Thursday, 26 December 2013

TERKINI: Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran tsunami akan berlaku dalam masa 36 jam

Di kabarkan Kerajaan Jepun mengeluarkan amaran tsunami akan berlaku dalam masa 36 jam. Namun begitu ia di nafikan oleh beberapa pihak. Screen capture berkenaan keadaan laut daripada Japan Meteorology Agency boleh di perolehi di (http://www.jma.go.jp/en/tsunami/). Sehingga kini tiada Amaran Tsunami yang dikeluarkan di Jepun. Mohon orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak pasti dan adalah dicadangkan agar menyemak terlebih dahulu dengan laman web agensi yang berkaitan seperti: Jabatan Meteorologi Malaysia (www.met.gov.my) Jabatan Pengairan dan Saliran (www.water.gov.my) Pacific Disaster Center (www.pdc.org) Portal Bencana MKN (http://portalbencana.mkn.gov.my)

Gambar dibawah adalah keadaan terkini di sekitar laut Sabah.

Bila Mahathir Bersuara, Nampak Sangat Bodohnya Najib

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.




Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).


"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.


"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau. 


Khairy Jamaluddin Bangga Dengan Didikan Agamanya

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin percaya bahawa tindakan umat Islam mengikuti sambutan Krismas – seperti yang pernah disertainya sebelum ini – tidak akan menjejaskan akidah penganut agama tersebut.


Menteri belia dan sukan itu dalam ucapan hari Krismasnya menceritakan pengalaman beliau bersekolah di sekolah rendah Katolik di Jepun yang diuruskan mubaligh Katolik dari Kanada.



"Kami semua menyanyi dalam koir. Bila tiba Krismas, mereka yang bukan Kristian turut menyanyi lagu yang tidak berunsur keagamaan. Saya fikir beberapa kawan juga menyanyi lagu keagamaan tapi mendiamkan diri dalam ayat tertentu.





"Saya pergi ke rumah kawan untuk (merayakan) Krismas. Saya diberi hadiah. Ibubapa saya juga bersedia, jadi saya bawa hadiah bersama untuk diberi kepada tuan rumah.

Berita selanjutnya disini

Fenomena Pelik: Orang Ramai Jangan Panik

Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah. Sumber