Wednesday, 25 December 2013

Perak Bakal Bertukar Kerajaan?

Tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dua calon PAS Perak mengambil tindakan mahkamah untuk menyingkirkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kerana tidak menjadi penduduk negeri itu semasa hari pengundian, 5 Mei lalu.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Februari 2014.

Salah seorang peguam dalam kes itu, Robin Lim, berkata saman difailkan terhadap Adun Manong dari BN, Mohamed Kamil Shafie dan Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya kerana melanggar Artikel 30 Perlembagaan Perak.

Katanya, Adun negeri tersebut mesti menjadi penduduk tetap Perak semasa hari pengundian.

KLIK untuk berita penuh

Kemelut Rumahtangga Obama

Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri, Michelle Obama kembali berhembus.

Tidak lama dulu tersebar berita kononnya Michelle pernah meminta cerai.

Kini, berita yang kebenarannya masih diragukan, kembali dilapor media Amerika Syarikat.

Laman web showbizspy kelmarin memetik laporan National Enquirer yang menyatakan Obama dan Michelle kini tidur di kamar berasingan.

Michelle dikatakan begitu serius mahu bercerai dengan suaminya selepas berkahwin selama 21 tahun.

Menurut sumber berkenaan, rumah tangga pasangan itu sudah lama goyang dan mereka hanya bertahan kerana anak serta karier politik Obama.

“Tetapi Michelle sekarang begitu marah.

Dia merasa dimalukan di depan dunia.

Dia sudah menemui peguam dan memaklumkan kepada Obama mengenai kesediaannya untuk bercerai,” lapor National Enquirer yang memetik sumber dari Rumah Putih.

Sumber berkenaan memberitahu, Michelle bagaimanapun bersedia tinggal di Rumah Putih selagi Obama menjadi presiden dan tetap menjalani kehidupan masing-masing.


Menurut National Enquirer, Michelle begitu berang selepas Obama bergambar dan bermesra dengan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt ketika menghadiri upacara berkaitan mendiang bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela.

Kasihan: Kanak Kanak Syria Makan Kotak

PERGOLAKAN yang melanda Syria memaksa penduduknya melakukan apa sahaja untuk menyambung nyawa.
Kanak-kanak dan remaja jelas menjadi mangsa akibat kerakusan manusia berebut kuasa sehingga ekonomi negara itu lumpuh dan bekalan makanan amat sukar diperolehi.
Dalam sebuah paparan video di YouTube, seorang remaja  ini dijumpai sedang duduk di tepi jalan sambil memegang kertas kotak.
Bila diselidiki rupanya remaja tersebut kebuluran akibat tiada makanan dan terpaksa makan kotak serta kertas untuk meneruskan hidup.
Kes sebegini semakin banyak telah dilaporkan di Syria dan keperluan bantuan kecemasan sangat diperlukan.
Pembaca boleh menyelami sendiri kesedihan remaja ini menerusi paparan YouTube yang berjudul RescueSyria-Makan kotak untuk hidup.
Video yang berdurasi selama 49 saat ini turut dikongsi oleh Sham Kamikaze di laman Facebooknya sebagai tanda prihatin terhadap mangsa perang di Syria.