secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka.
“Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.
Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.
“Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Malangnya, sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib,” kata Dr Mahathir dalam blognya itu.
Abdul Aziz berkata Dr Mahathir perlu memberi peluang kepada Najib untuk meneruskan kepimpinannya kerana Najib telah menunjukkan prestasi yang baik berikutan ekonomi negara semakin berkembang pesat.
Menurutnya Najib memperkenalkan Dasar Transformasi Nasional yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Politik (PTP) sebagai langkah berani untuk melonjakkan negara ini ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.
“Dasar ini dan lain-lain inisiatif baru yang dilancarkan telah mula menunjukkan kesan positif sehingga pertumbuhan ekonomi terus mantap, kepercayaan pelabur asing dan tempatan meningkat.
“Proses penstrukturan ini diiktiraf institusi-institusi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),” katanya.
Selain itu, Abdul Aziz berkata indeks dan penarafan antarabangsa juga semakin meningkat di samping pendekatan kesederhanaan dan dasar luar yang menekankan diplomasi ‘secara lembut’ di bawah kepimpinan Najib telah membuahkan hasil yang baik.
Ini terbukti dalam cara Najib menangani tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan nahas Penerbangan MH17, katanya.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.
Gerakan mencari pesawat itu, yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di selatan Lautan Hindi.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, pula terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.
BERNAMA

Tuesday, 19 August 2014

Jilboobs: Isterinya Sudah Punya 6 Suami

Kuala Lumpur: Lelaki yang memilih untuk bernikah di negara jiran terutama menggunakan khidmat sindiket perlu bersedia berdepan pelbagai risiko termasuk wanita pilihannya itu mungkin berstatus isteri kepada lebih daripada seorang lelaki. Pengerusi Pertubuhan SukaGuam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya yang mengendalikan kes berkaitan dengan undang-undang syariah menerima banyak aduan berkaitan masalah dihadapi lelaki yang bernikah di negara jiran. 
Ada satu kes, lelaki berumur 38 tahun terkejut apabila mendapati isteri yang baru dua hari dinikahinya berada bersama lelaki lain di dalam sebuah bilik ketika dia cuba membuat kunjungan mengejut. Apabila disiasat, lelaki itu rupa-rupanya suami wanita berusia 21 tahun yang dikahwininya itu.
Malah, wanita itu mempunyai enam lagi suami dan mengakui dia berkahwin semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah daripada semua 'suami-suaminya' itu, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan muka depan Harian Metro Jumaat lalu mengenai semakin ramai lelaki Malaysia yang kemaruk untuk mendapat bini rahsia sanggup ke Pulau Batam, Indonesia bagi melakukan urusan pernikahan yang mengenakan mahar semurah Rp1,000 (27 sen) hingga Rp10,000 atau RM2.70 saja mata wang Malaysia.
Lebih menarik apabila status pernikahan dilakukan jurunikah tanpa tauliah daripada pemerintah Indonesia itu adalah sah walaupun tidak mengikut prosedur dan upacara ini dikenali oleh rakyat tempatan sebagai 'nikah siri'.
Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, pernikahan dengan gadis dari negara jiran yang tidak diketahui latar belakang keluarga dan keturunan oleh lelaki Malaysia kebanyakannya hanyalah indah khabar dari rupa.
Ada kes yang diterima SukaGuam, kegembiraan suami hanya bertahan selama empat atau lima bulan sebelum tembelang isteri mulai terbongkar sedikit demi sedikit menyebabkan suami terpaksa berdepan tekanan emosi sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.
Tidak salah jika mahu memperisterikan gadis asing, tetapi seelok-eloknya kenalilah bakal isteri sedalam-dalamnya terutamanya latar belakang keluarga dan menuruti perkahwinan yang mematuhi rukun serta mengikut saluran undang-undang di negara ini,” katanya

Monday, 18 August 2014

Fesyen JilBoobs semakin popular

PERKEMBANGAN Jilboobs kini amat menakutkan. Muncul istilah Jilboobs di sosial media. Jilboobs kadang -kadang dijadikansebutan untuk menyindir wanita yangmemakai tudung tapi tetap berpakaian ketat hingga bentuk tubuh dicetak jelas. Tutup tapi tertonjol. 

