Friday, 20 December 2013

Ancaman Rampasan Kuasa: Telahan KDN Tepat

Bagai banjir menyerang Kuantan, begitulah juga berlaku di media media yang dahulunya begitu kuat mempertahankan kerajaan UBN selepas Pru 12 dan semasa Pru 13 yang lepas kini beralih arah apabila tiba tiba menyerang perdana menteri yang dahulunya amat mereka kasihi. 

Memang seperti diduga sebenarnya punca kemarahan mereka adalah lebih kepada sumber kewangan. Umum sudah pun mengetahui bagaimana blogger bloger kerajaan sememangnya disediakan dengan beberpa peruntukan seperti token ataupun program program yang sengaja diadakan atas nama media untuk kumpulan kumpulan blogger tertentu mendapatkan sumber kewangan.

Namun apabila kerajaan najib cuba mengurangkan kebergantungan kepada blogger blogger ini, mulalah blogger makan tuan. Anjing mana yang tak menyalak kalau makanannya dicatu. Anjing anjing ini pun sebenarnya cukup memahami bahawa kewangan negara pun sudah semakin tenat tetapi mereka pun behak juga diberi makan. Mereka juga sudah mengetahui betapa najib terlalu memanjakan isterinya sahaja.

Makan makan sambil bersembang dengan rosmah tidak dapat mengenyangkan perut mereka. Kursus kursus blogging dan diberi seaneka gajet gajet juga tidak dapat mengenyangkan perut mereka.

Lihat sahaja beberapa contoh blogger blogger dibawah. Sebenarnya ramai lagi contoh tapi cukuplah sekadar 4 nama gah ini yang dilihat sedang menyerang najib dan kerajaannya. Mungkin juga sudah ada gerakan untuk menjatuhkan najib daripada dalam umno. 

Mungkin itulah sebabnya tiba tiba KDN seakan akan takut kepada bayang bayang apabila mewar warkan ada agenda rampasan kuasa akan berlaku tetapi ianya bukanlah daripada Pakatan Rakyat, sebaliknya daripada orang orang Umno sendiri.


http://dinturtle.blogspot.com/2013/12/bancian-apakah-anda-mahu-najib-berundur.html


http://malayrights.blogspot.com/2013/12/pejabat-perdana-menteri-gagal.html


http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/12/gomo-hentam-pmo-kaw-kaw-agar-beliau.html


http://gelombangkick.blogspot.com/2013/12/tengok-tnb-tipu-rakyat-selamber-jer-ada.html

Wanita Mesir Berbogel Tunjuk Protes

1. Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy, 22, berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru ini.

2. Seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia dan imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel.

3. Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN.

4.Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel.

5. Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.

6. "Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan.

7. Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini digugurkan.

8. Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden.Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter.-Kosmo.


Surat Terbuka Ahli Parlimen Kepada MKN

Kenyataan Media MKN bertarikh 18 Dise bertajuk "Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013|2014" ada lah dirujuk.

Disini saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlakunya Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah di gariskan oleh Setiausaha MKN Datuk Mohammad Thajudeen Bin Abdul Wahab.

Saya juga mengalu-alukan langkah mengaturgerak aset pengurusan banjir di negeri-negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri Trengganu, Pahang dan Johor.

Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.

Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luarbiasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke Pusat -Pusat Pemindahan Banjir di Kuantan. 

Didalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa.

Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka didalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir.

Di antaranya ialah supaya MKN melantik pihak yang terlatih dan tidak terlibat dengan banjir untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir. Di dalam keadaan JKKK - Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung bertanggungjawab mengurus Pusat-Pusat Permindahan, disini lah kita lihat kelemahan -kelemahan didalam pengurusan Pusat Pemindahan dan justeru itu kelemahan didalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.

Diantaranya: 

1) Mereka sendiri (JKKK) merupakan mangsa-mangsa banjir sebab mereka pun dari kawasan setempat. Maka lambat lah mereka dapat mendaftar diri untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu selamatkan diri, keluarga dan harta benda. Saya kira mereka patut di bebaskan dari beban mengurus Pusat Pemindahan.

2) Adalah diiktiraf bahawa mereka(JKKK) punyai pengalaman uruskan mangsa banjir yang biasa berlaku tiap tahun dimana mangsa banjir di Pusat Pemindahan berjumlah paling ramai 500 orang rata2. Namun mereka sama sekali tidak punyai kepakaran pentadbiran mahupun kemampuan mengurus Pusat Permindahan dimana terdapat 3000 sehingga 5000 mangsa banjir seperti yang berlaku sewaktu Gelombang Pertama baru-baru ini. Sebab itu lah kita dapati banyak aduan mangsa yang kelaparan didalam keadaan makanan bertimbun-timbun. Antara alasan yang di berikan JKKK ialah peralatan tidak mencukupi. Pada saya itu ialah isu pentadbiran yang seharusnya boleh di atasi namun gagal diatasi oleh pihak pengurusan Pusat Pemindahan iaitu pihak JKKK.

3) Begitu juga apabila mangsa terpaksa tidur diatas lantai simen selama 3 atau 4 malam kerana kekurangan alas tikar dan selimut. Saya yakin ianya sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pengurusan Pusat Pemindahan Banjir diurus dengan cara lebih profesional.

4) Makanan yang diperlukan diawal mangsa dipindahkan ialah makanan segera dimakan seperti roti. Apa yang dilihat berlaku ialah terdapat beras bertimbun dan sardin dalam tin didalam keadaan tiada siapa yang bersedia untuk memasak.

5) Melantik pihak profesional untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir juga boleh mengelak daripada keadaan pilih kasih berlaku. Oleh kerana JKKK adalah merupakan dari kampung yang terlibat mereka dikenali oleh semua warga di Pusat Pemindahan. 

Aduan pilih kasih dan pemberian kepada kroni, samada benar atau tidak boleh di elakkan.Kita harus akur bahawa keadaan mangsa banjir yang menyabung nyawa meninggalkan rumah mereka dalam air yang deras. 

Kemudian pula dalam keadaan kesejukan tiada makanan dan tiada pakaian gantian dan juga tiada selimut, telah melalui keadaan trauma yang amat tinggi. Wajarlah kebajikan mereka diuruskan oleh pihak yang tidak terlibat dengan banjir yang tentu sekali boleh memaparkan tahap pengurusan yang lebih profesional.

Akhir kata saya ingin menyeru supaya MKN sendiri bersifat lebih profesional didalam menangani insiden banjir Gelombang Kedua ini sekiranya berlaku (doa dijauhkan Allah). 

Juga diharap tidak sekali-kali di politikkan isu ini seperti dalam jawapan Setiausaha MKN kepada surat terbuka Nur Adilla Abdul Rahim.Bencana Banjir Besar seperti ini tidak diingini oleh sesiapa. 

Akan tetapi Allah SWT sahaja yang tahu akan hikmahnya. Dan sama-sama lah kita bantu membantu diantara satu sama lain tanpa mengira sempadan politik.



Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
Naib Presiden KEADILAN


http://addin77.blogspot.com/2013/12/surat-terbuka-ahli-parlimen-kuantan.html