Monday, 30 June 2014

Pesanan Abu Bakar

    Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah s.w.t. di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
                        Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
                        Iblis laknatullah adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis laknatullah. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis laknatullah sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Saturday, 28 June 2014

Perubatan Homeopathy Bukan Berasal Dari India

HOMEOPATHY bersandarkan pada prinsip persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati penyakit yang sama – iaitu Hukum Kesembuhan Semulajadi. Ia merupakan terapi holistik yang amat berkesan untuk menghilang dan mengikis penyakit yang ada dipelbagai peringkat, iaitu penyakit fikizal, emosional dan mental.

Homeopathy menggunakan dos yang amat kecil sehingga menjadikan ia sangat selamat tanpa sebarang kesan sampingan.

Homeopathy diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843) yang berasal dari German. Hahnemann mendapat ijazah kedoktoran dalam tahun 1779 dan memulakan praktis perubatannya sendiri.
Beliau merasa tidak tenteram dengan ubat-ubatan terutamanya ubatan yang menggunakan dadah yg bertoksid. Beliau kemudian menutup kliniknya lalu bekerja sebagai ahli kimia disamping menterjemahkan teks-teks perubatan.

Ketika itu, pada sekitar tahun 1790, Hahnemann mula mendapat projek menterjemahkan teks Materia Medica William Cullen ke dalam bahasa German. Ketika itu lah beliau didedahkan kepada prinsip “persamaan”, lalu beliau terus mengumpulkan banyak data-data yang akhirnya menukar dunia perubatan untuk abad-abad seterusnya.

Kolej Perubatan Homeopathy yang pertama telah didirikan di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1800. Kolej ini mendapat pengiktirafan kerana kejayaannya mengubati banyak kes-kes penyakit berjangkit pada ketika itu seperti , scarlet fever, demam kepialu , cholera dan demam kuning.

Perubatan Homeopathy menjadi sangat terkenal pada awal tahun 1900 an. Pada ketika itu, terdapat 22 sekolah perubatan homeopathy, 100 hospital homeopathy dan lebih 1,000 farmasi homeopathy. Boston University, Stanford University dan New York Medical College adalah diantara pusat pengajian tinggi yang mengajar matapelajaran homeopathy.

Namun begitu, pada awal tahun 1920 an banyak pusat pengajian tinggi homeopathy ditutup disebabkan pertumbuhan industri perubatan moden dan farmasi-farmasinya. Walaupun minat di dalam homeopathy di Amerika Syarikat semakin menurun, ianya tidak terjejas di tempat-tempat lain di dunia. Bahkan telah menjadi satu kebangkitan di Eropah dan beberapa Negara di Asia, terutamanya di benua India.

Mahatma Gandhi telah menyedari akan keberkesanan homeopathy ketika beliau melanjutkan pelajaran di Eropah. Beliau kagum dengan harganya dan keberkesanannya yang hebat, sehingga beliau membawa homeopathy ini ke India.

Hari ini perubatan homeopathy adalah merupakan industri yang sangat besar di India dan Pakistan, sehinggakan ramai yang menganggap asal usul homeopathy adalah dari benua India.

Pada hari ini, hampir kesemua farmasi di Peranchis menjual ubat-ubatan dan penawar homeopathy. Malah jenama ubat batuk yang terkenal di farmasi Peranchis pun adalah ubat homeopathy.

Keluarga diRaja British adalah peneraju penggunaan perubatan ini di Eropah sehingga terbinanya Royal London Homeopathic Hospital di United Kingdom.

Sehingga kini terdapat 5 buah hospital homeopathy di United Kingom, iaitu di London, Tunbridge Wells, Bristol, Liverpool dan Glasgow.

Pada tahun 2009, Perubatan secara Homeopathy digunakan di lebih 80 buah negara di seluruh dunia, terutamanya di Eropah. Ia juga mendapat tempat di Amerika Selatan (Brazil & Argentina), India dan Pakistan.

Walaupun masih sedikit penggunaannya di Amerika Utara, namun perkembangan Homeopathy telah dapat dirasakan.

Semenjak 30 tahun dahulu Homeopathy telahpun berkembang ataupun hadir di Afrika Selatan, Tunisia, Morocco, Venezuela, Israel, Australia, Jepun dan beberapa negara lain.

Di Malaysia, Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari Kolej Universitiy Sains Perubatan Cyberjaya merupakan universiti yang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kursus Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy, dan mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia.

Majlis Akademi Homeopathy Malaysia (MAHM), di bawah Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia telah melahirkan ramai graduan di bidang homeopathy dengan kerjasama Fakultas Perubatan, Universistas Sumatera Utara (USU).

Pengamal Homeopathy yang professional diwajibkan untuk mempelajari bidang Anatomi, Physiologi, Pathology, Materia Medica, Falsafah Homeopaty dan Repertori serta mempunyai pengalaman secara klinikal. Ada di antara Pengamal Homeopathy yang juga merupakan doktor perubatan, malah ramai di antara mereka adalah juga chiropractors, naturopaths, osteopaths, jururawat, doktor gigi dan doktor haiwan.

Friday, 27 June 2014

Sepatutnya Suami Cari Siapa Yang Pukul Isterinya Tapi Awie Minta Bukti Pula

Gambar ini mula tersebar di Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.
Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu adalah akibat dipukul seseorang.
BACA: Awie Minta Bukti Dakwaan Pukul Isteri Di Khalayak Ramai
Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. Wallahu’alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul.

Thursday, 26 June 2014

Tanda tanda Penyakit

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

GEMPAR!!! Wang Pampasan Kg Chubadak Disonglap

SHAH ALAM, 25 JUN: Pampasan dijanjikan syarikat pemaju perumahan bagi pengambilan tanah tapak rumah penduduk Kampung Chubadak tidak diterima penduduk apabila wang berjumlah RM12 juta itu didakwa dilesapkan Ketua Umno Cawangan Chubadak ketika itu.

Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak, Suliah Mujni, 57, berkata perkara itu disedari apabila beliau dan ahli Umno cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan itu sekitar awal tahun 1970an.

Chubadak“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.

“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat Umno di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami menemui surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah menerima apa-apa pampasan pun.

“Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000,” kata Suliah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.

Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan itu dibuat secara mengejut sehingga Ketua Umno terlibat tidak sempat ‘menyelamatkan’ dokumen penting di dalam pejabat Umno Cawangan Kampung Chubadak.

Manakala Ketua Kampung Chubadak yang satu kumpulan dengan Ketua Umno terlibat pula sebelum isu pengambilan tanah oleh pemaju timbul bertindak mengenakan bayaran kepada penduduk kampung yang mahu mendapatkan geran tanah masing-masing.

“Pada masa itu RM2,000 memang sangat besar, manalah kami mampu nak bayar. Sebenarnya generasi dahulu beritahu sebenarnya sebelum ini geran memang ada tetapi bila datang pelombong Belanda mulakan kerja melombong, geran diserahkan kepada orang Belanda.

“Apabila operasi melombong dihentikan, ada yang dapat semula geran mereka dan ada juga yang buat tak kisah. Orang dulu-dulu masa itu pula memang tak berapa mengambil berat pasal geran tanah,” kata Suliah lagi.

- Selangorkini

Wednesday, 25 June 2014

3 Waktu dilarang Mandi

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Dewi Perssik Dikritik Menari Ghairah Selepas Pulang Dari Mekah

GARA-gara berpenampilan seksi selepas pulang mengerjakan umrah, penyanyi sensasi Dewi Perssik atau lebih popular dipanggil Depe telah dikritik hebat oleh penggemar industri hiburan Indonesia.

Masakan tidak belum sampai tempoh sebulan kembali ke tanah airnya, Depe begitu biadab berpakaian seksi dan menari ghairah pada satu majlis sempena pembukaan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia itu, Depe juga sempat menyanyikan lagu Shakira, Dare (La La La) dengan hiasan kepala mirip penyanyi tersebut.

Berkelakuan menjijikan sewaktu menghiburkan pengunjung di pusat hiburan itu menyebabkan ramai yang mempertikaikan pemergiaan Depe ke Tanah Suci Mekah itu.

"(Mengerjakan) umrah adalah satu ibadah, semua orang menanam keinginan itu. Sementara menyanyi itu pekerjaan saya. Agama dan dunia hiburan itu berbeza," kata Depe.

Menurut bekas isteri Saipul Jamiell ini lagi, dia juga sedih apabila masih banyak pihak yang mempertikaikan penampilannya yang bagi Depe tidak begitu seksi.

Malah seperti kebanyakan wanita lain yang menyimpan keinginan untuk menjadi lebih sopan dalam berpakaian namun bagi Depe perkara itu perlu dilakukan secara ikhlas tanpa paksaan.

Tidak menetapkan sebarang tempoh untuk berubah Depa berkata, yang penting dia kini sedang mempelajari cara untuk menjadi insan lebih baik.

"Saya jadi marah apabila orang terus menilai yang buruk-buruk tentang saya sedangkan mereka tidak mengenali siapa sebenarnya Depe.

"Pada masa yang sama saya juga tidak mampu menghalang orang daripada berterusan menghukum saya atas kesilapan masa silam saya. Itu hak mereka," katanya lagi.

Mengakui sudah terbiasa dengan kritikan yang bertujuan untuk menjatuhkannya sejak mula menceburi industri seni kira-kira enam tahun lalu tegas Depe, itu adalah risiko yang perlu 'dibayar' apabila bergelar artis.

"Saya pernah dikritik dan dimalukan. Semua itu saya jadikan pedoman kerana saya tahu Tuhan saja yang boleh menilai saya.

"Dan inilah rahsia kebertahanan saya dalam industri hiburan ini," kata Depe yang turut terkenal dengan Goyang Gergaji ini.

Tuesday, 24 June 2014

Apa Lagi, Penggallah...

Shahbudin dot com: Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Ben...: Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya menge...

Pengadil Bolasepak Paling Jelita

Seorang gadis jelita di Brazil menjadi sensasi di internet kerana kerjayanya sebagai seorang pembantu pengadil bola sepak.
Gadis itu, Fernanda Colombo Uliyana, 25, menjadi topik perbualan di internet selepas beberapa stesen televisyen tempatan menyiarkan dia beraksi di padang dalam satu perlawanan piala Copa do Brasil baru-baru ini.
Gadis jelita itu dilaporkan sekali lagi membantu pengadil pada perlawanan pembukaan kumpulan A antara pasukan Atletico Mineiro dan Cruzeiro di Brazil.
Menurut Uliana yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan peribadi, dia berasa teruja untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pengadilan bola sepak ke peringkat lebih tinggi.
"Pencapaian ini merupakan hasil komitmen dan dedikasi saya dalam bidang pengadilan bola sepak," katanya dalam satu temu bual bersama media antarabangsa. -Agensi

Pelajar Terperangkap Didalam Faraj

SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.
Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.
Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.
Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.
Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.
Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.
Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang.
http://biaqpila.blogspot.com/2014/06/pelajar-tersepit-dalam-replika-faraj.html?m=1