Saturday, 16 August 2014

Gempar: Isu Najib Bercuti Keliling Eropah

Maklumat penerbangan dari data yang diperolehi secara umum menyokong dakwaan laman Asia Sentinel bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti di Eropah, selepas lawatan kerja ke Netherlands untuk menangani isu penerbangan MH17, dua minggu lalu.
Maklumat dari laman penjejak penerbangan FlightRadar24 menunjukkan pesawat pengangkut VIP Tentera Udara Diraja Malaysia 9M-NAA dilihat di beberapa lapangan terbang Eropah, termasuk di beberapa lokasi yang disebut dalam laporan berkenaan.
Bagaimanapun, tiada data awam yang menyebut identiti individu dalam penerbangan berkenaan.
Data itu juga tidak menyatakan dengan jelas sama ada Najib atau pesawat berkenaan berada di Cannes, France, seperti didakwa.
Pesawat berkenaan boleh digunakan oleh Agong dan ketua kerajaan lain, menteri, timbalan menteri, orang kenamaan asing dan pegawai tinggi kerajaan.
Laman Asia Sentinel pada hari Rabu lalu melaporkan bahawa “perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Paris”.
“Mereka dilaporkan bertemu playboy China, Taek Jho Low dan bekas perdana menteri Qatar, dan kemudiannya dipercayai pergi ke Sardinia di Itali, ke Cannes di French Cote d’Azur, kemudiannya kembali ke Sardinia bersama apa yang disebut sebagai rombongan besar jutawan Cina Malaysia.
“Dari Sardinia, kumpulan itu berlepas di Rom sebelum kembali ke London,” lapor Asia Sentinel.
Perjalanan itu didakwa berlangsung bermula 1 Ogos, selepas Najib mengadakan mesyuarat dan sidang media bersama mengenai krisis MH17 dengan Perdana Mneteri Belanda Mark Rutte di The Hague pada 31 Julai.
Laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu mendakwa setiausaha akhbar perdana menteri Azlin Alias tidak menjawab pertanyaan mengenai kunjungan itu, seperti didakwa.
“Ia adalah percutian yang dirancang sejak beberapa lama sebelum ini, sebelum tragedi (MH370 dan MH17). Bagaimanapun, lebih menjimatkan jika ia ditunda, melihat kepada apa yang dilalui oleh negara ini,” kata sumber tersebut seperti dilaporkan Asia Sentinel.
Malaysiakini menghubungi setiausaha akhbar Najib, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad untuk mengesahkan dakwaan dalam laporan Asia Sentinel.
Katanya: “PM sedang bercuti,” dan meletak gagang telefon ketika diminta menjelaskan lebih lanjut.
Usaha untuk menghubungi Low juga masih belum berjaya buat masa ini.
Laporan sebelum ini menyebut, Najib sepatutnya berlepas ke Netherland pada 30 Julai, tiba pada 31 Julai untuk lawatan kerja ke The Hagua dan Hilversum.
Bagaimanapun, maklumat FlightRadar24 menyebut, pesawat 9M-NAA berlepas dari Subang Airport on July 28 pada 6.40 petang, ke Bangkok.
Ia berada di Bangkok untuk kira-kira dua hari sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, dengan perhentian singkat selama dua jam di Dubai.
Ia tiba di Amsterdam pada 31 Julai, 8.03 pagi waktu tempatan (2.03 petang waktu Malaysia).
Dua hari kemudian, pada 3 Ogos, pesawat tersebut dilihat meninggalkan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 2.39 pagi waktu tempatan (10.39 petang waktu Malaysia).
Destinasi penerbangan tersebut juga tidak direkodkan, namun kemudian mendarat di Basel, Switzerland, kira-kira empat jam kemudian. Secara purata, penerbangan dari Paris ke Basel mengambil masa satu jam 23 minit.
Tiada rekod menunjukkan pergerakan pesawat tersebut dari Basel untuk tempoh enam hari, sehinggalah ia berlepas dari situ pada 9 Ogos, 9.24 pagi waktu tempatan (3.24 petang waktu Malaysia) ke Sardinia.
Selepas kira-kira tujuh jam penerbangan ke Sardinia, pesawat itu muncul di Rom menghala ke London.
Ia mengambil masa kira-kira 75 minit untuk penerbangan terus dari Sardinia ke Rom.
Walaupun maklumat FlightRadar24 tidak menunjukkan perjalanan Sardinia-Cannes-Sardinia, rombongan itu mungkin menggunakan pengangkutan lain untuk perjalanan itu, atau mungkin perjalanan 9M-MAA dikeluarkan dari rekod.
sumber DISINI

