Wednesday, 30 April 2014

Lelaki Gila Seks Menakutkan Pelajar IPTA

Lima pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tinggal menyewa di sebuah rumah di Segamat kini bukan sahaja hidup dalam kebingungan dan ketakutan, malah tidak lena tidur malam kerana terpaksa berdepan dengan gangguan misteri sejak awal tahun ini. 
Penuntut IPTA terbabit mendakwa gangguan mereka hadapi itu disyaki dilakukan seorang lelaki yang dipercayai tinggal di kawasan berdekatan rumah sewa mereka. 
Antara kejadian yang menimbulkan kebimbangan penghuni ialah apabila sering berlaku kecurian pakaian dalam yang dijemur di ampaian dan tidak kurang juga bunyi seseorang mengetuk tingkap bilik tidur pada tengah malam ketika mereka baru melelapkan mata. 
Seorang penghuni rumah sewa berkenaan yang dikenali sebagai Nur, 21, berkata, dia dan empat rakan menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu kerana kedudukannya di tepi jalan dan memudahkan mereka ke kampus dengan menaiki bas yang disediakan pihak pengurusan universiti. 
Bagaimanapun, dia mendakwa berlaku pelbagai kejadian pelik sejak awal tahun ini yang membuatkan mereka keliru sama ada perkara itu mempunyai kaitan dengan unsur mistik atau dilakukan oleh lelaki gila seks. 
“Bermula dengan kehilangan pakaian dalam dari ampaian, kehidupan kami di rumah ini tidak tenteram, malah ada sahaja gangguan yang membuatkan kami semua ketakutan. 
“Pernah sekali rakan serumah ternampak kelibat lelaki sedang mengibas seluar dalam di belakang bilik tidur kami pada tengah malam. Saya tidak tahu sama ada perbuatan lelaki tidak dikenali itu bertujuan mempraktikkan ilmu songsang atau sebaliknya, tetapi insiden itu cukup untuk membuatkan kami tidak lena tidur malam,” katanya.

Tuesday, 29 April 2014

Seorang Surirumah Diperkosa


Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pakar motivasi dikenali sebagai ‘Mr A’ menjadi buruan polis selepas memperdaya dan memperkosa seorang suri rumah yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 29 tahun sebelum itu berkenalan dengan suspek melalui laman sembang sosial, awal bulan ini.

Pada awal perkenalan itu, menurutnya, mangsa dikatakan tidak menceritakan masalah peribadi, namun lelaki itu sering menceritakan kepakaran menyelesaikan masalah dihadapi wanita.

“Taktik itu membuatkan mangsa terpaut pada kebolehan dan kepetahan suspek berbicara, termasuk meyakinkannya dengan pelbagai nasihat.

“Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dengan alasan kononnya bersedia membantu dan mendengar luahan masalah rumah tangga wanita itu,” katanya.

Mangsa kemudian bertemu suspek di lobi sebuah hotel di Jalan Pahang di sini, pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu.

“Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa mencari lokasi lain untuk menyambung perbincangan sebelum berjaya memujuk mangsa mengikut ke bilik hotel di tingkat 17 hotel berkenaan.

“Sebaik masuk ke dalam bilik hotel, wanita itu diberi makan sebiji gula-gula sebelum mencium wajah wanita itu.

“Mangsa cuba untuk menepis tetapi seperti terpukau dan hanya membiarkan suspek merogolnya,” katanya.

Difahamkan, suspek sempat mengambil gambar bogel mangsa sebelum mengugut mahu menyebarkannya jika mangsa enggan meneruskan hubungan dengannya.

“Mangsa yang risau gambarnya akan disebarkan oleh suspek membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini,” katanya.

Susulan itu, polis kini sedang berusaha mengesan suspek berusia 40-an yang dipercayai menyamar sebagai pakar motivasi untuk memperdaya mangsa.

Monday, 28 April 2014

Hebatnya Ayatul Qursi

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah SAW 
menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Antara syafaat dan manfaat yang didapati:

1. – Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

2. – Mengikut keterangan dari kitab Asraarul Mufidah, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3. – Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4. – Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.

5. – Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.

6. – Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

7. – Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

8. – Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

9. – Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, Insyaallah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

10. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah akan mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

11. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

12. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

13. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

14. – Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

15. – Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

“Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)” Kursi; 225.

Sunday, 27 April 2014

Anak Penerbit Filem Anti Islam Memeluk Islam

Sebelumnya, ayah lelaki ini dikenali sebagai seorang penerbit filem anti-Islam, "Fitna" memeluk Islam tahun lalu. Kini beliau pula mendapat hidayah mengikuti jejak langkah ayahnya baru-baru ini.
The Khaleej Times melaporkan pada Isnin (21 April) bahawa Iskandar Van Doorn telah bersyahadah bersama 37 orang lainnya di Dubai International Peace Convention.
“Saya melihat ayah saya menjadi lebih bahagia setelah kembali kepada Islam,” ujar Iskandar Van Doorn.
Ketika itulah beliau menyedari ada sesuatu yang baik dalam agama ini.
“Dan itulah yang menyebabkan saya mengubah persepsi saya terhadap Islam.”
Menurutnya, setelah ayahnya memeluk Islam, beliau mula mencari pengetahuan tentang Islam dengan mempelajari al-Quran serta mendengar ceramah mengenai Islam.
“Seorang sahabat, Younis yang juga seorang Muslim turut membantu mengajar saya agama Islam,” ujar beliau yang kini berusia 22 tahun.
Sebelumnya, Arnoud Van Dorn (ayahnya) adalah seorang bekas pemimpin sayap kanan Belanda, Geert Wilders.
Van Doorn dikenali dunia ketika menjadi penerbit filem anti-Islam berjudul "Fitna" yang kontroversi bersama sahabat dekatnya Geert Wilders, yang mana akhirnya memutuskan menjadi seorang Muslim beberapa tahun kemudian setelah lebih mendalami ajaran Islam.
Kini beliau memegang jawatan sebagai anggota Dewan Kota Den Haang daripada parti PvdE, Presiden Yayasan Dakwah Eropah, Duta Besar Hubungan Gabungan Dawah Kanada di Eropah.
Arnoud membuat kejutan masyarakat dan Geert Wilders secara khusus ketika mengumumkan keislamannya pada tahun 2013.
Hal ini disebabkan ia adalah wakil ketua dalam parti anti-Islam Belanda, juga peranannya dalam produksi filem "Fitna" yang menjadi kontroversi di seluruh belahan dunia.
Dalam laman twitternya, beliau menyatakannya sebagai memulai langkah baru. Beliau segera melakukan haji ke Arab Saudi dan mengunjungi Masjid Nabawi untuk menyampaikan permohonan maaf dan penyesalannya di hadapan para ulama di sana atas keterlibatannya dalam usaha menyebarkan kebencian atas Islam.
“Sampai sekarang saya masih sangat menyesal kerana telah menghasilkan filem (Fitna) itu.”
Beliau merasa bertanggungjawab untuk memperbaiki kesalahan yang telah dilakukannya pada masa lalu itu.
Langkahnya diikuti putera sulungnya yang memeluk Islam baru-baru ini setelah melihat perubahan ayahnya semenjak memeluk Islam.

Saturday, 26 April 2014

Bekas Model Majalah Playboy Belum Bersedia Memeluk Islam Lagi

Sebelum ini, bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu terburu-buru memeluk agama Islam walaupun gaya pemakaiannya telah berubah 360 darjah seperti muslimah sejati.
Namun begitu, gadis berbangsa Cina ini nekad membuat keputusan untuk bertukar agama dan mengesahkan perkara itu kepada Harian Metro.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan," kata Felixia. 
“Ada sebab kenapa saya belum memeluk Islam secara rasmi. Antara yang utama, saya masih perlukan masa. Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama."
"Saya bersabar saja dan berharap orang ramai kuarngkan prasangka buruk. Saya tidak marah tapi saya kadang-kadang terguris dan kecewa dengan orang berfikiran terlalu negatif serta berkasar bahasa dengan saya."
"Pakaian Muslimah lebih sejuk dan manis dipandang malah lebih dihormati semua terutama lelaki. Pakaian menutup aurat juga memberi ketenangan hati pada diri dan orang di sekitar berbanding pakaian yang seksi," katanya lagi.

Kepentingan Adab Dalam Menuntut Ilmu

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre

Alhamdulillah, dengan taufiq Allah selesai pembacaan kitab Ta’limul Muta’allim semalam di Shoubra. Moga sama-sama yang mengajar dan yang belajar dapat faedah.

