Thursday, 31 July 2014

Pejuang Hamas Berlatih Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.
Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.
Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.
Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.
Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.
Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.
Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.
Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.
Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.
Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

CURAHAN RASA MANTAN SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH

Saya tak berhasrat utk membuka pekung atau mengungkit segala kisah lalu. Tapi bila Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli mula mengungkit stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi antara Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati tetapi sikap sebenar PKR sgt busuk hati dan keji tetapi bertopeng kononnya atas nama perjuangan rakyat!
Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU12 dulu adalah hari2 membilang kerusi. Allahyarham Ust Azizan, MB Kedah akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana si Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR termasuk Anwar Ibrahim yang minta PAS supaya mencontohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan PR supaya jangan tumbang di tengah jalan. ADUN2 PKR Kedah ketika itu amat keji dgn cubaan melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang. 
Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu si Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution ada di mana? Membisu dan langsung tak bersuara!
Sorang ADUN yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI telah arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan Exco sahaja.
DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada komplot BN yang bersiap utk membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuk, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, menguruskan hotel persembunyian, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan segala makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung! 
PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki ADUN PKR yang belum melompat... 
PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang ADUN PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) diakhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran ADUN-ADUNnya? 
Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan Amal PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika ADUN-ADUN PKR tidak membuat onar bertemu utk berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! ADUN PKR ini mengugut macam2. Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, pimpinan PKR di mana?
PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas ADUN yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya. 
Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?
Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya? 
Selama dua bulan lebih dia menjadi pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya! 
Pernahkan si Rafizi atau
Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka? 
Pernahkan penganut Hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah si Rafizi di depan anak dan isterinya? Si Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Jawapannya..mereka ni peduli pun tidak, apalagi bertanya! 
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?
Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco drp PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini? 
Lima ADUN PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah lagi PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.
Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan jawatan Senator sampai seorang Ketua Cabang PKR sanggup keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri sendiri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...
Adakah si Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah si Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh ADUN-ADUN PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali..!
Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kontinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malu pun untuk mengulang meminta.
Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS yg ada 16 kerusi, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat Ahli Majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan sendiri atas kapasiti mereka di PBT. Tak diberi muka maka pelbagai ugutan yg mereka keluarkan. Siapakah mereka kalau bukan pimpinan PKR?
Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR dihadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang kononnya bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct tanpa ada perasaan bersalah dan malu..Siapa mereka ini kalau bukan pemimpin-pemimpin Cabang PKR??
Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah disebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! Sungguh memual dan memalukan perangainya para pemimpin PKR ini!
PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS seperti menjadi hamba. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam... 
Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang ADUN PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB! 
Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!
Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB
Kedah masa tu? 
Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?
Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah ADUN dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat. 
Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas ADUN yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi Melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan Melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?
Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.
Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalan pun mulalah mendongak! Sedar dirilah wahai PKR dan DAP!
Luahan Hati,
Sanusi
Mantan Setiausaha Politik
Almarhum Ust Azizan

Wednesday, 30 July 2014

Sekiranya Perang Berterusan Israel Boleh Bangkrap

Jangan kita sangka bahawa kerosakan dan kerugian itu hanya di pihak rakyat Palestin di Gaza sahaja, bahkan kekalahan dan kerugian sebenar adalah lebih-lebih lagi di pihak regim penjajah Zionis yang berhadapan dengan wilayah kecil Gaza yang terkepung ini.

Berikut adalah anggaran kerugian ekonomi Israel disebabkan serangan yang mereka lakukan ke atas Gaza sehingga Jumaat 25hb Julai yang lalu :

1-USD 50 juta : Kerugian daripada pembatalan penerbangan
2-USD 200 juta : Keugian daripada pasaran perniagaan
3-USD 100 juta : Kerugian daripada industri perhotelan
4-USD 120 juta : Kerugian daripada industri pelancongan
5-USD 640 juta : Kos dan bebanan operasi udara
6-USD 75 juta : Kerugian daripada cukai yang hilang (expired)
7-USD 351 juta : Kerugian daripada kos ganti rugi perumahan (sebab komuniti penjajah dipindahkan ke tempat perlindungan)
8-USD 101 juta : Kerugian di sektor perindustrian
9-USD 275.5 juta : Kos operasi penangkis roket al Qassam (Iron Dome)
10-USD 472 juta : Kos dan bebanan operasi darat.

Ini hanyalah sebahagian daripada kerugian mereka dalam bentuk wang ringgit dan belum lagi kehilangan nyawa anggota dan pegawai tentera elit mereka serta trauma yang dihadapi oleh komuniti penjajah di seluruh wilayah yang terjajah 'Israel'.

Harus kita ingat sejarah yang lalu apabila sebuah kuasa besar yang digeruni yang bernama Soviet Union juga boleh tumbang disebabkan kehancuran ekonomi mereka setelah berbelanja ratusan billion hanya untuk menumpaskan sebuah negara kerdil yang bernama 'Afghanistan'.

Haram Berselfie Di Kubur : MUFTI

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
 
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
 
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
 
“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
 
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya  boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
 
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal  dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
 
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
 
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
 
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan.

Tuesday, 29 July 2014

Piring Astro Menghala ke Kiblat

Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.
Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?  KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi.
Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan.
Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan.
Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat. "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. Bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.  
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan. "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya  
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.  
 

Monday, 28 July 2014

Solat Aidilfitri

Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka.

Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.

Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri.

Friday, 25 July 2014

GEMPAR!!! PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN KERANA ISU MH17

Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Mengumumkan pengundurannya, Arseniy Yatsenyuk berkata, dia mengambil tindakan itu berhubung isu ‘pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan’.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. – AFP

PENAFIAN RUSUHAN KAUM DI BUNTONG, IPOH

Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian pergaduhan antara kaum yang dikatakan berlaku di Buntong, Ipoh. Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku. 
Keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar Ipoh.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.
Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Senior DCP Dato` Acryl Sani Bin Hj Abdullah Sani
Ketua Polis Perak

Thursday, 24 July 2014

MH17: BANTAHAN DAN KEMARAHAN SEMAKIN MEMUNCAK

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Belanda telah memuat naik video ke laman web YouTube bagi melahirkan kemarahannya terhadap tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17.

Dalam video yang dimuatnaik dua hari lalu, Guilly Koster berkata dia amat marah dan sedih atas serangan terhadap pesawat tersebut yang telah mengorbankan rakannya bernama Tim.

“Saya juga marah kerana terdapat ramai doktor menaiki pesawat tersebut yang sedang berusaha mencari penawar untuk AIDS; banyak pengetahuan telah hilang,” tambah Koster, merujuk kepada Presiden Persatuan Aids Antarabangsa Joep Lange dan lima pakar lain dalam perjalanan ke Melbourne untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20.

Wednesday, 23 July 2014

Apa Puasa Buat Pada Tubuh Kita?

Jantung dan darah - Darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolesterol yang tersumbat pada dinding-dinding saluran darah.

Paru-paru - Paru-paru akan menyerap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita.

Perut dan usus - Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkarkan bahan-bahan buangan untuk memastikan sistem percernaan badan kembali efisien.

Hati - Hati menyediakan badan dengan glikogen iaitu sumber tenaga kedua badan dan menukarkan lemak kepada gliserol ketika tiada glukosa (daripada makanan).

Ginjal - Semasa kita berpuasa, ginjal akan meningkatkan kadar dialisis iaitu proses penyingkiran garam dan air untuk menurunkan tekanan darah.

Dengan berpuasa, ia memberikan manfaat secara fizikal dan meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.