Friday, 15 August 2014

Apa Pilihan Yang Khalid Ada?

Jawatan MB wanita pertama semakin hampir menjadi kenyataan. Wan Azizah sudah membuktikan beliau ketika ini mempunyai sokongan 30 daripada 56 Adun, majoriti nyata sudah berpihak kepada Presiden PKR itu untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Selangor.
Kejayaan Wan Azizah membuktikan beliau sudah mempunyai sokongan majoriti, termasuk melalui dua Adun Pas iaitu Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin, selain sokongan 15 Adun DAP serta 13 Adun PKR sedia ada, bukan saja menunjukkan kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor ini sudah berada di penghujungnya, bahkan juga menjadikan keputusan mesyuarat Pas pada 17 Ogos nanti sudah tidak bermakna lagi.
Harapan Pas dengan menangguhkan mesyuaratnya sebanyak dua kali untuk menjadikan ia mempunyai kuasa tawar menawar, boleh menunjuk kuasa dan dilihat penting dalam mengakhiri krisis, sudah menjadi sia-sia saja ketika ini. Pas juga sudah tidak berupaya lagi menolak pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
Sama ada Pas terus menyokong Khalid atau akur dengan kesepakatan dalam PR yang telah terbentuk sejak sekian lama, semuanya sudah tidak bernilai lagi. Mesyuarat Pas pada 17hb nanti, jika ia berpendirian menyokong pertukaran Khalid dan akur dengan kedudukannya sebagai rakan gabungan dalam PR, hanya sekadar "rubber stamp" kepada sokongan Shaari dan Hasnul kepada Wan Azizah.
Kiranya pada 17 Ogos nanti, Pas terus menyokong Khalid, ia juga tidak mampu mempertahankan kedudukan kerajaan empat Exco yang sedang dipimpinnya.
Keberanian Shaari dan Hasnul menyatakan pendirian lebih awal daripada partinya sendiri telah menunjukkan bahawa mereka mewakili majoriti ahli ahli Pas untuk tidak berkiblatkan kepada Hadi Awang tetapi sebaliknya kepada Pakatan Rakyat.
Bayangkan, jika terpaksa menunggu sehingga 17 Ogos untuk Pas menyatakan pendiriannya, tentulah dalam masa yang sama juga menyebabkan parti itu terus dipertikaikan dan terdedah kepada bermacam-macam spekulasi. Ia akan menjadikan imej Pas begitu teruk di pandangan umum, selain mula berpecah antara kumpulan ulama dan profesional.
Tetapi dengan keberanian dua Adun ini, semuanya telah berakhir. Nama Pas telah terpalit dengan kerosakan imej yang teruk kerana Hadi Awang dilihat gagal untuk mengawal wakil rakyatnya sendiri.
Shaari dan Hasnul telah menyelamatkan PR untuk terus kekal dianggotai oleh dua parti utama iaitu PKR dan DAP serta dapat memainkan peranan untuk terus menyaingi Barisan Nasional yang sudah semakin lemah.
Dalam masa yang sama, kenyataan Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor sebelum ini beliau masih mempunyai sokongan majoriti, dengan sendirinya sudah terbatal. Meskipun Khalid mencabar agar pengakuan sokongan majoriti itu diterjemahkan dalam Dewan Undangan Negeri melalui usul tidak percaya terhadapnya, dari segi pandangan umum mengesahkan bahawa kelayakan moral untuk beliau terus bertahan sudah pun hancur berkecai.
