Sunday, 29 December 2013

Berpantang maut sebelum ajal


Berpantang maut sebelum ajal – Masyarakat Melayu memang terkenal dengan peribahasa nie terutamanya pada zaman datuk nenek moyang kita nie. Di dalam percakapan mesti akan diselitkan dengan pantun dan peribahasa. Tapi pada zaman kita nie semua peribahasa hanya sekadar dikumpulkan di dalam buku sahaja, jarang sekali kita mendengar serta menggunakan peribahasa di dalam perbualan seharian kita.
berpantang maut sebelum ajal
Namun jika Anda selalu menonton berita atau membaca surat khabar, mesti anda perasan peribahasa “berpantang maut sebelum ajal” ini selalu digunakan di awal tajuk berita.

Peribahasa yang ingin Admin kongsikan ini adalah peribahasa “berpantang maut sebelum ajal”. Selain itu ada juga peribahasa lain yang seakan-akan memberi maksud yang sama iaitu peribahasa berpantang undur sebelum kalah. Jadi apakah maksud peribahasa berpantang maut sebelum ajal ini?
Maksud peribahasa ini adalah merupakan peniup semangat untuk kita terus berjuang dan bertahan dalam apa jua keadaan.Ia bukan bermakna kita menentang atau tidak percaya dengan kekuasaan dan tetapan Allah tetapi kita perlu terus berikhtiar dan bukan hanya cuma berserah.
Kita digalakkan berusaha dalam apa jua keadaan dan bukannya hanya berserah mengharapkan keajaiban berlaku.Meskipun kita percaya ajal itu ditentukan oleh Allah namun kita perlu berusaha untuk melawan dan mencari penawar apabila berhadapan dengan apa jua penyakit atau musibah yang kita hadapi.
Klip video yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah antara salah satu contoh apa yang dimaksudkan dengan peribahasa berpantang maut sebelum ajal. Dalam keadaan yang kritikal mangsa masih lagi tenang meskipun dari sudut akal sesiapa saja yang melihatnya akan beranggapan adalah mustahil bahawa dia masih boleh hidup.
Namun setakat itu sahaja yang dapat dipertontonkan dalam video tersebut. Apa yang berlaku seterusnya selepas itu hanya mangsa dan mereka yang terlibat saja yang mengetahuinya. Sumber video Youtube Admin ambil daripada ~ Ozzy2u

Kenyataan Terbaik Pemimpin Umno Sepanjang 2013

1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam.

2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz

** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing. 

3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien

** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu. 

4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar

** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol. 

5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim.

** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.

6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin.

** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara.

7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua Polis Negara

** Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis.

8. Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT - Ustaz Fathul Bari

** Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik..

9. Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu.. - Hasan Malek.

** Mengulas sikap rakyat yang taknak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.

10. Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat. - Najib Razak

** Mengulas pengkritik2 Rosmah Mansur yang asyik membangkitkan kesalahan Rosmah Mansur.

11. Dedahkan pembekal dakwat kekal akan membuatkan rakyat berlumba2 beli dakwat kekal - Shahidan Kassim.

** Mengulas desakan rakyat agar pembekal dakwat kekal yang tak kekal didedahkan.

12. Memang pembohongan. Memang bangsat betul kenyataan itu.. - Shahrizat Jalil.

** Mengulas mengenai pendedahan Fuziah Salleh yang bantuan lambat tiba ke lokasi mangsa banjir.

13. Bekal khemah kepada mangsa banjir tidak pratikal kerana paling lama orang boleh duduk dalam khemah sejam saja sebab panas. Iklim kita berbeza dengan iklim negara matahari terbit (Jepun) - Shabery Cheek.

** Mengulas cadangan rakyat agar bantuan banjir lebih tersusun dengan penyediaan khemah bagi ibu2 dan wanita2 yang tidak selesa tidur dan duduk secara terbuka bercampur lelaki perempuan.

14. Israel ciplak slogan dari Malaysia - Shahidan Kassim.

** Mengulas isu slogan Endless Possibilities.

15. Harga petrol tak naik tetapi hanya subsidi aje dikurangkan - Najib Razak.

** Mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan isu kenaikan harga petrol dan diesel.

16. Keluar negara jika tak gembira dengan sistem politik di negara neh - Zahid Hamidi

** Mengulas sikap pembangkang yang menganjurkan pelbagai siri demo selepas gagal menawan Putrajaya.

17. Jangan makan gula, hidup lebih lama - Dr. Subramaniam.

** Mengulas pendirian kerajaan yang ber-ura2 memansuhkan subsidi gula ketika itu.

18.  Kurangkan gula, lebih baik untuk kehidupan seks anda - Najib

** Mengulas mengenai alasan pemahsuhan penuh subsidi gula serta merta.

19.  Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan - Hasan Malek.