Tuesday, 22 July 2014

Kami Seolah olah Menentang Hantu:Tentera Israel

Tentera Israel berkata kepada wartawan;
"Kami seakan berlawan dengan hantu, bunyi tembakan lebat menyerang kami tetapi kami tidak tahu dari mana ia datang.."
[Ustaz Nazmi Karim / Gazanow]
p/s: Pada tahun 2006 dulu pun ada testimoni dari tentera Israel, tetapi ketika melawan Hizbullah.
Dalam rakaman salah satu daripada askar Zionis bertanya:
"Adakah anda melihat askar Hizbullah?"
Jawapan: "hanya melalui lensa."
Dia kemudian bertanya: "Berapa usia askar [Hizbullah] itu?"
Askar Zionis menjawab: "Mereka adalah orang-orang muda dalam generasi ke 18 hingga 25 tahun, berjuang keras dalam kebanyakan kes."
Kemudian dia ditanya mengapa pertempuran itu sukar, askar itu menjawab: "kerana ianya adalah seperti menentang hantu."  [bintjbeil]
Teruskan baca ayat Kursi dan niatkan untuk perlindungan dan kekuatan mujahidin dan saudara-saudara kita di Gaza, dan teruskan berdoa untuk mereka. Allahu akbar! Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Qahhar Ya Jabbar, bantulah Mujahidin dan saudara-saudara kami di Gaza dan di semua tempat, amin!

Monday, 21 July 2014

Sultan Selangor Tidak Mahu Bertemu Rakyat

Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun.
Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid.
“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.
“Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya kepada media hari ini.
Khalid berbuat demikian bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menimbulkan kegelisahan orang ramai dan dianggap menentang kuasa raja baru-baru ini.
Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.
Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.
Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab dalam satu majlis di Sepang 15 Julai lalu.- Agenda Daily.

Sunday, 20 July 2014

Zakat Menurut Dr Asri

Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih 1.5 billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Iklan-iklan kutip zakat mahal dan hebat. Tiba-tiba ada si miskin kita terpaksa merintih simpati dari pihak lain termasuk gereja?

Ada pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula ada pihak zakat yang gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pejabat zakat. 

Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Bukan RM 100 ataupun 200 yang menyebabkan mereka akan beratur mengemis zakat setiap tahun.

Kata Saidina ‘Umar r.a.:“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim juga akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Saturday, 19 July 2014

Adat Gila Perempuan Berkahwin 5 Lelaki

JIKA di kebanyakan tempat, kita sering mendengar kisah lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi di India lain pula kisahnya. Seorang wanita, Rajo Verma, 21, yang menetap di sebuah perkampungan di wilayah utara India mengahwini lima lelaki dan kesemua lelaki itu merupakan adik-beradik. Akibat bersuamikan lima lelaki itu, Rajo yang kini sudah memiliki seorang anak terpaksa melayan suami yang berbeza pada setiap malam.

Situasi ini, bagi sebahagian besar daripada kita mungkin sangat aneh dan tidak masuk akal tetapi itu adalah tradisi di perkampungan Dehradun, di negeri Uttarakhand. Tradisi itu membolehkan seorang wanita mengahwini saudara lelaki daripada suami pertama mereka. RAJO akan tidur bersama suami yang berlainan pada setiap malam.

"Pada mulanya terasa aneh tetapi saya menyayangi semuanya kerana mereka suami saya. Rajo dan suami pertamanya, Guddu, berkahwin mengikut tradisi Hindu kira-kira empat tahun lalu dan dia kemudiannya berkahwin pula dengan Baiju,32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh, 19. Dalam tradisi Hindu kuno, wanita bersuami ramai secara serentak atau poliandri pernah dipraktikkan secara umum di India namun, kini amalan tradisi itu sudah semakin pupus.

Situasi seperti ini biasanya terjadi di kawasan yang majoritinya lelaki. Dalam tradisi itu, seorang wanita diharapkan berkahwin dengan semua saudara kandung si suami. Tradisi ini yang muncul daripada epik popular Mahabharata itu mengisahkan Puteri Mahabharata iaitu anak Raja Pancha, berkahwin dengan lima lelaki bersaudara. Selain mengamalkan tradisi kuno, cara itu juga dijadikan sebagai jalan penyelesaian supaya tanah milik keluarga akan terus menjadi milik mereka selamanya.

RAJO menyifatkan dia beruntung kerana mendapat perhatian lebih berbanding isteri-isteri lain. Ia biasa diamalkan oleh masyarakat yang menetap di kawasan berhampiran Himalaya di utara India, serta di negara pergunungan Tibet. Walaupun arus kemodenan menyaksikan amalan kuno sebahagian besarnya sudah tidak diamalkan di kebanyakan kawasan, tetapi faktor kekurangan wanita di negara-negara seperti China dan India akhirnya membawa kepada jalan penyelesaian kepada masalah lelaki muda dalam mencari seorang isteri.

Selain Rajo, ibunya juga pernah berkahwin dengan tiga orang lelaki bersaudara. "Saya perlu tidur mengikut giliran dengan setiap suami saya tetapi disebabkan ketiadaan tempat tidur, kami hanya tidur di atas lantai yang beralaskan selimut. "Saya bahagia dengan kesemua suami saya kerana mendapat lebih banyak perhatian daripada isteri-isteri yang lain," ujarnya.

Friday, 18 July 2014

Yakjuj Makjuj Sudah Lama Keluar?

Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai sejarah Empayar Khazaria? Khazaria adalah sebuah kerajaan milik Yajuj Majuj sebelum mereka dikurung di sebalik tembok Zulkarnain. Sehingga tiba masanya, tembok tersebut telah runtuh dan mereka (Khazars) telah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, terutamanya Eropah. Analisis lanjut mengenai persoalan a) Adakah Yajuj Majuj itu manusia? b) Dimanakah kedudukan mereka? dan c) Dimanakah tembok yang menyekat Yajuj Majuj? boleh didapati di sini.

ANALISIS : SAMADA TEMBOK YAJUJ MAJUJ TELAH TERBUKA

Tembok menyekat kaum Yajuj Majuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’: 95-96

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait al-Maqdis, “Yajuj Majuj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yajuj Majuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.

Allah SWT malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Yajuj Majuj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Yajuj Majuj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalui agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Yajuj Majuj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestin.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Yajuj Majuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…” ; al-Kahfi: 97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah SWT, iaitu apabila Allah SWT mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.

Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim bahwa Nabi SAW bersabda:
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya`juj dan Ma`juj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab binti Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah SWT telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Yajuj Majuj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah SAW di Madinah, iaitu selepas Allah SWT menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Yajuj dan Majuj dilepaskan selepas Dajjal, akan terus menerus menunggu sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Yajuj dan Majuj tetap tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah :

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan

(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).

(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah, manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak berubah-ubah.

SEJARAH KHAZARIA

Kerajaan Khazars lenyap dari peta dunia beberapa abad yang lalu. Dewasa ini banyak orang yang tidak pernah mendengar mengenai kewujudannya, namun pada waktu itu Kerajaan Khazars (Khazaria) merupakan satu kuasa yang sangat penting, tentu saja melakukan perluasan kerajaannya dengan penaklukan. Kekuatan Khazaria waktu itu dinilaikan oleh kedua negara tertangganya. Di sebelah Selatan dan Barat, berdirinya Empayar Byzantium yang maju dengan peradaban Timur Kristian Ortodoks. Di sebelah Tenggara, kerajaan Khazar bersempadan dengan Empayar Islam Kekhalifahan Arab yang sedang mengembangkan kekuasaannya. Sejarah bangsa Khazar dipengaruhi oleh kedua-dua buah empayar ini, namun fakta yang lebih penting ialah kerajaan Khazar mendiami wilayah yang kemudian menjadi bahagian selatan wilayah Rusia yang terletak antara Laut Hitam dan Laut Kaspia.