Pada permulaan kitab ini, Assyaikh Burhanul Islam Azzarnuji telah menulis:

“Maka apabila aku melihat ramai penuntut ilmu pada zaman kita ini bersungguh-sungguh kepada ilmu, dan mereka tidak sampai pula (tidak mendapat manfaat dan hasilnya iaitu beramal dan menyebarkannya), terhalang kerana bahawasanya mereka telah salah jalannya dan meninggalkan syarat-syaratnya. Dan setiap yang tersalah jalan akan sesat, dan tidak mendapati tujuan, sedikit mahupun banyak. Maka aku ingin dan suka menerangkan kepada mereka jalan menuntut ilmu….”

Seterusnya Assyaikh Azzarnuji pun menyebutkan adab-adab atau jalan-jalan menuntut ilmu daripada niat menuntut ilmu itu sendiri hinggalah kepada memilih guru dan rakan-rakan, pentingnya mengagungkan ilmu dan ulamak, warak dan pelbagai lagi jalan yang sebenar dalam menuntu ilmu.

Saya sebutkan perkara di atas apabila mendapati pada zaman kita hari ini, terlalu banyak (dan tentu lebih banyak lagi dari zaman Imam Zarnuji hampir 10 abad yang lalu) di kalangan kita yang mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, akan tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya, baik untuk dirinya sendiri mahupun untuk masyarakat. Malah hari ini ramai yang bukan dari aliran agama pun ingin belajar ilmu agama. Sangat baik. Tetapi mengapa tidak didapati barakahnya?

Antara sebabnya adalah “tersalah jalan” itu sendiri. Adab menuntut ilmu sudah terlalu jauh untuk diamalkan. Ingatlah menuntut ilmu agama ini bukanlah dengan mengumpul dan menghadam maklumat di otak kita sahaja. Saya selalu sebutkan, jika demikianlah, maka harddisk saya jauh lebih alim dari kita semua. Di dalamnya mengandungi hampir 100 Gigabyte maklumat dari jutaan helaian kitab. Kita, berapa helai sangat dapat menghafal?

Salah jalan ini biasanya berlaku pada perkara-perkara yang telah disebutkan oleh Syaikh Azzarnuji itu sendiri. Saya sebutkan tiga daripadanya:

1) Niat

- Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain?
- Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati?
- Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari-cari kesalahan ulamak terdahulu?
- Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka?
- Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan Islam?

2) Memilih guru

- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya?
- Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru (mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak berakhlak dalam kata-kata mahupun perbuatan dsb.)?
- Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya (belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa dsb.)?
-Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil fahaman sendiri daripada penulisan ulamak.

3) Mengagungkan ilmu dan ulamak

- Berapa ramai dari kita yang mengetahui cara mengagungkan ilmu yang disebutkan oleh para ulamak terdahulu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang tidak menghormati kitab ilmu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang meletakkan ilmunya sendiri di tempat yang rendah, lalu dengan mudah boleh dijual beli dengan kepentingan dunia?
- Berapa ramai pula yang tahu adab sebagai seorang murid tetapi tidak tahu atau tidak mempraktikkan ada sebagai guru?
- Berapa ramai yang tidak pula tahu membezakan antara meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dengan takabbur atau menghina diri?
- Berapa ramai pula tidak reti-reti beradab dengan para ulamak agung, lalu diletakkan ulamak itu setaraf dengannya dalam pemikiran dan pemahaman dengan alasan mereka jua manusia yang tidak maksum?
- Berapa ramai di kalangan kita yang terpengaruh dengan kalam beberapa kerat ustaz mee celup hari ini yang dengan lantang mengkritik ulamak silam, lalu merasa sangsi dengan para ulamak itu?
- Berapa ramai di kalangan kita yang bermulut celupar mengutuk deretan ulamak yang sudah lama mengorbankan diri untuk perjuangan Islam?
- Berapa ramai pula yang bermulut celupar terhadap para ulamak terdahulu dan dengan sesedap hati mengatakan ulamak terdahulu sesat, melakukan bid’ah, berfalsampah dalam bab Aqidah, dan pelbagai lagi kata nista?

Apabila kita nilai semula semua persoalan di atas, tentu sekali kita akan menjawab, “teralalu banyak.” Maka tidak hairanlah apabila kita dapati terlalu banyak orang yang ingin mendalami ilmu agama, akan tetapi jauh tersasar dari kebenaran, barakah tiada, manfaat juga sirna, lalu tidak dapat menegakkan yang haq.

Jelaslah pada kita betapa pentingnya adab dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Tiada adab, nescaya tersalah jalanlah kita. Salah jalan bermakna sesat. Kalau orang yang belajar agama pun boleh sesat, bagaimana pula dengan yang tidak mahukan agama kan…

Penulis : Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).

Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Thursday, 24 April 2014

Tun Daim Gasak Najib Lagi

KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.
Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun Daim Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada kaitan dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu perbincangan dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam penyelarasan ekonomi bersama.
"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.
"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah ianya telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul semula dasar perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.
"Kerajaan sepatutnya mencari cara  serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.
"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita sebagai orang Melayu dari segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan bangsa Melayu," katanya lagi.

Wednesday, 23 April 2014

Pakaian Rebecca Yang Melampau

Selepas satu, satu.. itulah yang dilakukan oleh seorang pelakon wanita yang bernama Rebecca Nur Al Islam.
Baru-baru ini Rebecca telah menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir rakannya di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dengan busana yang sungguh tidak sesuai dengan imej bertudungnya.
Apa yang dipakai oleh Rebecca, terlalu ketat dan sehingga membuatkan para pengikut Instagramnya menggelarkan penampilannya malam itu tidak ubah seperti Teletubbies!
Kami menyambut baik sebarang perubahan positif dalam diri mereka (selebriti) lebih lebih lagi jika ia melibatkan tuntutan agama. Keputusan Rabecca Nur Al Islam untuk bertudung tidak berapa lama dahulu salah satu contoh.
Tetapi, pada hematnya, ia haruslah selari dengan pemakaian lainnya. Bukan bertudung semata-mata untuk menutup rambut dan kulit kepala daripada penglihatan mereka yang bukan mahram.

Tuesday, 22 April 2014

Senarai MB Bakal ditukar

Selepas isu dua Menteri Besar BN bakal ditukar, dispekulasikan Mingguan Malaysia (Utusan) semalam, beberapa blog tampil membuat andaian negeri manakah yang akan berlaku pertukaran itu.

Dalam beberapa blog pro Umno, beberapa negeri disebut sebagai ‘paling beresiko’ untuk ditukar dengan menteri besar yang baru.

“Paling berisiko akan diganti ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang berada dalam senarai atas pertukaran menteri besar sejak sebelum pilihan raya lalu.

“Selain itu, Menteri Besar Terengganu dan Ketua Menteri Sabah juga mungkin berhadapan risiko digantikan berikutan masalah dalaman negeri yang tidak berkesudahan.

“Namun mungkin juga kejutan akan berlaku di utara Semenanjung Malaysia, Perlis,” tulis blog mykmu.net yang buat telahan.

Isu pertukaran menteri besar diulas dalam satu tulisan Bisik-bisik Awang Selamat di akhbar Umno itu semalam.

Tanpa menamakan nama mana-mana menteri besar yang dimaksudkan, tulisan dalam akhbar itu turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga sudah mempunyai senarai nama sebagai pengganti.

Umno kini menguasai pentadbiran di tujuh negeri dengan menteri besar dari parti tersebut – Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Selain itu, ketua menteri Umno turut mengetuai pentadbiran di dua negeri, Melaka dan Sabah. – Harakah Daily

Monday, 21 April 2014

MH370 Bukan Berakhir di Lautan Hindi

Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.
Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti.
Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu.
Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil.
Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.
Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.
Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah.
“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.
“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.
Sumber berkenaan turut menimbulkan kesangsian terhadap pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang memberi kesimpulan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.
“Satelit komunikasi hanya dimaksudkan untuk komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya.
"Penyiasat terpaksa mengguna algoritma untuk mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada sistem GPS selepas transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan,” kenyataan sumber itu dipetik.

Gempar!!! Anwar Tolak Hudud?

Model dan pelaksanaan hudud yang bakal diguna pakai oleh kerajaan negeri Kelantan perlu difahami terlebih dahulu sebelum Pakatan Rakyat (PR) mengambil keputusan bersama untuk mempersetujuinya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, kerajaan perlu membincangkan beberapa perkara asas dalam Islam terlebih dahulu seperti masalah ajaran sesat dan anti hadis sebelum membawa hudud ke satu peringkat yang lebih serius.

