Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Apakah Langkah Langkah Yang Perlu Anda Buat Bila Ditahan Polis

1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis? o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan 2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri? o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas 3. Bilakah anda ditahan? o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut o Apabila anda digari 4. Apa harus anda buat  apabila ditahan? o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan o Tanya apakah alasan anda ditahan o Tanya ke balai mana anda akan dibawa 5. Apakah hak anda setelah ditah

Mahyudin Diberi Tanggungjawab Penuh Sepanjang Najib Bercuti Tahun Baru

Menurut siasatan terperinci blogger Kadir Jasin PM akan ke luar negara Los Angeles dan Sydney merayakan tahun baru. Baca blog ini: "To be fair to all, I shot another SMS to Tengku Sharifuddin: “So the allegation that he might be in sydney and las vegas to see the sunrise on the new year could possibly be true. Someone from the CAG said pm wasn’t going abroad. I have to clarify in my blog. Anything u would like to add? Tq.”  Demonstrate but dont be like Siam  Nampaknya negara akan di kawal oleh Timbalan Perdana Menteri TSMY.

Malaysia ni siapa yang punya?

SHAH ALAM - Kenaikan harga barang dan perkhidmatan telah mendapat perhatian daripada semua lapisan masyarakat, walaupun bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin telah pun menyuarakan mengenai perkara itu, hari ini beliau terus menyindir tindakan kerajaan. Beliau yang juga pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa mengenai tindakan kerajaan apabila menerima respons rakyat berhubung perkara tersebut. Mohd Asri berkata, tindakan rakyat biasa sering disalah tafsir dan dianggap untuk menjatuhkan kerajaan. "Inilah nasib seorang rakyat biasa... jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara. "Diri diancam undang-undang penderhaka, jika diam menyimpan rasa di dada, dikata pula suka dan reda. "Naiklah harga semahunya, jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara, agak-agak Malaysia ini siapa punya?," tulisnya di laman Twitternya.

Berpantang maut sebelum ajal

Berpantang maut sebelum ajal  – Masyarakat Melayu memang terkenal dengan peribahasa nie terutamanya pada zaman datuk nenek moyang kita nie. Di dalam percakapan mesti akan diselitkan dengan pantun dan peribahasa. Tapi pada zaman kita nie semua peribahasa hanya sekadar dikumpulkan di dalam buku sahaja, jarang sekali kita mendengar serta menggunakan peribahasa di dalam perbualan seharian kita. Namun jika Anda selalu menonton berita atau membaca surat khabar, mesti anda perasan peribahasa “ berpantang maut sebelum ajal ” ini selalu digunakan di awal tajuk berita. Peribahasa yang ingin Admin kongsikan ini adalah peribahasa “berpantang maut sebelum ajal”. Selain itu ada juga peribahasa lain yang seakan-akan memberi maksud yang sama iaitu peribahasa  berpantang undur sebelum kalah . Jadi apakah maksud peribahasa berpantang maut sebelum ajal ini? Maksud peribahasa ini adalah merupakan peniup semangat untuk kita terus berjuang dan bertahan dalam apa jua keadaan.Ia bukan bermakna kita

Kenyataan Terbaik Pemimpin Umno Sepanjang 2013

1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek ** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam. 2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz ** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing.  3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien ** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu.  4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar ** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol.  5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim. ** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba. 6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin. ** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara. 7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua P

Terimakasih Dari Pj Blogspot

Sebagai blogger baru PjBlogspot ingin merakam ribuan terimakasih kepada blogger blogger yang disebutkan dibawah kerana telah menyumbangkan traffic sources yang banyak kepada blog ini. Nama nama dibawah ini adalah senarai blogger yang terdapat didalam blogger traffic sources PjBlogspot. Mungkin ramai lagi yang telah memautkan PjBlogspot kedalam blog mereka dan admin ucapkan terimakasih juga diatas sokongan kalian. 1. cenangau.blogspot.com 2. wasukalu.com wasukalu.com 3. gigitankerengga.blogspot.com 4. manjongmari.blogspot.com 5. hijabulcrewz.blogspot.com 6.     bloglist-malaysia.blogspot.com 7.     naimnikmat.blogspot.com 8.     addin77.blogspot.com 9.     gayapeneroka.blogspot.com 10.   siyasahsyariyah.blogspot.com 11.   omakkau.blogspot.com 12.   mountdweller.blogspot.com

GEMPAR!!! Tarikh Baru Kiamat Pada 1 Jan 2017

LONDON: Selepas kiamat tidak berlaku pada Jumaat lalu, muncul pula sekumpulan pengikut ajaran sesat yang mendakwa, ia akan berlaku empat tahun lagi. Tarikh baru kiamat, menurut kumpulan The Sword of God Brotherhood ialah pada 1 Januari 2017. Kumpulan itu mendakwa ‘Nabi Gabriel’ memberitahu mereka bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh berkenaan dan hanya anggota kumpulan itu saja akan terselamat sementara yang lain akan musnah dalam ‘neraka.’ Kenyataan itu dibuat selepas ribuan orang terpedaya dengan kepercayaan kononnya dunia akan musnah Jumaat lalu, seiring dengan hari terakhir dalam kalendar kuno kaum Maya. - DM *** Ramai dikalangan pengikut ajaran sesat itu yang telah mati sementara menunggu kiamat. Kiamat yang besar tak kunjung tiba tapi kiamat kecil pula yang menjemput ajal mereka. Semoga umat Islam tidak terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Amalan wajib diteruskan tidak kira bila kedatangan tarikh kiamat.

Macai Umno Terdiam Najib Sambut Krismas Di Penang

Perayaan Krismas peringkat kebangsaan dirayakan oleh Perdana Menteri bersama Lim Guan Eng di Pulau Pinang tahun ini.

Anwar Terus Diserang Cybertrooper Upahan Umno

Nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikaitkan kembali dengan isu kontroversi seks  melalui media sosial. Anwar yang dipetik dalam laman twitternya berkata : "Staf saya maklum blog Umno sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam 'favourite' saya," katanya.. Tambahnya, perkara itu telah sering berulang ekoran perbuatan  "cybertrooper". "Sudah banyak kali berlaku akibat "hack" cybertrooper," katanya. Sehubungan itu, daripada pemerhatian Sinar Harian Online juga mendapati sebuah laman blog pro-Umno telah menyebarkan berita mengenai Anwar yang meletakkannya sebagai "kegemaran" gambar aksi songsang di laman mikro itu. Dalam perkembangan sama, Anwar yang turut berbalas tweet dengan pengikutnya menyatakan perkara tersebut telah lama berlaku sehingga terpaksa menukar kata laluan akaun itu. "Bukan kali pertama, juga sebelum PRU. "Dah banyak kali di 'hack'. Tukar 'password'," katanya lagi.- sin

Mekah adalah Pusat Bumi, Rosak Mekah, Kiamatlah Dunia

“Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, Juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: “..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pe