Friday, 20 December 2013

Wanita Mesir Berbogel Tunjuk Protes

1. Seorang wanita Mesir, Alia al-Mahdy, 22, berdepan dengan ancaman kewarganegaraannya mungkin ditarik balik selepas dia berbogel tanpa memakai sebarang pakaian di depan kedutaan negara ini di Stockholm, Sweden baru-baru ini.

2. Seorang aktivis, Mahmoud Abdel Rahman telah memfailkan aduan kepada pendakwa raya berhubung perbuatan Alia dan imej Mesir rosak dan tindakannya itu mempersendakan agama Islam selepas Alia berbogel.

3. Dalam aduannya itu, dia menyatakan Alia menulis ayat-ayat yang menghina draf perlembagaan baharu Mesir dengan bantuan dua aktivis wanita daripada kumpulan FEMEN.

4.Kumpulan tersebut terkenal dengan aktiviti tunjuk perasaan bagi membela hak-hak wanita dengan anggota-anggotanya kerap mendedahkan payudara termasuk berbogel.

5. Sementara itu, Alia menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita tentang perbuatannya yang berbogel itu tersebar.

6. "Jika saya kembali ke Mesir, saya akan dipenjarakan dan saya mungkin terbunuh jika rejim yang memerintah Mesir kini terus berkuasa," katanya kepada akhbar Al-Watan.

7. Menyentuh tentang sebab-sebab dia berbogel, Alia menyatakan perlembagaan baharu menggalakkan diskriminasi terhadap wanita dan ia akan membuka jalan ke arah lebih banyak hak golongan Hawa di negara ini digugurkan.

8. Alia diberikan taraf sebagai pemilik suaka politik di Sweden.Dia sebelum ini pernah berbogel di sebuah laman blog dan Twitter.-Kosmo.