Monday, 27 January 2014

Sekali Lagi Ketua Wira Perkasa Menempelak Najib

Pada tahun lepas ketua wira perkasa secara terbuka meminta najib untuk meletakkan jawatan sehingga beliau di beri amaran keras oleh barisan pimpinan tertinggi perkasa. Dan sekali lagi dengan beraninya ketua wira perkasa menempelak najib atas setiap perkara buruk yang berlaku dalam negara. Mungkinkah pimpinan tertinggi perkasa akan memanggilnya sekali lagi dan diberi katadua? Walaupun perkasa adalah badan NGO yang paling dibenci oleh rakyat namun wira perkasanya dilihat mampu menarik perhatian orang orang melayu dalam perjuangannya. Lihat sahaja tulisan ketua wiranya didalam blog peribadinya semalam.

Apakah kesilapan rakyat mengundi mereka mereka ini dan di amanahkan untuk menjadi kerajaan? Ataupun pemimpin sudah lupa pada AKU JANJI sebelum ini atau hanya sekadar pandai berjanji? Sudah sudahlah rakyat sudah mula benci pada kerajaan yang sedia ada kerana tidak cekap dalam mengurus takbir Negara. Ingatlah jika kami ditipu hanya sekali sahaja.

Klik ucapan penuhnya disini