Tuesday, 17 December 2013

Lepas ni pemuda umno berebut CEO GLC

Isu kenaikan tol nampaknya menjadi berita panas. Tak hairan sekiranya isu ini menjadi panas kerana golongan miskin dan sederhana terkena tempiasnya dan menanggung derita yang lebih. Apabila para penyokong pembangkang mensensasikan isu ini, ianya tidaklah begitu menampakkan keganjilan.

Tetapi negara dikejutkan dengan beberapa statement dari beberapa pemimpin umno, terutama dikalangan pemudanya yang tiba tiba menjadi ayam jaguh berkokok nyaring menegur menteri yang mempertahankan kenaikan tol ini.

Kebiasaannya apabila pemimpin dalam umno berbunyi dengan lantang berkenaan tindakan kerajaan itu bermakna ada udang disebalik batu. Buat masa ini kita mungkin boleh mengandaikan pemuda mungkin cuba mendesak Perdana Menteri untuk mendapatkan beberapa seat atau jawatan sebagai ahli lembaga pengarah atau jawatan ceo dalam syarikat GLC kerajaan.

Dan signal ini perlu disampaikan terus kepada najib dan nampaknya najib sudah nampak dan faham. Seperti biasa najib akan memberi kepada yang pandai meminta.

Selain dari itu niatnya, apakah lagi niat pemuda umno? Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?