Saturday, 21 December 2013

Dileep Kumar Tetap Solat Walau Sibuk Di Bollywood

MENJADI adat! Di Bollywood, apabila seseorang itu berjaya menempa nama di persada dunia sehingga menikmati hidup dalam kemewahan, mereka berpusu-pusu menukar nama Islam menjadi Hindu, sebaliknya saya selesa dengan nama Allah Rakha Rahman atau AR Rahman,” itulah kata-kata pemuzik terkenal India yang nama asalnya Dileep Kumar.


Pasti ramai di Malaysia kurang mengenali pemilik nama ini, tetapi bagi peminat filem Hindustan tegar yang pernah mendengar muzik ciptaannya dalam filem Dil Se, Taal, Swades, Chazyya Chaiyya, Rang de Basanti dan Slumdog Millionaire amat mengenalinya. Dia lebih dikenali melalui alunan muziknya.



Jiwa kosong, rasa gelisah



Pembabitan dalam dunia muzik bermula seawal usia 11 tahun, beliau menjadi matang dengan rencam dunia pemuzik. Terfikir dibenaknya perlukah seorang pemuzik menghisap rokok, mabuk dan mengambil dadah?



Pergaulannya dengan ramai pemuzik menemukan beliau dengan seorang pemuzik yang memberikannya pandangan berbeza.



Pemuzik tersebut tidak mempunyai tabiat buruk malah menghasilkan banyak karya hebat. Kerana itu AR Rahman terselamat daripada pengaruh tidak sihat.



Ada ketikanya jiwa AR Rahman berasa kosong, gelisah seakan tercari-cari sesuatu, apakah yang dicari? Adakah Tuhan?



Pada asalnya, AR Rahman langsung tidak mempercayai Tuhan, kemudiannya dia menyembah berhala, tetapi tidak mampu menenangkan hatinya yang gundah.



AR Rahman bermimpi didatangi lelaki berjubah putih mengajaknya memeluk Islam. Tapi dia tidak mengendahkan mimpi itu dan menganggap hanya mainan tidur dan mimpi itu berlarutan sekembalinya ke India. Segera dia menceritakan kepada ibunya yang kemudiannya menyarankan AR Rahman supaya memeluk Islam.



Keluarga AR Rahman ditimpa musibah apabila kakaknya sakit. Apa yang dideritai kakaknya sama seperti yang berlaku kepada bapanya menanggung sakit hingga ke akhirnya. Keluarga AR Rahman memanggil paderi dan sami Hindu untuk berdoa supaya kakaknya sembuh, tetapi langsung tiada hasilnya.



Akhirnya AR Rahman dipertemukan dengan seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri. Seingat AR Rahman, keluarganya pernah bertemu Pit Qadri semasa ayahnya terlantar sakit.



Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamalkan Pit, kakak AR Rahman berjaya disembuhkan.



Kuasa besar mentadbir alam



Pengalaman perjalanan hidup banyak mengajarnya, sehingga dia dan seluruh keluarganya memilih Islam. Kehilangan ayahnya membuat AR Rahman berfikir hidup ini bukan ditentukan mengikut kehendak seseorang. Dia merasakan ada suatu kuasa besar mengatur semua itu, cuma dia tidak tahu apa, atau siapa.



Jawapannya hanya ditemui apabila dia memeluk Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Bersama Islam juga dia berjaya menghilangkan perasaan rasa rendah dirinya.



AR Rahman merasakan dirinya bagai dilahirkan semula. Malah bukan itu saja, kerjayanya pun berubah mendadak, dan rezekinya melimpah-ruah.



Pada 1989, AR Rahman berjaya memiliki studio sendiri yang mempunyai kelengkapan paling canggih di Asia. Dia juga berjaya mencipta kekayaan dengan penjualan album daripada filem dan mencipta lagu.



Namun kekayaan yang melimpah-ruah tidak pernah menutup mata AR Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah semakin mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Dia mengatakan apabila kita dikelilingi kemewahan, duit dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lupa diri amat mudah. Hanya kepercayaan dan keimanan yang mampu menjaga kita.



Hari ini, setelah 20 tahun lebih memeluk Islam, AR Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang ditunjukkan Islam.



AR Rahman mengaku solat banyak membantunya menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan Tuhan sentiasa bersamanya.



Semua itu bukan saja mengingatkan AR Rahman mengenai dunia, tetapi juga hari akhirat. Justeru, dia tidak tinggal sembahyang walaupun terpaksa bergelut dengan kesibukan bekerja.



Kejayaan demi kejayaan dicapai dalam bidang muzik sehingga melayakkannya digelar Mozart Madras. Tetapi AR Rahman langsung tidak melupakan apa yang pernah dilaluinya sebagaimana dia mengingati saat manis hidupnya.

Serius Beb: Isu Penubuhan Makmal Kaji

kenapa petrol naik? ~kami akn kaji..
kenapa gula naik?~kami akn kaji..
kenapa tol naik?~kami akn kaji..
kenapa cukai naik?~kami akn kaji..
kenapa astro?~kami akn kaji..
kenapa bil letrik naik?~kami akn kaji..
kenapa bil air naik?~kami akn kaji..
kenapa barang naik?~kami akn kaji..
kenapa parking keta naik?~kami akn kaji..
kenapa indek rasuah naik?~kami akn kaji..
kenapa byk ketirisan?~kami akn kaji..
kenapa jenayah meningkat?~kami akn kaji..
kenapa bnyak runtuh?~kami akn kaji..
kenapa sistem kehakiman rosak?~kami akn kaji..
kenapa kuasa raja berkurangan?~kami akn kaji..
kenapa ada pust prjudian trbesar diasia?~kami akn kaji..
kenapa masih ada golongan yg mskin tegar?~kami akn kaji..
kenapa boleh ada syarikat yhudi dbumi m’sia?~kami akn kaji..
kenapa padi bnyk tapi kita msih import beras?~kami akn kaji..
kenapa bnarkn kpal prng US brlabuh dsini?~kami akn kaji..
kenapa kita mempunyai kekayaan melimpah ruah, tetapi hutang negara begitu tinggi?~kami akn kaji..

