Friday, 13 December 2013

Ustaz Kazim Gagal

Ustaz Kazim gagal lepasi rintangan dakwah pertama, kata Suhaizan????Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyifatkan pendakwah popular Mohammad Kazim Elias gagal melepasi rintangan sebagai ahli parti Islam itu apabila mengalah dengan mudah selepas menerima kritikan dan tohmahan...Jelas Suhaizan, Mohammad Kazim yang polular dengan panggilan 'ustaz Kazim' sepatutnya menghadapi segala cabaran tersebut sebagaimana yang pernah dilalui pemimpin PAS sebelum ini.

"Sebenarnya kita dalam PAS ada proses tapisan di mana tapisan ini bermaksud setiap orang akan melalui pelbagai ujian dalam dia bergerak dalam PAS.

"Jadi ada yang berjaya menghadapi ujian ini dan ada yang sebaliknya, bagi kita ustaz Kazim gagal melepasi ujian itulah," katanya kepada Antarapos.

Jelas beliau, ramai tokoh dan pemimpin PAS telah menempuh pelbagai cabaran sehingga meletakkan mereka mencapai kedudukan utama dalam parti.

"Ramai pemimpin PAS pada hari ini telah melalui proses itu dan ia bukan perkara baru...sebelum ini pernah berlaku dan ini bukan pelik," katanya mengulas mengenai kritikan terhadap Kazim selepas dilantik sebagai ahli Majli Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini.

Awal minggu lalu Mohammad Kazim mengumumkan keputusan keluar daripada PAS kerana kecewa dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh pucuk pimpinan dan anggota parti itu sejak sekian lama.

Bagaimanapun PAS Pusat menjelaskan Kazim sudah dipecat keanggotaannya sejak Mei lalu.

Mohammad Kazim berkata fitnah dan tohmahan itu semakin bertubi-tubi apabila beliau ditawarkan tempat sebagai anggota MT Umno, meskipun beliau belum menyatakan pendirian mengenai pelantikan itu.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyerahkan kepada Presiden Umno itu untuk mengumumkan kedudukannya berkaitan isu pelantikan itu.

Bagaimanapun pada 4 Disember Muhammad Kazim mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli MT Umno.

Menurut pendakwah muda ini, keputusan menolak pelantikan tersebut dibuat atas tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

PAS bukan parti tawarkan jawatan

Suhaizan menambah PAS bukan seperti Umno yang akan menawarkan jawatan kepada sesiapa sahaja yang dirasakan perlu bagi membantu memperkuatkan parti.

Ini kerana tegas beliau, PAS bukan syarikat atau agensi yang menawarkan peluang pekerjaan kepada umum.

"Parti ini bukan tawaranlah, kita (ahli) yang berkhidmat kepada parti...kita bukan agensi kerajaan atau swasta yang menawarkan pekerjaan.

"Ahli itu mesti 'contribute' kepada parti, itu sahaja...konsep itu (parti kepada ahli) salah.

"Maknanya parti menawarkan kerja kepada ahli, tidak...kita mesti 'contribute' kepada parti," katanya.

Bagaimanapun beliau menghormati keputusan dibuat Muhammad Kazim untuk menyertai Umno.

"Saya rasa kalau beliau nak masuk Umno itu saya hormatlah pendirian beliau itu, semoga beliau berjayalah dalam Umno.

"Diri masing-masing, kalau beliau rasa perlu kepada Umno kita tidaklah kata bangkang tapi kita hormat keputusan beliau itu," katanya.

Untuk rekod pada 29 November lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan Mohammad Kazim adalah antara sembilan anggota MT yang dilantik bagi melengkapkan jumlah 13 Majlis Tertinggi tambahan yang diputuskan presiden Umno mengikut Fasa 9.2.8 Perlembagaan Umno.

Engineer Paria Bagi Komen Bangang

Proton: Pengeluar kereta atau 'punching bag'?

APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah  merupakan jurutera graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.


*** Yang orang marah sebab kereta proton di Malaysia lg mahal dari kereta proton di Arab Saudi.. tu pun susah nak paham..pastu letak tax yg tinggi utk kereta luar supaya proton lebih 'murah' sedangkan murah tu pun sbnrya lg mahal dari proton di luar negara..org tak la marah sgt proton tu tp org marah layanan berlebihan yg diberi kpd proton smpai org takde pilihan utk dapat kenderaan lain yg sebenarnya harga lebih murah n kompetatif berbanding proton.. India pun keluar kereta juga jual utk rakyat dia harga RM5ribu je..kita beli kereta hutang smpai 9 tahun n separuh drp pinjaman tu adalah utk bayar tax yg tinggi.. pastu kete xsmpai 3bulan power window dah jahanam.. xpyh jd engineer profesional utk paham mende ni ia takde kaitan dgn engineering pun..ia berkait dgn dasar n attitude je..