Monday, 30 December 2013

Malaysia ni siapa yang punya?

SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan.


Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut.



Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan.



"Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara.



"Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda.



"Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman Twitternya.

Kenapa Islam Tidak Berkembang Di Malaysia?

Mengapakah di Msia agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak ? KERANA ;


1)Orang Islam menjual / memperdagangkan agamanya. Air jampi di jual, Jus Tok Guru kononnya telah di jampi, Minyak ubat urut Anugerah kononnya di bacakan ayat suci 30 juzuk di jual dgn harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya di beri PERCUMA

2) Ustaz ustaz mengajar agama demand / meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3) Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat , orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu org dalam kesusahan (janda miskin, mangsa tanah runtuh)

4)Gereja boleh dimasuki pada bila bila masa. Tetapi masjid di kunci. (Tak bagi org masuk tidur kononnya)

5)Imam solat kerana waktu kerjanya (di bayar gaji). Paderi sukarela

6)Air zam zam di jual mahal. Tapi Kristian memberi Holly Water secara percuma

7)Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang. Tapi Kristian sibuk berdakwah

8)Ustaz ustaz sibuk menjual tanah suci. Membawa org ke Mekah. Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja org org susah membaiki rumah dan barang dapur.

9)Pegawai pegawai jabatan agama Islam , jabatan zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet "pengurusan" lebih besar di bandingkan kpd golongan asnaf.Paderi sibuk membuat kebajikan

10) Ustaz ustaz sibuk menjadi Tok Bomoh boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital

Nukilan seorang facebookers...