Talian hayat kerajaan empat Exco yang dipimpin oleh Khalid hanya bergantung kepada faktor masa saja. Oleh kerana Sultan Selangor ketika ini berada di luar negara dan hanya akan kembali ke tanahair pada 23 Ogos, pilihan Khalid semakin terbatas sekarang ini. 
Jika kembalinya Sultan Selangor daripada luar negara lalu Khalid mengadap baginda dan memohon diadakan sidang khas DUN, semuanya pasti terjawab ketika itu.
Jika 30 Adun terus kekal bersama Wan Azizah, terpelantinglah Khalid. Itu belum dikira lagi jika Pas juga membuat keputusan pada 17 Ogos nanti turut menolak kepimpinan Khalid. Jika diadakan undian, Khalid yang kini Adun Bebas hanyalah mendapat 12 undi daripada Adun UMNO saja.
Tetapi difahamkan juga Khalid mempunyai tempoh sehingga November untuk menangguhkan sidang DUN. Kalau itu pilihannya, bolehlah beliau mengelakkan undi tidak percaya sehingga November serta bolehlah terus mengekalkan jawatan Menteri Besarnya lebih lama lagi.
Jika Khalid akur dengan kehilangan majoritinya, sekembalinya Sultan Selangor daripada luar negara ini pastilah beliau akan mengemukakan surat perletakan jawatannya. Ia akan membolehkan pentadbiran kerajaan negeri kembali kepada PR sebagaimana mandat rakyat dalam pilihanraya umum lalu.
Namun sekiranya Khalid tidak puas hati, beliau juga boleh memohon kepada Sultan Selangor untuk membubarkan DUN bagi diadakan suatu pilihanraya negeri. Kiranya diadakan pilihanraya negeri dan kerajaan, menurut SPR, mereka terpaksa membelanjakan RM50 juta bagi kos pilihanraya.
Segala-galanya kini terserah kepada Khalid membuat keputusan. Kecuali jika dalam tempoh sehingga 23 Ogos ini atau selewat-lewatnya sehingga November depan, beliau dapat melakukan misi yang sangat sukar iaitu menterbalikkan semula sokongan majoriti Adun kepadanya daripada yang sudah diperolehi oleh Wan Azizah, hayat politik Khalid sudah boleh dikira berakhir dan adakah akan juga  mengheret hayat Pas dalam Pakatan?

Wednesday, 13 August 2014

Presiden Pas Mahu Ahli Didalam PR Bertenang


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang.

“Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa.

“Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.

“Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor,” ujarnya. ~fmt

Kisah Pakar Matematik Yang Cuba Cari Kesilapan Al Quran

Sumber

Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab. Lelaki ini terlalu suka matematik, itulah sebabnya dia suka logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh diambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian. Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Apa yang dijumpainya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum.