Monday, 23 June 2014

Keangkuhan Sharnaz Terhadap Allahyarham P. Ramlee

Cucu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua, 28, sudah lali dengan hinaan masyrakat terjhadap datuknya termasuklah gurauan Sharnaaz Ahmad yang meletakkan taraf senimaan agung itu pada ‘paras kaki’.
Najwa yang merupakan anak kepada Allahyarham Nasir P.Ramlee berkata, dia sekeluarga menerima dengan hati terbuka status Sharnaaz itu kerana apa yang diperkatakan pelakon tersebut adalah pandangan peribadinya.
“Saya dan keluarga sudah tidak kisah dan lali dengan pandangan dan hinaa orang ramai tentang Allahyarham.
“Kalau nak diikutkan apa yang Sharnaaz cakap itu hanya sikit jika ingin dibandingkan tomahan orang lain yang lebih teruk daripada itu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat. Najua yang menggunakan nama komersialnya sebagai Najua P. Ramlee diminta mengulas status terbaharu Sharnaaz Ahmad menerusi Instagram miliknya yang meletakkan P.Ramlee pada paras kaki jika hendak dibandingkan kehebatan seseorang bapa.
Sharnaaz memuat naik status berkenaan bagi memuji bapanya, Basir Ahmad, 68, sempena hari lahir ayahnya itu. Ditanya sejauhmanakah dia mengenali Sharnaaz, Najua berkata, dia hanya melihat perkembangan pemuda itu sebagai seorang artis.
Dalam perkembangan berkaitan Sharnaaz berkata dia menganggap tindakannya itu bukan satu kesalahan sebaliknya hanyalah gurauan semata-mata.
Katanya, gurauan seperti itu seringkali dilakukannya dan ia tidak perlu diambil serius oleh mana-mana pihak. “Saya tidak rasa itu salah dan ia hanya gurauan sahaja, lagi pula saya ingin memberitahu tentang kelebihan bapa saya berbanding P.Ramlee di sudut pandangan mata saya sebagai seorang anak.
Perkara tersebut seharusnya tidak menjadi isu kerana saya baik dengan keluarga serta anak-anak Allahyarham P.Ramlee dan mereka duduk berhampiran sahaja dengan rumah kami. “Saya rasa pihak mereka pun tidak kisah dan menganggap ia hanya sekadar gurauan sahaja,” katanya.
Sementara itu, bercerita tentang bapanya, Sharnaaz mengakui kekuatan bapanya dalam melawan penyakit ketumbuhan otak memberi banyak pengajaran buat dia. “Bapa saya baru sahaja menjalani pembedahan di kepala bagi membuang ketumbuhan di otak baru-baru ini. Dia sudah lama menghadapi penyakit itu.
“Ini merupakan pembedahan keduanya, sebelum ini pembedahan pertama ketika saya dilahirkan, saya kagum dengan kekuatan dia melawan penyakit sambil membesarkan kami adik-beradik,” katanya.

Saturday, 21 June 2014

Info Keputusan SPM Artis Malaysia

Kali ini kami dapat info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia. Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.

Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.

Berikut adalah 10 keputusan SPM artis/ selebriti Malaysia:


Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006
Syura – 3A spm, 2004
Siti Nordiana – 5A spm ,2000
Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7
Diana Danielle -2A 5B
Sheila Rusly – Gred 2
Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.
Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990
Najwa Latif 4 A
Nasha Aziz – Gred 1


Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda.

Sumber

Nazri Aziz bakal ganti Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri?

KERENGGA: Nazri Aziz bakal ganti Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri?

Friday, 20 June 2014

Papa Gomo Merempat Setelah Memfitnah

Hakim Mahkamah Tinggi jalan Duta hari ini memutuskan rayuan saya Wan Muhammad Azri untuk menangguhkan pembayaran RM800 ribu dan kos RM50 ribu kepada pihak Plantif Dato Sri Anwar Ibrahim ditolak dengan kos RM5 ribu yang perlu dijelaskan dalam masa 2 minggu.

"Saya mohon untuk membayar ansuran RM100 ringgit sebulan namun telah ditolak oleh peguam Plantif dan Mahkamah mengarahkan agar terma pembayara dibincang dengan pihak Plantif." Sir Azri.

Katanya lagi kpd wartawan "Sekarang saya jadi nelayan je Lah, nak tunggu apa lagi , kalau itu rezeki saya , saya terima".

Thursday, 19 June 2014

BEKAS SUSPEK KES ALTANTUYA DITANGKAP KHALWAT

Mimpi Senja: BEKAS SUSPEK KES ALTANTUYA DITANGKAP KHALWAT DENGA...: Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 20...

Wednesday, 18 June 2014

Najib Ahli Parlimen Paling Pemalas

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ persidangan Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan,.

Katanya, tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri menjawab setiap pertanyaan.

“Malangnya, kadar kehadiran beliau (Najib), sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah,” kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau merujuk Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan.

“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?” katanya sinis. -Harakahdaily

Sejarah KLCC Yang Ramai Tak Tahu

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION.
Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-
1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebihkurang seperti berikut, “

Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.
Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.
2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?
Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat dibeberapa bangunan di sekitar bandaraya KL. Satu bidang tanah itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana.

Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.
Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.
3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.
Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.
4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1  KOS TANAH: RM 900 JUTA

Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial.

Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya  dengan resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu.
Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang keDayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri.
4.2   KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION

Kos bangunan tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi.
Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.
Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.
Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar.

Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan Petronas diMenara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA.

Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya. Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (ma’af, saya tidak ada maklumat tepat).

Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI  RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll.

Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir.
Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit.

Tak cukupkah yang mewah diPutra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.(kpsg) DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!).

Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.
Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!
DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).
4.3   KOS  TAMAN KLCC: RM200 JUTA

Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4  KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA

Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5   KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA

Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.
4.6   BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?

Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-
? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);
? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;
? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;
? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;
? rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling KLCC;.
? Sebuah mesjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).
Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastuktur.
5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA?
Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka diDayabumi itu.

Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.
Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini.

Jadi apa nak buat?

Satu teori mengatakan bahawa satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.
Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar.

Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.
6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)
Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap ini !!
APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?
1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.
2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.
APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?
Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir.
Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memashhorkan negara dan menarik pelancung.
Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini – kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi.

Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan diAmsterdam mithalnya……).

Dan satu cara paling berkesan memashhorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!
Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.
Wallahu a’lam.

Monday, 16 June 2014

Umno Zalim Pada Penyokongnya, Bagaimana Dengan Rakyat?

