Skip to main content

Pemikiran Adam Seperti Keliru: Kes Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden

STOCKHOLM 28 Feb. - Anak lelaki kedua pasangan Malaysia yang sedang dibicarakan atas tuduhan mendera anak mereka di Sweden dilihat menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan selepas kanak-kanak itu memberikan gambaran yang membingungkan berhubung kejadian tersebut.

Adam, 12, dilihat cuba menggambarkan satu insiden sewaktu ibunya, Shalwati Nor Shal dikatakan telah memukulnya dengan penyangkut baju kerana tidak membasuh pakaian dengan betul.

Apabila diminta untuk menjelaskan kejadian tersebut, Adam tiba-tiba menimbulkan insiden abangnya, Ammar telah dipukul sebelum kembali menjawab soalan asal dan tiba-tiba menceritakan pula kejadian ketika dia telah sesat di dalam sebuah kompleks beli-belah.

Dalam rakaman temu bual, Adam yang disahkan mengalami kesukaran dalam pembelajaran dilihat bersusah payah menjawab setiap soalan yang ditanya, seringkali membongkokkan badannya dan mendiamkan diri buat beberapa ketika.

Dalam satu temu bual, Adam mendiamkan diri hampir empat minit sehingga menyebabkan mahkamah mempercepatkan rakaman tersebut.

Mengingati semula satu insiden membabitkan ibunya, Adam telah menggelar sarung tangan yang digunakan untuk memukulnya sebagai mufin sebelum soal siasat selanjutnya mendapati mufin ialah sebenarnya sarung tangan.

Perbicaraan membabitkan ibu bapanya, Shalwati dan Azizul Raheem Awaludin di Mahkamah Daerah Solna di sini hari ini memasuki hari keenam.

Dengan mendakwa bahawa Azizul Raheem yang juga merupakan Pengarah Tourism Malaysia di Sweden telah memberitahu pegawai penyiasat bahawa ibu bapa Muslim dibenarkan memukul anak mereka sekiranya tidak bersolat, anggota polis wanita yang menemu bual Adam bertanyakan kepadanya sama ada dia pernah dipukul kerana tidak menunaikan kewajipan tersebut.

"Sekiranya kami tidak solat, ayah akan suruh kami bersolat bersamanya tetapi kalau dia dapati kami menipu (mengenai tidak bersolat), ayah kadang kala akan menjadi marah," kata Adam.

Ditanya apa yang akan berlaku apabila ayahnya marah, Adam menyatakan, ayahnya akan mula meninggikan suara terhadapnya dan adik-beradiknya yang lebih tua tetapi bercakap lembut dengan adik bongsunya, Ariff.

Penemu bual tersebut kemudian bertanya mengenai perasaannya terpaksa bercakap dengan pihak polis, Adam memberitahu, dia berasa bosan.

"Tetapi hari ini saya gembira kerana telah memecah rekod dengan menghabiskan temu bual dengan cepat," ujar Adam dengan ceria menyebabkan Azizul Raheem tersenyum melihat anaknya itu tertawa.

Siri temu bual dengan Adam terpaksa dipendekkan selepas kanak-kanak itu keberatan untuk bercakap dan sering bertanya berapa lama lagi dan bila temu bual hendak habis.

Ketika menuju ke penghujung satu temu bual, Adam dilihat meninggalkan bilik soal siasat dilakukan walaupun anggota polis wanita itu sedang bertanya kepadanya sama ada dia ada perkara yang hendak dibualkan.

"Tiada, tiada, tidak, tiada," kata Adam sambil berdiri.

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul Raheem didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di Spanga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Perbicaraan bersambung pada 3 Mac ini. - THE STAR




Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat