Friday, 31 January 2014

Najib: "Sekiranya kamu kacau aku, aku akan bersekongkol dengan musuhkuat kamu...."

Najib menjadi Perdana Menteri yang paling tidak dihormati rakyat didalam sejarah negara. Disamping dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia kerana kegagalan beliau mengawal kenaikan harga barang, Najib juga dilihat ditolak oleh majoriti ahli ahli partinya sendiri. Yang kelihatan masih bersabar dengan ketidakupayaan Najib dalam memimpin megara hanyalah terdiri daripada pemimpin pemimpin umno diperingkat negeri dan bahagian. 

Najib dilihat terpaksa menggunakan peruntukan yang agak banyak dalam membaik pulih namanya yang kini semakin menanah. Beberapa blogger upahan terpaksa dibayar untuk memuji muji kehebatannya malah blogger blogger ini juga diarahkan untuk memuji muji Rosmah sebagai "wanita pertama" yang banyak berjasa kepada negara.

Isu isu Najib dan keluarganya seolah olah tidak dapat ditutup lagi. Satu persatu Najib dimalukan. Ada juga yang mengatakan isu isu panas ini dibuka oleh orang orang umno sendiri yang telah ditaja oleh seseorang.

Nama yang disebut sebut sebagai tangan ghaib dibelakang semua itu adalah Dr Mahathir. Dr Mahathir sendiri telah menafikan berkali kali didalam media dan blog nya sendiri akan keterlibatannya dalam cubaan untuk menyingkirkan Najib dipersada kepimpinan.

Sebilangan ahli ahli umno nampaknya menyokong penuh untuk menyingkirkan Najib dengan membantu secara sukarela mengongsi artikel dan statement statement  panas Dr Mahathir menegur Najib.

Hampir kelihatan Najib tidak mampu untuk bernafas dalam menghadapi kemelut dalam umno ini. Namun begitu Najib dilihat menggunakan "talian hayat" apabila secara tiba tiba mengumumkan untuk mempertimbangkan berbaik baik dengan Anwar dengan menggunakan jambatan yang tersedia ada diantara Zahid Hamidi dan Anwar.

Buat seketika penyokong penyokong ultra Mahathir dilihat tergamam seketika. Ini mungkin salah satu signal yang dihantar oleh Najib kepada Mahathir. Mungkin maksud signal itu ialah... "Sekiranya kamu kacau aku, aku akan bersekongkol dengan musuh kuat kamu...."

Fakta Tahun Baru Cina

Di Malaysia perayaan ini dirayakan oleh kaum Cina . Namun begitu apabila diadakan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan semua kaum kaum turut terlibat.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

Pada kebiasaanya ia disambut pada setiap satu haribulan setiap tahun mengikut kalender Cina. 

Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab

Perayaan tahun baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan menurut kepercayaan orang cina.

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. 

Selepas makan malam , kira-kira pukul 12.00 malam semua ahli keluarga akan bersembahyang di tokong atau rumah masing-masing untuk ucapan selamat kepada Tuhan . Sembahyang juga dilakukan pada waktu pagi hari Tahun Baru Cina.

Individu yang mengetuai upacara khusus
Sembahyang ini diketuai oleh datuk dan nenek setiap keluarga. Semua ahli keluarga akan bersama-sama dalam upacara ini.

Tempat paling penting upacara perayaan ini ialah di Tokong dan di rumah.

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. 
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, sup, taukua, ikan ,khinzir,yu shang, tiram berkicap, dan lapan jenis sayuran yang dimakan bersama arak. 

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shou sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. 

Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina( chun lian ).

Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Limau mandarin- Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih bakul- Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".

Mi-mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

Hiasan BUNGA

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Setiap bunga memiliki maksud tertentu. 
Bunga plum- melambangkan tuah
Kumkuat- melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa- melambangkan panjang umur
Buluh- tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari- bermaksud tahun yang elok

Selalunya masyarakat Cina meletakkan perhiasan berupa gambar ikan . Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. 

Jongkong Yuanbao- melambangkan wang dan/atau kemewahan. 
Tanglung- Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.

Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. 

Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simbul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling yangbpaling tua dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. 
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. 

Pemakaian pakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.






Ibubapa Berhutang Masa Dengan Anak anak

Bila anak tidur, cuba kita renung wajah dia. Semakin lama kita tengok semakin sayang kita rasa. Mulalah rasa bersalah bila teringat kita marah dia siang tadi. Itupun jika kita ada perasaan itu. Kalau takda rasa, baik kita istighfar banyak-banyak. cucilah hati dengan 'clorox'. 


Anak-anak bising, lompat-lompat kita marah suruh duduk diam. Lupa pulak kita anak yang tak normal je duduk diam kan? Takpun anak yang dah terlantar sakit.

Pagi hingga petang dan kadang-kadang malam kita keluar. Ada yang jumpa anak tak sampai sejam. Dah jumpa marah-marah anak tu. Anak tengah bercerita kita pura-pura dengar "iye..ummi dengar ni" tapi mata dekat phone. Dok senyum-senyum baca whatsApp. Badan kita je kat rumah tapi hati dan minda kita jauh kat luar sana. Kesian anak...mana hak anak kita ya?

Hari ni kita buat macam tu dekat anak kita. Kita tunggu nanti 20 tahun lagi. Agak-agaknya anak kita akan buat benda yang sama tak? Masa tu kita jangan cakap anak kita derhaka ya sebabnya kita yang didik dia jadi begitu. Masa tu jangan ungkit berapa RM kita habiskan untuk dia sedangkan kita sebenarnya terhutang masa dengan anak-anak kita. Kalau dicampur-canpur masa yang berkualiti tu agaknya berapa tahun je hidup kita dengan anak kita.

Cubalah tutup laptop kita. Ketepikan gadjet-gadjet yang mahal-mahal tu bila kita di rumah. Sebab jika kita berhutang duit, duit boleh dibayar..tetapi jika kita berhutang masa. Masa tidak akan kembali.

Renungkan lah

Thursday, 30 January 2014

ISMA: Najib Mengecewakan

BANGI, 30 Jan – Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendiamkan diri berhubung isu kalimah Allah sangat mendukacitakan.
“Jawapan Najib sangat mengecewakan kerana gagal memberi perhatian kepada rakyat Islam yang majoriti.
“Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang melampau,” demikian tegas Naib Presiden II ISMA, Encik Abdul Rahman Mat Dali.
Datuk Seri Najib hari ini dalam pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah Allah kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.
Kata Najib,  beliau adalah seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum. 
Justeru ujar Encik Rahman, ini sekali lagi membuktikan Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini. 
Bahkan beliau juga tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu pada masa hadapan.

Siapa Khannas Yang Sebenarnya?

Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........

Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya.

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. ....

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'. ....

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. 
Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!". 

Wallahu’alam….....

Siapa Qarin? Awasi Diri Anda Dari Qarin....

Siapakah Qarin? Tentu ramai daripada kita telah tahu tentang kewujudan qarin ini tetapi kemungkinan ada yang masih tidak mengetahui tentang Qarin ini. Hakikatnya, begitulah kehendak Allah SWT bahawa setiap manusia yang dilahirkan sehinggalah matinya anak Adam, kita mempunyai satu jin kafir yang menjadi peneman ke mana sahaja kita pergi samada siang mahupun malam.

Qarin ini akan mengajak kita melakukan kejahatan dan menahan daripada melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Oleh kerana ia terlalu rapat dengan manusia maka ianya digelar Qarin atau Jin pendamping manusia.




Qarin dijadikan Allah sebagai pendamping setiap manusia

Oleh yang demikian, maka Allah mengutuskan pula malaikat yang mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Maka manusialah pula yang membuat pilihan sama ada mentaati arahan malaikat ataupun jin qarin.

Rasulullah SAW ada bersabda :

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدً إِلَّا وَمَعَهُ قَرِينُهُ مِنَ الجِنِّ وَقَرِينُهُ مِنَ المَلَائِكَةِ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رسولَ اللهِ قَالَ وَإِيَّايَ وَلَكِنِّ اللهَ تعالى أَعَانَنِي عليه فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ


“Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”
(Abdullah bin Mas’ud RA)

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ianya sebagai “kembar” setiap manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.


Qarin mendorong manusia ke arah kejahatan (gambar hiasan sahaja)

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong manusia membuat kejahatan. Sebagai contoh dalam situasi kita hari ini, qarin akan sering membisikkan was-was, melalaikan solat, berasa berat hendak membaca al-Quran, terasa manisnya tatkala melakukan maksiat dan sebagainya. Malah ia akan bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya daripada membuat ibadah dan kebaikan.

Maka dengan itu, untuk mengimbangi usaha qarin ini lalu Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.


Amalan zikir menjadi pendinding manusia daripada gangguan syaitan

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sayyidatina Aisyah menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah SAW keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata:

“Aku merasa cemburu.” tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa yang terjadi, apakah yang menyebabkan engkau cemburu?”

Maka Aisyah berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”

Sabda Baginda: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aisyah bertanya lagi : “Apakah aku juga mempunyai syaitan?”

Sabda Baginda: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aisyah bertanya : “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?”

Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

فُضِّلْتُ عَلَى آدَمَ بِخَصْلَتَيْنِ كَانَ شَيْطَانِي كَافِرًا فَأَعَانَنِي اللهُ عَلَيْهِ حَتَّى أَسْلَمَ وَكَانَ أَزْوَاجِي عَوْنًا لِي وَكَانَ شَيْطَانُ آدَمَ كَافِرًا وَزَوْجَتُهُ عَوْنًا على خَطِيئَتِهِ

“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam AS dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantunya membuat kesalahan.” (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi pula menceritakan: “Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang yang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk.

Maka ditanya mengapa engkau kurus? Jawab syaitan tadi “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, tatkala makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Seterusnya, Qarin hanya akan berpisah dengan “kembar”nya hanya apabila manusia itu meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang.

Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Oleh yang demikian, sebagai manusia biasa pastinya kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Manusia yang diberi akal oleh Allah untuk berfikir mana baik dan buruk. Andai kita terpesong, maka tugas kita dianggap belum selesai jika tidak kembali kepada Allah kerana di akhirat nanti kita akan disoal olehNya tetapi Qarin terlepas.. maka siapakah yang rugi di sini.

Renung-renungkanlah…

Dengan Menjadi MB, Anwar Mampu Menyaingi Najib

Jika keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dilihat menutup pintu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri maka dengan  menjadi Menteri Besar Selangor kelak sebuah negeri terkaya di Malaysia, maka harapan itu akan kembali terbuka dan cerah kepadanya.

Anwar telah berjaya meyakinkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam pekara ini serta loyalist nya dalam PAS.Jika tidak masakan mereka bersama dalam sidang akhbar  Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil ADUN Kajang.Tidak ada sebab yang lain bagi Kit Siang dan Khalid bersetuju memberi laluan kepada Anwar di Kajang kecuali keyakinan kepadanya sebagai  PM masa depan.

Berada pada kedudukan MB sekalipun hanya pada kedudukan tertinggi  di peringkat  negeri adalah lebih berprestij,lebih dipandang tinggi,lebih berkuasa dari hanya menjadi anggota Parlimen.Sebagai seorang pemimpin politik yang berpegalaman adalah mustahil Anwar tidak tahu untuk menggunakan kedudukan ini dengan sebaiknya bagi kepentingan politik PR dan juga bagi mempastikan beliau sampai ke Putrayajaya pada pilihanraya akan datang.

Beliau akan menjadi MB yang akan menyaingi imej PM.

Masalah pengundi Kajang kecewa kerana  ADUN  mereka letak jawatan sebelum cukup tempoh untuk memberikan laluan pada Anwar atau tindakan itu membazirkan wang kerajaan dan rakyat dan sebagainya tidak akan mempengaruhi aliran pengundian atau akan menyebabkan pengundi berubah kepada BN.

Masyarakat Cina  menghormati Anwar kerana  berani mengambil risiko  dalam keadaan Najib menghadapi cabaran paling getir. Hanya orang yang tidak realis sahaja yang percaya bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri  akan memberontak.

Orang Pas  telah  dapat merasakan betapa nikmat dan terhormatnya  menjadi YB dengan sedikit sebanyak   kuasa dan betapa kuasa dapat membantu penyokong mereka.Pastinya DAP tidak akan menyokong PAS untuk jadi MB Selangor.Mereka pastinya tidak sanggup berkorban.

Soal Pas mengutamakan kepentingan agama semuanya karut belaka.Itu sebelum merasakan kuasa.Tetapi sekarang ialah soal untuk terus jadi ADUN.

Khalid Ibrahim pula sebagai Menteri Besar Selangor telah tidak mengecewakan rakyat malah  dikenali sebagai pemimpin yang no-nonsesense ,cekap mentadbir dan mengurus ekonomi   dan telah menambah kekuatan kewangan negeri Selangor yang memperkukuhkan  integritinya.Beliau dihormati oleh kawan dan lawan  dan juga oleh orang orang Cina kerana tidak banyak bermain politik. Beliau boleh menjadi pembantu yang berkesan kepada Anwar.

Kehebohan dan tentangan  terhadap  Anwar Ibrahim bertanding di Kajang hanyalah sementara sahaja. Semuanya akan sepi  tidak lama lagi dan Anwar akan keluar dari krisis ini dengan imej yang lebih besar dan lebih mayakinkan untuk menjadi ancaman dan ugutan yang lebih besar kepada Najib Tun Razak.

Wednesday, 29 January 2014

Gempar!!! Sinaran Cosmos Akan Memasuki Bumi

Malam ni pd pkl 12.30-3.30 pg sinaran cosmos akn memasuki bumi dr marikh. Sila matikan telefon pd waktu malam. Jangan letakkan telefon berdekatan anda dan pastikan tiada telefon diletakkan berdekatan anda semasa tidur kerana menurut NASA menerusi berita BBC sinaran tersebut sangat merbahaya. 

Sebarkan Dari P5 ATB 2 -maklumat di terima dari ESSCOM menyatakan tsunami kemungkinan akan melanda pantai timur sabah dalam masa 36 jam. Mereka terima dari Jabatan Kajicuaca Sabah. Maklumat lengkap akan menyusul. 

D Tv3 tadi disiarkan esok diramalkan ribut d Sabah dan Labuan. Brunei juga. Pahang diberi amaran banjir besar lagi kali kedua. TERKINI!!Jepun telah memberi amaranTsunami 6-7 S.R dalam masa 36 jam dan semua diarah berjaga-jaga.


ACEH pukul 5 pagi tadi mendengar suara anjing lagi mengaum sperti suara raksasa utk yg kedua kalinya dari bawah dasar laut Samudra Pasifik . 

Menurut para ulama, itu suara Dajjal yg berusaha naik ke dunia. 

Oleh krn itu kita diperintahkan : Sentiasa tidak berhenti mngumandangkan azan dan mendirikn solat. 

MESIR DILANDA SALJI , RIBUAN IKAN TERDAMPAR DI LAHAD DATU dan yang terbaru IKAN LUMBA-LUMBA , KETAM , DAN SEGALA JENIS HAIWAN LAUT LARI KE DARAT DI PELANTAR PERAIRAN TERENGGANU SEHINGGAKAN PEKERJA PELANTAR MELAUNGKAN AZAN ! Dan sekarang ni dikatakan PERALIHAN KUTUB sedang berlaku dan UMAT ISLAM perlu update BEARING KIBLAT masing-masing . 