KUALA LUMPUR 15 JUN: Penduduk Kampung Chubadak kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang tidak bersuara ketika rumah mereka dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini.
Kekesalan itu diluahkan seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal kampung itu dipaksa keluar oleh DBKL bagi memajukan kawasan tersebut.
“Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,” katanya dipetik dari laman blog warga marhaen.
Kata Munah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.
“Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.
“Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.
“Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpin-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami,” katanya penuh kesal.
Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.
“Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?
“Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?
“Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal,” katanya.
Jelas Munah, perkara sudah pun berlaku dan sudah terlambat untuk mana-mana pemimpin datang membantunya. Pemimpin yang datang dan berjuang bersama mereka ialah pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua dan Pemuda Pas.
Ini bukan soal politik katanya tetapi lebih kepada misi kemanusiaan. Namun pemimpin UMNO yang diharapkan tidak pernah muncul apalagi untuk bersuara.
“Hati kami dah hancur lebur sama seperti hancurnya rumah kami yang dirobohkan DBKL tanpa ehsan. Lepas ni, tak payahlah susahkan diri datang jumpa kami nak hulur bantuan itu dan ini.
“Semuanya tidak akan dapat mengubat hati kami yang dah lebur. Kampung kami sudah hilang dan kini telah pun menjadi sejarah.
“Namun perasaan kesal tetap akan kekal dalam diri kami kerana sikap pemimpin yang jelas nampak hanya mementingkan diri sendiri daripada rakyat,” katanya.

Sunday, 15 June 2014

Sawan Berpunca Dari Jin

Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan.

Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi, bermula dengan kehilangan memori ringan - absences sehingga konvulsi (jatuh atau goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari.

Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan berpotensi menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor mengawalnya melalui diet.

Perubatan moden mengklasifikasikan sawan kepada tiga kategori:

1 Sawan Menyeluruh/Generalise (melibatkan keseluruhan otak - Grand Mal atau Sawan Tonik-Klonik). Pesakit kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.

2 Sawan Sebahagian (Sawan fokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor). Mengakibatkan pesakit bingung dan tidak sedar apa yang berlaku.

3 Sawan Ketiadaan (Absence Seizure atau Epilepsi Petit Mal). Banyak terjadi pada pelajar sekolah rendah dan pesakit berada dalam keadaan tidak sedar dalam masa singkat (30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Biasa pulih apabila dewasa.

Punca

Penyakit sawan berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan dan kedudukan status ekonomi. Lebih separuh kes tidak mempunyai punca pasti.

- Pengaruh genetik. Sesetengahnya ada sejarah keluarga, atau genetik. Penyelidik mengaitkan beberapa jenis sawan dengan gen tertentu.

- Trauma di kepala yang dialami semasa kemalangan atau kecederaan trauma lain.

- Gangguan perubatan. Penyakit seperti strok atau serangan jantung.

- Demensia adalah punca utama sawan di kalangan orang dewasa lebih tua.

- Penyakit - meningitis, AIDS dan virus ensefalitis juga boleh menyebabkan sawan.

- Kecederaan pranatal. Sebelum lahir, bayi terdedah kepada kerosakan otak disebabkan jangkitan daripada ibu, pemakanan atau kekurangan oksigen. Kira-kira 20 peratus sawan kanak-kanak berkaitan dengan cerebral palsy atau masalah neurologi lain.

- Masalah pembangunan. Kadang-kala ikaitkan dengan gangguan perkembangan, seperti Autisme dan Sindrom Down.

Dalam pengalaman kami, terdapat kes melibatkan gangguan makhluk halus atau jin.

Tanda awal

Gejala sawan berbeza dan bergantung kepada jenis. Ramai menyangka sawan atau epilepsi sama dengan demam sawan. Walaupun tandanya hampir sama, ibu bapa perlu peka dan tahu membezakannya.

Demam sawan berpunca daripada demam panas pada kanak-kanak antara enam bulan hingga lima tahun. Sawan biasanya menyerang orang dewasa disebabkan faktor semulajadi dan tekanan mental dan mungkin sukar dikenal pasti di kalangan kanak-kanak.

Contohnya, sesetengah sawan menyebabkan pesakit suka berkhayal atau anak kecil tersandung. 

Apabila ini kerap berlaku dalam corak yang sama, mungkin mereka sawan. Sawan sukar didiagnosis pada kanak-kanak.

Tanda kanak-kanak sawan:

- Merenung kosong seperti berkhayal.
- Jatuh secara tiba-tiba tanpa sebab.
- Kurang tindak balas untuk tempoh singkat.
- Mengantuk berlebihan.
- Mengangguk berulang-ulang.
- Mata berkelip laju.
- Sakit perut tiba-tiba diikuti kekeliruan.
- Kerap cuai bila melakukan sesuatu.
- Tiba-tiba takut tanpa sebab jelas.

Kadang-kala sawan bermula di zaman remaja dan sukar dikenali dan disalah tafsir sebagai masalah psikologi.

Tanda remaja mempunyai sawan:

- Merenung kosong, mengunyah, membelek pakaian, membebel atau pergerakan rawak.
- Takut tiba-tiba, marah atau resah.
- Otot, anggota atau badan bergoncang atau mengigil (seizure), terutama awal pagi.
- Perubahan deria seperti perkara yang kelihatan (halusinasi), bunyi (skizophrenia), bau, berasa pelik atau berbeza.
- Masalah memori atau kerap lupa.
- Tidak dapat bercakap atau berkomunikasi secara biasa untuk masa singkat.

Kehadiran tanda berkenaan tidak bermakna anak atau anda sawan, tetapi perlu perhatian serius. 

Jumpa doktor atau datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Rawatan moden

Doktor biasanya merawat sawan dengan ubatan. Jika tidak berkesan, pihak hospital mencadangkan pembedahan atau rawatan lain. Kebanyakan pesakit bebas sawan dengan mengambil ubat anti-epileptik. Jika tidak berhasil, doktor mencadangkan pembedahan atau terapi lain.