Pada tahun 1976, sebuah buku mengenai bangsa Khazars diterbitkan oleh seorang penulis Inggeris (seorang Yahudi Khazars) bernama Arthur Koestler. Bukunya berjudul, The Thirteenth Tribe - The Khazar Empire And Its Heritage (Suku Bangsa Ketiga Belas – Kekaisaran Bangsa Khazar dan Warisannya).

Sejarah mencatat bahawa bangsa Khazars terdiri dari campuran bangsa Mongol, Turki dan Finland. Dalam awal abad ke-3 M, mereka dapat dikenal dengan kesejahteraannya yang ajeg di wilayah Persia dan Armenia. Kemudian pada abad ke-5, bangsa Khazars berada diantara gerombolan perosak Attila, bangsa Hun. Sekitar tahun 550 M, bangsa Khazars yang nomadik, mereka mulai menetap di wilayah sebelah Utara Caucasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia. Ibukota kerajaan Khazars adalah Itil dibangun dihulu Sungai Volga yang mengalir ke Laut Kaspia, dalam rangka mengkontrol lalu lintas sungai. Bangsa Khazars kemudian memungut pajak 10% setiap muatan yang melintasi Itil di sungai Volga. Mereka yang menolak diserang dan di bantai.

Akhirnya kerajaan Khazars dibangun di Caucasus, bangsa Khazars secara perlahan mula mencipta sebuah jajahan rakyat yang ditaklukinya. Khazars terus melakukan perluasan wilayahnya termasuk menakluk suku Slavonic, yang cintakan damai berbanding bangsa Khazars. Wilayah Slavonic dijadikan sebahagian dari jajahan bangsa Khazar, dan rakyatnya diminta untuk menghormati/tunduk kepada Kerajaan Khazar. Tentu saja penghormatan yang dilakukan oleh rakyat yang dikalahkan selalu merupakan keistimewaan, tetapi bukan gayanya Khazars. Apa yang disebutnya sebagai Jajahan Agung dunia selalu memberikan sesuatu sebagai imbalannya atas pajak yang diberikannya. Empayar Rom, misalnya, rakyat yang telah ditakluki dijadikan warganegaranya dan sebagai balasannya, mereka (penguasa Rom) membawa peradaban, tata tertib dan perlindungan dari serangan musuh.

Pada tahun 1976, sebuah buku mengenai bangsa Khazars diterbitkan oleh seorang penulis Inggeris (seorang Yahudi Khazars) bernama Arthur Koestler. Bukunya berjudul, The Thirteenth Tribe - The Khazar Empire And Its Heritage (Suku Bangsa Ketiga Belas – Kekaisaran Bangsa Khazar dan Warisannya).

Sejarah mencatat bahawa bangsa Khazars terdiri dari campuran bangsa Mongol, Turki dan Finland. Dalam awal abad ke-3 M, mereka dapat dikenal dengan kesejahteraannya yang ajeg di wilayah Persia dan Armenia. Kemudian pada abad ke-5, bangsa Khazars berada diantara gerombolan perosak Attila, bangsa Hun. Sekitar tahun 550 M, bangsa Khazars yang nomadik, mereka mulai menetap di wilayah sebelah Utara Caucasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia. Ibukota kerajaan Khazars adalah Itil dibangun dihulu Sungai Volga yang mengalir ke Laut Kaspia, dalam rangka mengkontrol lalu lintas sungai. Bangsa Khazars kemudian memungut pajak 10% setiap muatan yang melintasi Itil di sungai Volga. Mereka yang menolak diserang dan di bantai.

Namun tidak terjadi di wilayah jajahan bangsa Khazar. Rakyat yang menjadi 'subjek' bagi Khazars hanya menerima satu hal sebagai balasan atas pembayaran upetinya, dan itu adalah janji yang tidak jelas - bangsa Khazars akan menahan serangan dan penjarahan selama mereka membayarkan upeti. Namun penduduk di Jajahan Khazar tidak lebih daripada korban the giant protection racket. Maharaja Khazar oleh sebab itu tidak disukai baik di dalam negeri maupun di luar negeri, tetapi mereka juga ditakuti karena kekejamannya terhadap siapa saja yang menentangnya. Dan kemudian Wilayah Jajahan Khazar diperluas ke arah utara sampai ke Kiev (Kiev kini sebuah ibukota Ukraine), di Sungai Dnieper. Kiev merupakan kota terbesar di Ukraine dan juga sebagai kota pelabuhan utama. Salah satu kota tertua Eropah, dan sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-5 dan menjadi ibukota KIEVAN RUSSIA pada abad ke-9 dan di Barat termasuk Magyars, nenek moyang orang Hongaria moden.

Sekitar tahun 740M, terjadi sebuah peristiwa. Bangsa Khazars di bawah tekanan terus menerus kedua-dua empayar berjiran dengannya, Byzantium dan Muslim, apakah menerima agama Kristian atau Islam, akan tetapi penguasa bangsa Khazar, yang disebut Khakan, mendengar ada agama ketiga iaitu JUDAISME atau YAHUDI. Atas alasan-alasan kelangsungan politik, Khakan mengumumkan bahwa bangsa Khazars menerima Judaisme sebagai agama mereka. Dalam waktu satu malam seluruh kelompok baru, bangsa Khazars yang suka berperang, tiba-tiba mendakwa diri mereka sebagai YAHUDI dan menerima YAHUDI. Kerajaan Khazar mulai dideskripsikan sebagai ‘Kerajaan Yahudi' oleh sejarawan pada waktu itu. Perwaris penguasa Khazar telah mengambil nama Yahudi, dan selama akhir abad ke-9, kerajaan Khazar menjadi tempat perlindungan bagi orang-orang Yahudi dari tempat lain.

Sementara itu kekejaman penguasa Khazar terhadap penduduk yang ditaklukinya tetap tidak berubah. Namun kemudian selama abad ke-8 muncul ke kancah pemain baru, berasal dari sungai besar Dnieper , Don dan Volga – bangsa Vikings dari sebelah timur. Mereka dikenali sebagai bangsa VARANCIANS, atau bangsa RUS. Seperti bangsa Vikings lainnya, bangsa Rus penjelajah tulen dan merupakan pejuang yang gagah, namun ketika berhadapan dengan bangsa Khazars, bangsa Rus seringkali tewas dan membayar upeti seperti yang lainnya.

Pada tahun 862, seorang pemimpin bangsa Rus bernama Rurik membangunkan kota Novgorod, dan bermula dari sinilah kemudiannya lahirnya bangsa Rusia. Bangsa Rus Vikings berdiam diantara suku bangsa Slavonic di bawah kekuasaan Khazar, dan perjuangan antara bangsa Vikings dan Khazars berubah dalam karakternya, dan menjadi perjuangan oleh bangsa Rusia yang sedang tumbuh untuk merdeka dari tekanan Khazar.

Lebih dari seabad kemudian setelah didirikannya kota pertama di Rusia, terjadi peristiwa penting lainnya. Pemimpin Rusia, Prince Vladimir of Kiev, memeluk agama Kristian pada tahun 989. Dia aktif menyebarkan agama Kristian di Rusia, dan sebagai 'peringatan' oleh warga Rusia kini, ia disebutnya 'Saint Vladimir' dan dengan demikian tradisi Rusia sebagai sebuah bangsa Kristian dimulai sejak seribu tahunan lalu. Sebagai hasilnya, sejarah menentukan bangsa Rusia dan bangsa Khazars menjalin hubungan yang masih terjadi sampai dengan hari ini.