Beliau dapati Al-Quran ini mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad (SAW) hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah (RA) atau kematian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah bahawa dia menemui satu penuh "surah" (bab) dalam Al-Quran yang dinamakan "Maryam" yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak pernah dijumpai walaupun dalam buku-buku yang ditulis oleh orang Kristian mahupun dalam Al-kitab mereka (bible). Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena "Fatimah" (anak nabi) atau "Aishah" (isteri Rasulullah saw), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka. Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (AS) telah disebut dalam Al-Quran 25 kali manakala nama "Muhammad" (saw) hanya disebut sebanyak 4 kali, maka dia menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang besar yang merupakan nombor ayat 82 dalam Surah Al-Nisa'a (Wanita) yang bermaksud:

"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Dan kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan ".
Dr Miller berkata tentang ayat ini: "Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan mencari mana-mana ". Beliau juga berkata tentang ayat ini: "Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi al-Quran, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba untuk mencari satu dan anda tidak akan mencari mana-mana. "
Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan untuk masa yang panjang adalah nombor ayat 30 dalam Surah "Al-Anbiya '(Nabi-nabi):

"Adakah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), sebelum Kami pisahkan antara keduanya? Daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? "

Dia berkata: "Ayat ini adalah betul-betul subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dan adalah kira-kira teori" Great Explosion ". Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet itu.

Dr Miller berkata: "Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:

"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dilarang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat. "Al-Quran, Bab 26, Ayat 210-212.

"Apabila engkau hendak membaca Al Qur'an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam" Al-Quran, Bab 16, Ayat 98.
Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta Tuhan untuk perlindungan dari syaitan ini sebelum membaca buku itu? Itu adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib ini! dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa itu dari syaitan ".

Dan di antara cerita-cerita yang kagum Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata: "Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan pergi selepas Nabi di mana sahaja dia pergi untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah hari. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang curiga mengenainya. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan "Al-Masad". Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: "Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah? ". Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu ini. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah nabi (SAW) itu memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah! Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun penuh! dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim !! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.

Bagaimana Nabi (SAW) boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah jika ini tidak inspirasi daripada Allah? Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun penuh bahawa apa yang di dalamnya (Al-Quran) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah ?? Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud: bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.

"Binasalah kedua tangan Lahab (Abu Lahab)! binasalah dia Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan Dibakar tidak lama lagi dia akan masuk ke dalam api yang menjulang-julang daripada api neraka! Isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api; Sebagai bahan api! Satu tali yang dipintal-daun bulat (sendiri) lehernya! "Al-Quran, Bab 111.

Dr Miller berkata tentang ayat yang kagum kepadanya: Salah satu keajaiban dalam Al-Quran itu mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh meramalkan dan yang terpakai yang "Pemalsuan Ujian", ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Quran kata mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.

Dr Miller meneruskan: Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita merawat anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh-musuh anda, Al-Quran mesti salah tu! Tetapi ini tidak berlaku dalam 1400 tahun !! dan ia tidak akan berlaku kerana mereka adalah kata-kata Dia yang mengetahui perkara yang ghaib (Allah) dan bukan kata-kata manusia.

Dr Miller meneruskan: Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?
"Paling Kukuh di antara manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman sekali-kali akan kamu dapati orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik; dan terdekat di antara mereka cinta kepada orang yang beriman sekali-kali akan engkau mencari orang-orang yang mengatakan, "Kami adalah orang Kristian": kerana di kalangan mereka adalah orang yang dikhaskan untuk pembelajaran dan lelaki yang telah menolak dunia, dan mereka pula tidak berlaku sombong. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata, kerana mereka mengakui kebenaran: mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami Kami percaya; suratkanlah kami berserta orang saksi" Al-Quran, Bab 5, ayat-ayat 82-84.

Ayat ini juga dengan Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.
Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia mendapati yang indah: Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Quran yang tidak hadir mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini. Sebagai contoh:
"Ini adalah sebahagian dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad!) Oleh wahyu engkau tidak ada pada mereka ketika mereka melemparkan anak-anak panah, untuk yang mana satu mereka yang akan dengan penjagaan Maryam : tidak pula bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara) "Al-Quran, Bab 3, Ayat 44.

"Itu adalah dari cerita-cerita yang ghaib, yang Kami turunkan kepadamu: sebelum ini, tiada kamu kaummu mengenali mereka. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa "Al-Quran, Bab 11, Ayat 49.

