Thursday, 30 January 2014

Dengan Menjadi MB, Anwar Mampu Menyaingi Najib

Jika keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dilihat menutup pintu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri maka dengan  menjadi Menteri Besar Selangor kelak sebuah negeri terkaya di Malaysia, maka harapan itu akan kembali terbuka dan cerah kepadanya.

Anwar telah berjaya meyakinkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam pekara ini serta loyalist nya dalam PAS.Jika tidak masakan mereka bersama dalam sidang akhbar  Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ADUN Kajang.Tidak ada sebab yang lain bagi Kit Siang dan Khalid bersetuju memberi laluan kepada Anwar di Kajang kecuali keyakinan kepadanya sebagai  PM masa depan.

Berada pada kedudukan MB sekalipun hanya pada kedudukan tertinggi  di peringkat  negeri adalah lebih berprestij,lebih dipandang tinggi,lebih berkuasa dari hanya menjadi anggota Parlimen.Sebagai seorang pemimpin politik yang berpegalaman adalah mustahil Anwar tidak tahu untuk menggunakan kedudukan ini dengan sebaiknya bagi kepentingan politik PR dan juga bagi mempastikan beliau sampai ke Putrayajaya pada pilihanraya akan datang.

Beliau akan menjadi MB yang akan menyaingi imej PM.

Masalah pengundi Kajang kecewa kerana  ADUN  mereka letak jawatan sebelum cukup tempoh untuk memberikan laluan pada Anwar atau tindakan itu membazirkan wang kerajaan dan rakyat dan sebagainya tidak akan mempengaruhi aliran pengundian atau akan menyebabkan pengundi berubah kepada BN.

Masyarakat Cina  menghormati Anwar kerana  berani mengambil risiko  dalam keadaan Najib menghadapi cabaran paling getir. Hanya orang yang tidak realis sahaja yang percaya bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri  akan memberontak.

Orang Pas  telah  dapat merasakan betapa nikmat dan terhormatnya  menjadi YB dengan sedikit sebanyak   kuasa dan betapa kuasa dapat membantu penyokong mereka.Pastinya DAP tidak akan menyokong PAS untuk jadi MB Selangor.Mereka pastinya tidak sanggup berkorban.

Soal Pas mengutamakan kepentingan agama semuanya karut belaka.Itu sebelum merasakan kuasa.Tetapi sekarang ialah soal untuk terus jadi ADUN.

Khalid Ibrahim pula sebagai Menteri Besar Selangor telah tidak mengecewakan rakyat malah  dikenali sebagai pemimpin yang no-nonsesense ,cekap mentadbir dan mengurus ekonomi   dan telah menambah kekuatan kewangan negeri Selangor yang memperkukuhkan  integritinya.Beliau dihormati oleh kawan dan lawan  dan juga oleh orang orang Cina kerana tidak banyak bermain politik. Beliau boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Anwar.

Kehebohan dan tentangan  terhadap  Anwar Ibrahim bertanding di Kajang hanyalah sementara sahaja. Semuanya akan sepi  tidak lama lagi dan Anwar akan keluar dari krisis ini dengan imej yang lebih besar dan lebih mayakinkan untuk menjadi ancaman dan ugutan yang lebih besar kepada Najib Tun Razak.