Pertukaran agama Vladimir juga menghubungkan Rusia dengan Empayar Byzantium. Penguasa Byzantium sering gentar pada bangsa Khazars sementara bangsa Rusia masih berjuang untuk membebaskan dirinya dari tekanan bangsa Khazars. Pada tahun 1016, gabungan bangsa Rusia dan Byzantium telah menyerang kerajaan Khazar sehingga empayar misteri ini hancur-lebur dan hampir lenyap di mamah api peperangan. Akhirnya kebanyakan Yahudi Khazar berimigrasi ke wilayah lain. Kebanyakan dari mereka berhenti dan menetap di Eropah Timur, dimana mereka berhubungan dan berkahwin dengan Yahudi yang lainnya. Seperti Yahudi Semit 1000 tahun yang lalu, Yahudi Khazar kemudian tersebar ke pelbagai wilayah. Kerajaan Khazars sudah tidak ada lagi.

Setelah bangsa Khazars berpindah dan hidup bersama bangsa Yahudi, Yahudi Khazar meninggalkan warisan yang berbeza dari Yahudi yang lainnya, dari generasi ke generasi. Satu unsur warisan Yahudi Khazar adalah sebuah bentuk militan dari ZIONISME. Dalam pandangan Yahudi Khazar, wilayah yang didiami oleh Israel kuno harus diambil kembali bukan dengan sebuah keajaiban akan tetapi dengan cara kekuatan senjata. Inilah yang dimaksudkan dengan Zionisme dewasa ini, dan kekuatan ini yang menciptakan bangsa yang menyebut dirinya sebagai Israel dewasa ini. Ramuan penting warisan Yahudi Khazar adalah kebencian terhadap agama Kristian, dan bangsa Rusia unggul dalam kepercayaan Kristian. Agama Kristian dipandang sebagai kekuatan yang meruntuhkan Kerajaan Yahudi pada masa lalu yang disebut Kerajaan [Khazaria].

Dewasa ini mereka banyak yang berkuasa di Rusia, Yahudi Khazar masih ingin mendirikan kembali kekuasaannya dan sudah satu dekad mereka berupaya secara terus-menerus untuk melakukan hal tersebut. Pada tahun 1917, Yahudi Khazar melewati satu 'batu loncatan' ke arah penubuhan negara mereka di Palestin.

Pada tahun yang sama mereka juga telah mencipta Revolusi Bolshevik di Rusia, melalui ideologi Komunisme, diikuti dengan peristiwa Holocaust (kononnya satu pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Yahudi tetapi hakikatnya, pembunuhan Yahudi anti-Zionisme), kejadian seperti itu tidak pernah diketahui oleh dunia. Yahudi Khazar sekali lagi mengawal Rusia setelah lebih dari 900 tahun, dan kemudian mereka merancang untuk menghancurkan orang-orang Kristian Rusia. Dengan itu, lebih daripada 100 juta orang Kristian dibunuh, pada waktu yang sama lebih dari 20 juta orang yang beragama Yahudi (anti-Zionis) juga mati ditangan Yahudi Khazar.

Ini adalah apa yang ditentang oleh orang-orang Kristian Rusia dalam perjuangannya selama 60 tahun untuk menggulingkan rejim atheis Bolshewik, namun pada akhirnya mereka berjaya merobohkan aktivitinya dan kini setelah 1000 tahun, peperangan antara Kristian Rusia dengan Yahudi Khazar, makin menghampiri klimaksnya.

Pada 19 Ogos 1979, Rabbi Joel Teitelbaum didapati meninggal dunia di New York. Joel meninggal pada pagi hari dan dikuburkan tengah hari hari pada hari yang sama. Meskipun pengumuman yang dibuat sangat mendadak, namun 100000 orang pemuda Yahudi telah datang pada ketika pengubumian. Sulit untuk dibayangkan, kerana pemberitahuan yang mendadak itu lebih dari seratus ribuan orang lagi yang tidak dapat datang. Satu bulan kemudian, pada tanggal 18 September, pengikutnya menaburkan bunga di tugu peringatan, dan dengan jalan memasang iklan dalam surat kabar "New York Times," yang jelas persanan yang ditujukan kepada orang Yahudi. Iklan itu memuat pernyataan yang diantaranya dikutip, mengatakan :
"Dia adalah seorang pemimpin semua orang Yahudi dimana saja yang tidak perlu dipersoalkan lagi, yang tidak terjangkiti fahaman Zionis"
"Dengan keberaniannya yang sangat jarang pada masa kini, dia menyebut negara Zionis 'sebuah karya Syaitan', sebuah penyekutuan (menyekutu) dan penghinaan kepada Tuhan.' Menurutnya, menumpahkan darah untuk kepentingan negara Zionis adalah menjijikan."
Kata-kata ini diucapkan oleh Yahudi Orthodox ketika belasungkawa kematian pemimpin mereka. Dan penguasa baru Kristian Rusia akan setuju, bagi mereka juga negara Zionis Israel dianggap sebagai palsu, jahat dan berbahaya serta memperbodohkan baik pihak Kristian mahupun Yahudi. Negara Khazar yang disebut kononnya sebagai sebuah "Kerajaan Yahudi" (Khazaria) beribu tahun yang lalu adalah parasit, hidup dari hasil upeti dari rakyat yang ditaklukinya. Demikian juga dewasa ini, kelangsungan hidup Israel tergantung atas aliran bantuan yang tidak pernah berhenti dari luar. Bangsa Rusia sejak ratusan tahun lalu percaya bahawa Yahudi Khazar akan menghancurkan agama Kristian dengan bantuan fahaman Zionis.

Bencana MH17

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.
Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.
"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.
"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.
Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.
Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

Thursday, 17 July 2014

Terkini: Kementerian Dalam Negeri Gaza; GENCATAN SENJATA SELAMA 5 JAM

Gencatan Senjata Kemanusiaan selama 5 jam telah diumumkan; akan bermula dari jam 10 AM sehingga 3 PM waktu Gaza.(5PM-10PM Waktu Malaysia)

Pertama, para agensi-agensi keselamatan akan memudahkan pergerakan rakyat dan membawa mereka untuk perniagaan mereka dan memenuhi keperluan mereka.

Kedua: Kementerian Dalam Negeri akan berusaha untuk membolehkan kakitangan menerima gaji mereka dari bank-bank pada waktu gencatan senjata, dan Kementerian mennyeru agar semua rakyat Gaza memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran dan mengelakkan segala kekurangan.

Ketiga: Kementerian menyeru semua rakyat dan para pejuang untuk mengambil tindakan berhati yang tinggi, dan tidak terlalu mengambil ringan keselamatan diri dalam tempoh gencatan senjata kerana penjajah sememangnya tidak boleh dipercayai.

Keempat: Kami menyeru rakyat agar tidak mendekati tempat-tempat dan tapak tentera yang telah dibom, mana-mana tubuh badan dan sisa daging hancur yang berselerak akan diuruskan sendiri oleh agensi danunit keselamatan.

Semoga kalian dalam lindungi keselamatan.

Sumber;
GazaNow

10 Syarat Hamas Untuk Gencatan Senjata

1- Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2- Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3- Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4- Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5- Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6- Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7- Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8- Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta memudahkan mereka yang ingin menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9- Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10- Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber;
Jabatan Media Hamas

Terjemahan oleh;
Aman Palestin

Wednesday, 16 July 2014

Israel Panik Hamas Melancarkan Drone

Hamas kembali memberikan kejutan baru kepada penjajah Zionis dengan pesawat mata-mata buatannya yang diberi nama Ababil 1.

Pesawat tanpa pemandu (drone) ini berjaya menyusup jauh di wilayah musuh hingga Tel Aviv dan terbang di atas bangunan Kementerian Perang pihak Zionis, demikian lapor laman web rasmi sayap tentera Hamas, alqassam.ps (14/7/2014).
Pihak Hamas sendiri telah berjaya membuat pesawat tanpa pemandu dengan 3 jenis. Jenis pertama A1A bertugas untuk melakukan pengintipan, jenis A1B bertugas untuk melakukan serangan, sedangkan jenis A1C direka untuk melakukan serangan bunuh diri.
Dan di pagi hari Isnin (14/7/2014) sejumlah pesawat mata-mata Hamas melakukan misi pengintipan 3 kali yang dilakukan lebih dari satu pesawat. Dalam misi pengintipan ke dua dan ke tiga Hamas kehilangan hubungan dengan salah satu pesawatnya.
Laman berita Zionis, Arutz Sheva 7 (14/7/2014) sendiri menyebutkan bahawa pesawat tanpa pemandu diketahui telah menyusup di wilayah Ashdod. Pihak penjajah pun perlu mengerahkan peluru berpandu Patriot untuk menjatuhkannya.

Tuesday, 15 July 2014

Gempar!!! Hamas Berjaya Menakutkan Regim Israel

Kejutan demi kejutan dari Gaza.
Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.

Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.

1-Komando Amfibia...
Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.

2-Komando Darat
Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.

3-Roket baru R160
Dalam pertempuran yang terdahulu, roket M-75 al Qassam berjaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km. Namun kini, R-160 (Rantissy 160) dengan jangkauan 160 km telah pun terbukti dengan menyinggahi Haifa, bahagian yang paling utara di negara haram Israel.

Ini bererti, tiada lagi tempat yang selamat termasuklah Tel Aviv dan Khudaira sehingga menyebabkan seluruh 'rakyat' Israel terpaksa mencari lokasi persembunyain yang selamat disebabkan ketakutan mereka yang luar biasa.

Bukan itu sahaja, al Qassam adalah generasi manusia yang dibekalkan dengan kekuatan keimanan, kehangatan ukhuwah yang luar biasa dan memiliki kecintaan untuk syahid agar dapat bertemu Pencipta yang dirindui selama ini. Apatah lagi di bulan Ramadan al Mubarak ini.

Sedangkan pendokong Zionis adalah sebaliknya.


Pelbagai sumber :

1-https://www.facebook.com/
2-Dr Wesam Ahmad - IUG
3-Hamza Deirawi - Gaza
4-Razlan Rashid - UK

http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/07/komando-darat-al-qassam-yg-berjaya.html?m=1

Protes Serangan Israel Ke Atas Gaza Di Seluruh Dunia

berita panas terkini: Protes Serangan Israel Ke Atas Gaza Di Seluruh Dun...: Scripters Protes Serangan Israel Ke Atas Gaza Di Seluruh Dunia! Gambar menunjukkan rakyat Haidar Abad di Pakistan berkumpul bagi menyatak...

KETIKA PERUT RASULULLAH BERBUNYI

Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain. 

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, ”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?” Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” 

Mendengar jawapan ini Sahabat Umar melanjutkan pertanyaannya, ”Lalu mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…”

Melihat kecemasan di wajah para sahabatnya,Rasulullah pun mengangkat jubahnya.

Para sahabat amat terkejut. Ternyata perut Rasulullah yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil untuk menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali tubuh Rasulullah bergerak. 

Umar memberanikan diri berkata, ”Ya Rasulullah! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan, lalu kami hanya akan tinggal diam?” 

Rasulullah menjawab dengan lembut, ”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu ini. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?” Para sahabat hanya terpegun. 

Rasulullah melanjutkan, ”Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.” 

MasyaAllah betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya.

Semoga kelak di akhirat nanti kita mendapatkan Syafa'atul Udzmah di Yaumil Qiyamah nanti..dan kita di kukuhkan keimanan serta keIslaman kita agar terus meneladaninya.

Monday, 14 July 2014

Kolonel Jihad

Abdul Manaf Kasmuri
Penahanan Kolonel Jihad!
Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah!
Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994.
Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada berkhidmat di Bosnia, beliau sering dipanggil untuk soal siasat tentang beberapa tindakannya dan keraguan beberapa pegawai ATM terhadap reputasi baiknya semasa berkhidmat di sana (actions prejudice to good conduct of the service). Selain itu, beliau turut menerima nota ringkas yang ditandatangan oleh Panglima ATM yang menyarankan agar beliau dipecat!
Demi menjaga nama baik ATM, beliau tidak memanjangkan kes tersebut atau meminta sebarang mengadilan di mahkamah. Oleh itu, pada 5 Januari 1995 secara rela hati beliau telah meninggalkan ATM secara rasmi.
Abdul Manaf Kasmuri is one of the most interesting. He was a Malaysian army colonel, educated at Sandhurst, UK where he won three batons of honor on graduation, including best foreign student. In the early1990s, he led Malaysia’s peacekeeping unit in Bosnia where, after witnessing the UN and the West’s inaction, started to secretly support the Bosnian Mujihidin. He was recalled and forced to retire in 1995, but immediately returned to Bosnia, where under the guise of being an aid worker, he continued to support the Mujihidin. He was a frequent traveler to Pakistan, and admired the Taliban. At the time of his arrest he was the human resources manager for an Islamic youth organization based in Kuala Lumpur, and the director of Excelsetia, a JI/AQ front company, registered in the financial black hole of Labuan, Malaysia’s offshore banking center. The other directors were Zulkifli Marzuki, one of Al Qaeda and JI’s most important money men in Southeast Asia, and Yazid Sufaat, who was part of Al Qaeda’s anthrax production team and in whose apartment the USS Cole and 9/11 operations were planned. Yazid Sufaat is still under ISA detention while Marzuki is still at large.
1) Beliau yang bertanggungjawab membawa ATM menjejaki bumi Eropah pertama kali.
2) Semasa latihan di Turki, pemerintah tentera Turki amat mengagumi keupayaan ATM - Bat ke-23 RAMD, asalnya Pihak Turki yang sepatut memberi latihan kepada ATM, sekali ATM berlatih sendiri sahaja, & mengajar pihak Turki cara-cara counter-insurgency. ATM berjaya menewaskan ' musuhnya ' (Turki) dalam latihan Special Ops.
3) Tentera Malaysia dihormati di Bosnia oleh kawan & lawan (Serbia).
4) Selepas peristiwa pembunuhan kejam di kampung Bosnia, bermulanya perasaan ingin membantu bantu saudara se-Islam di Bosnia .. under UNPROFOR, ATM masih terikat dengan peraturan, & mereka tidak boleh sewenang-wenangnye membantu tentera Serbia / Croatia / Bosnia .. beliau pernah dituduh Serbia, membekalkan senjata berat yang hebat kepada Bosnia dan menyerang kedudukan & kereta kebal Serbia.
5) Tahun 1995, beliau telah dipanggil pulang, secara ringkasnya - ditamatkan tugas di Bosnia. Kepulangan beliau tidak disambut red carpet, tetapi kerap dipanggil soal siasat oleh risikan Kementah dimana beliau dituduh membuat tindakan yang membantu kerajaan Bosnia sehingga menjejaskan nama negara.
6) Akhirnya beliau dinasihatkan berenti ATM setelah berkhidmat 20 tahun.. Segala curah & peng hargaan PBB di Bosnia tidak langsung dipandang oleh pegawai atasan ATM..
Namun hikmah disebaliknya, beliau mempunyai kenalan ABIM di Bosnia seterusnya meneruskan niatnya membantu Bosnia ..
7) Bantuan itu adalah, menolong & menguruskan pejuang-pejuang yg cedera perang Bosnia, pejuang kebanyakkan sukarela, iaitu MUSLIM, tak kira bangsa lah ...
pejuang yg cedera itu akan terbang masuk Malaysia & dirawat di hospital2 swasta, lepas sembuh, keluar dari Malaysia, di bawah pengurusan & tanggungan Lt Kol (B) Manaf dan juga bantuan-bantuan lain..
Walaupun beliau tidak merawat secara langsung pesakit-pesakit ini, tapi beliau amat dikenali oleh dunia ISLAM, termasuklah mendapat kiriman salam dari ' Osama Laden ' melalui agen-agen dan pada akhirnya beliau akan dituduh seterusnya kena ISA akibat usaha beliau ini ...
Beliau menegaskan : " Saya menolong atas dasar sesama Muslim. Saya tidak tahu kemana mereka & apa mereka buat selepas di rawat di Malaysia ...Selepas ada antara mereka ditangkap Amerika semasa perang Al-Qaeda, tiba-tiba saya dikaitkan sebagai merawat & penaja pengganas. "