"Yang demikian itu adalah salah satu daripada cerita-cerita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu: tidak pula engkau (hadir) bersama mereka apabila mereka bersepadu rancangan mereka bersama-sama dalam proses menenun plot mereka" The Holy Quran, Bab 12 , Ayat 102.

Dr Miller meneruskan: "Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka adalah. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu ".


Dr Garry Miller meneruskan: "Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu baru !! Dan apa yang menakjubkan adalah bahawa orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata: Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dari dengan ayat-ayat. Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah bahawa tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka benar-benar adalah maklumat baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui yang ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan "

Ababil1 Menakutkan Israel

Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum. Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel. Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).
Wilayah haram Israel dirakam oleh Pesawat Ababil 1

Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat Islam pada hari ini.

Surat Buat Tok Guru Nik Aziz



Ke hadapan Tok Guru Nik Aziz yang disayangi.


Apa khabar Tok Guru? Semoga Tok Guru sentiasa tabah dalam menghadapi penyakit yang dihidapi. Saya yakin, Tok Guru dikehendaki Allah untuk terus hidup bagi menjadi penyelamat kepada parti dan jemaah yang Tok Guru pimpin ini ketika ia sedang dilanda badai sekarang.


Tok Guru,


30 tahun lalu iaitu pada 1983, saya menjejak kaki ke Pejabat PAS Kelantan untuk bertugas sepenuh masa dengan PAS. Ketika itu Tok Guru adalah pesuruhjaya PAS Kelantan.


PAS keseorangan ketika itu Tok Guru. Tidak ada kerjasama dengan mana-mana pihak. Sebagai pekerja muda yang baru berusia 20 tahun, saya tinggal di bangunan PAS Kelantan di Jalan Tok Pati. Setiap pagi Jumaat saya akan bersama-sama dengan allahyarham Ustaz Bunyamin Yaakub mempersiapkan Dewan Zulkifli Muhamad untuk Tok Guru mengajar.


Di situlah tempat bekerja dan di situlah juga tempat saya tidur. Saya masih ingat lagi bagaimana saya terpaksa makan mi segera selama dua hari ketika Kota Baru dilanda banjir pada tahun itu. Tanyalah Hashim Omar tentang cerita ini.


Kuliah Tok Guru ketika itu tidak ramai orang yang mendengarnya berbanding sekarang, tetapi cukup untuk memenuhi Dewan Zulkifli. Kuliah Tok Guru semakin ramai dari hari ke hari tetapi PAS hanyalah parti pembangkang yang mempunyai Adun tidak seberapa orang ketika itu kerana PAS bersendirian selepas ditendang keluar Barisan Nasional (BN). Tok Guru tentu lebih faham bagaimana ia berlaku.


Husam Musa (kini datuk) adalah bos saya ketika itu. Dia yang baru tamat pengajian dari Universiti Malaya (UM) bertekad tidak mahu bekerja dengan kerajaan kerana mahu berkhidmat sepenuh masa dengan jemaah. Husam pelajar yang cerdik masa di UM. Dia juga adalah pemimpin pelajar. Husam adalah setiausaha Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).


Bagi memastikan beliau tidak dipaksa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberikannya biasiswa agar bekerja dengan kerajaan, Husam tidak pergi ke peperiksaan akhir di UM Tok Guru. Akhirnya beliau hanya lulus dengan gred yang rendah dan dibiarkan begitu saja oleh JPA tanpa menawarkan tempat di mana-mana jabatan kerajaan.


Untuk membolehkan PAS mempunyai media, kami terbitkan Gema Pemuda. Mula-mula kami edarkan di Kelantan saja. Tanpa modal yang cukup tetapi dengan semangat tinggi, kami usahakan projek ini untuk jemaah. Kami terbitkan seminggu sekali dan edarkan di tempat kuliah Tok Guru. Apabila masuk keluaran ketiga, kami mula edarkan di negeri lain iaitu Kedah dan Terengganu pula.


