Monday, 16 December 2013

Menghadapi Tahun 2014 yang penuh mencabar

Sebilangan besar masyarakat dunia merasakan emosi pada pagi hari Isnin adalah sedikit kendur. Kekenduran pagi Isnin ini turut diberi nama jolokan 'monday blues'. 

Namun bagi saya, Isnin kali ini lain benar rasanya. Jauh lebih bersemangat dari Isnin yang lain. Mungkin faktor kemenangan besar Liverpool terhadap pasukan Spurs mempengaruhi hormon adrenalin untuk lebih bersemangat - semangat 5-0.

Pagi ini juga saya terlihat muka depan akhbar Sinar Harian yang agak mencuri perhatian. Muka depan yang terpampang perkataan "Tolonglah Jangan Naik" di semua edisi Sinar Harian seluruh negara, dengan berlatar-belakangkan lebuhraya yang penuh sesak dan juga satu gambarajah berfakta mengenai 'rasionalisasi subsidi'. 

Tajuk muka depan akhbar tersebut mencerminkan sesuatu yang lahir dari marhein. Ia satu rayuan rakyat seolah-olah merayu supaya janganlah terus menambah beban. Apakah yang dirayu itu? 

Jika rayuan itu memohon supaya kerajaan lebih berhati perut, saya percaya rayuan tersebut umpama mengejar fatamorgana.

Saya terus membelek akhbar sinar secara online untuk mencari sesuatu yang mungkin istimewa dalam edisi bertarikh hari ini. Akhirnya saya menemui satu tulisan menarik bertajuk "2014 tahun mencabar" oleh wartawan sinar harian. Saya bingkas menghubungi teman di Sinar untuk mengetahui siapakah penulis tersebut, namun gagal kerna teman saya belum masuk kerja untuk hari ini. 

Tulisan tersebut menghuraikan kenaikan demi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak, telah dan bakal berlaku. Antaranya ialah kenaikkan harga petrol pada September, kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikkan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 13 lebuhraya. 

Tulisan yang konprehensif ini turut merumuskan betapa rakyat terpaksa berdepan satu cabaran hebat untuk tahun 2014. Tulisan tersebut menekankan bahawa kenaikan yang berlaku adalah berbentuk 'super combo' dan menjerut leher rakyat yang berpendapatan rendah serta golongan sederhana. 

Asasnya, kadar peratus kenaikan gaji adalah sangat tidak selari dengan perkembangan mutakhir ini. Rakyat tersepit dengan unjuran 'negara maju' dan slogan 'rakyat didahulukan', apakah maknanya negara maju ketika rakyat menderita?

Daripada tulisan tersebut juga dapat dilihat satu persoalan yang paling utama - Mengapa kenaikan harga itu dibuat dalam tempoh yang singkat? Tidakkah kenaikan itu boleh dibuat dalam jumlah lebih kecil atau secara berperingkat?

Persoalan tersebut hadir tanpa jawapan, hanya persoalan semata-mata. Inilah yang membangkit naluri saya untuk menulis hari ini, untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh penulis wartawan Sinar Harian. 

Ada beberapa alasan picisan digunakan untuk mengolah persetujuan kenaikan-kenaikan ini, contohnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) umum akan kaji tambang LRT dan monorel, kaji yang bermaksud 'akan naik' dengan alasan tarif letrik naik.

Menteri JPM, Dato Seri Abd Wahid Omar juga mengumumkan bahawa telah tiba masanya kadar tol naik dengan alasan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

Pelbagai alasan dan kebetulan dinyatakan. Namun saya tetap merumuskan bahawa kenaikan mendadak yang 'bertingkek-tingkek' ini adalah hadiah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke-13. Inilah ibu segala punca, janganlah sesiapa nafikan.

Dengan umpan BR1M bernilai empat angka yang akhirnya 47% terpedaya, dengan modal negara aman ketika kes bunuh berleluasa, BN bertahan ditampuk kuasa dengan lima tahun tambahan nyawa. 

Dulu ketika nyawa-nyawa ikan, semua kenaikkan ditangguhkan kerana takut kebangkitan rakyat. Malah banyak kes berprofile tinggi seperti PKFZ, NFC dan skandal Scorpene, juga keputusannya ditangguh hingga selepas pilihanraya. Hanya selepas menang pilihanraya dan mendapat kuasa, barulah timbul keberanian untuk menaikkan segala-galanya. Pesalah rasuah dari pakej 'transformasi' juga dilepaskan oleh mahkamah.

Mari imbas kembali betapa jika BN tumbang, kenaikkan ini tidak akan berlaku malah penurunan harga petrol dan pemansuhan tol secara berperingkat telah dirancang. Tidak salah saya ungkit perkara ini walau berlalu seribu tahun, kerana kemenangan BN itu berlaku secara penipuan. Mereka menipu untuk menikmati semua kenaikan di atas selain survival hidup dan mati.