Sunday, 13 July 2014

Karpet Masjid Berlambang Salib

KUANTAN - Karpet ruang utama solat di Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail di sini yang tertera kalimah ALLAH selain lambang salib akan ditukar serta-merta sebelum mendapat sijil layak menggunakan masjid tersebut daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian karpet itu.

Menurutnya, perkara itu dikesan susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.

“Dalam siasatan sebelum ini mendapati karpet di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan ALLAH selain lambang salib.

“Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua karpet dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, pejabat agama tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan kesucian agama Islam dan umatnya, walaupun ada ketika ia menimbulkan rasa tidak senang golongan tertentu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kes ini kerana apa berlaku mungkin di luar pengetahuan pemaju, malah mereka dimaklumkan berhubung perkara tersebut hanya selepas kerja memasang karpet ruang utama solat siap dilakukan.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati ahli jawatankuasa masjid dan surau di daerah ini yang bercadang menukar karpet baru supaya terlebih dahulu melakukan penelitian terhadap corak karpet sebelum memutuskan untuk membuat pembelian.

Jangan Bertelingkah Mengenai Rakaat Solat Terawih

Maksud Tarawih dari bahasa ialah berasal dari perkataan tarwihah yang bermaksud satu kali istirehat. Solat Tarawih pada istilah ialah solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Hukum Solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan Solat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat Sunat Tarawih.

Kelebihan yang paling besar dikurniakan Allah swt kepada orang yang mengerjakan solat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sejarah Solat Tarawih ialah bermulanya di Masjid Nabawi, ketika mana malam pertama Ramadhan Nabi Muhammad saw mengerjakan Solat Tarawih dan diikuti oleh sahabatnya yang berada di masjid tersebut. Malam kedua Nabi Muhammad saw mengerjakan lagi Solat Tarawih dan diikuti lebih ramai lagi para sahabatnya. Pada malam ketiga lebih ramai lagi para sahabatnya menunggu Nabi Muhammad saw untuk mengerjakan Solat Tarawih, tetapi Nabi Muhammad saw tidak hadir pada malam tersebut. Pada keesokkan harinya, para sahabat bertanya kepada Rasulullah akan hal tersebut. Rasulullah menjawab kuatir Solat Tarawih tersebut diwajibkan. Peristiwa ini berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra bermaksud :

"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)

Rakaat Solat Tarawih

Ulamak dari empat mazhab bersepakat bahawa Solat Tarawih mempunyai 20 rakaat tidak termasuk dengan witir. Hujah ini berdasarkan kepada :

Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.

Hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta' . Yazid bin Rauman berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan Solat Tarawih sebanyak 23 rakaat. ( 20 rakaat Tarawih dan 3 Rakaat Witir)

Pendapat dari ulamak muktabar Tentang Rakaat solat Sunat Tarawih ialah :

Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya Aqrabul Masalik'ala Mazhab Al-Imam Malik mengatakan bahawa : "Bahawa Solat Tarawih itu 20 rakaat dilaksanakan selepas solat Isyak dan salam setiap dua rakaat selain witir.Solat Tarawih itu sunat dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jamaah yang mendirikan Solat Tarawih. akan tetapi jika masjid kosong daripada Solat Tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah."

Imam Syafii dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa : “Solat Tarawih itu berjumlah 20 rakaat berdasarkan ijma para sahabat pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Imam Ibnu Abdil Bar menerangkan: "Sungguh benar adanya daripada Ubai bin Kaab bahawa beliau Solat Tarawih dengan 20 rakaat bersama umat Islam tanpa ada perselisihan pendapat daripada para sahabat."

Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid berkata: "Imam Malik dalam satu riwayat mengatakan Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafii dan Imam Ahmad memilih 20 rakaat selain witir."

Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa Solat Tarawih berjumlah 20 rakaat dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima tarwihat (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat rakaat dengan terdiri dua salam."

Jelas daripada semua pendapat ulamak di atas mengatakan bahawa Solat Tarawih mengandungi 20 rakaat. Hal ini tidak menjadi masalah kalau ada orang yang tidak mampu mengerjakan 20 hanya mengerjakan 8 rakaat. Dalam hal ini juga tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu berbalah atas alasan Rasulullah tidak melaksanakan Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid. Ini semua hanya masalah furuk sahaja dan tiada dalil yang mengaharamkan atau mewajibkan perbuatan tersebut. Bergantung kepada kemampuan semua orang, jika mampu laksanakan 20 rakaat, maka lakukanlah 20 rakaat, kalau tidak mampu cukup hanya dengan 8 rakaat sahaja.

Friday, 11 July 2014

Thursday, 10 July 2014

Khazanah Ilmu Sayidina Ali

Dikala Umar bin Khattab memangku jawatan sebagai Amirul Mukminin, pernah datang kepadanya beberapa orang pendeta Yahudi. Mereka berkata kepada Khalifah, "Hai Khalifah Umar, Anda adalah pemegang kekuasaan sesudah Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak menanyakan beberapa masalah penting kepada Anda. Jika Anda dapat memberi jawapan kepada kami, barulah kami mahu mengerti bahwa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar-benar seorang Nabi. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memberi jawapan , bererti bahwa agama Islam itu batil dan Muhammad bukan seorang Nabi."

"Silakan bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan," sahut Khalifah Umar.

Jelaskan kepada kami tentang induk kunci langit, apakah itu?" Tanya pendeta-pendeta itu, memulai pertanyaan-pertanyaannya.  "Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama penghuninya, apakah itu? Tunjukkan kepada kami tentang suatu makhluk yang dapat memberi peringatan kepada bangsanya, tetapi ia bukan manusia dan bukan jin! Terangkan kepada kami tentang lima jenis makhluk yang dapat berjalan di permukaan bumi, tetapi makhluk-makhluk itu tidak dilahirkan dari kandungan ibu.

Khalifah Umar berfikir sejenak, kemudian berkata,"Bagi Umar, jika ia menjawab 'tidak tahu' atas pertanyaan-pertanyaan yang memang tidak diketahui jawapannya, itu bukan suatu hal yang memalukan!"

