Monday, 10 February 2014

Dajjal Muncul Dari Mana?


Muhammad Isa Dawud (MID) memulakan kata pengantarnya dengan merujuk kepada respon pembaca-pembaca berasaskan buku karangannya sebelum ini yang bertajuk “Awas! Dajjal Menggempur Dunia dari Segitiga Bermuda” (Buku ini masih sukar diperolehi sama ada dalam bahasa Arab, Inggeris atau Melayu, atau mungkin tiada langsung dalam bahasa Melayu). Beliau memberitahu bahawa buku karangannya itu telah mendapat maklum balas yang baik sama ada pro atau pun kontra. Beliau juga menyatakan masih belum sempat menjawab beratus-ratus surat dari pembaca.
 “…sehingga saya tidak mempunyai cukup waktu untuk membalas ratusan surat yang dilayangkan ke alamat saya.”