Friday, 21 February 2014

Kesian Erra Kerap Menangis Sebelum Cerai

Shah Alam: Aktres terkenal, Erra Fazira, 40, yang bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kelmarin, mengakui banyak menangis memikirkan hal anak tunggal mereka dua hari sebelum perceraian.

Hak penjagaan Engku Aleesya, 5, yang diberikan kepada bekas suami menjadi antara syarat dipersetujui bersama sebelum Erra memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. 

Bagaimanapun, pelakon yang mendapat jolokan Primadona Filem Melayu itu enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan yang disifatkannya terlalu sensitif untuk diperkatakan, selain perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga. 

“Saya akui banyak menangis dua hari sebelum ke mahkamah... bukan kerana perceraian ini, tetapi memikirkan soal anak. Jangan tanya soal hak penjagaan anak lagi, saya...