Mendengar jawapan Khalifah Umar seperti itu, pendeta-pendeta Yahudi yang bertanya berdiri melonjak-lonjak kegirangan, sambil berkata, "Sekarang kami bersaksi bahwa Muhammad memang bukan seorang Nabi, dan agama Islam itu adalah batil!"

Salman Al-Farisi yang saat itu hadir, segera bangkit dan berkata kepada pendeta-pendeta Yahudi itu: "Kalian tunggu sebentar!"

Ia cepat-cepat pergi ke rumah Ali bin Abi Thalib. Setelah bertemu, Salman berkata: "Ya Abal Hassan, selamatkanlah agama Islam!"

Ali bingung, lalu bertanya: "Mengapa?"

Salman kemudian menceritakan apa yang sedang dihadapi oleh Khalifah Umar bin Khattab. Sayidina Ali segera saja berangkat menuju ke rumah Khalifah Umar, berjalan lenggang memakai burdah peninggalan Rasulullah SAW. Ketika Umar melihat Ali bin Abi Thalib datang, ia bangun dari tempat duduk lalu buru-buru memeluknya, sambil berkata: "Ya Abal Hassan, tiap ada kesulitan besar, engkau selalu ku panggil!"

Setelah berhadap-hadapan dengan para pendeta yang sedang menunggu-nunggu jawapan itu, Ali bin Abi Thalib berkata, "Silakan kalian bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan. Rasulullah SAW sudah mengajarku seribu macam ilmu, dan tiap jenis dari ilmu-ilmu itu mempunyai seribu macam cabang ilmu!"

Pendeta-pendeta Yahudi itu lalu mengulangi pertanyaan-pertanyaan mereka. Sebelum menjawab, Ali bin Abi Thalib berkata, "Aku ingin mengajukan suatu syarat kepada kalian, iaitu jika ternyata aku nanti sudah menjawab pertanyaan-pertanyaan kalian sesuai dengan yang ada di dalam Taurat, kalian supaya bersedia memeluk agama kami dan beriman!"

"Ya baik!" jawab mereka.

"Sekarang tanyakanlah satu demi satu," kata Ali.

Mereka mulai bertanya, "Apakah induk kunci pintu-pintu langit?"

"Induk kunci itu," jawab Ali bin Abi Thalib, "ialah syirik kepada Allah. Sebab semua hamba Allah, baik laki-laki ataupun wanita, jika ia bersyirik kepada Allah, amalnya tidak akan dapat naik sampai kehadirat Allah!"

Para pendeta Yahudi bertanya lagi, "Anak kunci apakah yang dapat membuka pintu-pintu langit?"

Ali menjawab, "Anak kunci itu ialah kesaksian (syahadat) bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah!"

Para pendeta Yahudi itu saling pandang di antara mereka, sambil berkata, "Orang itu benar juga!" Mereka bertanya lebih lanjut, "Terangkanlah kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang dapat berjalan bersama penghuninya!"

"Kuburan itu ialah ikan hiu (hut) yang menelan Nabi Yunus putera Matta," jawab Ali. "Nabi Yunus AS dibawa keliling ketujuh samudera!"

Pendeta-pendeta itu meneruskan pertanyaannya lagi, "Jelaskan kepada kami tentang makhluk yang dapat memberi peringatan kep ada bangsanya, tetapi makhluk itu bukan manusia dan bukan jin!"

Ali lalu menjawab, "Makhluk itu ialah semut Nabi Sulaiman AS putera Nabi Dawud AS, Semut itu berkata kepada kaumnya, 'Hai para semut, masuklah ke dalam tempat kediaman kalian, agar tidak diinjak-injak oleh Sulaiman dan pasukan-nya dalam keadaan mereka tidak sedar!"

Para pendeta Yahudi itu meneruskan pertanyaannya, "Beritahukan kepada kami tentang lima jenis makhluk yang berjalan diatas permukaan bumi, tetapi tidak satu pun diantara makhluk-makhluk itu yang dilahirkan dari kandungan ibunya atau induknya!"

Ali menjawab, "Lima makhluk itu ialah, pertama, Adam. Kedua, Hawa. Ketiga, Unta Nabi Shaleh. Keempat, Domba Nabi Ibrahim. Kelima, Tongkat Nabi Musa (yang menjelma menjadi seekor ular)."

Setelah mendengar jawaban-jawaban serta penjelasan yang diberikan oleh Ali ra, dua di antara tiga orang pendeta Yahudi itu lalu mengatakan, "Kami bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah!"

Monday, 7 July 2014

Tukar Suami Suka Sama Suka

Kuala Lumpur: "Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri. Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman 'jahiliah' lebih lima tahun lalu.

"Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan," kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan.

Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi.

Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.

"Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasrat mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah.

"Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil," katanya.

Menurutnya, sejak itu, dia mula menyimpan perasaan mahu berubah menjadi insan yang lebih baik.

Katanya, tiga bulan selepas rakannya memeluk Islam pada 2011, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya.

Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ia hanya sementara.

"Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mentua memberi sokongan penuh untuk saya berubah.

"Selepas itu, saya mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni Tuhan," katanya. - Harian Metro

Sunday, 6 July 2014

Setelah Teruk Di Hentam Barulah Tengku Adnan Jadi Cerdik

KUALA LUMPUR:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini semalam.

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.

"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.

"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.

Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan. - Bernama

Nama Asal Manila

Apa yang anda tahu tentang Filipina??, revolusi people power tahun 1987, atau presiden wanitanya Gloria Macapagal Arroyo, atau pemain bola sepaknya yang Sembilan diantaranya hasil naturalisasi. Selain itu memang tidak banyak diketahui tentang Filipina.

Atau anda pernah baca buku sejarah yang bercerita tentang perjuangan rakyat Filipina melawan penjajah Spanyol dan Amerika Serikat, diantara tokohnya adalah seorang pemuda bernama Jose Rizal ( baca : Hose Rizal ). Namun tahukah anda jika Jose Rizal adalah seorang muslim.

FI AMANNILLAH -> AMANILLAH-> MANILA

Sebuah kota yg diharapkan menjadi Kota Islam

Filipina adalah sebuah gugusan kepulauan rumpun Melayu, yang mempunyai berbagai macam bahasa daerah diantaranya adalah bahasa Mindanao dan Tagalog ( Bahasa Nasional Filipina ), walaupun bahasa daerah Filipina begitu banyak namun perbezaan Bahasanya tidak begitu terasa seperti bahasa daerah di Indonesia, ertinya orang Filipina satu tahu apa yang diucapkan oleh orang Filipina lain yang berasal dari daerah berbeza dan bahasa berbeza.

Sebelum kedatangan bangsa Spanyol tahun 1565, Filipina adalah negera muslim dengan populasi muslim mencapai 98 % dan masuk wilayah Kesultanan Brunei.

Ibukota Filipina, Amanilah adalah sebuah kota yang diberi nama dari bahasa Arab yaitu Fi Amannillah ( dibawah perlindungan Allah Swt ), setelah dikuasai Spanyol Amanilah diganti nama menjadi Manila.

Saat itu kaum muslim Filipina bertekad menjadikan kota Amanillah ( Manila ) menjadi kota Islam terbesar se Asia Tenggara. Mereka pun sudah menerapkan Syariat Islam selama berabad-abad di bawah pengaruh Negara Khilafah Islam di Timur Tengah.Pekerjaan kaum muslim Filipina saat itu kebanyakan adalah pedagang, petani, dan nelayan.