“Kita sebagai orang Islam, kita tidak boleh pertikai undang-undang Al-Quran. Saya bukan Mahathir. Kita kena terima. Hal ini harus difaham. Kalau tunggu fatwa, semua fatwa kena pada kita.

“Curi duit tak nampak, kenyataan Mahathir tak nampak, Mahathir sokong Kassim Ahmad anti hadis tak mengapa. Kita yang kena,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,500 hadirin dalam Himpunan Reformasi 2.0 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menyelar tindakan pihak berkuasa agama menangkap dan membicarakan Kassim kerana tindakan tersebut mencalarkan identiti Malaysia sebagai negara Islam sederhana.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam keadaan Kassim yang bertongkat dan tidak sihat, pegawai agama Islam dan dibantu polis tergamak menahan aktivis berusia 80 tahun itu.

“Saya sedih. Saya sedih kerana Kassim umur 80 tahun, bertongkat dan sakit ditangkap dan akan dibicara. Kenapa Kassim? Kenapa tidak orang lain? Yang menghina agama Islam di Malaysia ramai,” tulisnya dalam artikel di blognya chedet.cc.

Anwar berkata, hudud hanya dapat dilaksanakan sekiranya pembaharuan dilakukan terhadap jabatan agama Islam dan kaedah penguatkuasaan.

Katanya, hudud perlu dilaksanakan secara telus menepati kehendak ajaran Islam sebenar dan tidak memberi kepentingan politik kepada pihak tertentu. 

“Kalau dilaksana digunakan undang-undang, curi RM500 juta dari Tan Sri naik Tun. Kamu curi motor, tangan dipotong. Dalam Islam bukan begitu.

“Semua perubahan baru kita kena bincang undang-undang itu macam mana. Saya saman Saiful, empat tahun Mahkamah Syariah tak sidang pun,” katanya merujuk kepada bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Anwar yang baru tiba selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Pulau Pinang berkata, pelaksanaan hudud di Kelantan akan diteliti dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob akan memberikan penjelasan.

“Itu yang kita jemput menteri besar Kelantan untuk datang dalam mesyuarat kita mencari muafakat supaya (hudud) tidak digunakan untuk menekan sesiapa dan menjamin undang-undang itu difahami,” katanya.

Berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Anwar mempertikaikan senarai kargo pesawat itu yang masih belum disiarkan kepada umum.

Katanya, ekoran daripada sikap kerajaan yang enggan memberikan lebih maklumat mengenai pesawat itu, Malaysia terus mendapat kecaman serata dunia.

“Mengapa cuba tutup maklumat itu? Apa barang yang dibawa? Saya tanya mana dia senarai kargo? Setiap kali ada penerbangan dikomputerkan. Bila tanya, sampai hari ini tak dapat jawab.

“Sekarang saya tuduh, kamu sengaja menyembunyikan bukti. Ada bukti, kamu padamkan. Dia kata ada manggis 4 tan tetapi tiada musim. Di Thailand pun bukan musim manggis,” katanya yang berpakaian serba hitam malam tadi.

Hujung bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan selain empat tan manggis yang dibawa di dalam pesawat itu, ia turut memuatkan bateri lithium-ion.

Katanya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi ia diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

“Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah barangan berbahaya,” katanya. 

Treangganu Bakal Mempunyai MB Baru?

Mengikut sumber yang boleh dipercayai Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran Menteri Besar Terengganu tidak lama lagi. Ahmad Said telah dijanjikan dengan satu jawatan baru yang tidak dipasti apa 'post'nya.
Menurut sumber itu lagi yang akan mengganti Ahmad Said ialah YB Rozi Mamat Adun Telemung yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri. Pertukaran ini adalah berpunca daripada laporan "geng Idris Jusoh" yang menyebut Ahmad Said telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat. 
Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini.
Malah dikatakan Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO malah kadang kala dikatakan seolah memperli pula dalam tindakannya. Laporan itu juga menyebut Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat.
Mengikut sumber itu sepatutnya Ahmad said telah ditukar sebelum PRU-13 tapi oleh kerana kedudukan Terengganu agak tidak stabil dengan kekuatan PAS agak kemuncak maka usaha pertukaran ini terbantut.
Baru ini bulan Mac 2014 dia ini telah mengarahkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk menukar semula kenaikan pangkat seorang pegawai yang ditukarkan daripada Hulu Terengganu ke JPNT. 
Pertukaran ini adalah kerana pegawai berkenaan adalah adik kepada Zakara Dagang calon PAS semasa PRU-13. Adakah nasib Terengganu akan menjadi semakin teruk selepas ini sama-sama kita saksikan

Sunday, 20 April 2014

Puaka Gua Tempurung Punca Kematian Karpal

Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu

Saturday, 19 April 2014

Gempar!!! Harga Minyak Akan Naik Lagi???

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com
Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013.
Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia terus kekal masih lemah dibandingkan dengan dolar Amerika. Tetapi…..
Tetapi…….harga minyak RON95 seperti yang ditawarkan sekarang kepada kelompok rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana iaitu RM2.10 seliter dilihatkan tidak bertahan lama. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Ada 4 faktor di sini :
4 Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 Naik Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia JUN 2014?
Pergolakan antara Rusia dan Ukraine (Laporan Berita Harian)Kajian semula kerajaan Libya terhadap eksport minyak untuk pasaran dunia (Laporan Berita Harian)Laporan berita media arus perdana mengenai kadar penyeludupan minyak Malaysia ke negara jiran cukup tinggi dan permintaan tinggi terhadap harga minyak Malaysia (Laporan Kosmo)Dan yang terakhienya dan tidak asing lagi terma untuk rakyat Malaysia “dasar rasionalisasi subsidi” & “pelarasan harga minyak di Malaysia” (Kehendak Kerajaan Malaysia)
Paras dagangan Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan pada Mei ditutup pada harga AS$103.76 setong, meningkat 14 sen ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Manakala harga minyak mentah Brent North Sea pada Mei juga meningkat AS$1.47 kepada AS$109.07 setong di London.
Negara Ukraine diambang kemusnahan sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah Georgia apabila bertindak kepada pemisah dan rakyat berketurunan Rusia di mana USA dan NATO hanya mampu berpeluk tubuh sahaja.
Jarang diperhatikan berita penurunan harga minyak dunia dilaporkan di media arus perdana. Jarang sekali. Tetapi apabila harga minyak naik? Ehem…
P/S : Sumber yang diperoleh setakat ini dijangka harga minyak RON95 akan naik bulan Jun 2014 ini. Mungkin? Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia pada tengah malam menjelang kenaikan rasmi harga minyak RON95 kelak.

Zulkifli Nordin Perlecehkan KJ

Selepas Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta Datuk Zulkifli Noordin untuk diam dari terus mencemuh kematian Karpal Singh, hari ini bekas naib presiden Perkasa itu menyelar Menteri Belia dan Sukan berkenaan.
Zulkifli berkata beliau mengasihani kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan meminta Khairy agar tidak cepat melatah.
"Kepada menantu Pak Lah: Tolong jangan menjadi ahli politik yang mudah melatah! Kita tidak perlukan Anwar lagi dalam negara ini! Ok yop?
"Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena," katanya melalui akaun Twitter @zulkiflinoordin hari ini.
Semalam dalam reaksi kematian Karpal akibat kemalangan jalan raya, Zulkifli melihatnya sebagai bantuan Allah untuk memudahkan usaha kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hudud.
"Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!" katanya melalui laman Twitter.
Berasa kurang senang dengan kenyataan Zulkifli, Khairy meminta berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"@zulkiflinoordin Shut up. Really, shut up," katanya di Twitter.
Khairy menyelar Zulkifli yang menggunakan bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah sebagai pendekatan untuk menyerangnya.
"@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan, hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan," katanya

Friday, 18 April 2014

Ini Mungkin Pidato Terakhir: Anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya bersedia untuk sebarang kemungkinan berhubung rayuan terhadap hukuman lima tahun kes penjara dalam kes liwat terhadapnya.

Berucap dalam ceramah Reformasi 2.0 di Seberang Jaya malam tadi, anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata:

"Ini mungkin pidato terakhir saya di sini."

Beliau antaranya mengingatkan orang ramai terhadap "ketidakadilan" sekitar kesnya.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun terhadapnya selepas rayuan terhadap pembebasannya yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu.

Ketua Umum PKR itu kini mempunyai sepuluh hari untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman itu.

Beliau kini harus menjadi peguam baru ekoran kematian peguam yang mewakilinya Karpal Singh dalam kemalangan tragik semalam.

Beliau juga mengingatkan penonton supaya terus berdoa kepada Allah sementara menunggu hukuman.

Anwar juga berharap penyokongnya akan mempertahankan kerusi anggota Parlimen yang disandangkan di situ jika beliau hilang kelayakan ekoran keputusan mahkamah tidak memihak padanya.

Janda Tidak Serik Dicekup Kali Kedua

Gambar hiasan
Langkawi: Seorang janda beranak dua tidak serik apabila dicekup berkhalwat kali kedua dengan pasangan berlainan dan ditemui hanya berkain batik ketika ditahan di rumahnya di Kampung Makam Mahsuri di sini oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADAL), awal pagi semalam.
Wanita berusia 20-an yang mempunyai dua anak berusia lingkungan tiga dan empat tahun itu baru dicekup kerana melakukan kegiatan sama pertengahan bulan lalu dengan lelaki lain tetapi kali ini dia ditahan dengan lelaki yang baru dikenalinya.
Ketua Operasi PADAL Saiful Aswad Kasa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kegiatan mencurigakan wanita itu sekitar jam 3 pagi semalam dan bergegas ke lokasi untuk pemeriksaan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, keadaan rumah itu gelap dan berkunci dari dalam menyebabkan pihaknya mengetuk pintu rumah berkali-kali selepas mengesyaki ada lelaki di rumah berkenaan.
“Beberapa minit kemudian, wanita itu yang hanya berkain batik dengan selamba membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam rumah berkenaan.
“Siasatan lanjut dalam sebuah bilik di rumah itu kemudian menemui seorang lelaki berseluar pendek dan kemeja T berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan takut.
“Hasil soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang pertalian mahram atau suami isteri menimbulkan syak mereka disyaki berkhalwat dalam rumah berkenaan,” katanya, di sini, semalam. 

Thursday, 17 April 2014

Terkini: Karpal Singh Maut Kemalangan Jalanraya

Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Wednesday, 16 April 2014

Keluran Phone Terbaru Lenovo Jun Ini

[MWC 2014]: Lenovo umumkan 3 phone baru di Barcelona yakni Lenovo S860, Lenovo S850 dan Lenovo S660, kesemuanya merupakan smartphone mid-tier, dengan ciri-ciri seperti dual-sim, Android 4.2 Jelly Bean, 3G + WiFi dan akan mula dijual bulan Jun kelak.
Lenovo S860
Lenovo-S860
Lenovo S860 mempunyai 2 speaker dan luaran brushed metal yang tahan calar dan anti-cap jari. Spesifikasi seperti berikut;
- skrin 5.3-inci 720p HD
- chip 1.3GHz quad-core MediaTek MT6582
- kamera belakang 8MP dengan flash LED, kamera selfie 1.5MP
- 2GB RAM, 16GB memori dalaman
- bateri besar 4,000mAh yang boleh mengecas peranti lain
- harga USD $349
Lenovo S850
Lenovo-S850
Lenovo S850 mempunyai luaran sepenuhnya kaca, dengan penambahbaikan pergerakan bagi memudahkan penggunaan sebelah tangan. Spesifikasi;
- skrin 5-inci 720p HD
- chip 1.3GHz quad-core MediaTek MT6582
- kamera belakang 13MP dengan flash LED, kamera selfie 5MP
- 1GB RAM, 16GB memori dalaman
- bateri 2,000mAh
- warna: pink (!) dan putih
- harga USD $269
Lenovo S660
Lenovo-S660
Lenovo S660 seperti versi murah S860, dan kelihatan lebih kurang sama, juga dengan bateri besar
- skrin 4.7-inci qHD (960×540)
- chip 1.3GHz quad-core MediaTEk MT6582
- kamera utama 8MP dan kamera selfie VGA
- 1GB RAM, 8GB memori dalaman
- bateri 3,000Mah
- Harga: USD $229
Lenovo makin banyak mengeluarkan smartphone dengan spesifikasi bagus pada harga amat berpatutan, dan di Malaysia pun makin hari makin ramai pengguna Lenovo. Antara ciri paling digemari rata-rata pengguna dalah kuasa bateri yang boleh bertahan hingga 2 hari atau lebih. Tak lama lagi sampai lah smartphone ini di pasaran Malaysia yang menerima Lenovo sebagai phone Android kegemaran. Sempat rasanya kumpul duit nak beli nanti.


Najib Alih Isu MH370 Kepada Isu Satu Saat

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyerangnya dalam isu MH370 berdasar laporan yang didakwa salah terjemah.

Bernama semalam melaporkan Najib membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.


Agensi berita nasional itu memetik kenyataan Anwar dalam media China Southern Weeklypada 5 April yang dikatakan mampu berbuat demikian jika menjadi perdana menteri

"Bernama membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China Sourthen Weekly.

"Apa yang saya katakan adalah saya akan mengambil masa satu saat untuk mengambil keputusan tindakan yang perlu diambil untuk keselamatan rakyat bukannya menyelesaikan.

"Kerajaan BN telah merekayasa satu kenyataan dan menyerang dengan tidak merujuk kenyataan sebenar," katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu Anwar mencabar Najib dan kabinet beliau untuk menjawab pelbagai persoalan yang masih lagi timbul selepas lebih 40 hari pesawat itu hilang.

Bekas menteri kewangan itu mahu Najib menjawab mengapa sistem radar Marconi bernilai ratusan juta ringgit di Kedah dan radar tentera gagal mengesan kapal terbang yang berpatah balik merentasi lima negara termasuk Malaysia sebelum hilang di Lautan Hindi.

"Najib gagal jaga keselamatan negara.

"Mana-mana pesawat dan helikopter yang tidak mendapat kebenaran sepatutnya disiasat atau diiring tentera," kata beliau.

Anwar turut mempersoalkan mengapa kerajaan dan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein masih tidak mendedahkan daftar kandungan kargo pesawat yang masih misteri kerana didakwa membawa empat tan manggis dari Muar.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya memberi maklumat agar rakyat dan media tidak membuat spekulasi bukan-bukan mengenai hal ini.

"Bukan kita tak hargai mereka yang bertungkus lumus bertugas mencari dan menyelamat tapi apa tugas kita kalau tak jaga keselamatan negara. Kita bukan TV3 dan Utusan sahaja. Rakyat harus dapat maklumat.

'Najib tak jawab apa-apa melainkan isu satu saat itu sahaja," kata beliau.

Esscom Tak Masuk Akal: Bekas Ketua Polis Sabah

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyebabkan pertindihan kerja, kata bekas ketua polis Sabah.


Bagaimanapun, Ramli Yusuff, sebagai ketua polis negeri antara 2002 hingga 2004, enggan mengulas sama ada Esscom patut dimansuhkan atas alasan ia berkaitan isu dasar negara.

Dalam perkembangan yang sama, Ramli berkata, Esscom patut diketuai oleh ketua polis negeri bagi mengelakkan pertindihan arahan dan bagi memastikan cengkaman lebih baik terhadap perkara berkaitan operasi keselamatan.

“Saya sudah kaji kawasan itu dan saya fikir Esscom, atau apa yang kamu mahu gelarkannya, patut diketuai oleh polis atau tentera. Tetapi saya lebih suka polis kerana ia masalah (keselamatan) dalaman...,” kata Ramli.


“Ini pandangan peribadi saya, tetapi (ketua Esscom sekarang) Datuk Mohammad Mentek daripada Jabatan Imigresen dan dia tidak tahu hal-hal operasi,” tambahnya ketika diwawancara Malasiakini semalam.

Ramli, yang mengetuai Ops Nyah yang menyaksikan pengusiran lebih 100,000 pendatang haram di Sabah pada masanya berkata, Esscom mewujudkan percanggahan arahan.

“Saya tidak tahu.. mereka mungkin ada tatacara operasi standard. Tetapi bagi saya. Sebagai bekas pesuruhjaya polis, saya fikir ia tidak masuk akal.

"Lebih baik meningkatkan aset polis tempatan atau tentera untuk perkara itu... Perkara itu sepatutnya sudah diselaraskan,” tambahnya.

Kisah Ulamak Jahat


TAFSIR AYAT 175 HINGGA 177 SURAH AL A’RAAF

175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

KISAH DARI AYAT

Nabi Muhammad S.A.W. diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama’ yang juga Wali Allah bernama Bal’am ibnu Ba’ura dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.

Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A’zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama’ menimba ilmu agama darinya.
Menurut ulama tafsir yang diambil dari ‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengisahkan:,

Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam datang ke Kan’aan bersama para pengikutnya, para kerabat dan sepupu Bal’am datang menemui Bal’am lalu berkata: “Musa itu orang yang tiada tolak ansur dan mempunyai pasukan yang besar. Kalau dia menang tentulah dia akan memusnahkan kita. Maka doakanlah kepada Allah agar Dia menjauhkan Musa beserta pasukannya.”

Kata Bal’am: “Sesungguhnya, jika aku berdoa kepada Allah agar menghalau Musa dan orang-orang yang bersamanya, tentulah dunia dan akhiratku hilang.”

Tapi mereka terus menerus memujuknya hingga diapun menuruti permintaan mereka. Dikisahkan, setiap kali dia mendoakan keburukan terhadap Nabi Musa dan pasukannya, maka doa itu menimpa Bal’am dan orang-orang yang memujuknya. Begitulah seterusnya, wallahu a’lam.

Menyedari hal itu, merekapun menegurnya, mengapa dia mendoakan keburukan terhadap mereka?
“Begitulah, setiap aku mendoakan keburukan buat mereka(Musa dan pengikutnya) tidak dikabulkan doaku. Tapi aku akan tunjukkan kepada kamu satu hal yang semoga saja dapat menjadi sebab kebinasaan mereka. Sesungguhnya Allah membenci perzinaan, dan kalau mereka jatuh dalam perbuatan zina, nescaya mereka pasti binasa, dan aku berharap Allah menghancurkan mereka. Maka keluarkanlah para wanita menemui mereka. Kerana mereka itu para musafir, mudah-mudahan mereka terjerumus dalam perzinaan lalu binasa.”

Setelah sebahagian besar mereka terjerumus dalam perbuatan zina, Allah Subhanahu wa Ta’ala kirimkan wabak tha’un sehingga menewaskan 70 ribu orang dari mereka.

Pendek cerita, Bal’am pun tersungkur di pintu syurga dek diperdaya oleh syaitan walaupun berilmu tinggi.

PERUMPAMAAN ULAMA’ JAHAT DENGAN ANJING

As suddi berkata bahawa ayat itu merujuk kepada Bal’am yang ‘menjelir lidahnya’ selepas kesesatan beliau sebagaimana menjelirnya anjing. Dan tafsiran perumpamaan ini di sisi kebanyakan ahli ilmu tafsir secara umumnya merujuk kepada setiap orang yang mengetahui al Qur’an tetapi tidak beramal dengannya. Sesetengah pendapat(lemah) merujuk kepada orang munafik. Pendapat yang pertama lebih benar.

Begitu juga pendapat Mujahid tentang ayat ini; “Begitulah keadaan sesiapa yang membaca al Qur’an tetapi tidak beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.” Sesetengah ulama pula menyebutkan bahawa ; “Inilah seburuk-buruk perumpamaan. Kerana sesungguhnya Allah menyamakan orang sebegitu yakni yang dikalahkan oleh hawa nafsunya sehingga ia tidak mampu mengawal dirinya daripada mendapat mudarat mahupun manfaat dengan seekor anjing yang sentiasa menjelir lidah.”

Allah membuat perumpamaan orang-orang yang mengambil ‘rasuah’ dalam agama dengan anjing yang sentiasa menjelir lidahnya. Betapa hinanya perlakuan mereka yang tahu ayat Allah tetapi sanggup menggadaikannya dengan mata benda dunia yang sedikit. Harta, pangkat, kedudukan dan wang ringgit yang mereka ambil daripada penguasa yang zalim tidak bernilai sedikitpun di sisi Allah. Mereka menjadi golongan yang hina sehina-hinanya kerana menyembunyikan kebenaran al Qur’an.

*Sumber dari ibnuabbas.wordpress.com

Tuesday, 15 April 2014

Nasihat Dari Ismail Kamus Mengenai Jin

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk

Monday, 14 April 2014

Ahmad Maslan Nak Bayar Blue Wave Army Dengan Duit Rakyat?

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).

Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.

"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.

Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.

"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.

"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus sahaja," kata Ahmad.

Bernama

Sunday, 13 April 2014

Ada Yang Makan Hati Bila Erra Rujuk Semula

- Foto Ihsan Instagram Engku Emran

SHAH ALAM - Hasrat bekas suami pelakon dan pengacara Erra Fazira, untuk memenangi hatinya terbukti apabila gambar anak perempuan mereka memakai baju putih dengan tulisan #prayformomandayah telah dimuatnaik di laman Instagram semalam.

Bekas suami Erra, Engku Emran Engku Zainal Abidin turut menyatakan hasrat dan keinginannya untuk memujuk dan memulihkan kembali rumah tangga mereka.

Menurutnya, anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5 turut bersetuju dan teruja apabila beliau menyatakan hasrat mahu memikat kembali hati ibunya.

“Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya cuba hantar mesej pesanan ringkas kepadanya dan luahkan perasaan sayang saya pada dia.

“Saya mengaku saya masih menyayangi dia dan saya tidak malu untuk berusaha memujuknya untuk kembali,” katanya dalam status pada gambar yang disiarkan di laman instagram miliknya.

Menurutnya, insiden perceraian yang terjadi pada 18 Febuari lalu adalah satu kesilapan dia mahupun Erra.

Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari yang lalu dengan talak satu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun namun dia tidak bersedia untuk mendedahkan punca perceraian mereka.

Emran pada sebelum ini turut memuat naik beberapa keping gambarnya dan Erra menerusi akaun miliknya iamkumbre untuk mengimbas semula saat-saat indah perkenalan mereka.

Hashtag #prayformomandayah dan juga #prayforerrakumbre diwujudkan buat peminat yang menyokong penyatuan semula pasangan ini.

Menurutnya lagi, dia turut berharap agar semua pihak serta peminat turut mendoakan yang terbaik buat keluarganya.  

Ulamak Menghalalkan Musik?

Diantara hadis pokok yang sering diperdebatkan mengenai status hukum muzik adalah hadis riwayat al-Bukhari:

"Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, arak dan alat muzik...."

Syaikh al-Albani ketika mempertahankan hadis ini dan hadis lain juga yang seangkatannya, turut menyebut tentang sikap sesetengah ulama (yang menolak hadis ini atau melemahkan pendapat muzik haram) ketika berhadapan dengan hadis-hadis ini, antaranya:

1. Mereka akan mengatakan: "Terdapat ulama yang melemahkan (men'dhaif'kan) hadis tersebut. Contohnya seperti ibn Hazm." Meskipun mereka tahu masih ramai ulama lain yang jauh lebih alim di dalam ilmu hadis menyebutkan hadis ini sahih.

2. Terkadang mereka menolak hadis ini dengan mengatakan ini hadis ahad sedangkan menurut para ulama hadis ahad juga boleh diambil sebagai hujah hukum.

3. Ada yang menolak hadis ini kerana dia berkata indikasi amalannya tidak tegas. Hakikatnya syarat itu tidak pernah menjadi salah satu syarat bagi mengamalkan sesebuah hadis.

4. Ada pula yang hanya beralasan ini bukan perkara aqidah. Lalu dia menyangka boleh sesuka hati untuk pilih sama ada mahu ambil pendapat halal atau haram. Sedangkan ini bukanlah cara yang betul untuk beramal.

5. Terkadang mereka mencari-cari pengertian tersendiri atau penafsiran sendiri untuk memalingkan makna hadis itu sendiri.

6. Ada pula yg menyebutkan hadis-hadis dengan ungkapan tamridh seperti qiila (dikatakan) supaya nampak sesuatu berita atau riwayat itu sedikit lemah.

Saturday, 12 April 2014

Mayat Masih Sempurna Selepas Dilanggar Treller


GEORGETOWN - Walaupun dilanggar sebuah treler, namun mayat seorang warga emas masih dalam keadaan sempurna kerana ditemui antara dua tayar dalam keadaan terbaring.

Warga emas, Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, dari Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas dikatakan sedang melintas jalan namun tiba-tiba terjatuh di Jalan Tun Dr Awang di sini pagi semalam.

Mangsa dikatakan berjalan kaki ke Kampung Setinggan, terletak berhadapan dengan kediamannya kira-kira jam 9 pagi.

Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, ketika mangsa terjatuh terdapat sebuah treler dengan muatan bahan binaan sedang menghala ke arahnya dari bulatan Bayan Baru ke Relau.

Beliau berkata, pemandu treler tidak dapat memberhentikan kenderaannya kerana kejadian berlaku secara mengejut.

“Mayat dia ditemui antara dua tayar treler itu dalam keadaan terbaring dan tidak berdarah.  Ini merupakan takdir ALLAH, dia pergi dalam keadaan sebegini,” katanya.

Menurutnya, Syed Mohamed kerap pergi ke kampung berkenaan untuk berjumpa rakan-rakannya dan ia menjadi sebahagian rutin hidupnya selepas bergelar pesara kerajaan.

Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din berkata, polis sudah mengambil keterangan dari pemandu treler bagi membantu siasatan.

Gaji Samy Lebih Tinggi Dari Kutipan Hasil Pelancung Dari India


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri dengan hanya bergajikan RM1.

Katanya, dibandingkan dengan bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu (gambar) yang dilantik Putrajaya menjadi duta khas ke India dan menerima gaji serta elaun lebih tinggi daripada jumlah pendapatan yang diperoleh melalui tarikan pelancong India ke Malaysia.

"Kalau saudara lihat Samy Vellu, bekas menteri pelancongan, begitu ramai yang bukan dapat seringgit tapi beratus ribu ringgit untuk dijadikan penasihat kerajaan persekutuan.

"Ini bukan perkara baru. Dia pergi ke India sepatutnya tarik pelancong tapi pendapatan dia boleh jadi kurang daripada pendapatan yang kita dapat daripada pelancong India," katanya ketika sesi penggulungan ucapan titah Diraja di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Samy Vellu dilantik menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan sejak tahun 2010 dengan menerima pendapatan bulanan serta elaun berjumlah RM27,227.20.

Jelas Khalid, beliau menerima Anwar kerana pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selain pernah menerima pengiktirafan daripada European Institute of Bankers.

"Sepandai-pandai saya pun belum diiktiraf European Institute of Bankers.

"Bila berjumpa berbincang dengan dia, saya boleh tahu 10 minit pandangannya bererti 10 tahun pengalaman beliau," katanya dalam respons kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sebeum ini yang mahu Khalid mencari pengganti lain sebagai penasihat ekonomi.

Adun BN-Permatang, Sulaiman Abdul Razak kemudiannya bangun dan mengulangi semula kenyataan Anwar sebelum ini bahawa beliau akan membawa masuk berbilion pelaburan daripada negara Timur Tengah kerana hubungan baiknya dengan negara terbabit.

"Tapi menurut jawapan Exco dalam Selangor paling banyak pelabur dari China, tiada satu pun daripada Timur Tengah. Kita terkilan," katanya.

Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mempertahankan Anwar mahu menggunakan pengalamannya sebelum ini sebagai penasihat bank pelaburan di Arab Saudi, Dallah Albaraka.

Beliau juga mengakui enggan bekerjasama dengan pelabur Timur Tengah kerana beberapa masalah tertentu.

Sementara itu, Khalid mengumumkan perlantikan Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Pengerusi Yayasan Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membantu keluarga yang pernah menerima kesan buruk semasa di bawah tahanan.

Katanya, peruntukan RM500,000 melalui geran Selangorku akan diberi bagi membuka jalan membantu menjaga kebajikan mereka yang menerima kesan daripada ISA.

Friday, 11 April 2014

Anak Che Ta Nafi Mahu Hadiah BMW X6


Anak sulung kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta jenis BMW X6 sebagai hadiah kejayaannya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaliknya sebuah kereta lain.

Ammar, 18, berkata kereta yang dipilih sebagai hadiah kecemerlangannya itu ialah Audi R8 yang harganya kira-kira RM660,000.

“Hahaha… Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’.

“Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho,” selorohnya kepada mStar Online ketika dihubungi menerusi mesej aplikasi WhatsApp pada pagi Khamis.

Ammar diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya Rozita sudah membelikannya kereta mewah BMW X6 bersempena kejayaannya yang cemerlang dalam SPM.

Tambah Ammar, dia inginkan sebuah kereta yang boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama dan antara jenis kereta yang diminati ialah Audi R8, BMW M3 dan Mercedes A45.

“Pada Rabu (semalam) saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai.

“Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari,” katanya bergurau.

Sebelum ini, Ammar pernah mendapat hadiahkan sebuah telefon bimbit selepas cemerlang dalam peperiksaan penilaian Menengah Rendah (PMR) dan set permainan PS2 selepas berjaya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Thursday, 10 April 2014

Selepas GST Tiada Kompromi Dalam Ketirisan

Lulusnya Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat Isnin lalu, Pakatan Rakyat (PR) kini berikrar tidak akan berkrompomi soal ketirisan yang dilakukan kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan pelaksanaan sistem GST tidak berdepan ketirisan memandangkan melalui hasil cukai itu pendapatan negara akan lebih meluas.

Katanya, kegagalan kerajaan menguruskan hasil wang rakyat sehingga menyaksikan tahun demi tahun berlakunya pembaziran yang didedahkan Laporan Audit Negara, maka GST dilihat sebagai jalan singkat.

"Ini memang tidak dapat dinafikan lagi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah menyatakan walaupun tidak secara terus bahawa dengan pelaksanaan GST dapat menyelamatkan Malaysia daripada muflis," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambahnya, rakyat juga kini mempunyai hak dan suara yang besar untuk hidup di negara yang bebas korupsi memandangkan setiap hasil kutipan GST datangnya daripada mereka.

"Rang undang-undang GST sudah diluluskan ia sudah menjadi perkara lepas dan kini kebimbangan besar kita adalah dengan pelaksanaan sistem cukai yang akan menyaksikan rakyat kelas pertengahan paling terjejas.

"Ini juga bermakna tidak ada perbezaan sama ada anda anak seorang miskin atau hartawan Syed Mokhtar sekalipun, perlu membayar harga yang sama tidak kira berapa umur anda, gaji atau siapa anda," katanya.

Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga menggesa Najib memberi jaminan selepas pelaksanaan GST bermaksud tidak ada lagi skandal seperti penyelewengan Pusat Fidlot Nasional (NFC), Zon Bebas Pelabuhan Klang, (PKFZ ) di mana setiap projek mestilah dilakukan dengan tender terbuka dan tidak  bergantung semata-mata daripada sektor minyak dan gas.

"Persoalannya, dapatkah Najib memastikan setiap pengaliran kewangan GST dalam melalui setiap rangkaian pengeluaran dapat dilakukan dengan lebih bertanggungjawab dan telus?

"Kita perlu ingat GST merupakan sistem di mana setiap peringkat akan dikenakan cukai. Adakah benar tidak akan berlaku kenaikan harga?" katanya.

Dakwanya lagi, Najib merupakan satu-satunya perdana menteri di Malaysia yang menyaksikan berlakunya peningkatan defisit negara tidak terkawal iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan selama dua penggal pentadbirannya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, hasil kutipan cukai GST Malaysia akan dapat menambah pendapatan sehingga RM27 bilion.

Katanya kerajaan juga memahami mengenai kebajikan rakyat apabila bertindak menurunkan cukai korporat dan juga peribadi selain memberi rebat kepada peniaga berdaftar serta menagihkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Mengulas mengenai hal itu, beliau mengkritik tindakan kerajaan menurunkan cukai korporat dan peribadi kerana ia langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Apakah faedah dan tujuan menurunkan cukai tersebut kerana mengikut peratusan sebanyak 85% rakyat di negara ini tidak dikenakan membayar cukai pendapatan.

"Ini bermaksud betapa ramainya rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan tidak melepasi RM3,000. Jadi untuk siapakah penurunan dua cukai tersebut yang tentu bukan dirasai bagi berpendapatan sederhana," katanya.

Beliau turut membandingkan pelaksanaan cukai GST di China apabila berlakunya ketirisan dalam sistem mereka.

"Saya mengkaji sistem GST mereka. Wujudnya kebocoran penyelewengan namun mereka masih memperoleh hasil pendapatan kerana bilangan rakyatnya yang ramai," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui Pakatan tidak pernah menyatakan bahawa sistem GST tidak bagus untuk dilaksanakan.

"Kita tidak kata sistem cukai itu tidak bagus namun bukan pada masa sekarang, ketika gaji rakyat negara ini masih lagi rendah," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata Pakatan akan akan terus mendesak kerajaan mengagihkan BR1M kepada rakyat sebanyak RM1,200 secepat mungkin sepertimana dijanjikan Najib semasa Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu.

Antara lain katanya timbul kerisauan pada kelulusan Rang Undang-undang GST di Parlimen tidak menyatakan tempoh tarif itu kekal.

"Memang benar mereka kata hanya 6% namun sehingga bila? Kita risau tidak sampai dalam tempoh 5 tahun kerajaan akan naikkan cukai tersebut," katanya.

Justeru, beliau menyeru semua rakyat bersama menyertai himpunan protes peningkatan kos sara hidup pada 1 Mei ini.

Rang Undang-Undang GST diluluskan di Dewan Rakyat selepas ia dibacakan kali ketiga dengan 118 ahli Parlimen menyatakan persetujuan pada kali pertama manakala hanya 81 ahli Parlimen yang menyuarakan bantahan.

Bacaan kali kedua pula menyaksikan 119 ahli Parlimen bersetuju dan 81 yang lain tidak bersetuju dan ia membawa kepada bacaan kali ketiga apabila Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta persetujuan ahli Parlimen.

Proses pengundian menyaksikan ahli Parlimen pembangkang membawa sepanduk membantah GST dan menimbulkan sedikit kekecohan di dewan.

Najib semasa mengumumkan Bajet 2014 bahawa GST akan dilaksanakan pada April 2015 dengan pengenalan cas sebanyak 6% menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan

Wednesday, 9 April 2014

Main Golf 10 Jam... Apa la nasib rakyat Malaysia yang punya pemimpin sebegini

Majlis rasmi Muhyiddin di Dubai 3 jam, main golf 10 jam, kata DAP

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diselar ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang selama lima hari ke Dubai dengan lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan. – Gambar fail.DAP hari ini menyelar lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama lima hari ke Dubai kerana lebih banyak urusan tidak rasmi berbanding perkara yang memberi manfaat kepada kerajaan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim mendedahkan perkara itu selepas mendapat maklumat yang disebarkan melalui Internet.

"Rakyat berhak tahu daripada manakah sumber perbelanjaan yang menanggung perbelanjaan Muhyiddin selama berada lima hari di Dubai dengan mendiami hotel lima bintang yang dikatakan dibiayai Kementerian Pendidikan dan Talent Corp, Pejabat Perdana Menteri.

"Adakah dengan lawatan berkenaan dapat menaikkan kualiti pendidikan negara atau memberi manfaat kepada kerajaan?" kata Steven dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Melalui tentatif program yang diberikan, urusan rasmi Muhyiddin dalam lawatan lima hari ke Dubai itu hanyalah pada hari ini iaitu dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari.

Dalam tentatif itu menyatakan, Muhyiddin bersama isteri ke Dubai menaiki pesawat khas dan menginap di Hotel Shangri-La sepanjang menginap ke sana.

Muhyiddin hari ini menghadiri majlis pembukaan Pertunjukan Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 selain menandatangani perjanjian persefahaman dalam bidang pendidikan tinggi bersama kementerian di sana.

Zairil berkata selepas acara rasmi berkenaan, Muhyiddin akan menuju ke Kelab Golf Montgomerie dan diikuti dengan santapan makan malam.

“Hari yang berbaki di Dubai akan dihabiskan dengan program persendirian seperti makan malam dengan ahli perniagaan ternama selain pada hari terakhir satu lagi jadual bermain golf diaturkan,” katanya.

Sim berkata, Kementerian Pendidikan mendapat peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM54 bilion namun standard pendidikan negara terus mencatatkan penurunan.

Beliau menggesa Ketua Audit Negara menyiasat lawatan ini dan beberapa lawatan yang pernah dilakukan Muhyiddin.

“Kerajaan seharusnya memperuntukan perbelanjaan bagi meningkatkan pecap;aian pelajar dan bukannya perbelanjaan mewah kepada timbalan perdana menteri untuk bermain golf,” katanya.

Kes Khalwat Pelakon


Dalam sebuah portal hiburan melaporkan, saksi pertama untuk kes khalwat pelakon Shahrizal Jaszle, Mohd Radzi Saliman, 30, memberitahu mahkamah yang pelakon itu mengakui wanita yang ada bersamanya di dalam sebuah bilik ketika serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah teman wanitanya.

"Ketika serbuan dilakukan, seorang wanita yang mengenakan baju t-shirt dan seluar pendek membuka pintu bilik. Pada ketika itu, bilik dalam keadaan gelap. Apabila saya membuka lampu, didapati seorang individu sedang berbaring di atas katil dan individu tersebut sedang berselimut.

"Saya mengarahkan individu tersebut untuk bangun dan saya dapat mengenalpasti bahawa dia adalah seorang lelaki. Pada waktu itu, dia hanya mengenakan seluar dalam jenis 'boxer' sahaja. Ketika ditanya mengenai pertalian mereka, lelaki itu menjelaskan hubungan dia bersama wanita itu bukan suami isteri dan mengakui wanita itu merupakan teman wanitanya," katanya lagi pada proses prosidingg di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada petang Selasa.

Pada 16 Mei tahun lalu, JAIS dalam satu kenyataan medianya mengesahkan mereka telah menahan Shahrizal Jaszle atau lebih dikenali dengan nama Shahz Jaszle atas tuduhan khalwat dengan seorang gadis bernama Farah Nurizzati Salleh di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi.

Farah sebelum ini mengaku bersalah atas dakwaan penangkapan khalwat mereka pada 13 November tahun lalu. Mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika Farah gagal membayar denda.

Tuesday, 8 April 2014

Satu Signal Buat Najib: Sabah Menunjukkan Taringnya

MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.


Selain itu, Ghapur (kanan) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.

“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Sebelum itu, Stephen Wong Tian Fatt (DAP-Sandakan) turut membuka perbahasan dengan menyelar kenyataan kontroversi Wan Junaidi yang menjadi pertikaian itu.

"Kerajaan perlu mengakui masalah yang berlaku dan berbincang usaha untuk memperbaiki keselamatan demi membina semula imej pelancongan di Sabah

"(Ini kerana sudah) 50 tahun Sabah menyertai Malaysia. Sabah berasa bimbang dengan ancaman luar, maka ia adalah faktor kita sertai Malaysia," katanya.

Wong juga membangkitkan isu masalah kad pengenalan di Sabah yang turut berkait dengan faktor keselamatan di negeri itu.

Katanya, mencadangkan laporan dan syor suruhajaya siasatan diraja (RCI) berkaitan pendatang asing Sabah diumumkan segera memandangkan pengumumannya ditangguhkan beberapa kali.

Perkara itu disokong oleh Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) yang turut mengambil bahagian membahaskan usul penambahbaikan Esscom.

Bos Esscom tiada kuasa

Mengulas langsung mengenai Esscom, Ghapur berkata, masalahnya bermula apabila ditubuh dan diketuai orang awam yang tidak boleh memberi arahan kepada anggotanya daripada polis, tentera dan pasukan maritim.

“Dia (pengarah Esscom) tidak ada kuasa. Orang Sabah perlukan siapa sahaja, asalkan dia ada kuasa," katanya.

MP Bintulu kemudian mencelah dan mencadangkan satu akta diwujudkan supaya Esscom bawah satu komander dan diletakkan bawah pengawasan perdana menteri.


Ghapur kemudian mencadangkan supaya Esscom dibubar, diletak bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) pula tidak bersetuju Esscom ditutup sebaliknya mencadangkan penambahan aset untuk membuat rondaan laut di pulau-pulau di sekitar Semporna.

"Aset itu mampu membuat rondaan dan memintas puak-puak (penjenayah) ini," katanya.

Beliau juga menjelaskan kerajaan dengan kerjasama anggota Esscom melancarkan gerakan menyemak taraf kewarganegaraan pengusaha dan pekerja resort.

Selain itu, Shahidan (atas) yang juga bekas menteri besar Perlis berkata semua cadangan yang dibangkitkan oleh MP akan diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan.

PELACUR, ANJING DAN KEHIDUPAN:Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Saya merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya.
Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.
Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.
Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya.
Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.
Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNya s.a.w
Mereka itu selalu gambar Allah penuh dengan sifat keras, tanpa ihsan dan kesian, hanya tahu menghukum dan melaknat. Di manakah keindahan rahmat Allah seperti yang digambarkan dalam hadis di atas?! Di manakah imbangan yang terkandung dalam firman Allah:
“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya” (Surah al-Hijr 49-50)

HINA DAN MULIA
Perkataan yang digunakan dalam hadis tentang perempuan tersebut ialah mumisah iaitu perempuan yang terkenal dengan perbuatan zina, seperti perempuan lacur.
Perempuan seperti itu sentiasa buruk pada nilaian mana-mana masyarakat pun.
Ada pun anjing binatang yang dianggap hina dalam kebanyakan masyarakat.
Perumpamaan ‘engkau bagaikan anjingkan’adalah ungkapan buruk dalam berbagai bangsa dan budaya.
Namun, seorang wanita penzina mendapat keampunan Allah S.W.T disebabkan seekor anjing.
Siapalah pelacur atau penzina di mata manusia, dan apalah yang ada pada seekor anjing pada penilaian manusia?!
Namun, air yang diberikan oleh pelacur atau penzina kepada anjing menyebabkan dia mendapat rahmat dan keampunan.
Apatah lagi jika seorang yang baik memberikan bantuan kemanusiaan kepada sesama insan.
APAKAH SYURGA MURAH?
Kita mungkin tertanya-tanya: alangkah murahnya syurga, dosa yang besar seperti kegemaran berzina dapat dipadamkan dengan beberapa teguk air yang diberikan kepada anjing.
Apakah ini bererti jika seseorang itu perasuah atau penzalim besar maka dia akan diampunkan dengan membuat jamuan rakyat atau dengan beberapa hidangan yang dihantar ke masjid? Sudah pasti tidak demikian!
Jika itulah tafsirannya, hadis ini akan menjadi lesen manusia berbuat berbagai kesalahan, lalu dia diampunkan dengan sedikit bantuan dan sedekah yang dihulurkan. Tidak begitu!
Perkara yang utama yang menentukan nilai dan harga setiap amalan adalah apa yang terkandung dalam jiwa atau jantung hati pengamalnya.
Inilah perkara paling sukar hendaklah dicapai dan dijaga. Keikhlasan dan kejujuran. Ia tersimpan dalam jantung hati insan. Allah mengetahuinya. Tiada ruang berpura-pura dalam jiwa. Ia melahir diri yang insaf dan tawaduk kepada Allah.
Amalan yang sama mempunyai nilai berbeza di sisi Allah disebabkan berbezanya keikhlasan dan kekusyukan jiwa pengamal-pengamalnya. Nilai solat dua rakaat setiap kita, mungkin tidak sama di sisi Allah berdasarkan kekusyukan pengamalnya.
Bahkan solat dua rakaat yang seseorang lakukan dari masa ke semasa juga tidak sama di sisi Allah disebabkan perbezaan keikhlasan dan kekusyukan ketika mengamalkannya.
Maka dua orang yang berada dalam saf solat yang sama, belum tentu mendapat ganjaran yang sama. Boleh jadi beza antara mereka bagaikan langit dan bumi.
Demikianlah amalan baik sesama manusia atau terhadap haiwan dan alam, Allah mengetahui hakikat yang tersimpan dalam jantung hati setiap yang melakukan amalan itu.
Perbuatan mungkin kelihatan sama, namun nilai kejujuran dan penyerahan jiwa kepada Allah, tidak semestinya sama.
Menderma, berbudi bahasa, tolong menolong dan seumpamanya adalah amalan yang baik pada zahirnya. Nilaian di sisi Allah pada keikhlasan dan keinsafan diri pengamalnya.
Sebab setiap pembuat kebaikan itu tidaklah semestinya sama kadar kejujuran yang ada dalam jiwa mereka.
BANYAK DAN SEDIKIT
Bahkan kadang-kala mungkin ada amalan yang sedikit tapi nilaiannya lebih besar dari amalan yang banyak. Ini disebabkan apa yang terkandung dalam jiwa pengamalnya.
Seorang miskin yang menderma RM 10, mungkin akan mendapat ganjaran yang lebih dari seorang kaya yang menderma RM1000.
Sekalipun nilainya cuma RM10, tetapi itulah kadar yang dia termampu. Kadar itu pula besar bagi dirinya yang hanya bergaji 10 atau 15 ringgit sehari.
Dia mengeluarkan RM 10 dengan penuh erti dan berat, sekalipun mungkin lekeh bagi orang lain. Dia keluarkannya dengan penuh ikhlas dan insaf terhadap kurniaan Allah.
Sudah pasti derma seperti itu berbeza di sisi Allah dibandingkan derma RM1000 yang dikeluarkan oleh seorang berharta dengan kesombongan, atau kurang keikhlasan, atau ada tujuan tertentu; tanpa rasa insaf dan mengharap ganjaran Allah.
Sekalipun RM10 lebih kecil, tetapi ia lebih bernilai di sisi Allah.
Namun, jika kadar yang besar dikeluarkan dengan jiwa yang luhur, pastilah ganjarannya lebih.
TIDAK SAMPAI AJARAN
Demikian juga pelacur tadi, perbuatannya mungkin nampak ringkas iaitu memberi minum kepada seekor anjing, namun mungkin jiwanya penuh dengan insaf dan mengharapkan kurniaan Tuhan kepadanya atas perbuatan baik itu, maka dia pun diampun, dan dibuka jalan kebaikan.
Mungkin juga perbuatan lacur yang dilakukan selama ini kerana keadaan yang memaksanya, atau kehidupan yang mendesaknya, atau suasana yang mengheretnya begitu.
Allah tahu tentang dirinya, Allah tahu tentang nilai-nilai luhur yang ada dalam jiwanya. Memberi minum kepada anjing yang kehausan itu satu bukti dari nilai baik dalam dirinya itu. Allah ampuninya.
Demikian Allah akan ampuni hamba-hambaNya yang baik yang berada dalam suasana yang sama.
Berapa ramai orang-orang bukan muslim yang sangat baik kepada masyarakat manusia, haiwan dan tumbuhan-tumbuhan.
Malangnya, umat Islam atas kelemahan dan kegagalan menjadi contoh yang baik menyebabkan Islam tidak sampai kepada mereka dengan cara yang sebenar lagi meyakinkan.
Saya percaya Allah akan mengampuni mereka, sekalipun ada kelemahan pada diri mereka.
Namun, kebaikan yang mereka tunjukkan, yang dilakukan dengan jiwa yang luhur, ada nilai di sisi Allah. Apatah lagi menyebut:
“Kami tidak akan mengazab, sehinggalah Kami mengutuskan rasul” (Surah al-Isra; ayat 15).

Maksudnya, sehingga ajaran rasul atau utusan Allah itu sampai kepada seseorang, barulah dia dikira bersalah jika enggan mengikutnya. Ajaran Islam yang sebenar gagal disampaikan kepada kebanyakan masyarakat manusia di dunia ini.
Selain media Barat yang memburukkan wajah Islam, umat Islam sendiri pun tidak berdakwah dan gagal menjadi contoh yang baik. Ramai manusia hidup atas nilai-nilai kebaikan yang ada dalam jiwa mereka tanpa berpeluang menikmati tauhid yang benar. Semoga Allah mengampuni mereka.
Bahkan mungkin mereka lebih mendapati keampunan Allah, dibandingkan kita yang mengetahui ajaran para rasul, tetapi gagal menanamkan nilai-nilai luhur dan jujur dalam jiwa.
INSAFI DIRI
Hadis ini juga mengingatkan kita agar jangan memandang hina kepada orang lain. Ya, perbuatan yang salah memang dihukum salah, dosa tetap dosa.
Namun, kedudukan pelakunya di sisi Allah, hanya Allah Yang Maha Tahu. Mungkin satu hari mereka mendapat keampunan melebihi orang lain. Ini semua kerana keikhlasan dan keinsafan jiwa setiap insan tidaklah sama.
Mungkin seseorang kelihatan baik kerana lahir dalam suasana yang baik. Seseorang lain mungkin menjadi jahat kerana keadaan hidup yang melingkunginya.
Namun, jika pada dalam jantung hatinya keikhlasan, kejujuran dan keinsafan diri, dia akan menemui jalan keampunan Tuhan Yang Maha Adil Lagi Penyayang.
Semoga kita semua tawaduk serta insaf terhadap kelemahan diri sendiri dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh orang lain, sehingga dia mungkin disayangi Allah lebih daripada kita!
Dengan keinsafan dan perasaan tawaduk itu, diharapkan kita juga mendapat keampunan Allah!