Pembedahan dilakukan jika ujian menunjukkan serangan berasal dari kawasan kecil dalam otak dan tidak mengganggu fungsi penting. Jika serangan berasal di bahagian otak yang tidak boleh dikeluarkan, doktor mencadangkan pembedahan di mana pakar bedah membuat satu siri bukaan atau potongan di dalam tisu otak.

Terapi rangsangan saraf melibatkan alat perangsang saraf vagus yang ditanam di bawah kulit dada seperti perentak jantung. Tidak jelas bagaimana ia berfungsi, tetapi ia mengurangkan sawan hingga 40 peratus.

Kanak-kanak dapat mengurangkan serangan dengan mengekalkan diet ketat seperti tinggi lemak dan rendah karbohidrat. Diet ketogenic, menyebabkan badan memecahkan lemak dan bukan karbohidrat untuk tenaga.

Guna ayat Al-Quran

Seperti diterangkan, wujud gangguan pada sistem saraf pesakit. Punca sebenar belum disahkan dan terdapat banyak hadis mengenai sawan menyebut gangguan jin.

Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s., baginda melihat seorang perempuan tua rambut beruban, mata biru, kening bertanduk, betis kecil, rambut kusut masai, mulut ternganga dan keluar pucuk api, dapat membelah bumi menggunakan kuku tajam dan memecahkan batu besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya, siapakah kamu? Adakah kamu manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang paling hodoh selain engkau. Perempuan itu menjawab: Akulah Ummu Sibyan (Jin ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, …"

Dari Husain bin Ali r.a., ia berkata Rasulullah saw bersabda: Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan mengganggunya." Abu Sulaiman berkata apabila sekumpulan sahabat dalam perjalanan dan bertemu orang terkena sawan. Salah seorang membacakan Surah Al-Fatihah dan meniup di telinga beliau. Pesakit itu segera sembuh. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dimaklumkan mengenai perkara ini, beliau berkata: "Ia (Surah Al-Fatihah) adalah" Ibu Al-Quran "(Ummu al-Qur'an) dan penawar setiap penyakit."

Di sini, pesakit sawan diberi ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah mohon penyembuhan. 

Ayat tersebut adalah:

Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Al-Araaf ayat 43 hingga 56
Surah Ambiya ayat 74 hingga 81

Pesakit hendaklah membaca surah pertama, tiga kali pada malam dan surah kedua, tiga kali siang. Amalkan tiga hingga empat minggu. Selepas itu, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Selepas itu, pesakit hendaklah mengulang surah seterusnya. Lebih baik pesakit datang berjumpa perawat supaya kami memeriksa jika ada gangguan makhluk halus.

Penutup

Kepada pesakit, jangan putus asa dan anggap penyakit sawan tidak dapat dibantu.
"Kami menurunkan dari Al Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.."-(Al-Israa', 17:82)

InsyaAllah, dengan izin Allah kami boleh membantu pesakit sawan.

Kehebatan Abdullah Ibnu Zubair

Pengenalan
Nama beliau ialah Abdullah ibnu Zubair ibnu Al-'Awwam ibnu Khuwailid ibnu Asad ibnu 'Abdul 'Uzza ibnu Qushai Al-Asadi.
Ayahnya Zubair ibnu 'Awwam r.a ialah anak saudara kepada isteri pertama Nabi S.a.w iaitu Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid r.a.
Ayahnya merupakan salah seorang di antara sepuluh sahabat Rasulullah S.a.w yang dijamin masuk syurga. Ibunya pula bernama Asma' binti Abu Bakr As-Siddiq r.a dan ibu di sebelah ayahnya iaitu nenek beliau bernama Sofiah, merupakan ibu saudara kepada Rasulullah S.a.w. [1]
Beliaulah anak lelaki yang mula-mula dilahirkan dalam kalangan kaum Muhajirin selepas Hijrah. Orang-orang Islam sangat gembira dengan kelahirannya kerana selama setahun berlalu tiada satu kelahiran bayi pun berlaku dalam kalangan kaum Muhajirin. Orang-orang Yahudi berkata, "Kami telah mengenakan sihir kepada orang-orang Muhajirin. Mereka tidak akan mendapat anak lelaki lagi." [2]
Sabda Rasulullah S.a.w; "Wahai Aisyah, aku tidak menyangka bahawa Asma' telah melahirkan, oleh kerana itu, janganlah dia diberi nama lagi sehingga aku sendiri yang akan menamakannya." Maka baginda menamakannya Abdullah dan mentahniknya (mengolesi mulut bayi dengan manisan atau kurma) dengan sebiji kurma yang ada di tangannya. Abu Isa berkata, ini adalah Hadits Hasan Gharib. [3]
Rasulullah S.a.w biasanya tidak menerima bai'ah daripada kanak-kanak, tetapi Abdullah ibnu Zubair r.a telah berbai'ah ketika umurnya 7 tahun. Dalam peperangan ini, umurnya baru 24 atau 25 tahun. Untuk mengelakkan diri daripada 200 ribu tentera lalu memancung kepala raja dan membawa balik kepala itu ke khemah dalam umur yang sebegitu muda bukanlah satu perkara yang kecil.
Perang melawan tentera Rom
Semasa pemerintahan Sayyidina Utsman ibnu 'Affan r.a, pada tahun 26 Hijrah beliau telah melantik Abdullah ibnu Abi Sarh r.a sebagai Gabenor Mesir menggantikan 'Amr ibnu 'Aas r.a. Abdullah r.a telah keluar bersama 20 ribu orang tentera untuk memerangi tentera Rom. Tentera Rom pula berjumlah hampir 200 ribu orang. Peperangan telah berlaku dengan sengitnya.
Ketua tentera Rom iaitu Jarjir telah mengisytiharkan, "Sesiapa yang dapat membunuh Abdullah ibnu Abi Sarh akan dikahwinkan dengan anak perempuanku dan akan diberikan seratus ribu dinar sebagai hadiah."  Orang-orang Islam telah risau dengan pengisytiharan tersebut. Apabila Abdullah ibnu Zubair r.a mengetahui perkara tersebut, beliau berkata, "Perkara ini bukanlah suatu yang patut dirisaukan. Kita pun boleh membuat pengisytiharan bahawa sesiapa yang membunuh Jarjir akan dikahwinkan dengan anak perempuannya, seratus ribu dinar akan diberikan sebagai hadiah dan tambahan lagi dia akan dijadikan amir di bandar-bandar itu."
Ringkasnya, pertempuran telah berlaku buat sekian lama, Abdullah ibnu Zubair r.a telah nampak Jarjir berada di belakang semua tenteranya dan tentera penuh sesak di hadapannya. Dia duduk dipayungi dengan payung daripada bulu burung merak bersama dua orang hamba sahaya perempuan. Ketika orang ramai dalam kelalaian, Abdullah ibnu Zubair r.a telah mengasingkan diri daripada tentera yang ramai lalu pergi seorang diri untuk menyerangnya. Jarjir menyangka bahawa orang tersebut datang seorang diri kerana membawa utusan perdamaian. Sebaliknya Abdullah ibnu Zubair r.a terus menuju ke arah Jarjir lalu menyerangnya. Beliau telah memancung kepala Jarjir dengan pedang lalu mengangkatnya dengan hujung tombak dan dibawa balik ke khemahnya. Semua orang tercengang melihatnya. [4]
Selain seorang jaguh perang, Abdullah juga seorang abid (ahli ibadah) yang khusyu 'dan tawadhu'. Mujahid pernah memberikan kesaksian bahawa apabila Ibnu Zubair sedang solat, tubuhnya seperti batang pokok yang tidak berganjak kerana khusyu'nya menghadap Ilahi.
Bahkan Yahya bin Wahab juga bercerita bahawa apabila Abdullah ibnu Zubair sedang sujud, banyak burung-burung kecil yang bertenggek di belakangnya. Tokoh yang tegas dalam kebenaran ini wafat pada usia 72 tahun.