Begitulah susahnya PAS ketika itu. Tetapi kami sangat senang bekerja. Tidak ada fitnah memfitnah dan serangan yang bukan-bukan kepada kami di kalangan petugas PAS.


Pada 1990, menerusi kerjasama dengan Semangat 46, kita berjaya merampas Kelantan. Semua kerusi DUN di Kelantan berjaya kita menangi bersama dengan Semangat 46 pimpinan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Tok Guru dilantik sebagai menteri besar. Alhamdulillah melalui kerjasama itu, kerajaan kita di Kelantan kekal sehingga kini.


Kita berjaya menang besar lagi pada 1999 apabila kita bekerjasama dengan Barisan Alternatif (BA) iaitu bersama dengan DAP dan PKR. Bukan saja berjaya mengekalkan Kelantan, kita juga berjaya merampas Terengganu. Kita berjaya menang atas sentimen masyarakat Melayu terhadap penganiayaan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Nor menubuhkan Gerak ketika itu dan membawa pelbagai pihak bersama dengan PAS melawan BN.


Namun apabila datang isu Dokumen Negara Islam, kita kalah teruk dalam pilihan raya 2004 kerana, DAP mengambil sikap keluar BA selepas tidak senang dengan kita.


Kita kehilangan Terengganu dan hampir kehilangan Kelantan. Beza kita dengan BN hanya tiga kerusi saja di Kelantan. Apabila pilihan raya kecil Pengkalan Pasir diadakan, kita kalah dan menjadikan beza kita dengan BN hanya satu kerusi.


Di era inilah Tok Guru banyak diuji. Pelbagai ujian datang Tok Guru. Yang paling besar dan saya masih ingat adalah Tok Guru diuji dengan menantu Tok Guru yang ketika itu menjadi ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Pelbagai fitnah yang Tok Guru hadapi.


Ingat tak lagi bagaimana Husam pergi menangis di depan Tok Guru memohon agar menantu Tok Guru itu ditamatkan perkhidmatannya? Akhirnya Tok Guru bersetuju dengan pandangan Husam dan selamatlah Tok Guru daripada fitnah itu.





Dengan pelbagai projek yang dibuat olehnya, kerajaan Kelantan berjaya mengharungi zaman cemas apabila bermajoritikan satu kerusi saja di Kelantan. Akhirnya pada pilihan raya umum 2008, kita menang besar di Kelantan dan juga Malaysia. Kita juga berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Selepas itulah terbentuknya Pakatan Rakyat (PR).


Melalui PR juga kita menang besar dalam Pilihan Raya Umum 2013 lalu walaupun kita kehilangan Kedah kerana perpecahan dalaman yang berlaku di dalam parti kita.


Tok Guru yang dikasihi,


Kini, buat pertama kalinya PR berada dalam suasana paling runcing sekali. Ini ekoran krisis yang berlaku di Selangor apabila PKR tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka memutuskan untuk menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Namun, sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang akan memutuskan sikap kita, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid. Tok Guru juga kemudiannya menyokong pendirian presiden itu. Majlis Syura Ulama yang diketuai Tok Guru juga membuat keputusan yang sama, menyokong Khalid kekal sebagai MB.


Namun sehari selepas mesyuarat itu, Tok Guru dalam sidang media di Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Kota Baru berkata kepada media, Tok Guru hanya mempengerusikan mesyuarat itu setengah jam saja kerana tidak sihat. Tok Guru juga kata, tidak berminat untuk campur urusan MB Selangor itu dan biarlah orang Selangor menguruskannya.


Daripada kenyataan itu, saya terasa Tok Guru cuba untuk menjarakkan diri Tok Guru dengan keputusan Majlis Syura itu. Apa sebabnya semua orang tidak tahu. Mereka hanya boleh meneka-neka saja.