DIJAJAH SPANYOL

Tahun 1565 Bangsa Spanyol datang dengan misi Gold, Glory dan Gospel, yang ertinya adalah Penjajahan, dan memberi nama Philipina sesuai nama raja mereka Raja Philipe. Tahun 1569 kota Amanillah direbut oleh Sepanyol dan membantai penduduknya, kemudian dengan berbagai macam ancaman kekerasan dan pemaksaan Spanyol berhasil melakukan  Kristenisasi wilayah Filipina Utara dan Tengah.

Sebagian Kaum Muslim yang tidak menerima kristenisasi itu, melarikan diri ke wilayah selatan Filipina untuk menyelamatkan akidahnya. Mereka berhasil membuat pertahanan yang kuat dan terus melawan Sepanyol lewat perang Gerila. Kemudian Sepanyol memberi nama kaum muslim Filipina dengan nama orang Moro. Nama ini diambil dari sebutan kepada keturunan Arab Spanyol yang beragama Islam yang dahulu menguasai Andalusia ( Spanyol ) yaitu orang Moor.

Namun dasar penjajah, tentu saja Sepanyol tidak duduk diam, mereka merekrut orang-orang Indo Kristian ( orang Filipina yang sudah dikristiankan ) untuk berperang melawan kaum muslim yang sebenarnya masih saudara sebangsa mereka.

Perjuangan kaum muslim Filipina baik melawan penjajah Sepanyol maupun saudara sebangsa mereka yaitu orang Indon Kristian, terus berlangsung sampai tahun 1898.

MENYERAHKAN FILIPINA KE AMERIKA SERIKAT

Akhir abad 19, imperialism Spanyol mulai putus asa, hal itu disebabkan  berbagai pemberontakan yang terjadi di wilayah jajahan Sepanyol lainnya. Kemudian pada tahun 1898, Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat, untuk mengganti menjajahnya.

Orang-orang Moro ( kaum muslim Filipina ) pun akhirnya mengarahkan perlawanannya kepada Amerika Syarikat, namun karena kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat ternyata lebih kuat dari Sepanyol, akhirnya wilayah Mindanao pertahanan terakhir kaum muslim berjaya direbut tentera   Amerika Syarikat.

MENJADI NEGARA BONEKA AMERIKA SERIKAT
Setelah perang dunia kedua berakhir, pemerintah Amerika  merancang membuat negara Boneka yang akan meneruskan penjajahan mereka di Filipina. Kaum muslim Moro tidak tinggal diam, mereka membuat protes  yang  meminta agar wilayah Minadanao dan pulau-pulau disekitarnya dipisahkan dari wilayah Filipina Kristian, karena Haram orang Islam dipimpin oleh non Muslim.
Pejuang Moro sedang Shalat Ghaib atas korban Mentawai, Merapi dan Wasior ( di Indonesia ), sebagai wujud kepedulian mereka atas bencana yang menimpa saudara seiman mereka, Kita peduli apa dengan mereka???
Namun karena intrik-intrik politik yang sangat licik dari Pemerintah Amerika Serikat, akhirnya negara Filipina merdeka terbentuk dan menjadi negara Boneka Amerika Serikat di wilayah Asia Tenggara, dengan wilayah terbentang dari Pulau Luzon di utara sampai Mindanao di sebelah selatan.

Pemimpin Pejuang Moro Nur Misuari
Tahun 1964, meletuslah pemberontakan Moro, iaitu pemberontakan kaum muslim Filipina yang tertindas oleh pemerintahan Boneka Amerika Serikat. Dan pemberontakan itu terjadi sampai hari ini, dan bertujuan untuk memisahkan wilayah Mindanao, Palawan dan pulau-pulau disekitarnya dari pemerintah boneka Amerika Serikat yaitu Filipina.

Saturday, 5 July 2014

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

Biduanita Datuk Sharifah Aini meninggal dunia KUALA LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.

Allahyarham telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Datuknya seorang pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah nangka serta kuih.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

Friday, 4 July 2014

16Juta Untuk Kepala Rakyat Malaysia

Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia. Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq.

Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi - kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia - kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam.

Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012.

"Kami menyedari laporan yang mengatakan dia terbunuh beberapa tahun lalu. Itu tidak benar. Kami percaya dia masih bersembunyi di selatan Filipina," katanya pada Khamis.

Ayob berkata, pasukannya kini sedang mengesan Marwan dan memantau individu yang rapat dengannya.

Ketika ditanya sama ada Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan kumpulan militan di negara ini dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, beliau berkata, polis tidak menolak sebarang kemungkinan. 

Difahamkan Zulkifli, anak jati Muar, Johor mempunyai seorang isteri di Malaysia tetapi berkahwin dengan tiga warga Filipina sepanjang tempoh persembunyiannya.

Bekas jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS turut dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina.

Beliau juga merupakan pakar dalam membuat bom.

Sumber perisikan berkata, ketua Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom kepada kumpulan radikal dan juga seorang pelatih kepada ahli kumpulan tersebut.

"Oleh itu penangkapannya amat penting dalam usaha kita memerangi keganasan. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan Jemaah Islamiyah yang bertanggungjawab dalam serangan bom di Bali yang menyebabkan 200 orang maut," kata seorang penganalisis.

Adiknya, Rahmat Abdhir, seorang warga AS, kini ditahan di Guantanamo, berikutan penangkapannya di California kerana terlibat dalam konspirasi menyediakan bekalan sokongan kepada pengganas.

Zulkifli, sama seperti ahli KMM yang lain, dilaporkan berlepas ke Afghanistan pada lewat 1980-an untuk menyertai misi menentang Rusia.

Sekembalinya ke Malaysia, Zulkifli menubuhkan KMM bertujuan untuk membentuk negara Islam serantau melalui keganasan.

Ahli KMM dikaitkan dengan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Dr Joe Fernandez pada 2002, penggeboman di sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu serta serangan di balai polis Guar Chempedak pada 4 Februari 2001.

Mereka yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk pemimpin PAS di peringkat akar umbi iaitu Zainon Ismail, Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin dan Nik Adli Nik Aziz, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan ~ mStar

Thursday, 3 July 2014

Rahsia Saddam Terbongkar

Mungkin anda pernah dengar di media dimana Allahayraham Saddam Hussein adalah pemimpin yang kejam,beliau membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri di era 80 dan 90an. Tetapi pasti ramai yang faham mengapa pemimpin negara tersebut bertindak sebegitu.
Berikutan dari hal tersebut berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah serapah terhadap Saddam . Beliau digelar dan di'cop' sebagai seorang pembunuh kejam .
20tahun kemudian , terungkap bahawa orang – orang yang dibunuh oleh Saddam tersebut adalah penganut mazhab Syiah di negerinya . Selama lebih dari dua dekad , kenyataan itu dilindungi dan disembunyikan oleh media Barat .
Sejak dahulu lagi Saddam sudah tahu akan bahaya Syiah .
Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke negerinya . Jika hanya sekadar tinggal , mungkin Saddam tidak akan begitu peduli .
Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan sedia ada di bumi Iraq terutama dengan konsep kahwin mut’ah – yang sememangnya tak ada bezanya dengan pelacuran.
Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung kepada menyokong kerajaan Syiah Iran. Saddam yakin mereka tidak akan memperlihatkan kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi patriotisme kenegaraan mereka
Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia sunni dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam terhadap pengikut Syiah.
Di kawasan rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq . Saddam telah  memerintah hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain .
Sejarah juga menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang kemudian mendesak PBB untuk memerangi Saddam Hussein.
Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah. Allahuakbar!
Kredit kepada sahabat di Taotauajer