Thursday, 12 June 2014

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
Penghidap penyakit sistem pernafasan.
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah :
Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
Keluar dari kawasan yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

Wednesday, 11 June 2014

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut.

“Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut.

Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini.

Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu.

“Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib keluarga mahupun isteri saya, tetapi amat berharap agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada suami-suami yang mungkin menerima nasib yang sama seperti saya tetapi masih tertanya-tanya apakah musibah yang sedang melanda mereka," ujar Ridzwan membuka bicara.

Menurut Ridzwan, peristiwa ini berlaku lima tahun lalu selepas usia perkahwinan mereka mencecah tiga tahun. Menurutnya, keganjilan yang mula melanda isterinya itu berlaku sekembalinya mereka dari percutian di Tawau, Sabah kerana mengikutinya bekerja di luar kawasan.

Kesempatan bekerja di kawasan itu telah dimanfaatkan oleh mereka untuk terus pergi bercuti. Apatah lagi mereka masih belum dikurniakan anak setelah tiga tahun berkahwin menyebabkan mereka sentiasa mengisi setiap kesempatan yang ada untuk bersama.

“Sejak pulang dari Tawau, isteri saya mula berubah perangai setiap hari selepas pukul 10 malam. Pada mulanya, saya tidak menyangka apa-apa kerana dia sendiri mengakui kadang-kadang mood seseorang itu sentiasa berubah-berubah. Namun, keadaan itu berpanjangan sehinggalah tiga bulan," ujar Ridzwan lagi.

Apa yang ganjilnya, isterinya di waktu siang berkelakuan normal sahaja seperti biasa. Dia amat suka jika Ridzwan sentiasa merapatkan dirinya dan saling bersentuhan, malah dia jugalah yang sentiasa merangsang Ridzwan supaya melayaninya pada malam hari.

Namun setelah jam menunjukkan oukul 10 malam, isterinya itu terus tidur dan memalingkan diri ke arah bertentangan dengannya.

“Pernah sekali saya cuba juga untuk bermesra dengannya sambil membelai-belai rambut dan memeluknya dari belakang namun dia menepis tangan saya sambil mendengus," tambah Ridzwan sambil pandangan matanya dilemparkan jauh-jauh seolah-olah cuba menyembunyikan perasaanya hiba.

Pernah juga mereka bertengkar pada malam tersebut kerana isterinya seolah-olah tidak rela disentuh oleh Ridzwan dan menganggap seolah-olah suaminya itu cuba untuk merogolnya. Setiap malam juga Ridzwan akan kecewa dan membawa dirinya tidur berseorangan di ruang tamu rumah mereka.
Seperti biasa, pada sebelah pagi, isterinya akan bangun dengan begitu segar sekali dan penuh bersemangat. Dia seringkali memberitahu Ridzwan bahawa perasannya setiap kali bangun seolah-olah mereka telah bersama pada malam tersebut.

Hal ini menyebabkan Ridzwan mulai curiga dan risau. Tidak mungkin isterinya itu curang kerana setiap malam isterinya akan pulang ke rumah dan di sebelah siangnya mereka adalah pasangan yang paling bahagia.

Isterinya juga sering mengadu yang seringkali melihat kesan lebam di pangkal paha setiap kali bangun tidur dan pada lebam itu terdapat lima lubang halus.

“Pada mulanya, saya tidak menghiraukan aduan yang dibuat oleh isteri saya itu dan menganggap mungkin itu hanyalah gigitan serangga di malam hari. Tambahan pula perasaan yang kecewa pada malam hari menyebabkan saya tidak menghiraukan aduan-aduan isteri saya itu," tambah Ridzwan.