Saya beranggapan Tok Guru cuba menjadi orang tengah dengan tidak memihak ke mana-mana pihak yang sedang berbeza pendapat ini.


Tok Guru yang disayangi,


Sejak 10 tahun lalu, saya mula merasai kehadiran suasana yang tidak sihat dalam parti dan jemaah kita. Ramai orang muda di kalangan kita yang mudah sangat membuat tuduhan dan fitnah sesama kita, seolah-olah nilai ukhuwah yang ditanam dalam setiap usrah dan tamrin yang kita lalui dulu sudah tidak ada.


Sejak kebelakangan ini Tok Guru, perkara ini semakin menjadi-jadi. Ada-ada saja tuduhan yang dilemparkan sesama kita. Mereka yang paling banyak menjadi mangsa adalah pihak yang mahu mempastikan PR yang kita dapat manafaat maksima daripadanya terus kekal dan utuh.


Saya antara sasaran mereka kerana tugas saya adalah menulis dan premis utama tulisan saya adalah mempertahankan kerjasama yang kita bina melalui PR. Turut diserang adalah beberapa pemimpin PAS. Mereka dituduh lebih wala' kepada pemimpin lain daripada pemimpin parti kita sendiri. Padahal jika itu benar, baik mereka menyertai parti lain bukan menyertai parti Islam PAS ini.


Ada antara kita yang mengeluarkan fatwa golongan yang mempertahankan PR ini sebagai Munafik Haraki.


Ada juga antara kita yang melancarkan Gerak 2 selepas Gerak yang pertama dilancarkan allahyarham Fadzil dulu. Yang peliknya Tok Guru, Ustaz Fadzil menarik seramai mungkin orang perseorangan dan pertubuhan untuk bersama dengan kita dalam membela Anwar yang teraniaya, tetapi Gerak 2 mempunyai tujuan yang lain.


Gerak 2 dilancarkan untuk membela seorang individu yang kononnya teraniaya walaupun terpaksa menghalau sekurang-kurang dua parti yang mempunyai pengikut puluhan ribu yang selama ini berjuang bersama dengan kita.


Kita sekarang dalam dilema Tok Guru. Antara membela seorang individu dengan membela dua parti yang selama ini menjadi rakan kita berkempen untuk mendapatkan mandat dari rakyat.


Tok Guru yang dikasihi,


Saya penuh keyakinan, PAS mendapat manafaat maksima apabila kita bekerjasama dengan pihak lain berbanding dengan kita bersendirian.


Lihatlah apa berlaku kepada kita di tahun 1980-an apabila kita bersendirian dan pada 2004 apabila pihak lain meninggalkan kita.


Bandingkan dengan apa yang kita dapat apabila kita bersama dengan Semangat 46 pada 1990 dan apabila bersama Pakatan Rakyat pada 2008 dan 2013.


Kini Tok Guru, ada semacam satu kecenderungan kita hendak diajak agar bersendirian semula. Semua keputusan, ucapan, tulisan melalui media sosial dan sebagainya menjurus ke arah kita bersendirian.


Saya dengan rendah hati memohon Tok Guru agar campur tangan segera. Jangan dibiarkan jemaah kita ini terpaksa berundur ke belakang iaitu zaman 30 tahun lalu. Jika itu berlaku saya yakin, kita akan memerlukan 30 tahun lagi untuk membina semula jemaah kita ini untuk mencapai tahap yang ada sekarang.


Sekian Tok Guru. Terima kasih kerana sudi membaca coretan panjang saya ini. Saya sanggup bersengkang mata untuk menulisnya kerana hanya Tok Guru harapan saya untuk menyelesaikan kemelut ini. – TMI





PESAN NABI AKAN EMPAT HAL SEBELUM TIDUR WALAUPUN SEBOK DENGAN TUGAS HARIAN

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah 

“Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulallah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa
nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’ 
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat 
“ Bismillaahirrahmaa
nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi Shadaqah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.... آمِيّنْ...