Tuesday, 24 December 2013

Negara Akan Bangkrap Sekiranya Najib Terus Menjadi Perdana Menteri

PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.


Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.

Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula.
MRS ditubuhkan untuk mengkaji langkah sesuai dalam merasionalisasikan pemberian subsidi agar kesan pemansuhan atau pengurangannya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan rakyat disampaing berupaya mengukuhkan ekonomi negara.
Langkah yang seperti ini sangat penting untuk memastikan negara kekal berdaya saing sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang telus dan mapan.
Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi antara aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan.
Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun.
Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai bahana yang akan menimpa negara dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika negara masih mengekalkan subsidi termasuk antara kesan jangka panjang yang dijangkakan jika polisi itu diteruskan.
Kalau benar disebabkan subsidi negara boleh jatuh bankrap, rakyat sudah tentu rela ia dihapuskan.
Ini kerana tiada rakyat yang mahu negaranya bankrap sekali gus lebih teruk menjejaskan berbanding kehidupan yang dilalui sekarang.
Bagaimanapun timbul persoalan dalam isu tingkat pendapatan, apakah dengan apa yang diperolehi majoriti hari ini, rakyat Malaysia mampu hidup selesa dalam keadaan kos hidup mencanak sedangkan tangga gaji di takuk lama?
Usaha kerajaan melalui Model Ekonomi Baharu (MBE) dilihat cuba menumpukan peningkatan pendapatan per kapita rakyat menjelang 2020 dan mempertingkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta sederhana rendah kepada 40 peratus sepanjang MBE dilaksanakan.
Bagaimanapun, apakah kadar pergerakan gaji atau pendapatan rakyat seiring dengan pergerakan kos hidup secara purata tahunan?
Jika kenaikan pendapatan per kapita rakyat selari dengan penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan, mungkin ia tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat secara keseluruhannya.
Bagaimana jika penghapusan subsidi tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat?
Apakah kerajaan boleh beri jaminan jika subsidi dihapuskan, negara lebih kompetitif dan pendapatan rakyat akan meningkat?
Atau adakah kerajaan perlu cari jalan memastikan negara kompetitif dan pendapatan rakyat meningkat serta kemudian baru hapuskan subsidi berperingkat?
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media semalam, bahawa kerajaan sedang mencari jalan melindungi dan mengurangkan kesan kenaikan kos hidup (dalam konteks ayat beliau merujuk kepada kenaikan tol dan tarif elektrik) secara tidak langsung menjawab persoalan itu bahawa kerajaan pada masa ini belum menemui sebarang mekanisme sesuai untuk mengatasi masalah itu.
Atas sebab itulah, di sebalik tindakan mengurangkan atau menghapuskan subsidi yang sebagaimana disebut perdana menteri bahawa sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan, rakyat di mana-mana juga menjerit dan membantah kerana berasa hidup semakin terhimpit.
Inilah yang meresahkan sebahagian besar rakyat yang ber-pendapat kerajaan harus mencari langkah paling sesuai untuk menangani masalah ekonomi sebagaimana yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada era kemelesetan ekonomi 1987 dan 1997, bukan dengan terus meletakkan beban kepada rakyat.
Lebih-lebih lagi isu pembaziran, ketirisan, rasuah dan kecekapan masih menjadi isu pentadbiran kerajaan.
Sedangkan negara semaju Amerika Syarikat (AS) pun masih memberi subsidi dalam pelbagai sektor industri dan perkhidmatan sebagai mekanisme perlindungan industri negaranya.
Subsidi tanaman jagung, kerajaan AS memberi sebanyak AS$73 billion sepanjang tempoh 2006 hingga 2009.
Walaupun ia menyebabkan barangan komoditi negara sedang membangun terjejas, tetapi dari segi pertanggungjawaban AS terhadap industri dan rakyat, tidak boleh dipertikaikan.
Dalam konteks negara kita, bolehkah kerajaan memberik statistik pulangan dari segi daya saing dan gandaan yang bakal diperolehi daripada langkah penghapusan subsidi? Bolehkah kerajaan mengunjurkan peningkatan pendapatan rakyat hasil tindakan ini?
Kalau kenaikan tepung tahun depan sebanyak 20 sen dan tahun seterusnya 25 sen, maka sehingga 2015, harga tepung akan meningkat kepada RM1.20 iaitu lebih 50 peratus kenaikan. Ini belum dikira lain-lain barang kawalan. Apakah ini selaras dengan unjuran pendapatan per kapita rakyat ditetapkan MBE bagi tempoh sama?
Kalau pendapatan kita tinggi, secawan kopi berharga RM10 pun tidak menjadi masalah, satu kepala bufet RM100 pun tidak berbeban.
Sama juga dengan harga minyak, bagi yang mampu dan mempunyai kereta yang cukai jalannya RM2,000 atau RM10,000 pun tidak menjadi masalah jika minyak RM2.50 seliter.
Sejauh manakah MRS yang akan dilaksanakan membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana?
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatan kuasa yang serius dan komited memantau kenaikan harga barangan untuk menyekat kenaikan harga.
Katanya, bukan rakyat yang patut berjimat cermat tetapi kerajaan harus mengurus perbelanjaan lebih efektif.

