Skip to main content

INI BUGHAH SEBENAR...

Laporan Polis keatas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, mengenai dakwaan menerima sogokan dalam isu tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Puteh semalam, adalah salah satu contoh bagaimana pengkhianatan dan penderhakaan tokoh kanan negara kepada negara. 

Meskipun ia suatu dakwaan, namun, keberanian seorang bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, melalui Akuan Bersumpahnya wajar dipuji. 

Ada yang membuat spekulasi, ia suatu komplot untuk menjatuhkan Ghani Patail. Tetapi apa yang sangat penting, ianya soal intergriti yang pastinya mencemarkan nama baik beliau sebagai seorang Peguam Negara. Ghani Patail mesti membersihkan imejnya yang tercalar dengan teruk. 

Sekadar memberi respon kepada YB Rafizi Ramli untuk disiasat akaunnya yang didakwa menerima amaun yang besar, tentu tidak dapat membersihkan reputasinya sebagai pegawai kepercayaan Perdana Menteri. 

Seharusnya, beliau mengambil tindakan saman kepada Datuk Mat Zain dan pihak2 yang menyebar fitnah dan menjatuhkan nama baiknya. 

Saya telah acapkali mendedahkan kes salah laku dan pengkhianatan seperti ini. 

Antaranya, sewaktu Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah memajakkan tanah seluas 21,600 hektar(53,374 ekar) kepada Singapura pada tahun 1988. Ia digunakan untuk membina Empangan Linggiu bagi membekalkan air kepada Singapura. Siap pada tahun 1994, jadi wilayah 'autonomi' yang dikawal ketat. Kalau empangan setinggi 193 meter itu pecah, daerah Kota Tinggi akan tenggelam. 

Saya dimaklumkan, Singapura membayar pampasan kepada Johor atas tanah tersebut bernilai RM320 juta selama 60 tahun. Status cukai tahunan atas tanah dan hasil jualan kayu balak yang dikatakan bernilai bilion ringgit tidak diketahui apa ceritanya. 

Apa perlunya Johor anugerahkan tanah yang begitu luas kepada Singapura, walhal loji Public Utilities Board Singapura(PUB) telah wujud puluhan tahun di Skudai, Tebrau, Ulu Choh dan Gunung Pulai? 

Bagaimana kedudukan tanah PUB di belakang Kem Pulada dan Kg Sungai Telor di Kota Tinggi? 

InsyaAllah, siri2 pendedahan mengenai petualang dan penderhaka sebenar negara akan dibongkar dari masa ke semasa. Mereka inilah Bughah yang seharusnya diperangi. Mereka jual negara, tali barut asing dan bertanggungjawab menjahanamkan negara sendiri! 

P/s Sidang Media selepas laporan polis semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Jin Ketagih Bersetubuh Dengan Isteri

Panggilan yang diterima lewat malam itu benar-benar memberi kesan. Sepanjang malam saya tidak dapat melelapkan mata kerana asyik memikirkan potongan ayat lelaki tersebut. “Isteri saya enak disetubuhi jin, sedangkan saya keseorangan di sofa ruang tamu dengan hanya ditemani nyamuk-nyamuk yang menggila seolah-olah mengejek-ejek diri saya," ungkap pemanggil tersebut. Teruja untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya telah mengaturkan satu pertemuan dengan pemanggil tersebut. Ridzwan, 31, (bukan nama sebenar) telah berjaya mengubah dimensi saya tentang kewujudan alam lain di muka bumi ini. Melihat secara luaran, perwatakan Ridzwan sama seperti lelaki-lelaki lain malah dia kelihatan kemas dan segak, sesuai dengan profesionnya sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka. Nyata telahan saya tersasar kerana menyangka Ridzwan seorang lelaki yang tidak terurus ekoran masalah yang sedang dialaminya itu. “Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah mahu membuka aib

Swinger Malaysia

Terkejut berok aku bila seorang kawan aku memaklumkan aku bahawa dia telah diajak oleh seorang pompuan berstatus isteri orang untuk ajak bertukar-tukar pasangan. Maknanya dia sedia “main” dengan kawan aku tu dengan syarat kawan aku pun sedia kasi isterinya main dengan suami pompuan tersebut. Atau dalam bahasa omputeh “swinging”. Yang buat aku mengucap panjang bila kawan aku cerita bahawa perempuan yang offer tu seorang Melayu beragama Islam dan tinggal di Johor. Katanya kalau kawan aku sudi, dia dialu-alukan untuk datang ke JB. Semua sudah disediakan termasuk “port” yang tiada gangguan. Kawan aku kata pompuan tu hanya sudi bertukar pasangan dengan pasangan suami isteri lain, tidak pasangan tidak berkahwin sama ada pasangan kekasih atau skandal. Sebab itu akan tidak adil bagi mereka. Aku tanyalah macam mana dia kenal pompuan tu? Katanya, dia berkenalan menerusi laman sosial popular. Hemm, aku kata tak aku percaya dengan laman sosial sebab sesiapa sahaja boleh menyamar. Tapi

GEMPAR!!! PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH!!

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH. Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari !!  Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.  Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 bat