** Memberikan ulasan kepada wartawan yang menemurah dia dalam satu program bantuan back to school.

BTW, aku rasa inila statement menteri paling bangang untuk tahun 2013. Dia berjaya pintas kedudukan Shahidan Kasim yang sepatutnya no 1 dalam senarai menteri bangang, tahniah. Last2 minit buat kenyataan yang bersesuai untuk meletakkan dia di kedudukan no 1. Artikel itu akan keluar soon. 

20. Saya tak lah bodoh sangat - Ahmad Maslan

** Mengulas kritikan di laman sosial yang beranggapan Ahmad Maslan bodoh kerana keluarkan kenyataan penggunaan minyak ikut tangga gaji.

21. Gaji RM3,000 ke bawah guna petrol RM132 sebulan, gaji RM5000 ke atas beli petrol RM375 sebulan. - Ahmad Maslan.

** Mengulas tindakan rakyat yang bising mengenai kenaikan petrol membebankan pengguna jalanraya.

22. BN kerajaan terbaik di dunia - Ahmad Maslan

** Mengulas pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat di negara neh.

23. Jangan beli rumah kalau harga rumah mahal - Ku Nan

** Mengulas rungutan rakyat mengenai harga rumah yang semakin mahal.

24. Naikkan kadar parking kepada RM40 sejam untuk elak kesesakan lalu lintas. - Cadangan oleh Khairiah Mohd Talha.

** Memberikan alternatif untuk mengurangkan kesesakan di jalan bandar2 utama sekitar KL.

25. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rosmah Mansur - Shahidan Kassim

** Respon selepas rakyat membidas isu penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah Mansur.

26. Keputusan jemput artis K-Pop beri pulangan RM140 juta pada Hari Belia 2012 - Shabery Cheek.

** Menjawab isu pembaziran kerajaan membiayai persembahan 3 artis kpop sebanyak RM1.6juta

27. Jangan beri BRIM kepada penyokong pembangkang - Perwakilan UMNO.

** Berucap atas pentas UMNO dalam sesi perbahasan.

28. Yang tak suka kerajaan BN keluar Malaysia - Wanita UMNO Kuantan.

** Mengulas mengenai perhimpunan rakyat 31 Dec protes kenaikan harga barang.

29. Kenaikan petrol tak memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada yang tiada kereta. - Bung Moktar Radin.

** Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol.

30. Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, susah - Haji Sairin Karno

** Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak.

31. Kerajaan akan kaji cadangan pelupusan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. (JPJ) Kerajaan akan mahsuhkan cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. Yeay. - Hishammuddin Hussein

** Mengulas kritikan rakyat mengenai usul yang dicadangkan kerajaan dan dimahsuhkan oleh kerajaan juga... errr?

32. BN berhak naikkan harga barang kerana menang pilihanraya - PERKASA.

** Mengulas sikap rakyat yang mengkritik tindakan BN menaikkan harga beberapa barang dalam negara selepas PRU tamat..

33. Kenaikan harga barang tiada kaitan dengan UMNO - Isa Samad

** Mengulas kritikan rakyat yang menyalahkan UMNO dalam kenaikan kos sara hidup. 

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/koleksi-kenyataan2-politik-yang-bangang.html#ixzz2onogzkpr

juga boleh layari di

http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/12/koleksi-kenyataan2-politik-yang-bangang.html

Terimakasih Dari Pj Blogspot

Sebagai blogger baru PjBlogspot ingin merakam ribuan terimakasih kepada blogger blogger yang disebutkan dibawah kerana telah menyumbangkan traffic sources yang banyak kepada blog ini. Nama nama dibawah ini adalah senarai blogger yang terdapat didalam blogger traffic sources PjBlogspot. Mungkin ramai lagi yang telah memautkan PjBlogspot kedalam blog mereka dan admin ucapkan terimakasih juga diatas sokongan kalian.

1. cenangau.blogspot.com

2. wasukalu.com wasukalu.com

3. gigitankerengga.blogspot.com

4. manjongmari.blogspot.com

5. hijabulcrewz.blogspot.com

6.     bloglist-malaysia.blogspot.com

7.     naimnikmat.blogspot.com

8.     addin77.blogspot.com

9.     gayapeneroka.blogspot.com

10.   siyasahsyariyah.blogspot.com

11.   omakkau.blogspot.com

12.   mountdweller.blogspot.com


GEMPAR!!! Tarikh Baru Kiamat Pada 1 Jan 2017

LONDON: Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi.
Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017.

Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’ Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya. - DM
*** Ramai dikalangan pengikut ajaran sesat itu yang telah mati sementara menunggu kiamat. Kiamat yang besar tak kunjung tiba tapi kiamat kecil pula yang menjemput ajal mereka. Semoga umat Islam tidak terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Amalan wajib diteruskan tidak kira bila kedatangan tarikh kiamat.


Macai Umno Terdiam Najib Sambut Krismas Di Penang

Perayaan Krismas peringkat kebangsaan dirayakan oleh Perdana Menteri bersama Lim Guan Eng di Pulau Pinang tahun ini.

NajibLGEkrismasPulauPinang
NajibLGEkrismastree
PMkrismas2013
NajibLGEkrismas5