GEMPAR: Penaja Gerakan Turun Kos Sara Hidup Ditahan Reman

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar ditahan reman kira-kira jam 11 malam tadi.


Menulis dalam satu kenyataan ringkas, Muhamad Azan berkata, polis akan mendapatkan perintah reman ke atasnya jam 10 pagi ini.



"Saya ditahan reman malam ini (tadi) untuk siasatan, esok pagi (pagi ini) jam 10 pagi polis akan mendapatkan perintah reman daripada majistret. Reman akan dibuat di IPD Dang Wangi.



"... mohon terus bersolidariti berikan sokongan. Perjuangan tidak akan berhenti di sini," katanya.



Turun merancang untuk mengadakan himpunan besar pada 31 Disember ini bagi meneruskan momentum membantah kenaikan kos sara hidup pada tahun depan.



Sementara itu, menerusi laman Facebook rasmi Turun Kos Sara Hidup - Turun menyatakan bahawa Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat telah tiba di IPD Dang Wangi sebentar tadi bersama-sama Pemuda Pas yang lain bagi memberi sokongan kepada Azan.



Para aktivis yang berkumpul di pekarangan IPD Dang Wangi turut menghasilkan poster sebagai tanda solidariti.



"Jangan cabar amarah rakyat" dan "we are all Azan Safar"," tulis mereka.

Fenomena Petanda Kiamat? Laut Terbelah Di Korea Selatan



Hari ini 24.Disember 2013 orang sibuk dengan peristiwa ikan melompat naik ke darat di kepulauan Tambisan, lahad Datu, Sabah. Ramai yang percaya peritiwa itu ada kaitan dengan Tsunami seperti yang pernah melanda Acheh, India, Phuket dan Malaysia pada 26 Dicember 2004.

Tsunami adalah peritiwa hebat dalam sejarah dunia. Mengubah bentuk muka bumi demi menstabilkan ekologi. Kuasa tuhan tidak terhad dan perancanganNYA adalah sebaik-baik rancangan. Tapi bukan satu-satunya peritiwa yang menunjukkan perancangan hebat ALLAH.

Fenomena taufan, pencairan ais, kewujudan salji di kawasan padang pasir dan lain-lain adalah kerana perancangan ALLAH.


Klik sini untuk bacaan seterusnya

Drummer Kumpulan Terkenal Santana Menjadi Pengemis

OAKLAND - CALIFORNIA. Band latin rock, Santana Blues diketuai Carlos Santana suatu masa dahulu pernah popular dengan lagu Black Magic Woman dan Evil Ways.

Kemuncak penampilan mereka pada 1960-an menambahkan bisa menerusi pemain drumnya, Marcus Malone.

Selepas kumpulan itu berpecah lebih 40 tahun, Malone menjadi pengemis di Oakland selepas bebas dari penjara.

Liputan kisah hidup Malone disiarkan dalam program People Behaving Badly akhirnya menemukan dua sahabat itu.

“Pertemuan Santana dengan Malone berlaku penuh emosi selepas saya dihubungi Santana menerusi Facebook,” menurut wartawan Robert Stanley kepada DyMail.

Anjing Gigit Tuan, Itulah Terjadi Pada Najib

Penutup akhir tahun 2013 ini di panaskan dengan isu kenaikan harga barang serta beberapa kenaikan harga keluaran barangan perniagaan yang dimonopoli oleh syarikat syarikat tajaan kerajaan seperti petronas, tenaga nasional serta tol dan pengangkutan awam iaitu LRT.