Kenapa kita makin tersepit, tetapi masih pilih ’orang yg sama’ menerajui negara??
Itu TUGAS RAKYAT MENGKAJI!!


Bernilaikah Pingat Emas Berbanding Nyawa Orang Islam?

1.SELAMAT BERSUKAN KONTIJEN MALAYSIA DIBUMI YG MENGAMALKAN PEMBERSIHAN KAUM

2.SEMOGA PINGAT EMAS MEMUASHATI PEMINPIN KITA INI SAUDARA KITA

3.SAMA ADA SUKA ATAU TAK SUKA KITA KENA MENGAKU MEREKA SAUDARA ISLAM KITA 

4.RAKYAT MALAYSIA MEJORITI ISLAM

5.NEGARA KITA DIGAMBARKAN SEBAGAI NEGARA ISLAM YG MAJU

6.DAN PEMIMPIN KITA PERNAH BERKATA BAHAWASANYA KERAJAAN MYANMAR NAK BELAJAR DARI KITA.... INI FAKTA 

7.JADI BILA ORG NAK BELAJAR DGN KITA MAKA MEREKA AKAN SEDIKIT SEBANYAK AKAN MENURUT KATA ATAU TEGURAN TOK GURU

8.ADAKAH NAJIB ADA TEGOR ATAU BAGI NOTA BANTAHAN DIATAS PERKARA INI

9.DAN APA TINDAKAN NAJIB AMBIK UTK MENGELAK PERKARA INI BERLARUTAN

10.RAKYAT AMAT2 BERHARAP NAJIB BERSUARA MENGENAI HAL INI

11.RAKYAT MALAYSIA RAMAI YG BERSIMPATI ADA YG MENITIS AIR MATA

12.JGN SAMPAI KITA DISOAL DIAKHIRAT NANTI 

13.MELIHAT GAMBAR SAJA AMAT MENYAYAT HATI

14.KAMI RAKYAT MENUNTUT NAJIB MELAKUKAN SESUATU JIKA BENAR SEPERTI YG DILAUNGKAN BAHAWA MALAYSIA NEGARA ISLAM ANTARA YG TERMAJU

15.ALLAH MENCIPTA INSAN YG SAMA SAUDARA ISLAM SAUDARA KITA TAK KIRA BANGLA TAK KIRA BURMA

16.SEMOGA ALLAH MENYELAMAT SAUDARA KITA DARI PENINDASAN INI

Dr Muhammad Fazli: Nilai Matawang Dijangka Turun 10-20% Tahun Hadapan

SHAH ALAM – Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan tanpa kawalan, akan memberi kesan kepada nilai mata wang negara.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, nilai RM1 pembelian barang ketika ini dijangka turun kepada 80 atau 90 sen pada tahun hadapan dan 2015, berikutan kenaikan harga secara bertindan.

Beliau berkata, kejatuhan nilai wang itu juga akan menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan.

“Jika dilihat kenaikan tarif elektrik dan tol serta pengurangan subsidi gula, ia memberi kesan kepada pengguna dengan kenaikan harga barang dan inflasi juga dijangka meningkat dan ini memerlukan pemantauan berkala daripada pihak kerajaan.

“Jadi tidak ramai pengguna akan membeli (barang dan perkhidmatan) mungkin sebab mahal,” katanya ketika ditanya berhubung kuasa beli pengguna dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mohamad Fazli berkata, kesan kenaikan harga sesetengah barang dan perkhidmatan bermula bulan hadapan, secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku fenomena gelembung hartanah, iaitu situasi di mana masyarakat tidak berkemampuan membeli hartanah kerana bebanan hutang isi rumah tinggi.

“Nilai hartanah ketika ini sudah tinggi dan tidak ramai mampu memiliki kediaman sendiri. Jadi, orang akan fokus kepada barang keperluan asas, iaitu makanan seperti beras, gula dan tepung,” katanya.

Bagi mengatasi kesan kenaikan harga, Mohamad Fazli menyarankan masyarakat berhemah ketika berbelanja seperti menyediakan rancangan perbelanjaan, mengutamakan pembelian barang keperluan dan membuat perbandingan harga sebelum membeli barang.

Menurutnya, pengguna perlu menjadi masyarakat yang bermaklumat dan bijak dalam membuat keputusan berkaitan penggunaan dan perbelanjaan mereka.

“Program Rasionalisasi Subsidi (SRP) ini ada pro dan kontra kepada kerajaan dan masyarakat. Kerajaan pasti ada alasan sendiri jalankan program SRP disebabkan faktor kenaikan harga pasaran dunia dan untuk tujuan pembangunan.

“Masyarakat pula rasa sebaliknya, iaitu terbeban dengan kenaikan harga. Yang pasti, kenaikan akan berlaku dan kita perlu hadapinya. Kita sendiri yang mencorakkan perbelanjaan kita dan kena berbelanja di bawah lingkungan pendapatan,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya kerajaan mengkaji secara menyeluruh kesan kenaikan harga ke atas masyarakat di bandar dan luar bandar.