Pernah juga dia terfikir untuk menjalankan hubungan sulit dengan perempuan lain, namun itu sekadar angan-angan kosong bagi menyedapkan hati kerana jauh di sudut hatinya, dia terlalu sayangkan isterinya itu.
Ke adaan ini berlarutan sehingga mencecah hampir setahun.

Untuk mengatasi masalah tersebut, Ridzwan terpaksa mendatangi isterinya pada waktu siang sebelum ke pejabat kerana menganggap isterinya hanya bernafsu pada waktu itu.

Disebabkan keadaan ini menyebabkan isterinya semakin lama semakin susut tubuhnya dan matanya mulai cengkung seolah-olah tidak mendapat rehat yang secukupnya walhal isterinya tidur nyenyak seawal pukul 9 malam dan tidak akan diganggu.

Pernah juga Ridzwan membawa isterinya berjumpa doktor, namun doktor mengesahkan yang isterinya sihat dan hanya menasihat supaya memperbanyakkan rehat.

Semakin hari isterinya mula mengalami kemurungan dan tidak seceria dulu. Dia semakin menjadi pasif, takut untuk berhadapan dengan orang ramai, rendah diri, tiada keyakinan dan prestasi kerjanya mula merosot.

Ridzwan cuba mendapatkan ikhtiar lain dengan cara menggunakan pendekatan rawatan secara Islam.

Perjumpaan dengan seorang ustaz yang terkemuka di ibu kota telah merungkaikan segala persoalan yang selama ini tidak terfikir oleh Ridzwan.

Menurut ustaz tersebut, isterinya itu sedang didampingi oleh jin dan menyetubuhinya setiap malam dan semakin lama jin itu semakin ketagih.

Ketika proses perubatan dilakukan, Ridzwan melihat sendiri bagaimana interaksi antara ustaz tersebut dengan jin yang menumpang dalam badan isterinya.

“Jin tersebut mula terpikat dengan isteri saya semasa mereka menginap di sebuah hotel di Tawau dan ketika itu isteri saya sedang mandi berbogel di dalam bilik air hotel tersebut. 

Sejak itu jin berkenaan mula mendampingi isteri saya dan amat benci kepada saya dan inginkan kami berpisah," tambah Ridzwan.

Namun, kecekalan hati Ridzwan serta rasa cintanya terhadap isteri menyebabkan mereka berjaya mengekalkan hubungan tersebut walaupun seringkali bercakaran.

Setelah pertemuan demi pertemuan diadakan dengan ustaz tersebut selama sebulan, akhirnya jin itu berjaya dikeluarkan dan isterinya itu kembali normal dan ceria seperti biasa. Kini perhubungan Ridzwan dan isterinya kembali normal.

Nasihat Ridzwan, jika terdapat sebarang tingkah laku atau perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh seorang isteri, segera mendapatkan rawatan sama ada secara moden atau Islam.

“Jangan pandang ringan akan hal ini kerana mungkin akan membawa kemudaratan jika dibiarkan berpanjangan. Ramai dalam kalangan isteri seringkali tidak menyedari yang dirinya telah ditiduri dan dirogol oleh jin akibat mengabaikan doa sebelum tidur sebagai pelindung diri. Ini akan menyebabkan jin mudah masuk ke dalam tubuh dan mendampingi mereka tanpa disedari.

“Naluri seorang isteri adalah sentiasa berkehendakkan layanan suaminya, dan jika dia mula menolak, mungkin ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Mungkin yang mengganggu itu datangnya dari alam lain, ataupun yang mengganggu itu datangnya dari alam kita sendiri," kata-kata terakhir Ridzwan yang mendalam mengakhiri pertemuan tersebut.

Monday, 9 June 2014

BORISCHA, KANAK-KANAK DARI MARIKH.!!

Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.
Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.
Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.
Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.
Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun.
LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?
Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.
Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.
Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.
Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.
Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.
"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara.
"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.
"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah.
"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.
"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.
Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.
Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.
Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.
"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.
Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.
Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.Permainan Huruf
Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.
Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta
"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.
"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud.
"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya.
""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.
"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.
Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.
Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.
Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.
Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.
#radindanial

Sunday, 8 June 2014

Waktu solat

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.murad.waktusolat

5 Peradaban Tertua Di Dunia

Sejarah peradaban manusia terbentang panjang sejak ribuan bahkan mungkin jutaan tahun yang lalu. Mari kita lihat kembali untuk sedikit berfikir dan berdzikir...
1. Mesopotamia
Mesopotamia terletak di antara dua sungai besar, Eufrat dan Tigris. Daerah yang kini menjadi Republik Irak itu di zaman dahulu disebut Mesopotamia, yang dalam bahasa Yunani berarti "(daerah) di antara sungai-sungai". Nama Mesopotamia sudah digunakan oleh para penulis Yunani dan Latin kuno, sepertiPolybius (abad 2 SM) dan Strabo (60 SM-20 M).
Sejarah Mesopotamia diawali dengan tumbuhnya sebuah peradaban, yang diyakini sebagai pusat peradaban tertua di dunia, oleh bangsa Sumer(ia) sekitar tahun 7000 SM. Bangsa Sumeria membangun beberapa kota kuno yang terkenal, yaitu Ur, Ereck, Kish, dll. Kehadiran seorang tokoh imperialistik dari bangsa lain yg juga mendiami kawasan Mesopotamia, bangsa Akkadia, dipimpin Sargon Agung, ternya melakukan sebuah penaklukan politis, tapi bukan penaklukan kultural.