Kenaikan yang tidak terkawal ini cuba dialihkan perhatian dengan isu ajaran shiah yang kononnya dianuti oleh Timbalan Presiden Pas iaitu Mat Sabu. Agak mencuit hati kerana tuduhan yang dikenakan oleh zahid komedi terhadap Mat Sabu tidak berasas sama sekali dan lebih kepada prasangka dan tak nampakpun ianya satu kesalahan malahan pemimpin umno juga kelihatan berbaik baik dengan pemimpin shiah dunia iaitu negara Iran. 

Najib juga sepatutnya diambil tindakan keras oleh Jakim kerana tak semena mena pernah mengadap sembah kepada kepala besar kristian dunia walaupun tanpa diundang. Najib juga pernah dipersalahkan oleh Wira perkasa malaysia dan diarah untuk meletak jawatan kerana terlibat menandatangani surat kebenaran yang membenarkan injil dicetak didalam bahasa melayu.

Bolehlah kita gambarkan bahawa kerajaan najib adalah kerajaan yang paling kartun yang pernah umno  lahirkan semenjak merdeka. Walaupun pak lah pernah cuba membudayakan islam hadhari nya suatu ketika dulu tetapi budaya islam yang cuba dilahirkan oleh najib adalah lebih teruk. Hampir setiap tindakan najib lebih terarah kepada tindakan jangka pendek untuk mengekalkan jawatannya.

Tindakan drastik najib cuba merasuah para ustaz dengan jawatan tertinggi dalam umno juga dikira satu tindakan yang terdesak dimana ianya dilihat cuba menunjuk nunjuk bahawa najib mahukan islam. Namun begitu rakyat melihatnya sebagai satu cerita kartun yang begitu kelakar kerana najib mahukan ustaz tapi najib sendiri tidak mahu mengikut cakap ustaz. Dah berbuih mulut ustaz nasihatkan najib supaya jangan jadi lelaki dayus tapi najib tetap tidak berani mengarahkan rosmah untuk menutup aurat.

Diakhir tahun ini juga ramai blogger upahan umno nampaknya sudah mula berpatah arang dengan umno, ini kerana adanya ura ura mahukan supaya wang saraan blogger upahan disekat atau dikurangkan. Blogger yang tak bertuan mula mencari salah umno dan pura pura berjuang demi rakyat. Kelihatan artikel mereka sudah nampak cenderung menggunakan bahasa rakyat walhal dulu mereka lah yang menjadi anjing salakan yang mempertahankan bos mereka.

Bayangkanlah diwaktu minyak naik harga mereka boleh pula menyokong kenaikan itu dan heboh didalam media dimana mereka menghina rakyat miskin supaya naik basikal sekiranya tak mahu menggunakan petrol. Begitu juga bila naiknya harga gula, mereka menghina rakyat supaya jangan gunakan gula kalau tak mampu beli gula. Tetapi bila diwar warkan elaun mereka akan dipotong tiba tiba mereka cuba menjadi juara rakyat yang konon kononya berjuang untuk rakyat. Tiba tiba mereka pula menentang segala kenaikan harga barang yang dibuat oleh bos mereka. Memang kartun....

Dedah!!! Kenapa macai umno tak marah harga barang naik...

Setelah disiasat serta disokong oleh bukti2 gred A aku merumuskan beberapa sebab mengapa masih ada melayu yang jadi penganut umno dan sangat taksub dengan kerajaan 47%, antaranye ialah;


1. rumah mereka tiada kemudahan letrik jadi kenaikan tarif letrik tak jadi kudis pun bagi mereka.

2. keperluan seharian mereka terlalu asas..kutip pucuk2 kayu di belakang rumah dan tangkap ikan di baruh sudah cukup sebagai hidangan seharian..kalau sebut GST diorang akan tanya balik "nate gapo ji..es..ti tu awe..racun padi ko?"

3. anak2 mereka tidak bersekolah..kalau ada pun takat darjah 3 ja..sebut PTPTN depa kata "ni nama baru RISDA ke..?"

4. dapat hadir ke majlis2 yang melibatkan menteri atau pemimpin umno adalah satu keseronokan yang tidak terhingga walaupun sekadar tukang tepuk tangan kerana berpeluang dapat makan free, dapat t'shirt dan topi percuma dan yang paling tidak dapat dilupakan mereka akan disajikan dengan janji2 seperti puluhan tahun yang lalu "pakcik akan dapat rumah baru taklama lagi, nama dah ada dalam senarai.."

5. bukti2 lain akan didedahkan pada masa yang sesuai..bukti gred AAA (cam bateri daaa..)

By Otai reformasi II