Hanya Allah sahaja yg maha mengetahui . Jika ada perubahan kutub makna nya matahari akan berubah arah dan terbit dari sebelah barat . Siapa yg membaca ini, tlng sebarkan. 

Sila hantar kepada rakan anda agar dismpikan berita ini. Jgn dipermainkan, Lillahi Ta'ala . Demi Allah ini amanahmu. Kiriman dri kawan saya semoga menjadi peringatan. 

Wallahua’lam....

Dipetik dari fb

Pas ni Apa? Parti TupperWare?

Anwar Buat PAS Macam Parti TupperWare !! PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat. “Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Senarai Surah Didalam AlQuran

 
Senarai Surah

1) Al-Faatihah
2) Al-Baqarah
3) A-li'Imraan
4) An-Nisaa'
5) Al-Maaidah
6) Al-An'aam
7) Al-A'raaf
8) Al-Anfaal
9) At-Taubah
10) Yunus
11) Hud
12) Yusuf
13) Ar-Ra'd
14) Ibrahim
15) Al-Hijr
16) Al-Nahl
17) Al-Israa'
18) Al-Kahfi
19) Maryam
20) Taha
21) Al-Anbiyaa'
22) Al-Hajj
23) Al-Mu'minuun
24) An-Nuur
25) Al-Furqaan
26) Asy-Syu'araa'
27) An-Naml
28) Al-Qasas
29) Al-'Ankabuut
30) Ar-Ruum
31) Luqman
32) As-Sajdah
33) Al-Ahzaab
34) Saba'
35) Faatir
36) Yaa Siin
37) As-Saaffaat
38) Saad
39) Az-Zumar
40) Ghaafir
41) Fussilat
42) Asy-Syuura
43) Az-Zukhruf
44) Ad-Dukhaan
45) Al-Jaathiyah
46) Al-Ahqaaf
47) Muhammad
48) Al-Fat-h
49) Al-Hujuraat
50) Qaaf
51) Adz-Dzaariyaat
52) At-Tuur
53) An-Najm
54) Al-Qamar
55) Ar-Rahmaan
56) Al-Waaqi'ah
57) Al-Hadiid
58) Al-Mujaadalah
59) Al-Hasy-r
60) Al-Mumtahanah
61) As-Saff
62) Al-Jumu'ah
63) Al-Munaafiquun
64) At-Taghaabun
65) At-Talaaq
66) At-Tahriim
67) Al-Mulk
68) Al-Qalam
69) Al-Haaqqah
70) Al-Ma'aarij
71) Nuh
72) Al-Jinn
73) Al-Muzzammil
74) Al-Muddaththir
75) Al-Qiaamah
76) Al-Insaan
77) Al-Mursalaat
78) An-Naba'
79) An-Naazi'aat
80) 'Abasa
81) At-Takwiir
82) Al-Infitaar
83) Al-Mutaffifiin
84) Al-Insyiqaaq
85) Al-Buruuj
86) At-Taariq
87) Al-A'laa
88) Al-Ghaasyiyah
89) Al-Fajr
90) Al-Balad
91) Asy-Syams
92) Al-Lail
93) Adh-Dhuha
94) Ash-Syar-h
95) At-Tiin
96) Al-'Alaq
97) Al-Qadr
98) Al-Bayyinah
99) Az-Zalzalah
100) Al-'Aadiyaat
101) Al-Qaari'ah
102) At-Takaathur
103) Al-'Asr
104) Al-Humazah
105) Al-Fiil
106) Quraisy
107) Al-Maa'uun
108) Al-Kauthar
109) Al-Kaafiruun
110) An-Nasr
111) Al-Masad
112) Al-Ikhlaas
113) Al-Falaq
114) An-Naas