Friday, 7 February 2014

TERKINI: Tiada Kesan Kualiti Udara Akibat Letusan Berapi Di Sumatera



KUALA LUMPUR, 6 Feb - Tiada kesan ketara ke atas kualiti udara disebabkan letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS). 



JAS dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat yang dicatatkan pada 3 petang semalam (Rabu) di Cheras, Kuala Lumpur (IPU 107) dan Ipoh, Perak (124) adalah disebabkan kepekatan ozon di permukaan bumi yang tinggi ketika cerapan dilakukan.



Menurut JAS, pembentukan ozon di permukaan bumi berlaku setiap hari pada awal petang terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur yang padat dengan aliran trafik.