Wednesday, 18 December 2013

Tiada yang mustahil bagi umno

Sebaik sahaja selepas tamat pemilihan di dalam umno, kelihatan serang menyerang berterusan di alam maya. Kita dapat gambarkan bahawa perang dalaman umno masih lagi belum selesai. Pihak yang kalah tidak mahu menyerah kalah dan terus meniup niup semangat supaya tentera maya nya kekal menyerang.

Yang terpanas sehingga hari ini ialah isu bahagian umno kelana jaya yang tak surut surut mahukan pertandingan semula di adakan. Politik dalaman bahagian ini sebenarnya melambangkan keseluruhan politik dalaman parti umno itu sendiri.

Penipuan didalam pemilihan sebenarnya sudah lama berlaku sejak awal umno ditubuhkan. Demokrasi ala british dan semestinyalah british adalah guru politik kepada umno pastinya telah mengajar umno semua tipu helah didalam demokrasi.

Kalau dilihat pemimpin pemimpin auwalun umno kesemuanya adalah lulusan ilmu keduniaan yang belajar di pusat pendidikan ajaran british. Cuma mahathir dilihat agak sedikit terkeluar dari track british di mana mahathir agak cenderong ke Jepun dan negara negara yang mengamalkan sosialis atau kominis.

Sekiranya dilihat dari segi akal yang waras kita akan dapat melihat dengan jelas bagaimana pemimpin umno sanggup menipu ahli ahlinya sendiri untuk menang bertanding dalam partinya dan tidak mustahil sama sekali umno juga sanggup menipu rakyat malaysia am nya dalam pilihanraya.