Bahkan dalam berbagai hal budaya Sumer dan Akkad berakulturasi, sehingga era kepemimpinan ini sering disebut Jilid Sumer-Akkad. Campur tangan Sumer tidak dapat diremehkan begitu saja, pada saat Akkad terdesak oleh bangsa Gutti, bangsa Sumer-lah yg mendukung Akkad, sehingga mereka masih dapat berkuasa di "tanah antara dua sungai" itu.
2. Mesir Kuno
Mesir Kuno adalah suatu peradaban kuno di bagian timur laut Afrika. Pada akhir masa Paleolitik, iklim Afrika Utara menjadi semakin panas dan kering. Akibatnya, penduduk di wilayah tersebut terpaksa berpusat di sepanjang sungai Nil. Sebelumnya, semenjak manusia pemburu-pengumpul mulai tinggal di wilayah tersebut pada akhir Pleistosen Tengah (sekitar 120 ribu tahun lalu), sungai Nil telah menjadi urat nadi kehidupan Mesir. Peradaban ini terpusat di sepanjang hilir sungai Nil. Peradaban ini dimulai dengan unifikasi Mesir Hulu dan Hilir sekitar 3150 SM.
Pencapaian-pencapaian peradaban Mesir Kuno antara lain: teknik pembangunan monumen seperti piramida, kuil, dan obelisk; pengetahuan matematika; teknik pengobatan; sistem irigasi dan agrikultur; kapal pertama yang pernah diketahui; teknologi tembikar glasir bening dan kaca; seni dan arsitektur yang baru; sastra Mesir Kuno; dan traktat perdamaian pertama yang pernah diketahui.

Mesir telah meninggalkan warisan yang abadi. Seni dan arsitekturnya banyak ditiru, dan barang-barang antik buatan peradaban ini dibawa hingga ke ujung dunia. Reruntuhan-reruntuhan monumentalnya menjadi inspirasi bagi pengelana dan penulis selama berabad-abad.
3. India Kuno
Peradaban disini dimulai sejak 6000 SM. Menurut ahli arkeologi zaman sekarang, di kota kuno Mohenjodaro (Pakistan) banyak ditemui kerangka-kerangka manusia yang berserakan, banyak petunjuk menandakan seolah mereka dilanda malapetaka yang sangat dahsyat secara tiba-tiba. Di kota itulah kisah epik peperangan Ramayana bersumber berdasarkan manuskrip-manuskrip yang ditemukan.
Pada kerangka-kerangka itu terdapat sisa-sisa radioaktif yang tinggi. Begitu pula yang terjadi di kota kuno Kurusetra dan Harappa, kedua kota itu meninggalkan kesan radioaktif yang sama halnya terjadi seperti di Hiroshima dan Nagasaki.
4. Cina Kuno
Sejarah Cina adalah salah satu sejarah kebudayaan tertua di dunia. Dari penemuan arkeologi dan antropologi, daerah Cinatelah didiami oleh manusia purba sejak 1,7 juta tahun yang lalu. Peradaban Cina berawal dari berbagai negara kota di sepanjang lembah Sungai Kuning pada zaman Neolitikum.
Sejarah tertulis Cina dimulai sejak Dinasti Shang (k. 1750 SM - 1045 SM). Cangkang kura-kura dengan tulisan Cina kuno yang berasal dari Dinasti Shang memiliki penanggalan radiokarbon hingga 1500 SM. Budaya, sastra, dan filsafat Cina berkembang pada zaman Dinasti Zhou (1045 SM hingga 256 SM) yang melanjutkan Dinasti Shang. Dinasti ini merupakan dinasti yang paling lama berkuasa dan pada zaman dinasti inilah tulisan Cina modern mulai berkembang.

5. Meso Amerika
Mesoamerika adalah suatu istilah yang merujuk pada wilayah geografis yang membentang dari Tropik Cancer di tengahMeksiko ke bawah hingga Guatemala, Belize, Honduras, El Savador, dan Nikaragua, sampai barat laut Kosta Rika. Wilayah ini ditandai dengan homogenitas budaya pribumi yang dimiliki penduduk di daerah ini. Pemukiman disini sudah ada sejak 5100 SM.
Wilayah Mesoamerika ditandai juga sebagai tempat berkembangnya beberapa budaya maju pertama di Amerika seperti Olmec (1200 SM) ,Teotihuacan, Maya, dan Aztec. Budaya-budaya ini telah mengembangkan masyarakat yang kompleks, mencapai evolusi teknologi tingkat tinggi, membangun arsitektur monumental, dan menyumbangkan banyak kondisi dan konsep budaya.

Saturday, 7 June 2014

Dajjal Semakin Hampir

Share video:VID-20140607-WA0000.mp4 ——by @UC Browser

Muhammad Ahmad 'Isawa Mendapat Pembalasan

Muhammad Ahmad 'Isawa seorang pemuda berusia 28 tahun yang terkenal dengan kekuatan tubuh badannya kerana pernah membunuh singa, boleh memikul bebanan ribuan kilo dan boleh menarik lori serta kenderaan berat. Dia juga boleh memakan serpihan kaca dan tak lut tikaman pisau.
Dia terlibat dengan kegiatan merusuh dan memusnahkan pejabat Ikhwan sebelum rampasan kuasa ke atas Dr Mursi. Selepas rampasan kuasa dia digunakan pihak polis untuk mengganas terhadap peserta anti rampasan kuasa dan dia telah membunuh 4 orang wanita.
Kesudahannya ketika mengganas di satu demo anti kudeta pihak polis tertembak pemuda ini di kepala, perut dan dada. Akibatnya beliau telah cacat, lumpuh dan tak boleh bangun. Mungkin inilah doa orang dizalimi yang dimakbulkan Allah.

Thursday, 5 June 2014

Rahsia Tanda-Tanda Penyakit Melalui Jari

Asas 5 Jari
Jari telunjuk : Usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Cuba periksa tapak tangan masing-masing...kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin. Yang suka marah2 tu mungkin banyak angin dalam badan. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.
Masalah tapak tangan berpeluh atau lembab??? itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Urat biru/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya..
Bagi seorang wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking anda. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
Cuba pulak tengok pada kuku setiap jari anda..Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermaknaanda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada kuku ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...
Jika Ada tanda-tanda seperti diatas berjumpalah doktor dengan kadar segera untuk kepastian.Usah biarkan diri anda diselubungi keresahan..nanti penyakit lain pulak yang datang. Walallahua'lam.