Saya yakin majoriti besar rakyat di negara ini telah memilih perubahan dalam pilihanraya lalu. Namun bagaimana untuk kekang pengundian berganda-ganda jika dakwat yang dijanjikan kekal, tidak kekal. Hampir 1500 laporan polis telah dibuat, tetapi kegemparan ini terus didiamkan.

Penipuan pilihanraya lalu janganlah sesekali dilupakan, harus terus lawan waima turun ke jalanan. Hak demokrasi kita untuk memilih kerajaan baru telah digelapkan. Nescaya selagi penipuan ini tidak dituntut untuk diadakan semula, selagi itu kita akan terus berada dalam kegelapan. 

Inilah jawapan saya di atas persoalan 'mengapa semua kenaikan berlaku secara bertindan' - Kerana BN bertahan dan terus berkuasa. Sesungguhnya, kesusahan rakyat adalah kesenangan bagi pemimpin BN kerana bila rakyat susah, maka mudahlah digula-gulakan. 

Saya dengan ini menyeru kepada semua, khususnya anak muda dan golongan pekerja, bangunlah dari tidur yang lena, bangan dan lawan, kerana rakyat sedang ditindas dan negara sedang dijarah di atas nama bangsa.

Dari tegak bertimpuh, biar rebah merempuh!

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2013/12/menjawab-persoalan-mengapa-kenaikan.html?

Blogger UMNO pun menyampah dengan perangkap politik Zahid Komedi

Cuba baca artikel blog dinturtle yang agak sedikit sinis berkenaan tuduhan kepada Mat Sabu timbalan presiden Pas yang mengikut ajaran Syiah. Bukan sahaja rakyat malahan penyokong tegar umno pun keliru dan menyampah dengan permainan pemimpin umno yang seolah olah mahu memerangkap musuh musuh politik mereka.





Saya nak sentuh sikit bab Syiah dan Mat Sabu yang sedang heboh diperkatakan sekarang. Sebelum ini saya tak berapa nak layan isu ini sebab tak berapa mahir bab2 mazhab. Jadi komen saya lebih kepada pemerhatian tentang apa yang berlaku ketika ini.

Mula2 kenyataan dari Jakim - Semua ajaran Syiah di Malaysia menyeleweng daripada Syarak ( TMI )



Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian Jakim, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

"Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam,"

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

  • Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Tidak ada Solat Jumaat.
  • Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Menghalalkan nikah Muta'ah. * Menolak Ijmak Ulama.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah S.A.W.
  • Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W.

"Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

"Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang,"

Buka blog http://dinturtle.blogspot.com/2013/12/isu-syiah-matsabu-kdn-kenapa-pelik-jer.html

Untuk kupasan yang lebih menarik lagi berkenaan silap strategi zahid dalam meraih populariti 
sila layari blog ini juga

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/12/peringatan-kepada-zahid-hamidi-kdn.html

Zahid Komidi Kehabisan punch line

Apabila diasak oleh media kemudiannya, Zahid berkata suatu sidang akhbar khas yang akan dilakukan Ketua Setiausaha KDN, Abdul Rahim Mohamad Radzi  akan diadakan untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut. Sebagaimana yang dijanjikan, petang 12 Disember, sidang akhbar itu diadakan dan 10 bukti yang dijanjikan adalah seperti berikut:

1. Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan Imam Khomeini melalui tulisannya bertajuk "Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeini" dalam ruangan Fikrah, akhbar Harakah.

2. Mat Sabu pernah menyatakan kekaguman dan kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau semasa berucap pada 13 Jun  2011.

3. Pada 2008, ketika mengulas perutusan sempena Hari Krismas bagi penganut Kristian di Malaysia, Mat Sabu telah menggunakan pendekatan ulama Syiah (Imam Khomeini) sebagai terma rujukan untuk meraih sokongan politik dan agenda perpaduan.

4. Semasa sesi temuramah bersama Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali menjelaskan Mat Sabu merupakan ikon Syiah dan beliau gagal menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.

5. Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin Syiah itu lebih empat hingga lima kali.

6. Beliau telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada tahun 2011 yang dikendalikan oleh dua ustaz berfahaman Syiah.

7. Mat Sabu didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar, Wilayah Satun, Selatan Thailand pada 2011 untuk mengunjungi pemimpin Syiah dan menghadiri ramah mesra di sana.

8. Pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin memberitahu, sahabat Mat Sabu selama 20 tahun iaitu C.N Afghani telah menjelaskan Mat Sabu kerap melawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom, Iran.

9. Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan oleh penganut Syiah pada satu ceramah di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada 2005.

10. Tuan Guru Haji Abdul Rahim dari Sungai Jagung, Pendang Kedah menjelaskan Mat Sabu dilihat menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujud yang merupakan ajaran sinonim dengan fahaman Syiah.

Itulah bukti-bukti yang dimiliki oleh KDN. Persoalan paling utama berdasarkan 10 bukti ini, bolehkah Mat Sabu ditahan sebagaimana ghairahnya Zahid Hamidi memberi arahan kepada Jamil Khir dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu?