Sunday, 15 December 2013

Musibah alat meraih populariti

Suasana senyap seketika berkenaan isu banjir yang melanda negara. Pada minggu lepas hiruk pikuk negara dibuatnya apabila hampir keseluruhan pemimpin umno kecil besar,tinggi rendah,bos dan macai berlumba lumba dalam media mempromosikan diri konon kononnya merekalah juara dalam membantu mangsa mangsa banjir.

Malahan najib sendiri telah membayar musibah itu dengan harga sebanyak rm500 kepada setiap mangsa. Sebaik saja pengumuman itu, semua jentera umno yang membantu mangsa terus lenyap, tiada lagi yang mengangkat penyapu dan tiada lagi yang meng-up-date status konon konon bekerja dan berkhidmat.

Yang ada dalam status mereka sekarang ini ialah status status mereka yang bercuti di luar negara. Mungkin disebabkan penat berkhidmat kepada masyarakat, satu percutian yang mahal diperlukan sebagai hadiah. 

Begitu lah nasib rakyat yang ditimpa musibah. Rakyat malang ini hanya menjadi alat untuk populariti orang orang politik.

Baca lagi sini