Wednesday, 25 June 2014

Dewi Perssik Dikritik Menari Ghairah Selepas Pulang Dari Mekah

GARA-gara berpenampilan seksi selepas pulang mengerjakan umrah, penyanyi sensasi Dewi Perssik atau lebih popular dipanggil Depe telah dikritik hebat oleh penggemar industri hiburan Indonesia.

Masakan tidak belum sampai tempoh sebulan kembali ke tanah airnya, Depe begitu biadab berpakaian seksi dan menari ghairah pada satu majlis sempena pembukaan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia itu, Depe juga sempat menyanyikan lagu Shakira, Dare (La La La) dengan hiasan kepala mirip penyanyi tersebut.

Berkelakuan menjijikan sewaktu menghiburkan pengunjung di pusat hiburan itu menyebabkan ramai yang mempertikaikan pemergiaan Depe ke Tanah Suci Mekah itu.

"(Mengerjakan) umrah adalah satu ibadah, semua orang menanam keinginan itu. Sementara menyanyi itu pekerjaan saya. Agama dan dunia hiburan itu berbeza," kata Depe.

Menurut bekas isteri Saipul Jamiell ini lagi, dia juga sedih apabila masih banyak pihak yang mempertikaikan penampilannya yang bagi Depe tidak begitu seksi.

Malah seperti kebanyakan wanita lain yang menyimpan keinginan untuk menjadi lebih sopan dalam berpakaian namun bagi Depe perkara itu perlu dilakukan secara ikhlas tanpa paksaan.

Tidak menetapkan sebarang tempoh untuk berubah Depa berkata, yang penting dia kini sedang mempelajari cara untuk menjadi insan lebih baik.

"Saya jadi marah apabila orang terus menilai yang buruk-buruk tentang saya sedangkan mereka tidak mengenali siapa sebenarnya Depe.

"Pada masa yang sama saya juga tidak mampu menghalang orang daripada berterusan menghukum saya atas kesilapan masa silam saya. Itu hak mereka," katanya lagi.

Mengakui sudah terbiasa dengan kritikan yang bertujuan untuk menjatuhkannya sejak mula menceburi industri seni kira-kira enam tahun lalu tegas Depe, itu adalah risiko yang perlu 'dibayar' apabila bergelar artis.

"Saya pernah dikritik dan dimalukan. Semua itu saya jadikan pedoman kerana saya tahu Tuhan saja yang boleh menilai saya.

"Dan inilah rahsia kebertahanan saya dalam industri hiburan ini," kata Depe yang turut terkenal dengan Goyang Gergaji ini.